Tuesday, November 15, 2005

Posting Pertama Selepas Raya

Selepas rehat yang panjang, ini lah posting pertama.. tapi bukan berkenaan diri sendiri. Tapi ada satu jawapan dari proton.. ini di ambil dari salah satu forum.. bagus juga untuk pengetahuan semua..

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah tengah R&D PROTON.

Cerita 1...........ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni..member atukkerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salahsatu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untukdi pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontenalain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lainjuga.Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda...Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je.Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituangkedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpotenjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2l untuk Savvy (enjinRenault) dan 2l untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 protonbuat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta kereta Perdana sahajayang proton beli pi ntu dari Mitsubishi. For your information, Untukmembuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu.Modal itu shaja sudah hampir RM50juta. So untuk kereta yang volumekecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2,Savvy...100% body dibuat di Malaysia.
Cerita2Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya takkeluar-keluar lagi.Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahumenggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yangdiubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnyamilik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendirilagi..jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah keretaMalaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarinjinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjindari Jepun. Untuk Savvy kita guna kan enjin Renault. Untuk Isawara,Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original diadari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang di rekaoleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebutmenggunakan teknologi terkini. Ja di kenyataan diatas agak menyesatkansedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modaluntuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat returnpun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankankeuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjinsendiri..selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah punmengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lahmasalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.
Cerita 3Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakanteknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka protonterpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalahmelanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskanrekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada keretaproton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakankongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapiteknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja denganorang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi babnak korek ilmu kita, dia orang rajin habis. Atuk jangan terkejut bilasaya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kitamula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nakikat royalti ya ng tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawingzaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mula lah kitapandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kitabeli Lotus..Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebihbaik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Lastlast kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak aftananti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang.... SebabPerudua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham diaorang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.
Cerita 4Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakanpakaisekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti keretalain.. tukar lambang je..Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyakditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kitabelajar... selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorang yangterlibat dengan kerja kerja tersebut.o Saga - Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.o Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa niMitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kitamenggunakan khidmat penasihat dari UK.o Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantarke Jepununtuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishikongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsibersama. Depan dan Be lakang, design asing asing. Lampu depan danbelakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira -Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sabab tak tahu buatkerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsibahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Adaorang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysiasendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepunsebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami designdashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap softtooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengokdashboard Proton. Mereka sanggup letak designer dia depan design kitauntuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboardmereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampirsamakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kitabukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.o Perdana - Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak balikmodal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalaunak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang nimemang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cumakita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.o Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB.Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakanlambang Proton.o Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampumelakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untukkejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar..mainly dari Eropahdan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan.Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kabaikan dari mengambilconsultant dari luar memang mebuka mata kita... kita adalah setarafdengan kebo lehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratuskakitangan. Bukannya sedikit.o Gen2 - 100% dedesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikitsebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yangdidesign sendiri.o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakanRenault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatanenjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyakberita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama.Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%.Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel. HighTensile High Strength Steel. Sebab tu body Savvy kuat. Memang adaterpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... keretamercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yangtengok keadaa n dalaman Savvy yang accident tu... Intact. Kukuh.Saudara saudari... Bila kita design kereta ni..yang paling pentingadalah keselamatan penumpang. Memang kereta dedesign untuk crumplebila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusiayang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 staruntuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy nitak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakahmereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengardari orang lain.o Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab adasecrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan adamembuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverseengineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kitatidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengahorang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part keretamereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok... masakan merekamengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
Cerita 5Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianyaharus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlakudan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaannasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur danbahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.Tok..... Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekatGen-2 tu apa dia. Bab bab bahan untuk membuat enjin tu senang je.Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluarbesi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nakdesign enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk infolah... kami masih lagi dalam process untuk mereka cipta transmitionsendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

Cerita 6Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yangsebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilhamproton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagimembolehkan impian ini tercapai. Mungkin ramai yang mengganggap hanyaseorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M barupersetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakanteknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak boleh lah diberi tahu..sebab ianya adalah OSA)Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Protonhanya dirancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta.Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagikita pandai kan. Cuba check dekat Perudua, berapa ramai jurutera dariProton bekerja dekat sana, Head of R&D Perudua... bekas Proton, Headof Styling... Bekas Proton, Head of Plan ning, Bekas Proton, Head ofProduction... bekas Proton (rasa rasanya dah kena kebas dekat Naza),Head of Engineering Services... Bekas Proton. Rata rata mereka yangsenior dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambilcara senang je. Naza pulak.. Head of R&D.. bekas proton. Head ofProduction... Bekas Proton. Honda... pun ramai bekas proton, DRBPekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekasproton. Itu kira head je... Bukan lagi kira engineer dan designer. Soit meets its objectif untuk memajukan orang orang kita. Mainly orangMelayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelopoleh bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus? Kita belum lagikira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara...dari America, Eropah sampai ke Jepun. Tau tak kita kakitangan Protontelah memenangi pertangdingan mereka design kereta anjuran Ford.Beliau mendapat tempat pertama. Buka n bertanding diperingkat Malaysia.Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerjadari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik biladia decide nak stay dekat Malaysia sebab tak nak anak anak membesardinegara lain. Ada orang tau...?

Cerita 7
Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnyatelah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjiantamat. Ibarat kata..berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20tahun nak merangkak lagi..nak tambah masa untuk merangkak lagi.. sobila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa di pimpinlagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja.Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepadanegara. Senang aja... buang sahaja pengeluar pengeluar yangbermasaalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggung jawabProton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuknegara... berapa banyak kaki tangan Proton...8000. Berapa banyakkakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikatbumiputra yang naik? Bayangkanlah kam i boleh membantu sedangkan polisikerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbul nya proton. Berapabanyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0...Kosong.
Cerita 8Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin adayang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure hargakereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check dutiimport yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti importtak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebascukai.Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalamMalaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewakenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik sebijikkerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masukke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkanbila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuatadalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahanbahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, costR&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlahbanyak mana Naza untung.
Cerita 9Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belumtercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta protonsekarang ini.sejauh mana boleh bertahan tak tahu la..kalau tidak akanbertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton(asalnya milik Mitshubishi) dan akan timbullah barangan made inJinjang atau sewaktu dengannya.Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lahyang paling kurang memprotect industry automotive mereka. RakyatMalaysia juga lah yang paling tidak patriotic dalam hal hal kereta ni.Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lainlebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh...Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif...tapi adasyarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluarlebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke Koreadan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dariKorea...susah. Sebabnya... 1 memang mereka patriotik. 2. Cuba pakaikereta import...Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli keretatu. Sebab kata mereka tentu banyak duit. Jepun... Semasa merekabelajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit punboleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dantetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepadasokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper thingscan be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah costpembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambiluntung. Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korban kan keuntungankerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nakbelajar dan maju. Protn baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahununtuk kerata dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buatplastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yangmengutuk tu...fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita bolehjual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat.Setaip test dan setiap bahna baru yang nak direka memerlukan wang yangbanyak.
Cerita 10Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakanteknikal. Walau pun Wak Segan nak join ngan proton tapi persaolannyaboleh ke..? Kenapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni guna euro.Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahallagi.( salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Hondaatau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kitatengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar sajaorang cakap.Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salahsatunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepadanegara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yangnegara kita telah membayar ganti rugi RM bilion sebab menangguhperlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukankita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalaunegara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri keretameraka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksportkereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisiChina masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memangdia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapatkelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India... nak masuk kesana kenaletak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang daninfrasturcture jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kitakat sana pun dia orang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuatnya patriotik dia orang. Kita... apa yang nama lain selain dari barangsendiri mesti bagus punya.
Cerita 11Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German.... Bukantak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta Germanuntuk kereta buatan Malaysia.Tok.... Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jaditaraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (Cumadesign bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Protonsekurang kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuanteknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan protondiambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulanAdvance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukansorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman...Perodua, Naza ambil.Tapi saya tak marah bila orang kata macam macam pasal proton. Itu hakme reka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk meajukan negaradalam bidang teknology. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidangindustry yang betul betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalambidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akantahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.Tapi Bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati.Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa deliverykerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen...proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unitMyvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi danSavvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangandengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau.Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual.... Maksudnya dua duajenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto.Nak main cilukciluk... switch to manual. Errr... siapa kata kita guna tecnology 70an?

2 comments:

Anonymous said...

Give me link to SEO software (promotion, advertisement, etc.). I'm need it to promote my new e-shop.
Thanks.

Blogger said...

QUANTUM BINARY SIGNALS

Professional trading signals delivered to your mobile phone every day.

Start following our signals today & make up to 270% per day.