Saturday, July 28, 2012

Artis Malaysia Berhijrah.. Alhamdullilah..

Alhamdullilah.. hari nie hari ke-8 kita menjalani ibadah puasa.. sedar tak sedar dah seminggu kita dibulan Ramadhan.. cepatkan masa belalu..

Hari nie beli lauk kat kedai.. malas nak masak =D.. biasa lah aii.. kalau tak masak, banyak masa terluang kan.. sepatutnya aii boleh kemas bilik.. tapi apa yg aii buat?? aii pi surf internet & dengar ceramah Ustaz Azhar.. jadik, bilik tak berkemas tapi Alhamdullilah dapat jugak pengetahuan sedikit..

Sambil2 dengar ceramah.. nampak pulak gambau Ning Baizura bertudung.. terkojut gue.. wahhh dah makin ramai artis Malaysia berhijrah.. Alhamdullilah.. Alhamdullilah.. sesungguhnya kita tidak mengetahui bila hidayah dari Allah akan datang..


Antara artis2 yg berhijrah.. 

 nampak makin manis dan bersihkan wajah dorang.. so sweet.. love it.. semoga penghijrahan mereka 
berkekalan hendaknya.. InsyaAllah.. Aminn..

Ning Baizura..  not sure if she's wearing the hijab on her own or just for a movie.. nampak catatan tentang gambar bertudung Ning - "Gambar Ning Baizura pakai tudung untuk telefilem Haji Bakhil yang akan ditayangkan tak lama lagi. Telefilem ini merupakan arahan Ahmad Tarmimi Siregar akan turut dibintangi Arash Mohamed. Diterbitkan oleh syarikat produksi milik pengarah Erma Fatima, telefilem itu bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidiladha tahun ni." Tapi harap penampilan Ning nie berterusan..



 Abby Fana.. DJ radio dah berhijrah selepas kembali dari umrah pada akhir tahun lepas.. 1st time kemunculan dia bertudung di Selamat Pagi Malaysia mengejutkan ramai orang.. me sempat tengok you.. rasa sebak je tiba2.. and she looked so sweet with the tudung..

 Farah Asyikin.. I followed her in FB.. and pertama kali dia muncul with the Hijab.. I congratulate her.. baca cerita kenapa dia bertudung.. rasa terharu sangat..  this  pic, Farah & her sis.. yg baru jugak bertudung..

Siti Fazurina.. mengambil keputusan untuk bertudung ini datang ikhlas dari hatinya, bukannya dipaksa oleh mana-mana pihak -  “Saya tiada apa-apa alasan kenapa perlu ambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang dari hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke-30,”  Alhamdullilah..


Natasha Hudson yg memakai tudung di sekitar bulan April 2012.. Tahniah.. memetik kata2 dari Natasha.. "Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan."

Irma yg mengejutkan ramai pihak bila dia memutuskan untuk berhijab last year.. dia merasai nikmat selepas bertudung.. good for you Irma.. =D

 Dan Sham Kamikazi sekarang penceramah bebas.. Alhamdullilah..

Update 02.08.2012 - Soo surprise to see this pic.. Sharifah Sofea.. sapa yang tak kenal dia nie..  berlakon dalam Sepana Jaya kan.. yg paling berkesan.. drama Nur Kasih.. Best!!!,, harap2 berkekalan lah dia bertudung.. Ameen..

Update 04.08.2012 from Berita harian.. semalam Sharifah Sofea dan hari ini Sharifah Aleya.. sememangnya Ramadhan kali ini mmg membawa kerbekatan.. dan semoga kita semua akan di rahmati Allah hendaknya.. Ameen..

Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya.. bertudung sejak Ramadhan pertama mengharapkan penampilan beliau akan berkekalan.. InsyaAllah..Ameen..


update 06.08.2012 - cuba teka siapa si cantik & comel ini.. jangan terperanjat yer.. si cantik jelita nie, tak lain & tak bukan...  Shiela Amzahhh.. yerrr.. anak ND Lala tuh.. cantik kannnnn.. makin ayu gitu.. nie dari facebook Shiela sendiri dengan tajuk "the new me..".. haaa gitu alkisahnya Jah.. Alhamdullilah.. not so sure bila dia start bertudung.. tapi this is not the 1st pic yg menampilkan Shiela berhijab.. teruja aii tau, ramai artis berhijrah.. =D..

Update 09.08.2012.. saw Nurul Syuhadah Nurul Ain di program MHI hari ini.. dengan penampilan beliau bertudung.. Alhamdullilah.. and before she did bertudung.. nie sewaktu beliau ditugaskan membuat liputan di Palestin..
 .. dan ini sewaktu beliau di Jom heboh 2011..

Update 14.08.2012.. guess what??!!.. well kalau ada update, maknanya bertambah lagi le artis bertudung kan.. Alhamdullilah.. siapa kali nie... cuba teka?? nak kata basi, baru semalam cerita nie keluar.. ermmm.. artis ini ada lah drum sket.. tangg.. tummm.. tangggg..

artis itu adalahhhhhh............ Ayu Raudah.. yep.. yep.. yg bertudung dalam banyak drama tuh.. yang paling femes, drama Nur Kasih la kan.. dia lawa kalau bertudung.. & nampak a bit older than her age kalau tak bertudung.. mungkin rambut tak digayakan dengan betul agaknya.. tapi seems dia dah bertudung tu.. tak payah susah2 nak gayakan rambut lagi.. bertudung lagi afdal.. Alhamdullilah syukur.. semoga berkekalan lah penampilan nie yer Ayu.. =D (verangan dia vaca aii nyer nukilan nih khikhikhi..)


Update 29.12.2012
Adik Elfira Loy bertudung.. Alhamdullilah..
Penampilan pelakon muda Ezlisa Loy yang cantik mengenakan hijab sewaktu pelancaran drama 'Debunga Lalang' semalam, cukup menarik perhatian GUA untuk bertanyakan lebih lanjut cerita di sebalik imej baru beliau. Ezlisa yang juga adik kepada pelakon wanita yang semakin meningkat naik di Malaysia, Elfira Loy, sudi berkongsi kisah sebenar yang membawa kepada penghijrahan tersebut.

“Sebenarnya saya baru sahaja memakai tudung bermula bulan ini (Disember). Malah tak ramai kawan-kawan yang tahu sebab sekarang kan musim cuti sekolah. Tak ada sebab tertentu pun kenapa saya tampil dengan imej ini cuma hati saya tergerak untuk mengenakan hijab. Cuma ada juga peminat yang mula tanya bila giliran kakak (Elfira Loy) pula nak berhijrah,“ ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini.

“Alhamdulillah. Sejak pakai tudung ini, rezeki dalam bidang lakonan pun makin murah. Saya pada awalnya tak kisah kalau tawaran berlakon tak sebanyak dulu kerana mungkin watak yang diberikan tak sesuai dengan penampilan baru saya ini. Saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan rapat menyokong penghijrahan saya.

“Lagipun, penglibatan saya dalam bidang lakonan adalah untuk kepuasan diri sendiri. Bayaran yang saya terima boleh saya gunakan untuk beli barang yang saya mahu tanpa perlu guna duit mak ayah saya. Ibu memang ajar kami adik-beradik untuk berdikari dan melalui lakonanlah saya dapat cari duit poket saya sendiri,“ tambah gadis berusia 16 tahun ini.

Menurut Ezlisa lagi, tahun 2013 merupakan tahun yang penting untuk dirinya apabila bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bertekad untuk menyambung cita-citanya sebagai seorang chef terkenal, Ezlisa berhasrat menyambung pengajian dalam bidang seni kulinari. Minatnya terhadap bidang masakan mendorong beliau untuk terus mengejar cita-citanya ini.

Bakal muncul dalam drama 'Nana Nini Nunu' terbitan RTM, Ezlisa berkata tahun hadapan beliau akan lebih selektif memilih tawaran berlakon mengikut masa yang sesuai. Telefilem menjadi pilihan utama kerana tidak memerlukan beliau untuk mengambil cuti lama dari persekolahan.

Apa-apapun GUA doakan agar penghijrahan ini kekal dan Esliza dapat mencapai segala impian yang diidamkan.

Kredit gambar: Malaysian Digest/Faisol Mustafa

Update 02.02.2013

Siti Nurhaliza bertudung.. sungguh cantik dan ayu.. and she looked younger.. much2 younger ok.. sila jangan jeles.. =D





Azza Elit bertudung.. manis you.. =D





Update on 23.05.2013 - dah 3 minggu Lisda bertudung.. semoga beliau beristiqamah dan sama2 lah kita mendoakan yg terbaik utk beliau =)

Update 15.06.2013

Ok.. sebenarnya dah tengok gamba isteri Apek nie bertudung quite sometime dah.. tapi macam x sure lah bertudung ke idak.. then ade update on 31.05.2013.. memang sah Lieuney dah bertudung.. ok lah tu.. jom kita tengok gamba2 beliau..

Dari porter murai.com
Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.

Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini


perasan tak muka Lieuney nie ada iras2 Rosmah.. yerr Rosmah Mansur tu.. hikhikhik.. 




Dan latest gambar artis berhijrah.. jeng.. jeng .. jeng.. Fiza Elite.. wow, ini sungguh mengejutkan..
Wajah Fiza nampak berseri, lebih tenang & sangat cantik..

Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia.





1 comment:

aNIe said...

Ila...akak suka tgk Irma Hasmie...Farah AF...Catriona Ross... Sham... Iwan Shaman... suka tgk diorang telah berhijrah...dan nampak sgt keihlasan mereka dlm penghijran ini...