Saturday, July 30, 2005

Doa untuk mereka yang baru beli kereta

CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN


Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-
1. Sediakan air dalam satu bekas.
2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.
3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-


· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

Contoh surat mohon kerja

entry surat mohon kerja ini ada lah untuk dijadik kan bahan lawak semata2.. dan tidak sesuai untuk dijadikkan bahan rujukan.. harap maklum..

awas.. jangan tiru isi kandungan surat ini.. sekiranya anda benar2 ingin memohon kerja rasmi.. amat tidak bersesuaian sekali..

kalau tak nak ketawa bila baca.. senyum pun jadik lah.. kalau contoh surat ini tidak memberi kesan pada pembacanya.. sila cek saraf humor anda.. hehehe.. hehehe.. lawak je ekk.. jangan mare..


Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System

12 mei 2004

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang pengurus KWSP.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri.
Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin.
Sekian terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

AKADEMI FANTASIA - Pandangan Ungku Aziz.


Akademi Fantasia khayalkan rakyat - Ungku Aziz
Monday, July 18 @ 17:31:05 MYT

Oleh Ismail Hashim
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.
Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan
rancangan-rancangan itu.

Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi.

Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang.

Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang ditayangkan di media massa.

Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan.

Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri.

Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan penilaian semula pencapaian mereka selama ini.

Katanya, apa yang berlaku memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini bertindak mengikut arahan ‘orang lain’.

Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir.

"Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya," tegasnya merujuk kepada bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan membaca buku.

Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa.

"Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu," jelasnya lagi.

Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon dari penonton di luar dewan.

Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik.

Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh generasi
muda negara.

Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti meletakkan garis panduan bagaimana untuk menjadikan program-program seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang.

Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi muda akan lebih mudah ‘memahami kerana kita bercakap dalam bahasa mereka’.

Pengeboman London 7/7 suatu drama

Ramai yang terus menunding jari kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam apabila berlakunya pengeboman di London pada 7 Julai yang lalu, dan seperti biasa media-media barat memainkan peranan mereka seperti yang telah diaturkan dengan kemas dan teratur. Dalam masa yang sama, banyak persoalan-persoalan lain yang masih belum terjawab kini.
1. Ramai yang tidak mengetahui (atau tidak diberitahu media) bahawa pada pagi 7 Julai tersebut pasukan keselamatan Britain sedang membuat "Underground Bombing 'Exercises' atau latihan menyelamat jika bandar di London diserang oleh penganas. Yang peliknya, latihan seperti ini tidak pernah dijalankan sebelum-sebelum ini di bandar London. Dan bertambah pelik apabila kejadiaan pengeboman ini berlaku pada masa yang sama dan tempat yang sama di mana latihan ini hendak dijalankan. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Peter Power, Pengarah Urusan Visor Consultants (Syarikat yang mengendalikan latihan ini) kepada BBC radio 5 dan ITN TV
pada hari kejadian (sila rujuk http://www.prisonplanet.com/arti .... mbingexercises.htm).

2. Menurut laporan dari akhbar Britain, the Mirror pula pada 9 Julai, menurut seorang pegawai atasan polis, keempat-empat camera CCTV yang diletakkan dalam bas bernombor 30 tersebut tidak berfungsi pada hari pengeboman tersebut. CCTV dalam bas tersebut akan diperiksa setiap 2 hingga 3 kali dalam masa seminggu. Alasan yang diberikan pula adalah kemungkinan pemandu bas tersebut terlupa untuk mengaktifkan camera tersebut pada hari itu. ( sila rujuk http://www.mirror.co.uk/archive/ .... 4762-name_page.html ).
3. Kenyataan yang telah disiarkan dalam satu website kononnya diterbitkan oleh "Kumpulan Rahsia Al-Qaeda di
Eropah" mengandungi ayat Al-Quran yang salah dan ini diakui sendiri oleh Jacob Keryakes penterjemah saluran TV MSNBC dan beliau menambah bahawa kesalahan seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh pertubuhan Al-Qaeda dalam pengakuan-pengakuan sebelum ini. ( sila rujuk http://www.msnbc.msn.com/id/8496293/ ).

4. Tiada sebab untuk kesemua suspek yang dituduh melakukan pengeboman itu.
a. kesemua suspek telah membeli tiket pergi dan balik dan telahpun membayar untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta masing-masing.
b. kesemua suspek membawa bersama dompet beserta dengan kad bank, lesen memandu dan lain-lain barangan peribadi (biasanya dalam pengeboman berani mati, pengebom tidak akan membawa bersama barangan peribadi supaya sukar dikesan pihak berkuasa.)
c. Dua daripada pengebom yang didakwa terlibat mempunyai sebab yang sangat kukuh untuk hidup iaitu Jermaine Lindsay yang mempunyai seorang anak berumur setahun dan menanti kedatangan anak keduanya dalam masa terdekat. Mohammed Sidique Khan yang juga mempunyai anak berumur 14 bulan dan isterinya juga masih mengandung.

5. Pengebom keempat Hasib Hussain tidak meletupkan bomnya di tengah-tengah bas dimana lebih ramai orang boleh terbunuh, sebaliknya meletupkannya di bahagian belakang tingkat atas bas tersebut.

6. Matawang Pound telah jatuh kira-kira 6% dari nilai asalnya 10 hari sebelum kejadian ini berlaku. Matawang sesebuah Negara yang stabil seperti Britain tidak akan jatuh sebegitu dalam masa yang singkat iaitu kira-kira 1.82 to 1.72 berbanding Dollar Amerika tanpa sesuatu sebab yang kukuh. Ini menampakkan terdapat pihak yang sudah mengetahui hal ini lebih awal dan mula menjual matawang Pound pada harga tinggi untuk membelinya semula apabila telah jatuh. (sila rujuk graf di http://www.x-rates.com/d/USD/GBP/graph120.html) dan ( http://infowars..net/Pages/Jul05/170705pound.html ).

7. Seperti biasa pihak berkuasa Britain memainkan drama yang sama seperti yang berlaku pada 9/11 dahulu dimana mereka mendakwa menjumpai barangan kepunyaan pengembom seperti pasport dan sebagainya. Yang peliknya bagaimana dalam pengemboman yang begitu dasyat paspot dan lesen memandu yang diperbuat dari kertas dan plastik tidak terbakar atau hangus ? Samalah seperti cerita FBI semasa serangan 11/9 dimana mereka mendakwa menjumpai paspot suspek yang berada di dalam kapal terbang berdekatan dengan WTC.

8. Bob Kiley, Pengerusi pengangkutan London pernah bekhidmat dengan CIA sebagai Pengurus operasi CIA dan kemudiannya sebagai Penolong Eksekutif kepada Pengarah CIA (Manager of Intelligence Operations and then as Executive Assistant to the Director.) (sila rujuk http://www.tfl.gov.uk/tfl/chief_officers.shtml )

9. Akhir sekali, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jurucakap Taliban Abdul Latif Hakimi kepada France-Presse melalui percakapan telefon bahawa Taliban tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan tersebut. (sila rujuk http://www.iii.co.uk/news/?type= .... &action=article )

Melalui semua bukti di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa pengebobman ini didalangi pihak-pihak tertentu yang akan mendapat mendapat keuntungan samada dari segi sokongan ataupun tindakan pihak tertentu untuk menghina agama Islam. Alasan ini juga ada diguna untuk menghambat orang-orang Islam dari Britain secara tidak langsung.

Mawi di NST

Popular Akademi Fantasia contender Mawi seems to garner more controversy than he can comprehend. SURAYA AL-ATTAS comes to his defence by urging his harsh critics to leave him be.


NOTE to Mawi detractors: Get off his case already! From the time the 24-year-old chap from Kulai, Johor joined Akademi Fantasia he has attracted as many critics as he has supporters. And for what reason? He didn’t ask to be taken back after failing to make the cut in the prelude concert which saw 20 wannabes vying for the 12 spots (which later became 14) in the academy. No doubt Mawi FC was formed soon after the prelude concert, with his staunch supporters “demanding” a place for him in AF but why vilify the boy for something he has no control over?

When Akademi principal M. Nasir announced during the first concert that, instead of eliminating one student, the “dropouts” would have another go at securing two additional places in AF, Mawi — along with his eight mates — was just as stunned to hear this as those who watched the show. For the uninitiated Akademi Fantasia, which is aired over Astro Ria and now is in its third season, is a reality-based talent search programme modelled after Mexico’s La Academia. The stars of the show are a group of youngsters who are groomed to be entertainers by a team of experts in various fields of entertainment for 10 weeks. Life in the academy basically revolves around attending vocal, dance and drama classes. The students have practically no contact with the outside world except on Saturdays when they put up a concert before thousands of people. At the end of each concert, one student — or two on a bad day! — is eliminated. You see the students’ fate lies solely in the hands of their fans. And when we say fans, we don’t mean people who claim to be but don’t care enough to vote. Much as we want to see an all-round entertainer — a person with great vocals, who dances and acts well and with oodles of charm and sparkling wit to boot — to walk home with the Suzuki Swift (which the AF champ will receive, among other things), chances are you won’t get all that in the winner. For the show really has little to do with talent. It’s more of a popularity contest although to be sure this season has more talents than AF1 and AF2 combined. People have to LIKE the students for them to remain in the show. They like, they vote. It’s as simple as that. Otherwise, how would you explain Idayu’s unceremonious exit when she was one of the best singers in the academy? Now back to Mawi. So he’s been consistently on top of the popularity chart since he joined but did he put himself there?
What prompted this article were the comments made by Assoc Prof Dr Baharuddin Aziz, of UiTM, who was one of the guests on talkshow Tanya Linda (Astro Ria) on Tuesday. The topic was Fenomena Tsumawi — Apa Pro dan Kontranya? (The Tsumawi Phenomenon — Its Pros and Cons. Incidentally “tsumawi” was a term coined by AF host Aznil Nawawi). Armed with a stack of research papers, Baharuddin dismissed Mawi as untalented and unworthy of all the attention he’s getting. Missing the point completely, he kept harping on the fact that Mawi, unlike the late Tan Sri P. Ramlee (yep, he actually tried to compare the boy with the legend!), doesn’t play any musical instruments and practically has nothing to offer. To which another guest, composer Iman Wan, coolly replied: “Jamal Abdillah is a great singer and he, too, doesn’t play any musical instruments too.” Sadly Baharuddin is just one of the thousands out there who just doesn’t get it. Either you see it or you don’t. Or you see but refuse to acknowledge it. The kind of madness surrounding Mawi doesn’t happen every day or to just anybody, especially not in our entertainment industry. Even Mawi himself is probably trying hard to understand how he came to be where he is today. There’s something very special and magical about him that nobody can explain. It’s just there. So what are you going to do about it? I mean, the boy not only has thousands of fans before he even goes out into the real world but also an entire magazine dedicated to him! Why, even Siti Nurhaliza didn’t have it this good! As Iman, who auditioned Mawi in Johor, put it: “If you ask me what Mawi has that nobody else in AF has, I can’t give you the answer. But if you tell me, he doesn’t have talent, that he can’t sing, it’s not true. I wouldn’t have given him the green card (to indicate he’s through to the next round) if he can’t sing.” Granted what Mawi needs post-AF to succeed in showbiz is proper guidance, not blind obsession. So to the likes of Baharuddin out there: Give him a break. He doesn’t deserve the flak he’s been getting. Don’t punish him for something he’s innocent of.

Dunia Mawi (Harian Metro)

TIDAK pernah terlintas di fikiran anak muda ini satu hari nanti dia akan bergelar bintang. Jangankan bermimpi, menyebutnya pun jauh sekali kerana sejak kecil dia diharap dapat menyambung kerjaya orang tuanya sebagai guru agama.Anak jati Kulai, Johor ini tidak menghampakan harapan ayah bonda tercinta apabila diberi kepercayaan menjawat jawatan ustaz di Sekolah Agama Kulai selama dua tahun. Dia juga disegani masyarakat setempat kerana memiliki suara lunak, khususnya ketika mengalunkan bacaan al-Quran, sehingga melayakkannya meraih gelaran juara Tilawah al-Quran.Siapa sangka, tatkala usia hampir mencecah 24 tahun, Asmawi Ani atau lebih mesra dengan panggilan Mawi mencetus satu fenomena baru dalam industri seni negara.Dia terkenal dalam sekelip mata sejurus selepas menyertai program TV realiti paling berpengaruh, Akademi Fantasia 3 (AF3).Keberaniannya mendendangkan lagu Intifada ketika konsert Prelude yang disokong dengan keperibadiannya yang naif dan lurus berjaya menambat hati penonton, sekali gus membawa tuah kepadanya. Namanya terus meniti di bibir pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira usia, darjat ataupun pangkat.Lebih membanggakan, dia mendapat perhatian barisan pemimpin negara sehingga namanya disebut-sebut di Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam.Ledakan mania Mawi cukup indah. Meskipun menjadi tunangan gadis yang dikenali sebagai Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Ina di kalangan keluarga Mawi, populariti anak teruna pasangan Ani Ahmad, 65, dan Ramlah Sarlan, 58, ini sedikitpun tidak terjejas.Dia terus menjadi pilihan utama peminat, malah lebih membanggakan jumlah undian diterima meningkat dari semasa ke semasa.Kritiklah apa saja, Mawi yang popular slogan ‘world’ tetap unggul di mata peminat setianya. Mungkin itulah yang dikatakan pesona ‘Tsumawi’, pesona yang jarang kita temui dalam diri mana-mana artis sedia ada.Hakikat itu disokong Penasihat Pelajar dan Guru Bahasa Inggeris AF, Fatimah Abu Bakar yang menganggap Mawi sebagai ‘satu dalam seribu’. Selaku insan terawal mengesan bakat Mawi, Fatimah bangga kerana ‘bintang’ pilihannya menjadi kegilaan ramai.“Saya dan komposer Iman Wan bertanggungjawab menguji bakat peserta AF di Johor. Dalam ramai-ramai, kami terpikat dengan Mawi kerana dia memiliki vokal dan personaliti unik.“Di mata saya Mawi jejaka yang naif, pemalu dan cekal hati. Dia dianugerahkan pesona yang boleh membuatkan orang suka dan sayang padanya. Jarang kita temui bintang yang ada daya tarikan sekuat Mawi.“Kanak-kanak, remaja malah orang tua pun suka dengannya. Lagu dendangannya pasti menjadi siulan ramai, buktinya Gadis Melayu nyanyian Jamal Abdillah kembali popular selepas Mawi mendendangkan lagu itu dalam konsert keempat. Secara peribadi, saya tidak terkejut dengan sambutan yang diberikan orang ramai terhadap Mawi kerana dia memang layak untuk itu,” kata Fatimah ketika dihubungi baru-baru ini.Pada masa sama, Fatimah tidak ketinggalan melahirkan rasa kesal dengan senario kutuk mengutuk yang berlaku di kalangan penyokong AF sejak kebelakangan ini.Baginya, budaya tidak sihat itu tidak seharusnya wujud kerana ia pasti mencetuskan impak negatif terhadap program bercorak kekeluargaan itu.“Setiap minggu undian Mawi mendahului pelajar lain. Jika kedudukannya konsisten hingga minggu terakhir, tidak mustahil trofi juara AF3 menjadi miliknya.“Saya tahu ramai penyokong pelajar lain tidak senang dengan situasi ini sehingga berlaku perang mulut dan adegan kutuk mengutuk di saluran 15 Astro serta internet. Yang menjadi mangsa adalah pelajar, sedangkan mereka tidak bersalah.“Dan, seandainya Mawi menang, jangan kutuk dia kerana kejayaan itu atas pilihan peminat. Siapa pun yang menang, terimalah keputusan itu dengan hati terbuka,” kata Fatimah yang terkenal dengan sikap keibuan dan menjadi tempat pelajar mengadu.Sementara itu, guru Teknik Vokal AF3, Siti Hajar Ismail, berpendapat Mawi harus berusaha lebih gigih untuk menguasai ilmu yang diperturunkan di akademi kerana dia belum menunjukkan perkembangan yang boleh dibanggakan.“Sepanjang tempoh lapan minggu di akademi, Mawi tidak menunjukkan perubahan sepertimana diharapkan. Daripada pemerhatian saya, dia belum boleh menerima sepenuhnya apa yang disampaikan tenaga pengajar. Justeru, dia memerlukan lebih banyak pendedahan jika ingin pergi jauh dalam bidang ini.Suara“Memang tidak dinafikan suara Mawi sedap didengar, tetapi dia tidak tahu mengeluarkan suaranya dengan cara betul. Pengeluaran suaranya banyak terpengaruh dengan cara dia bertutur, di mana suaranya tidak ada sokongan di tekak.“Dengan membetulkan cara pertuturannya, baru dia dapat melontarkan suaranya dengan baik ketika menyanyi,” katanya yang mengagumi semangat kental Mawi.Sama seperti Fatimah, guru teknik vokal profesional ini juga tidak terkejut dengan fenomena ‘Tsumawi’ kerana sedari awal dia sedar anak didiknya memiliki daya tarikan cukup unik.“Saya berharap peminat menyokong Mawi kerana bakat dan bukan atas dasar simpati. Jangan sesekali mengundi kerana latar belakang atau kerap dimarahi guru kerana sokongan emosi akan membuatkan Mawi lega dan kurang berusaha. Saya bimbang dia akan jadi bintang yang panasnya hanya bersifat sementara. Beri Mawi dorongan untuk lebih berusaha jika kita mahu dia menjadi bintang berkualiti,” katanya.Biarpun apa dilalui Mawi kini jauh tersasar daripada harapan asal orang tuanya, pilihan itu mendapat restu, malah ahli keluarga jejaka kegilaan ramai ini sanggup berulang-alik dari Kulai ke Kuala Lumpur setiap minggu sebagai tanda sokongan.Menurut Ani, Mawi menunjukkan kecenderungan menyanyi sejak kecil, tetapi mereka tidak pernah menyangka minat itu mengubah perjalanan hidupnya.“Saya reda jika sudah tertulis rezeki Mawi di bidang ini. Kalau ikutkan hati, memang saya ingin dia meneruskan kerjaya sebagai ustaz, tetapi saya tidak boleh terlalu berkeras kerana dia berhak memilih jalan hidup sendiri. Saya merestui pilihan Mawi.“Saya sangat berbesar hati apabila Mawi mendapat sokongan ramai. Saya anggap ia rezeki Mawi. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyokong Mawi selama ini,” katanya penuh rendah diri.Memang tidak dinafikan, populariti diraih Mawi sedikit sebanyak pasti tercalit di bahu keluarganya. Pun begitu, bagi Ani, kehangatan populariti itu sedikit pun tidak mengubah rutin atau cara hidup keluarganya.“Kami tetap seperti dulu. Cuma sejak kebelakangan ini ramai bertegur sapa dengan kami. Ada antara mereka sebelum ini tidak sudi memandang kami, tetapi kini boleh bertepuk tampar. Biasalah, semua itu saya anggap asam garam kehidupan,” katanya yang gembira dengan perkembangan positif terhadap Mawi.Source: Harian MetroOleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN

Why i like mawi?

i'm not gonna list down 10 things about mawi that make him so special.. u know why?? coz i don't have a point to list, pelikkan. It's just like, i like mawi for no reason. but, no la.. mungkin coz of 1st impression, yes.. i like his 1st song "intifada". When i hear it, it's like breathing with the fresh air, dengan air muka bersih nyanyi lagu nasyid.. rasa macam tenang sket hati & i know that he can sing. Start dari situ i like him so much, and it's no turning back dah.. ha..ha..ok.. as compared to the rest, maybe amelya or felix is better.. but better in term of what? singing? voice? amelya & felix, no doubt can sing very good, tapi suara dorang dah banyak dah ada dipasaran.. and they listen to any kind of music, they can imitate others. Tapi mawi cuma dengar some/selection of music je.. mungkin dia dengar all type of music tapi minat sangat dengan music nasyid, dandut and a bit of malay pop kot (i dunno, agak2 saje tu).. that's why everybody macam eager nak dengar mawi nyanyi.. how he sing other song beside nasyid.. so, i'm not so surprise to see his % increase tremendously.. coz i think everybody will think the same.. ermmm.. but, i might be wrong lah.. but i'm so proud of him, dia tak static.. he improve week by week.. so, to whom who really look at the talent only, just think twice.. i'm sure there were always be a room for improvement, and mawi can do it..Af is not about a talent.. it's about the likeable person.. as what iman wan said.. so, for me that's the reason..

Friday, July 29, 2005

Kezutan dari Astro

Setelah 3 musim saya mengikuti Akademi Fantasia (AF), saya merasakan AF3 yang paling banyak mengundang kontoversi. AF1 semua pihak yang terlibat masih lagi blurr dan agak kabur dengan konsep AF.. ini termasuk para tenaga pelajar, pelajar dan penonton. AF1 merupakan pioneer kepada hiburan bercorak realiti di Malaysia, dan para peminat AF merasakan amat teruja. Ini termasuk saya yang saban hari tidak lepas dari menonton diari dan saban minggu takkan ketinggalan untuk meononton konsert. Semua telatah pelajar akan diperhatikan dan diamati. Pada mulanya saya agak terpinga2 kerana AF tidak mempunyai publisiti sebelum ini dan saya tidak tahu bila ujibakat telah dijalankan untuk memilih kesemua 12 pelajar tersebut. Yang saya tahu, kesemua pelajar telah dipilih dan mereka telah bersiap sedia untuk menempuhi kehidupan selama 3 bulan di dalam banglow dan mereka juga akan dipenjarakan. Juara AF1, Vince, amat membanggakan Malaysia, kerana telah memenangi Award Artis Harapan di APM baru2 ini. Sesungguhnya Vince memang berbakat dan layak untuk mendapat gelaran juara.
Pada musim ke-2 AF, astro telah lebih bersedia dan banyak mengutip komen2 dan feedback dari AF1 untuk dijadikkan panduan dan teladan. Ujibakat telah dijalankan di seluruh Malaysia temasuk Sabah dan Serawak dan hadiah juga telah dipertingkatkan. Tapi sayang, untuk juara AF2, kejuaran Zahid tidak terserlah. Mungkin beliau tidak pandai membawa diri dan merasakan beliau sudah cukup bagus. Pencapaian Zahid tidak membanggakan, walau pun sudah keluar album hip hop berjudul Woo!!!.. tapi beliau tidak dapat menandingi populariti Adam - naib Juara AF2 (album Ha.. Haa Tak Tahu) dan Farah - tempat ke-4 & memenangi anugerah artis baru (albumnya Farah). Zahid sepatutnya tidak cepat lupa diri dan seharunya membuktikan kemampuan diri sebelum menonjolkan sifat "kekwat" di dalam diri. Sekarang Zahid mungkin agak terkapai2 cuba untuk menonjolkan diri dikalangan kawan dan cuba meraih kembali simpati dikalangan peminat beliau, sungguh menyedihkan. Maestro seharusnya tahu bagaimana untuk mencorakkan perkembangan artis2 dibawah naungannya. Seandainya semua pihak tidak sensitif tidak peka dan tidak ambil kisah, maka, saya merasakan mungkin karier Zahid tidak akan ke mana. Begitu juga si Linda (tempat ke-3 AF2), yang tidak mengeluarkan apa2 album dan makin malap sinarannya.
Pihak astro seharusnya tahu untuk mengekalkan kilauan bintang yang telah mereka gilap. Tapi sayangnya astro seolah2 seperti tidak mengambil berat akan hal ini, mungkin kerana merasakan tugas untuk mencukil dan menonjolkan bakat telah dijalankan. Seharusnya astro lebih arif dan mengwujudkan satu team untuk memperjuangkan nasib anak2 muda yang bernaung dibawah maestro talen. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh oleh astro, kerana mereka telah di"grill" dan diasuh oleh astro dan tidak adil dirasakan untk pelajar2 AF, sekiranya kerjaya mereka tidak berjaya. Setiap musim 12 pelajar dikeluarkan oleh astro seandainya kerjaya mereka tidak diambil berat oleh astro, kemungkinan nasib mereka ini tidak terbela. Saya merasa sangat sedeh sekiranya at the end of the day mereka hanya menjadi orang biasa sahaja yang seolah2 tidak melalui keperitan hidup selama 3 bulan di penjara banglow. Dengan itu, seharusnya setiap pelajar yang masih dibawah astro tahu kemana hala tuju karier masing2 dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan mereka.
Harapan saya, janganlah astro hanya mementingkan keuntungan semata2 sehingga sanggup menggadaikan masa depan pelajar2 yang dibawah organisasi mereka, asalkan poket mereka kembung. Ini adalah tidak adil kepada rakyat. Seharusnya apa yang dilaburkan oleh para pengundi sepatutnya diberikan hak yang adil. Dengan itu, saya amat berharap agar pihak astro janganlah berimankan duit untuk memajukan organisasi, sesungguhnya itu tidak akan kekal lama. Apa yang kekal adalah usaha yang berterusan dan ikhlas, seandainya usaha murni untuk menonjolkan bakat baru dan mendidik anak bangsa tidak banyak mendatangkan keuntungan kepada pihak astro, tetapi ianya akan lebih dikenang masyarakat, dan kehidupan akan bertambah berkat, berbanding dengan keuntungan yang diperolehi dari cercaan, hinaan, makian dan setiap penjuru dipertikaikan kewibawaannya.. dan saya tidak terkejut seandainya astro tidak lagi se"gah" mana pada masa akan datang..
sebelum beransur, ini adalah contoh astro bertuhankan duit semata dan mengadakan satu lagi undian untuk vokal dengan diberi nama AFvokal. sungguh mengecewakan dan so pathetic.
Akademi Fantasia 3: Empat pelajar akan ke peringkat akhir Kuala Lumpur, 28 Julai 2005:
Astro, sebagai penerbit dan penyiar program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia 3 (AF3), semalam mengumumkan keputusan untuk memberi peluang kepada empat pelajar untuk mara ke peringkat akhir. Pengumuman dibuat oleh pengetua AF3, M. Nasir di hadapan enam pelajar yang masih kekal di Akademi, menerusi program Diari Akademi Fantasia 3 yang disiarkan pada 27 Julai, 8.30 malam di saluran Astro Ria dan Astro @15. Ini bermakna pada konsert minggu kesembilan Sabtu ini, dua pelajar akan disingkirkan berdasarkan peratusan undian paling rendah Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengundi. Ketua Program Melayu Astro, Rozina Aziz berkata keputusan atau kejutan ini adalah untuk memberi kelainan format kepada program Akademi Fantasia. Beliau merujuk kepada AF musim pertama yang membawa lima pelajar ke peringkat akhir manakala AF musim kedua menampilkan 6 pelajar. “Dengan hanya 4 pelajar di peringkat akhir, tenaga pengajar akan memberi lebih fokus kepada pelajar-pelajar itu dalam setiap aspek persembahan dan diharap mereka dapat membawa persembahan paling bertenaga di konsert akhir nanti,” terang Rozina. Bagaimanapun, dari dua pelajar tersingkir, pelajar yang mendapat undian lebih tinggi akan dikira menduduki tempat kelima. Beliau layak menerima hadiah berupa Pakej Percutian ke Bali tajaan Pearl of The Orient (POTO Travel) dengan kerjasama Aida Travel dan Gulf Air, sebuah Kerusi Urut tajaan Gintell, sebuah Beg Pakaian jenama Samsonite, Wang Tunai RM3000 sumbangan Hotlink dan Trofi Akademi Fantasia tajaan Astro. Astro juga mengumumkan pengenalan satu Anugerah Khas yang bakal diberi kepada salah seorang daripada 14 pelajar AF3 iaitu Anugerah Vokal Terbaik. Anugerah ini adalah untuk pelajar yang mempunyai kekuatan vokal terbaik, dan dipilih melalui undian SMS penonton. Untuk memilih calon vokal terbaik, taip AFVOKAL dan hantar ke 32999. Talian SMS bagi Anugerah Vokal Terbaik akan dibuka mulai 8.30 malam pada Jumaat, 29 Julai 2005. Setiap SMS akan dikenakan caj premium RM0.50 tidak termasuk kadar SMS biasa yang dikenakan oleh TELCO. Pemenang anugerah tersebut akan diumumkan pada Konsert Akhir Akademi Fantasia yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 6 Ogos ini. Pelajar yang memenangi Anugerah Vokal Terbaik bakal menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM3000. Tiket bagi Konsert Akhir Akademi Fantasia akan mula dijual oleh TicketCharge mulai Isnin, 1 Ogos pada harga RM20 dan RM40. Bagi mereka yang membeli tiket pada hari Isnin, 1 Ogos dari pukul 9 pagi hingga 6 petang akan menikmati harga istimewa “Early Bird Offer” pada kadar RM10 dan RM25. Tawaran “Early Bird Offer” ini adalah hanya pada hari Isnin sahaja. TicketCharge boleh dihubungi di talian 03-77262002. Selain wang tunai, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit. Talian TicketCharge dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi hingga 6 petang dan hari Sabtu, mulai jam 12 tengahari hingga 6 petang. Tiket-tiket juga boleh didapati dari tiga cawangan TicketCharge di Mid-Valley Boulevard, The Mall dan Lot 10, Kuala Lumpur. I say : Why call it Anugerah Vokal Terbaik kalau bukan judged by professionals. If its based on public votes - then its Anugerah Vokal Popular. The masses cannot be expected to deliver a result that is equivalent to that of people knowledgeable in the business. The best tu kena laa orang yang paham apa tu vocals and techniques involved mah!

Thursday, July 28, 2005

Mencari Cinta - TV3

Saya memang tidak berminat dan tidak langsung mengikuti program ini. Tetapi saya tertarik dengan kritikan yang diberikan oleh "don't know who" terhadap rancangan ini.. semoga pandangan ini dapat menarik perhatian pihak berkenaan di stesen TV tersebut. Tapi, memandangkan program telah pun berjalan, saya tidak merasakan yang rancangan tersebut akan dihentikan.

MENCARI CINTA PROGRAM YANG MENCARI KECEWA LELAKI

Program realiti TV3 terbaru iaitu Mencari Cinta yang memaparkan sembilan lelaki merebut untuk menawan hati seorang gadis semakin hangat diperkatakan di kalangan peminat rancangan Realiti Tv. Jadi dekat sini sebagai penonton program realiti ingin membuat sedikit komen atas rancangan tersebut yang sememangnya kita ketahui meniru akan program dari negara barat. Begitu juga dengan program realiti televisyen yang lain seperti Mentor, Akademi Fantasia, Audition yang sememangnya lebih kepada hiburan kosong semata-mata. Rakyat Malaysia hari ini lebih kepada membicarakan isu pitisan dan hiburan semata-mata tanpa lebih membicarakan isu yang lebih mendatangkan faedah kepada pembangunan akhlak.

Berbalik kepada Mencari Cinta awal-awal lagi saya mengatakan bahawa program ini sebenarnya tidak ada matlamat dalam sebuah rancangan. Jauh sekali mendatangkan kebaikan pada pihak penonton ataupun mereka yang terlibat.

Mencari cinta ini sebenarnya tidak tepat dengan tajuk utama iaitu istilah mencari cinta tapi lebih kepada mencari kecewa lelaki. Saya mengatakan di sini ialah lelaki-lelaki yang masuk rancangan tersebut lebih kepada mengejar sesuatu yang tak pasti dan seolah-olah pasrah kepada jodoh sehingga sanggup mempromosi diri dalam tv dan menjual maruah sebagai seorang lelaki. Berebut dan mengejar seorang wanita yang sememangnya kita tak ketahui apakah sebenarnya keistimewaan yang ada pada dia dan adakah beliau memenuhi ciri-ciri seorang wanita yang patut dijadikan isteri. Sedangkan dalam AL Quran itu sendiri telah menggariskan beberapa perkara yang sememangnya menjadi ikutan golongan lelaki dalam mencari jodoh.

Saya bersyukur sangat kepada peserta pertama dulu yang menarik diri awal-awal lagi. Sudah pasti dia tak mengalami rasa kecewa, putus asa, dimalukan serta menjatuhkan maruah seumur hidup. Tapi kepada lelaki yang memasukinya dan tersinggir sudah pasti merasai saat kekecewaan ini. Mereka berhempas pulas menandingi satu sama lain semata-mata memikat gadis yang dikenali dalam televisyen semata-mata. Gadis yang saya lebih katakan kepada pasrah dalam mencari jodoh sehingga masuk televisyen jual muka semata-mata mencari suami semata-mata umur juga telah lanjut. Jadi kepada lelaki saya nak tanya perempuan macam inikan yang kamu semua nak dijadikan bini.

Soalan ini saya rasa tak perlu saya tanya pada diri anda sendiri tetapi cuba tanya dahulu pada ibu bapa atau kaum keluarga anda. Memang apa yang kita nampak semuanya lebih memuji satu sama lain tapi hakikatnya kita tak tahu lagi situasi sebenar di belakang kamera. Lagi satu saya nak komen peserta tu dinilai sebagai anak yang baik tapi kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik dia tu dia seorang je yang tak bertudung, berambut merah dan berkuku panjang. Layakkah dia membasuh beras menggunakan kuku untuk menyediakan nasi kepada seorang suami. Saya bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi kena fikirlah sewajarnya sebagai insan yang dikurniakan akal baik lelaki atau perempuan tersebut atau pihak penganjur program realiti ini.

Yang nyata keluarga dari pihak perempuan pula seolah-olah diistilahkan lebih sudu dari kuah tanpa mengetepikan atau tak sedar bahawa cinta yang sebenarnya adalah cinta yang berputik dari hati. Dua hati bersatu menjadi satu diikuti rasa kasih dan sayang yang mendalam. Cinta juga lahir dari hati dan bukan paksaan kaum keluarga. Keluarga sibuk bertanya macam-macam sehinggakan si peserta yang bernama Azhari tak sempat menghabiskan hidangan. Tapi kaum keluarga kita lihat bahawa pinggan mereka sebenarnya sudah licin. Begitu juga kaum keluarga telah membuat penilaian mereka dalam tempoh waktu yang singkat saja. Melebalkan orang tu macam ni orang! tu macam tu. Orang ni peramah, orang tu sopan dan macam-macam lagi. Sibuk juga membicarakan fasal keluarga, fasal pekerjaan dan sebagainya. Apa dia ingat anak dia tak ada masa depan ke kalau berkahwin dengan salah seorang dari mereka. Lepas tu siap buat cabutan macam nak beli nombor ekor lagi. Siapa tak berkenan dia akan singkir. Siapa yang memenuhi ciri dia akan ambil tanpa persetujuan sejati dari pihak wanita.

Jadi dengan sini jelas pihak lelaki sengaja diperbodohkan pihak perempuan atau pihak penganjur sendiri apatah lagi dengan tak disangka SMS penonton tetap menjadi trend kepada program yang berbentuk realiti. Saya nak tanya kepada penonton yang sms tu. Apa kaitan sms anda dengan soal jodoh mereka. Buat apa undi sedangkan tidak ada

faedah walau sedikit pun yang saya nampak. Jauh sekali mengenali mereka semua. Bila dah sms tu sudah tentu pihak penganjur kan yang dapat untung. Pihak penonton yang sms tu apa yang dia dapat. Kalau dapat mana-mana lelaki dalam sembilan orang tu kira baik le tapi sebaliknya.

Cuba kita lihat bagaimana perasaan lelaki yang dipuji, disukai, dilayan dengan baik oleh pihak perempuan dan kaum keluarga dengan sebaik-baiknya tetapi kesudahannya dipecat juga dengan pelbagai alasan tertentu yang tak masuk akal semata-mata nak mencari yang terbaik antara sembilan lelaki tersebut. Jadi saya nak tanya nak mencari yang terbaik di sini dimaksudkan ialah kalau kita nak mencari yang terbaik sudah pasti kita bertanyakan pada diri kita sendiri(perempuan tersebut) baik sangatkan diri anda yang sebenar. Kalau baik dan terbaik sampai sembilan lelaki berebut kenapa anda tidak berkahwin sampai mencecah umur 40.

Dunia hari ini kita sedia ketahui bahawa kaum wanita melebihi jumlah kaum lelaki. Jadi kalau sembilan wanita mencari satu lelaki itu dah kira boleh diterima le. Tapi dalam hal ini telah bertukar kepada sembilan lelaki mencari satu perempuan. Dan pada perempuan tersebut apakah anda telah habis cara dalam mencari jodoh. Dan adakah anda bahagia dengan puluhan mulut kaum keluarga memilih dalam mencari lelaki yang dianggap terbaik itu.

Cuba bayangkan betapa hancur hati seorang lelaki bila cinta ditolak oleh seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Hanya mereka yang mengalami semua ini akan merasai akibatnya. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak setanding digandingkan dengan wanita tersebut hatta mana-mana wanita sekali pun sehingga dibuang begitu saja tanpa
adanya kebaikan tertentu. Yang nyata keburukan lebih bertandang. Jadi lelaki yang dibuang ini sudah pasti terus dibelenggu dengan perasaan rendah diri kerana cinta mereka telah ditolak secara terang-terangan dan disaksikan berjuta rakyat Malaysia. Sudah pastinya lelaki yang ditolak secara diketahui umum ini akan membuatkan wanita-wanita kat luar juga tidak mendekati lelaki ini kerana lelaki ini pernah ditolok dan dikecewakan wanita tersebut. Dan sudah pasti memandang serong kenapa lelaki ini ditolok. Kalau dah ditolok sudah pasti akan menimbulkan perasaan negatif dan mengakui lelaki tersebut tidak mendapat tempat di hati wanita dan kaum keluarga . Jika ada pun wanita-wanita kat luar meminati lelaki ini juga sudah pasti atas dasar kepopularan lelaki tersebut masuk tv sebagaimana penonton memuja Mawi, Zahid, Jaqline Victor dan sebagainya atas dasar penilainya dalam sebuah program realiti tv yang lebih memaparkan realiti kebaikan dari realiti keburukan..

Dari minggu ke minggu satu persatu lelaki akan dikeluarkan begitu saja. Jadi dekat sini lapan hati lelaki akan kecewa. Bila dah kecewa sudah pasti mereka tidak mempercayai wanita lagi dan membuatkan dia semakin takut untuk mencari jodoh dan bercinta dengan mana-mana wanita. Ini membuatkan mereka rasa kecewa dan tak nak mencari cinta lagi jauh lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Kepada kaum lelaki saya nak tanya apakah tak ada cara lain lagi dalam mencari seorang wanita. Di mana sifat lelaki anda sehingga menyuruh orang lain mencarikan jodoh untuk anda. Apakah perasaan anda dan kaum keluarga anda bila anda ditolak oleh seorang wanita yang sememang kita kenal bukan sepopular Siti Nurhaliza, secantik Aiswarya Rai jauh lagi bertutup aurat seiras Wahida. Jauh sekali wanita itu dari kalangan keraba diraja atau golongan hartawan. Begitu juga jauh sekali kita nak bezakan semulia dengan insane yang bernama Siti Khadijah atau Rabiatul Adawiyah .

Apakah yang membuatkan anda semua masuk program ini semata untuk mencari glamor, atau mempromosi kaum keluarga, mempromosi tempat kerja dan majikan. Atau sememangnya menjual maruah anda sendiri atau melahirkan kekesalan diri anda lagi tewas dengan seorang wanita. Apa moralnya gadis itu terpilih. Dan yang nyata apakah anda yang hensem, yang memiliki pekerja tetap dan hebat ini tidak mempunyai kekasih hati. Apakah pula wanita yang dianggap sopan, baik pada keluarga itu tidak mendapat jodoh. Itulah hakikat sebenarnya yang perlu penonton tahu.

Kesimpulannya pihak penganjur mengatakan tidak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan nak diakhiri dengan apa lagi. Nak diakhiri dengan kecewa kaum lelaki atau perasaan megah seorang wanita kerana ramai lelaki meminatinya. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan sudah pasti program ini sebenarnya telah lari dari tajuk asal. Jika program ini menyediakan 10
lelaki dan 10 perempuan dan mereka mencari jodoh masing-masing rasanya itu dianggap lebih manis dan berkesan dalam mencari jodoh bukan semata mencari kecewa lelaki.

Yang pasti di saat tv3 memaparkan program realiti tv Bersamamu yang membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana mengenangkan kemiskinan kita pula disogokkan dengan perasaan kecewa dalam mencari cinta. Waktu siaran pula adalah selama satu jam tapi program Bersamamu itu yang merupakan rancangan terbaik, memberi manfaat, berkesan pula dalam tempoh tak sampai setengah jam. Jangan terlalu leka dengan program realiti tv sehingga apa yang dipaparkan tak memberi faedah langsung kepada semua penonton.

Banyak lagi rasanya rancangan yang perlu diketengahkan dalam mencari rating tertinggi seperti memaparkan atau mendedahkan isu kelakuan aib remaja berpasangan atau tak senonoh di tempat terbuka, rancangan keinsafan atas kesalahan besar dilakukan dalam hidup seseorang seperti membuat temu ramah rancangan yang memaparkan tentang keinsafan, taubat atau rancangan luahan orang cacat, yatim piatu atau yang memaparkan isu hari-hari terakhir seorang pesakit AIDS, seorang yang akan dijatuhkan hukuman gantung atau rancangan yang memaparkan isu kenapa seseorang ibu bapa yang tua ditinggalkan di ! rumah Seri Kenangan. Rancangan lebih kepada berbentuk pengorbanan dan kasih sayang yang sebenar.

Saya yakin rancangan yang saya maksudkan ini akan mendapat rating dan disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang sebenar-benarnya daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata dan hanya sebuah lakonan dalam pentas teater. Yang pasti rancangan yang dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih saying dan keinsafan daripada kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah haluan hidup yang tak pasti.

Analysis populariti Mawi AF3 (Tanya Linda)

Analisis populariti Mawi AF3 dari kaca mata seorang profesional
Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk mengulas perbincangan di rancangan Tanya Linda di Astro Ria pada 26 Julai 2005 mengenai seorang peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Mawi.

Sebagai seorang yang terpelajar, saya berasa amat malu mendengar hujah-hujah yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang pada malam itu terutama profesor yang telah dijemput. Pihak pembangkang seolah-olah `hentam keromo' dan tidak membuat sebarang kajian mendalam mengenai rancangan itu dan industri muzik kita.

Pertama, soal peminat Mawi yang hanya datang dari luar bandar. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur selama hampir 35 tahun, berkelulusan profesional dalam bidang perakaunan tetapi saya meminati bakat Mawi. Adakah saya orang luar bandar?

Boleh dikatakan ramai peminat Mawi terutama sekali pengundi senyap adalah golongan profesional yang menetap di bandar. Apakah fakta dan analisis yang dibuat oleh pembangkang tersebut untuk membuktikan bahawa peminat Mawi hanya mereka yang berada di luar bandar, tidak berpelajaran dan low class? Selagi bukti dan sampling tidak ada, maka teori itu hanya tinggal teori sahaja.

Kedua, soal semua penyanyi perlu tahu bermain muzik. Adakah Siti Nurhaliza pandai bermain muzik semasa dia mula diminati? Apa yang dia pertaruhkan hanyalah suara dan bakat. Dia mula belajar daripada kosong apabila dia masuk ke dalam industri ini. Saya rasa pihak pembangkang perlu sedar bahawa pendidikan seperti muzik, tarian dan seni persembahan ini masih merupakan satu kemewahan kepada masyarakat kelas pertengahan ke bawah kerana fokus mereka adalah memastikan pendidikan formal yang lain.

Tidak semua orang mampu mengikuti kelas vokal dan muzik secara profesional dan tidak semua orang berpeluang masuk ke UiTM atau universiti lain untuk belajar muzik.

Jika kita hendak berjaya dalam dunia luar, teori sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kita terus bertahan tetapi juga kreativiti, keikhlasan dan kesungguhan untuk melakukan sesuatu. Perkara yang pembangkang asyik bangkitkan itu kalau kita belajar sosiologi manusia kita akan panggil perkara seperti ini paralysis by analysis.

Sekarang baru saya faham kenapa pelajar-pelajar kita yang keluar dari pusat pengajian tinggi hebat dari segi kelulusan di atas kertas tetapi gagal menjadi analitikal dan kreatif.

Ketiga, pihak pembangkang seolah tidak memahami konsep rancangan tersebut walaupun sudah diterangkan dengan jelas oleh Iman Wan. Amatlah memalukan apabila perkara begitu jelas tidak difahami. Saya dapat merasakan mungkin pihak pembangkang bukanlah penonton yang mengikuti rancangan ini setiap minggu kerana hujah yang diberi seperti tiada analisis sebenar dan tidak melihat kepada keseluruhan rancangan tersebut.

Kalau kita sekadar ingin mencari seorang peserta yang boleh menyanyi, maka tidak perlu ada perkara seperti diari. Melalui diari inilah penonton dapat menilai peserta mana yang boleh diterima oleh umum dan peserta mana yang kalau buat album pun sekadar untuk memenuhi pasaran sahaja.

Keempat, persoalan kenapa ramai orang meminati Mawi tetapi tidak Felix atau Marsha yang dikatakan berbakat? Jawapannya ialah setiap seorang manusia itu dianugerahkan oleh Allah kelebihan mereka. Ada orang yang boleh menyanyi dengan sempurna dan hebat tetapi gagal menambat hati orang ramai. Ada orang yang cuma mampu memberikan senyuman tetapi boleh mengubat kelukaan hati seseorang.

Apa yang ada pada Mawi ialah dia ada kelebihan tersendiri. Sebab lain ialah stigma yang dimainkan oleh peminat peserta lain seperti irama nasyid dan lagu Arab yang tiada kelas dan kata-kata hinaan yang budak Felda tidak boleh maju.

Perkara seperti ini tidak boleh dimainkan terutama sekali di dalam mencari undi masyarakat Melayu. Irama nasyid begitu sinonim dengan orang Melayu dan agama Islam. Memperlekehkan nasyid dilihat seperti memperbodoh-bodohkan orang Islam itu sendiri.

Hinaan `anak Felda tidak sampai ke mana' juga merupakan isu yang sensitif kerana pantang anak Melayu dicabar dengan kata-kata seperti itu. Lagipun sudah ramai anak Felda yang berjaya dan memegang jawatan yang tinggi dalam sektor-sektor besar sekarang. Jadi kenapa Mawi juga tidak boleh berjaya?

Kelima, adakah peminat Mawi akan terus meminati beliau selepas keluar dan membeli album beliau? Jawapannya ya. Saya melihat corak peminat Mawi ini berlainan daripada para peminat juara AF musim-musim lalu. Mereka begitu konsisten memberikan undian. Majoriti peminat beliau adalah dari linkungan umur 25 tahun sehingga 45 tahun yang mempunyai kuasa besar membeli album dan juga kredit untuk mengundi.

Soalnya adakah Maestro Talent Management dapat memasarkan Mawi dengan baik dan menghasilkan album yang berkualiti? Zahid bagi saya gagal menghasilkan album yang memberansangkan jika dibandingkan dengan Adam. Amatlah rugi jika pihak Maestro tidak melihat peluang ini dan mengasah bakat yang ada pada Mawi.

Maka sudah tiba masa industri ini melihat apa sebenarnya yang diingini oleh masyarakat. Peminat-peminat beliau bukanlah fanatik seperti yang digembar-gemburkan kerana mereka juga merupakan pengkritik Mawi yang paling vokal apabila Mawi tidak membuktikan kebolehan beliau. - PENGUNDI SENYAP, Selangor.

Wednesday, July 27, 2005

Roslan Aziz - "Mawi, that's a star"

Roslan Aziz - "Mawi, that's a star"
Here is a word for word exclusive interview with judges, Roslan Aziz and Paul Moss – Kak Jee was under the weather but these two had plenty of opinion to go around…

BlueHyppo (BH) First, do you compare the contestants with Jac?
Roslan: Of course she is our winner, the first winner and always the first winner is a benchmark, but the way I look at it is that, we are not looking for another Jaclyn Victor. As a benchmark in singing yes, but if we were looking just for another Jac, then we are being stupid. So this year, we are not looking for that but we are looking for another type of singer. And there are a lot actually. In fact, in terms of singing, maybe they are the same but in terms of charisma, this years contestants are better than Jac.

BH: What does ‘star quality’ mean to you?
Roslan: Star quality is a person who goes on stage and everybody likes already, no need to sing. He or she, people go wahh, that’s what we are also looking for. Last week for the first time I saw AF (Akademi Fantasia), that guy, Mawi, that’s a star. He doesn’t have to sing very well because that competition will develop him, that competition will work him to make him a better singer. But all he needs to do is go on stage and everyone goes wild. That’s a star, handsome, personality. I hope the MI contestants can have that type of charisma. It’s not a package; a package is where its ‘cantik’ (good looks), no we are just talking about nice personality and good talent, only two. There’s no such thing as package, it’s a TV word. I hate this word. No human is perfect. But if you want to be singer, you have to have the charisma, that look and the talent.

Paul: That’s hard. I try to see the way they communicate. Some people you want to know more about them. What’s the combination of likeability and talent?

BH: You have defended contestants from Paul – do you do this because you think this person can go far or because you are protecting his feelings?
Roslan: No, I don’t protect anybody’s feelings. If you in MI, we do not protect anyone because, if you do, then it is almost as if you ‘tipu’ (lie) these people. Why would you protect someone’s feelings and then tell them lies? Certain people if you give them some time, then they can improve some cannot. Paul is my fellow judge and I respect him for what he is doing but he’s made mistakes before in signing people before, so I cannot trust him 100%. I don’t make mistakes about my signings. All my signings are all gold. Above 200,000 sales. So I must always follow my instincts.

BH: Paul, you didn’t get people telling you to go easy on them?
Paul: The most comment I got is that I’m still too easy on them. Some people say I’m still not being very honest but I am. Someone asked me this the other day, “Did I scar some people’s self-esteem from this?” Scar? No. Dented? Yes!

BH: Paul, were you affected by the contestant’s comments? Like when ‘Britney Boy’ said the only thing you do is talk trash about people?
Paul: He was the only person in two years who actually talked back to me. What I said was “Good on him”. I genuinely felt much more respect for that guy for doing that.

BH: First impressions count. Jac stood out last time, who this year has stood out for you?
Roslan: Yes, we had the girl in Penang, the tall one, the Chinese boy; I really like him. The Soliano girl, the bigger one. Last year, we just had Jac…and then the rest. That’s why I was pushing Dina so hard but I know I cannot sign her (because of her MI contract) but as judges; we have to push because we need the show to be more competitive. That’s why I said, “Jac you’re bored lah…then she was in the bottom 3 (laughes), then I panicked!”

BH: What do you think your strength as a judge is?
Roslan: My experience. I look for a contestant singing and then I can feel, ‘Alamak wow’, she or he really caught me, and then I know that person is good. My experience and what I have been through is the most important. I have seen a lot of singers, a lot of types. So I think I can feel that outstanding talent.

Paul: I had been working with local English artistes predominantly. They think differently and sing and write for different reasons. That blend with my own personality and viewpoint. So I always have that international perspective. I like finding people who has the possibility of being an international artiste. It makes me proud to find someone who is like that. Even if the person were a very successful local star, I would really love if we found someone who can really push some boundaries.

BH: Is there any of last year’s contestants whom you are happy to see?
Roslan: Kar Wei, she is a good example of courage and determination. But at the end of the day, what we are looking for is that extra talent. That is the most important thing that you should have to become a singer.

Paul: Kar Wei. Honestly, she sang really well all the way through. But looking at her, she didn’t nail each note that she sang. And you can hear the slight pitching and it doesn’t give you the confidence to let her go and do what she’s doing. And I also knew she was operating at 95% of her ability. And there were others who had shown us real brilliance some time. They may not be as good as her but they’ve shown that they can do much better.

BH: Is there anything you like or don’t like about the other judges?
Roslan: I think it’s a good mix. I love the way Paul judges because it is technical, true and from another perspective. It’s from a person born outside the country so it’s a mat salleh perspective. I like that. And Jee, I like her because she is a pacifier. She is so beautiful that you will just melt. Jee is like a flower. And she’s more confident this year. She’s been in the industry for so long. She’s been in front of the camera for so long. She’s been singing for so long. And she’s such a beautiful woman. I’m the crazy guy there.

BH: Are you guys working better this year?
Roslan: We always work well together. That’s why you can’t see if this is drama or real. We already have an understanding. The beauty of the show is nothing is planned.

BH: Do you ever regret what you say?
Roslan: There are a lot of times I regret I didn’t say the things I meant to say. When you’re in front of the camera, it’s different. That’s why MI has provided me with the experience of live recording. It’s a whole different ballgame. For this show, I try to say something more effective. The thing is, it’s a tough job being a jury. You have to say something live for only 15 seconds. You have to be sharp, effective, witty… If you ask me to sing, I think it’s much easier than giving comments. I’d rather be criticized than to do the criticizing. After all, I’ve been criticized all my life so I’m open to that.

BH: Do you feel like you always have to say something witty or sharp for TV?
Paul: I’ve given up trying to be witty. I can’t. But you have to think in terms of sound bites. It’s got to be short and concise. That can be quite tough. Some of the contestants expect you to give constructive criticism. Like that Michael Jackson guy. Hello! Do you expect us to give you advice on how to further your career? If we did that for every single person who walked through the door, we’ll still be there doing it! It’s ridiculous. How can they possibly expect that? The real good ones, we do try to be a bit constructive. Some of them span such long discussions the production guys are like “Get on with it!”

BH: Are you worried you may have let some talent slip?
Roslan: I’m not worried because if some slip, it’s not their luck.
Paul: Very sure that we didn’t let some slip through.

Sumber: http://www.malaysianidol.com.my/01_judges.asp

Tuesday, July 26, 2005

Rehat yang agak panjang..

start dari hari khamis last week (21.07.2005).. saya menghadiri kursus Mara di Genting. Kursus asas perniagaan, yang bertempat di Hotel Seri Malaysia. Satu kursus yang agak bagus dan praktikal untuk bakal ushawan. Kursus yang ditawarkan dengan harga RM100.00 untuk 3 hari 2 malam, memang agak berbaloi. Mara sponsor penginapan dan makanan.. so, what else do u want..

Pegawai mara yang terlibat En Salim, En NorZainee.. sememangnya mara seolah2 tidak cukup kakitangan untuk mengendalikan para peserta. Tapi, bagi kami, itu tidak begitu penting.. yang paling penting, ilmu yang ingin disampaikan sememangnya amat berguna kepada kami.. terima kasih mara..

Tuan Haji Yep Puteh.. merupakan seorang veteran yang layak untuk berbicara berkenaan dengan asas perniagaan ini. Beliau menyarakan kepada ushawan baru, supaya mendaftarkan nama syarikat dan membuka akaun untuk syarikat dahulu, walaupun masih tidak terfikir apakah jenis perniagaan yang akan dijalankan. Beliau memberikan logik disebaliknya, kenapa kita harus berbuat demikian. Beliau juga bercerita tentang CGC (Credit Guarantee Corporation).. i have to find out more on this. It was quite interesting. http://www.iguarantee.com.my

berkobar-kobar semangat nak berniaga lepas balik dari kursus tu.. i really want to do something .. start business and start a new life..

Tuesday, July 19, 2005

Sambungan Bicara AF3

Idayu.. pelajar yang mempunyai suara yang mengasyikkan.. bagi lah lagu apa pun, Idayu sememangnya pandai untuk mengalunkannya dengan cara yang tersendiri. Malangnya idayu tersingkir disebabkan salah tanggapan yang ditunjukkan di dalam diari. Idayu digambarkan sebagai seorang perempuan yang cepat naik angin dan agak garang.. AF3 ini juga seperti di AF1 dan AF2.. penonton tidak memilih kepada suara, tetapi lebih mengutamakan kepada personaliti.. Idayu tidak dapat berdiri dengan teguh disebabkan fan base yang tidak kuat.. sayang seribu kali sayang.. semasa penyingkiran idayu, semua orang orang terkejut, termasuk para pelajar.. ramai yang tidak dapat menerima.. tapi apakan daya, setakat minggu ke 4 sahaja idayu dapat bertahan, saya agak terkejut tapi saya masih dapat menerima kerana saya tidak mengundi idayu dan juga mana2 pelajar.. so, buat apa nak terkejut jika saya sendiri tidak menyumbangkan walau pun satu undi untuk idayu.. i'm gonna miss her.. setelah melihat idayu didalam era@ria dan trek selebriti, tak sangka pulak dia berroom matekan farah semasa di Uitm. Guru vocal idayu sebelum masuk ke AF3, syafinaz.. no wonders her voice so good..

Bicara tentang AF3

Ini bukan kali pertama saya menulis pasal AF3.. sudah banyak kali, selepas ditaip, dibaca dan direnungkan isinya.. saya merasakan yang ianya cuma sesuai untuk di deletekan sahaja.. kenapa?? sebab saya belum bersedia mengkritik. Kesemua cerita yang saya tulis, banyak berbau emosi.. ketaksuban saya pada mawi, kebencian membuak pada reza & fuad, kemualan teramat pada eliza dan kejutan di atas penyingkiran idayu. Semua bercampur baur.. setelah diamati, saya merasakan cerita2 yang saya tulis tidak memberikan apa2 kebaikan pada semua.. cuma luahan emosi semata.

Saya meminati mawi.. ya betul saya mengaku..saya mula meminati mawi setelah mendengarkan lagu Intifada dikonsert prelude tempoh hari. Saya merasa amat marah dan geram bila mawi tidak terpilih dalam senarai 12 pelajar AF3. Sebagai peminat setia AF, setiap diari akan saya tonton tanpa tertinggal satu pun.. akan tetapi untuk AF3, bagi minggu pertama saya tetinggal beberapa diari, sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.. perasaan frust sebab mawi tidak ada mewarnai dairi masih terasa.

Betul, pada awal kemunculan mawi, saya amat tertarik dengan sifat beliau yang pemalu, muka beliau yang bersih dan suara lunak beliau ketika mendendangkan lagu Intifada.. saya merasakan semuanya kena dan agak terkejut bila aznil menyatakan yang mawi pernah beberapa kali menjadi juara untuk tilawah alQuran.. sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan.. mungkin 1st impression mawi membuatkan hati saya terus berkenan terhadap beliau.. semenjak dari itu, mawi terus berada di minda, sebut je AF, terus ingatkan mawi, bak kata pagi .. petang.. malam.. mawi.. mawi dan mawi lagi..

Minggu pertama AF3, walaupun ada beberapa episode diari yang saya tertinggal, tapi tidak banyak yang ketinggalan.. terutama each of the student kat dalam tu, mula menunjukan personaliti memasing.. saya melihat semua karektor untuk kedua belasan pelajar yang ada. Kesemua pelajar tidak menunjukkan sikap kerjasama pada peringkat awal.. hilang semua sikap setiakawan.. tidak seperti AF1 dan AF2.. apa nie, semakin teruk sikap masing2.. saya pernah mencadangkan di dalam satu blog, supaya pihak akedemi mengadakan kelas sivik.. ini menunjukkan betapa teruknya attitiude masing2.. saya tidak rugi bila menyarankan kelas2 sebegini, astro juga tidak rugi, tapi jika tidak perihatin, mungkin sikap2 ini akan dibawa oleh para pelajar sehingga ketua..

Jom kita lihat pada pelajar pertama yang tersingkir.. eliza, adik kepada elina. 1st time melihat beliau di dalam imbasan, saya menyangkakan beliau seorang yang pendiam dan tak banyak songgeh. But what happen was so very the disastrous(wow..perkataan canggih nie).. tak sangka sungguh perangai perempuan sorang nie.. i thought she's the youngest, sebab perangai macam budak berumur 14 tahun, tak sangka umur dah 21 tahun. Cuba untuk menerapkan personaliti periang, tapi terbawa2 gaya Farah - AF2, Ohh My God.. aper le minah nie.. bila gelak sebijik macam farah, this one i can't stand.. cukup2 le ada sorang farah, don't imitate please.. dalam diari ada ditunjukan part eliza nie macam jenis suka mengata orang & meracun kawan2.. this is what astro shows, so.. u can't blame viewer perception.. suara eliza bagus.. lagu mengapa yang dinyanyikan semasa konsert prelude memang sedap, dan melayakkan beliau untuk dipilih antara 12 yg terbaik.. sayang, suara yang sedap ini tidak sealiran dengan personaliti.. sepatutnya eliza lebih mematangkan diri beliau dan tidak membawa personaliti keanak2kan.. grow up pleaseee.. M Nasir sebagai pengetua telah menegur eliza di dalam satu sessi, tapi malangnya, teguran tersebut agak lambat dan tidak dapat menolong eliza dari tersingkir dari AF..

sepanjang diakademi, eliza telah membawakan lagu Elegi sepi untuk konsert pertama.. lagu ini dibawa dengan baik dan ada penghayatan.. pada konsert kedua, eliza membawa lagu d-Va, dengan lagu Aku, dia dan kamu.. lagu ini penuh dengan attitude, yeahh eliza cuba memghayati lagu tersebut sebaik mungkin, tapi bagi saya.. aksi yang ditunjukkan agak keterlaluan, dan tak sesuai untuk dipersembahkan di dalam konsert tersebut.. walau bagaimana pun beliau mendapat kritikan yang amat positive, of course dari kudsia kahar (KK).. whateverrr kudsia.. apa2 pun tidak dapat menyelamatkan eliza dari terkeluar.. dan sesungguhnya eliza menjadi pelajar pertama yang terkeluar dari AF3..

Ok.. move on to pelajar paling suka berlakon.. paling saya tidak tahan, perangai Fuad yang mengada2 & suka menangis.. ishkkk.. saya tak larat sungguh.. walau pun beliau mempunyai suara yang agak bagus, tapi sikap yang beliau tonjolkan agak menjengkilkan.. sekali tengok, dah tau, gaya hip hop ala2 zahid yang cuba ditonjolkan.. alahaiii.. we don't need second zahid in the AF.. one is enough.. lihat sekarang apa jadi pada zahid, dengan gaya hip hop dan lagaknya yg tidak disukai wartawan.. hancusss jadiknya.. tak ada arah tuju langsung.. nie le gelemer untuk seketika sahaja, album entah ke mana zahid pun entah kemana, so nak ikut pun berpada2 lah.. fuad terlalu over konfident, mungkin kerana setiap kali konsert, sorakan yang diberi penonton agak kuat untuk beliau.. tapi sorakan sahaja belum cukup, yang paling penting Afundi.. nie kira kes syok sendiri..

fuad cuba untuk menarik perhatian sesiapa sahaja di dalam AF, termasuk krew cameraman.. tetapi beliau tersalah langkah.. sampaikan krew cameraman pun tak sukakn fuad.. beliau diberikan lagu untuk konsert:
pertama Pop yeah.. yeh - sebijik gaya zahid.. cammon laa.. orang dah muak dengan gaya2 macam nie, apersal le tak ubah style..
kedua Puteri - memang suara dan feel fuad ada, tapi terover pulak.. mimik muka fuad so meloyakan.. dengan muka terjebik2 make me want to smack his face instead of console him :))..
ketiga Gerimis dilautan - beliau menyanyi dengan baik dengan feel yang betul akan tetapi not good enough to establish himself.. orang dah tak mau nengok fuad lagi. Cukup sampai disini fuad.. hentikan tangisanmu di AF..

Still in the posting mood.. tapi nak post apa ..Lirik lagu Warisan

Hari nie, mood nak post datang.. macam2 benda saya nak postkan.. tentang luahan hati.. cerita lucu, sedeh dan happy.. tapi sekarang macam tak sesuai pulak.. banyak pulak halangannya.. terutama halangan kerja lah.. hehehehe.. hehehhehe..

just want to share the warisan punya lyric kat sini, heharap lirik nie tak akan hilang ditelan dek arus permodenan zaman.. lagu yang memberikan banyak memori pada zaman muda2 dulu.. masa sedang meningkat remaja..


WARISAN

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Dari masa hingga masa,
Petualang menghancurkan bangsa,
Alatkan agama demi peribadi,
Pupus kita di bumi Ilahi.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Apa yang kau rasa saat ini..

Nie lah untungnya buat blog, dapat curahkan segala rasa yang ada didada nie.. sekarang ada rasa sedikit geram.. persoalannya pada siapa.. hermmmm.. ishkkk geram teramat pada my immediate bozz a.k.a mokcik.. macama mana boleh geram pada mokcik tu.. sebab, dia punya angkara semua benda dah berterabur.. what daa... eeeeeishhkkk..

tarik nafas.. hembus nafas.. Alhamdulillah.. takde le rasa tertekan sangat.. ok je skang nie..

untuk menceriakan diri.. nak pastekan satu romantika diamor punya story.. very the touchy and kinda sweet gitu.. the story goes like this..

Lady : Why do you like me..? Why do you love me?
Man : I can't tell the reason.. but I really like you..
Lady : You can't even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me?
Man : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.
Lady : Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!
Man : Ok..ok!!! Erm...
because you are beautiful,
because your voice is sweet,
because you are caring,
because you are loving,
because you are thoughtful,
because of your smile,
because of your every movements.


The lady felt very satisfied with the man's answer.

Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became comma. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:

Darling,

Because of your sweet voice that I love you...
Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.
Because of your care and concern that I like you..
Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.
Because of your smile,
because of your every movements that I love you..
Now can you smile? Now can you move?
No, therefore I cannot love you...
If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore.
Do love need a reason? NO!
Therefore, I still love you...
And love doesn't need a reason

"Sometimes the best and the most beautiful things in the world cannot be seen, cannot be touched, but can be felt in the heart "

Love doesnt need a reason... its sumthing u can feel burning inside ur heart and waiting to be explode of love... Please... never ever ask someone why do they love u.... love is nature and withouht love the world is nothing but a piece of crap... So Everyone love the world and also love ur loved ones...

Monday, July 18, 2005

The wise woman's stone

A wise woman who was traveling in the mountains found a precious stone in a stream. The next day she met another traveler who was hungry and the wise woman opened her bag to share her food. The hungry traveler saw the precious stone in the wise woman's bag, admired it and asked the wise woman to give it to him. The wise woman did do without hesitation. The traveler left, rejoicing in his good fortune. He knew the jewel was worth enough to give him security for the rest of his life.

But a few days later he came back, searching for the wise woman. When he found her, he returned the stone and said, "I have been thinking. I know how valuable this stone is, but I give it back to you in the hope that you can give me something much more precious. If you can give me what you have within you that enabled you to give me the stone."

Rahsia Surah Al-Kautsar

just want to share the secret of Surah Al-Kausar..

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu untuk kebaikan bersama, InsyaAllah..

The Prophet by Khalil Gibran

nice book.. introduced by Zuraida a.k.a Zoey my best friend in this office.. we speak the same language & share the same thought.. she's the funniest person alive in this office.. kelakar betol le minah tu.. sometime just think of her pon make me wanna laugh.. :))..

the phrase that catch my eyes - such as how love was defined:-

when you love you should not say, "God is in my hear," but rather, "I am in the heart of God."

and think not you can direct the course of love, for love, if it finds you worthy, direct your course.

love has no other desire but to fulfil itself. But if you love and must needs have desires, let these be your desires:
To melt and be like a running brook that sings its melody to the night.
To know the pain of too much tenderness.
To be wounded by your own understanding of live;
And to bleed willingly and joyfully.
To wake at dawn with a winged heart and give thanks for another day of loving;
To rest at the noon hour and meditate love's ectasy;
To return home at eventide with gratitude;
And then to sleep with prayer for the beloved in your heart and a song of praise upon your lips.

and when asked about marriage, the answered was:-

You were born together, and together you shall be for evermore.
You shall be together when the white wings of death scatter your days.
You shall be together even in the silent memory of God.
But let there be spaces in your togetherness.
And let the winds of the heavens dance between you.
Love one another, but make not bond of love:
Let it rather be a moving sea between the shores of your souls.
Fill each other's cup but drink not from one cup (duhhh.. this is so touch)
Give one another of your bread but eat not from the same loaf.
Sing and dance together and be joyous, but let each one of you be alone,
Even as the strings of a lute are alone, though they quiver with the same music.
Give your hearts, but not into each other's keeping.
For only the hand of Life can contain your hearts.
And stand together yet not too near together:
For the pillars of the temple stand apart,
And the oak tree and the cypress grow not in each other's shadow..

selesai baca buku tu (05.07.2005).. tapi tak sure le, buku nie ok tak untuk dijadikan panduan.. cuma part2 yang tertentu je yang berkenan dihati.. tapi mungkin lain orang lain pandangannya.. but for me.. not worth reading.. i'll give only 2 out of 5.