Thursday, July 28, 2005

Mencari Cinta - TV3

Saya memang tidak berminat dan tidak langsung mengikuti program ini. Tetapi saya tertarik dengan kritikan yang diberikan oleh "don't know who" terhadap rancangan ini.. semoga pandangan ini dapat menarik perhatian pihak berkenaan di stesen TV tersebut. Tapi, memandangkan program telah pun berjalan, saya tidak merasakan yang rancangan tersebut akan dihentikan.

MENCARI CINTA PROGRAM YANG MENCARI KECEWA LELAKI

Program realiti TV3 terbaru iaitu Mencari Cinta yang memaparkan sembilan lelaki merebut untuk menawan hati seorang gadis semakin hangat diperkatakan di kalangan peminat rancangan Realiti Tv. Jadi dekat sini sebagai penonton program realiti ingin membuat sedikit komen atas rancangan tersebut yang sememangnya kita ketahui meniru akan program dari negara barat. Begitu juga dengan program realiti televisyen yang lain seperti Mentor, Akademi Fantasia, Audition yang sememangnya lebih kepada hiburan kosong semata-mata. Rakyat Malaysia hari ini lebih kepada membicarakan isu pitisan dan hiburan semata-mata tanpa lebih membicarakan isu yang lebih mendatangkan faedah kepada pembangunan akhlak.

Berbalik kepada Mencari Cinta awal-awal lagi saya mengatakan bahawa program ini sebenarnya tidak ada matlamat dalam sebuah rancangan. Jauh sekali mendatangkan kebaikan pada pihak penonton ataupun mereka yang terlibat.

Mencari cinta ini sebenarnya tidak tepat dengan tajuk utama iaitu istilah mencari cinta tapi lebih kepada mencari kecewa lelaki. Saya mengatakan di sini ialah lelaki-lelaki yang masuk rancangan tersebut lebih kepada mengejar sesuatu yang tak pasti dan seolah-olah pasrah kepada jodoh sehingga sanggup mempromosi diri dalam tv dan menjual maruah sebagai seorang lelaki. Berebut dan mengejar seorang wanita yang sememangnya kita tak ketahui apakah sebenarnya keistimewaan yang ada pada dia dan adakah beliau memenuhi ciri-ciri seorang wanita yang patut dijadikan isteri. Sedangkan dalam AL Quran itu sendiri telah menggariskan beberapa perkara yang sememangnya menjadi ikutan golongan lelaki dalam mencari jodoh.

Saya bersyukur sangat kepada peserta pertama dulu yang menarik diri awal-awal lagi. Sudah pasti dia tak mengalami rasa kecewa, putus asa, dimalukan serta menjatuhkan maruah seumur hidup. Tapi kepada lelaki yang memasukinya dan tersinggir sudah pasti merasai saat kekecewaan ini. Mereka berhempas pulas menandingi satu sama lain semata-mata memikat gadis yang dikenali dalam televisyen semata-mata. Gadis yang saya lebih katakan kepada pasrah dalam mencari jodoh sehingga masuk televisyen jual muka semata-mata mencari suami semata-mata umur juga telah lanjut. Jadi kepada lelaki saya nak tanya perempuan macam inikan yang kamu semua nak dijadikan bini.

Soalan ini saya rasa tak perlu saya tanya pada diri anda sendiri tetapi cuba tanya dahulu pada ibu bapa atau kaum keluarga anda. Memang apa yang kita nampak semuanya lebih memuji satu sama lain tapi hakikatnya kita tak tahu lagi situasi sebenar di belakang kamera. Lagi satu saya nak komen peserta tu dinilai sebagai anak yang baik tapi kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik dia tu dia seorang je yang tak bertudung, berambut merah dan berkuku panjang. Layakkah dia membasuh beras menggunakan kuku untuk menyediakan nasi kepada seorang suami. Saya bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi kena fikirlah sewajarnya sebagai insan yang dikurniakan akal baik lelaki atau perempuan tersebut atau pihak penganjur program realiti ini.

Yang nyata keluarga dari pihak perempuan pula seolah-olah diistilahkan lebih sudu dari kuah tanpa mengetepikan atau tak sedar bahawa cinta yang sebenarnya adalah cinta yang berputik dari hati. Dua hati bersatu menjadi satu diikuti rasa kasih dan sayang yang mendalam. Cinta juga lahir dari hati dan bukan paksaan kaum keluarga. Keluarga sibuk bertanya macam-macam sehinggakan si peserta yang bernama Azhari tak sempat menghabiskan hidangan. Tapi kaum keluarga kita lihat bahawa pinggan mereka sebenarnya sudah licin. Begitu juga kaum keluarga telah membuat penilaian mereka dalam tempoh waktu yang singkat saja. Melebalkan orang tu macam ni orang! tu macam tu. Orang ni peramah, orang tu sopan dan macam-macam lagi. Sibuk juga membicarakan fasal keluarga, fasal pekerjaan dan sebagainya. Apa dia ingat anak dia tak ada masa depan ke kalau berkahwin dengan salah seorang dari mereka. Lepas tu siap buat cabutan macam nak beli nombor ekor lagi. Siapa tak berkenan dia akan singkir. Siapa yang memenuhi ciri dia akan ambil tanpa persetujuan sejati dari pihak wanita.

Jadi dengan sini jelas pihak lelaki sengaja diperbodohkan pihak perempuan atau pihak penganjur sendiri apatah lagi dengan tak disangka SMS penonton tetap menjadi trend kepada program yang berbentuk realiti. Saya nak tanya kepada penonton yang sms tu. Apa kaitan sms anda dengan soal jodoh mereka. Buat apa undi sedangkan tidak ada

faedah walau sedikit pun yang saya nampak. Jauh sekali mengenali mereka semua. Bila dah sms tu sudah tentu pihak penganjur kan yang dapat untung. Pihak penonton yang sms tu apa yang dia dapat. Kalau dapat mana-mana lelaki dalam sembilan orang tu kira baik le tapi sebaliknya.

Cuba kita lihat bagaimana perasaan lelaki yang dipuji, disukai, dilayan dengan baik oleh pihak perempuan dan kaum keluarga dengan sebaik-baiknya tetapi kesudahannya dipecat juga dengan pelbagai alasan tertentu yang tak masuk akal semata-mata nak mencari yang terbaik antara sembilan lelaki tersebut. Jadi saya nak tanya nak mencari yang terbaik di sini dimaksudkan ialah kalau kita nak mencari yang terbaik sudah pasti kita bertanyakan pada diri kita sendiri(perempuan tersebut) baik sangatkan diri anda yang sebenar. Kalau baik dan terbaik sampai sembilan lelaki berebut kenapa anda tidak berkahwin sampai mencecah umur 40.

Dunia hari ini kita sedia ketahui bahawa kaum wanita melebihi jumlah kaum lelaki. Jadi kalau sembilan wanita mencari satu lelaki itu dah kira boleh diterima le. Tapi dalam hal ini telah bertukar kepada sembilan lelaki mencari satu perempuan. Dan pada perempuan tersebut apakah anda telah habis cara dalam mencari jodoh. Dan adakah anda bahagia dengan puluhan mulut kaum keluarga memilih dalam mencari lelaki yang dianggap terbaik itu.

Cuba bayangkan betapa hancur hati seorang lelaki bila cinta ditolak oleh seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Hanya mereka yang mengalami semua ini akan merasai akibatnya. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak setanding digandingkan dengan wanita tersebut hatta mana-mana wanita sekali pun sehingga dibuang begitu saja tanpa
adanya kebaikan tertentu. Yang nyata keburukan lebih bertandang. Jadi lelaki yang dibuang ini sudah pasti terus dibelenggu dengan perasaan rendah diri kerana cinta mereka telah ditolak secara terang-terangan dan disaksikan berjuta rakyat Malaysia. Sudah pastinya lelaki yang ditolak secara diketahui umum ini akan membuatkan wanita-wanita kat luar juga tidak mendekati lelaki ini kerana lelaki ini pernah ditolok dan dikecewakan wanita tersebut. Dan sudah pasti memandang serong kenapa lelaki ini ditolok. Kalau dah ditolok sudah pasti akan menimbulkan perasaan negatif dan mengakui lelaki tersebut tidak mendapat tempat di hati wanita dan kaum keluarga . Jika ada pun wanita-wanita kat luar meminati lelaki ini juga sudah pasti atas dasar kepopularan lelaki tersebut masuk tv sebagaimana penonton memuja Mawi, Zahid, Jaqline Victor dan sebagainya atas dasar penilainya dalam sebuah program realiti tv yang lebih memaparkan realiti kebaikan dari realiti keburukan..

Dari minggu ke minggu satu persatu lelaki akan dikeluarkan begitu saja. Jadi dekat sini lapan hati lelaki akan kecewa. Bila dah kecewa sudah pasti mereka tidak mempercayai wanita lagi dan membuatkan dia semakin takut untuk mencari jodoh dan bercinta dengan mana-mana wanita. Ini membuatkan mereka rasa kecewa dan tak nak mencari cinta lagi jauh lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Kepada kaum lelaki saya nak tanya apakah tak ada cara lain lagi dalam mencari seorang wanita. Di mana sifat lelaki anda sehingga menyuruh orang lain mencarikan jodoh untuk anda. Apakah perasaan anda dan kaum keluarga anda bila anda ditolak oleh seorang wanita yang sememang kita kenal bukan sepopular Siti Nurhaliza, secantik Aiswarya Rai jauh lagi bertutup aurat seiras Wahida. Jauh sekali wanita itu dari kalangan keraba diraja atau golongan hartawan. Begitu juga jauh sekali kita nak bezakan semulia dengan insane yang bernama Siti Khadijah atau Rabiatul Adawiyah .

Apakah yang membuatkan anda semua masuk program ini semata untuk mencari glamor, atau mempromosi kaum keluarga, mempromosi tempat kerja dan majikan. Atau sememangnya menjual maruah anda sendiri atau melahirkan kekesalan diri anda lagi tewas dengan seorang wanita. Apa moralnya gadis itu terpilih. Dan yang nyata apakah anda yang hensem, yang memiliki pekerja tetap dan hebat ini tidak mempunyai kekasih hati. Apakah pula wanita yang dianggap sopan, baik pada keluarga itu tidak mendapat jodoh. Itulah hakikat sebenarnya yang perlu penonton tahu.

Kesimpulannya pihak penganjur mengatakan tidak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan nak diakhiri dengan apa lagi. Nak diakhiri dengan kecewa kaum lelaki atau perasaan megah seorang wanita kerana ramai lelaki meminatinya. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan sudah pasti program ini sebenarnya telah lari dari tajuk asal. Jika program ini menyediakan 10
lelaki dan 10 perempuan dan mereka mencari jodoh masing-masing rasanya itu dianggap lebih manis dan berkesan dalam mencari jodoh bukan semata mencari kecewa lelaki.

Yang pasti di saat tv3 memaparkan program realiti tv Bersamamu yang membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana mengenangkan kemiskinan kita pula disogokkan dengan perasaan kecewa dalam mencari cinta. Waktu siaran pula adalah selama satu jam tapi program Bersamamu itu yang merupakan rancangan terbaik, memberi manfaat, berkesan pula dalam tempoh tak sampai setengah jam. Jangan terlalu leka dengan program realiti tv sehingga apa yang dipaparkan tak memberi faedah langsung kepada semua penonton.

Banyak lagi rasanya rancangan yang perlu diketengahkan dalam mencari rating tertinggi seperti memaparkan atau mendedahkan isu kelakuan aib remaja berpasangan atau tak senonoh di tempat terbuka, rancangan keinsafan atas kesalahan besar dilakukan dalam hidup seseorang seperti membuat temu ramah rancangan yang memaparkan tentang keinsafan, taubat atau rancangan luahan orang cacat, yatim piatu atau yang memaparkan isu hari-hari terakhir seorang pesakit AIDS, seorang yang akan dijatuhkan hukuman gantung atau rancangan yang memaparkan isu kenapa seseorang ibu bapa yang tua ditinggalkan di ! rumah Seri Kenangan. Rancangan lebih kepada berbentuk pengorbanan dan kasih sayang yang sebenar.

Saya yakin rancangan yang saya maksudkan ini akan mendapat rating dan disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang sebenar-benarnya daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata dan hanya sebuah lakonan dalam pentas teater. Yang pasti rancangan yang dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih saying dan keinsafan daripada kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah haluan hidup yang tak pasti.

16 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..saya sangat suka membaca komen yang dibuat oleh saudari.tentang program'mencari cinta', saya memang tidak bersetuju dgn program tersebut...anyway...apa yang saudari telah katakan semuanya benar balaka..dalila(brunei)

Anonymous said...

Satu rancangan yang paling 'BODOH' yang pernah saya tengok. kita orang timur, kenapa nak tiru orang barat. adakah kerana mengejar keuntungan semata-mata, sanggup menggadai maruah orang. sebagai seorang lelaki saya cukup kecewa dengan peserta-peserta yang menyertai program ini. adakah gadis yang sebegitu hendak dijadikan isteri. Aurat entah dimana. begitukah seorang wanita islam. sepatutnya tunjuklah satu contoh yang bagi sebab rancangan ini 'ditontonkan' untuk orang ramai. hentikanlah rancangan-rancangan yang sebegini TV3...

Anonymous said...

assalammualaikum..tahniah kerana begitu sensitif dengan isu mencari cinta ini..saya sangat2 lah setuju dengan kritikan anda..rase rendah martabat orang melayu(lelaki..especially) apabila menonton program ini..mmg memalukan..elly tu sape?nak kate lawa sangat..biase2 aje..nak kate higher educated pun..tidak jugak.. desperate sangat ke sampai nak cari dalam tv?mak bapak dan family tak malu ke?kalau saye,mmg dah lame kene basuh dulu..ini la yg saye risaukan pada orang melayu..sampai bile nak jadi pengikut..kite dah boleh berjalan sendiri..macam iklan petronas..ingat..kita mesti jalan ke depan..bukan ke belakang!program ini membawa kepada keruntuhan akhlak dan tidak melambangkan fungsi untuk memberi sebarang informasi..KOSONG DAN TIDAK BERMANFAAT khasnya kepada generasi akan datang..last but not least..fikir2 kanlah sebagai saudara seislam..jodoh pertemuan di tanagan Allah..bersabarlah menunggu..tok sah cagla dalam tv..
sekian..wassalam

Anonymous said...

SAYA NAK KOMEN SIKIT...
NI APA HAL SIKIT2 NAK BANGKANG SIKIT2 NAK COMPLAIN? ...
CERMIN DIRI TU SIKIT SEBELUM NAK COMPLAIN ORANG TU MCM NI ORANG NI MACM TU...
IKHLAS TANYA LA KAN...KORANG TU ADA TAK TUTUP AURAT KE? ADA SEMBAHYANG SUBUH KE? ...
YG LELAKINYE...GIRLFREND KORANG TU ADA TAK TUTUP AURAT? ADA TAK KALER2 RAMBUT? CANTIK TAK????
YG PEREMPUANNYE PULAK..KUTUK2 BUDAK ELLY TU...ADA TAK TERINGIN NAK PILIH BAKAL SUAMI MCM PESERTA2 9 ORG TU? YG ADA KARIER? YG ADA MASA DEPAN?...
JANGAN TEPUK DADA JGN TANYA SELERA..TP BERFIKIR LA SECARA RASIONAL DGN MINDA YG TERBUKA... TAK PAYAH PERLEKEHKAN ORG..

MEMANG LA...DALAM ISLAM ADA CARA2 DAN PERATURAN2NYA UTK MEMILIH BAKAL SUAMI DAN ISTERI... MERISIK, MEMINANG...TENGOK BAKAL ISTERI PUN MELALUI TAPAK TANGAN DAN TAPAK KAKI SALAH SATU DARINYA...

TAPI SEKARANG CUBA TENGOK PEREMPUAN2 DAN LELAKINYA2.... 'DATING' SEAWAL UMUR BELASAN TAHUN...KALER RAMBUT TAK USAH CAKAP LA...TINGGAL SERUMAH BELUM KAWEN PUN ADA..PELUK CIUM MCM ORG PUTIH...

KORANG RELA KA TENGOK ORG MCM ELLY PERGI DATING, TINGGAL SERUMAH SBLM KAWEN?..LPS TU DITINGGALKAN? SBB LELAKI SEKARANG NI TOK SAH CAKAP LA... JD APA SALAHNYA MEMILIH YG PLAING BAIK DARI YANG YG TERBAIK?

RANCANGAN MENCARI CINTA NI...IKHLAS CAKAP LA..HALA TUJU SEBENAR MEREKA IALAH UNTUK 'MENDIRIKAN MASJID'...KAHWIN DENGAN CARA YG SAH...TAK PERCAYA CUBA TENGOK LA PESERTA2 TERSEBUT...ADA TAK RASA IKHLAS DALAM 'CONFESSION' MEREKA?

Anonymous said...

Ini adalah satu program TV yang bergantung kepada rating untuk menarik lebih ramai penaja (pengiklan2).. jadi jangan la kutuk. Audien mestilah media literate unuk memahami akan sesuatu program tersebut..

Anonymous said...

selamat sejahtera,... saya kurang setuju peserta yang telah keluar diambil semula. Saya rasa yang 2 orang tinggal tu... rasa tergugat dan tercabar. Cuba tanya kedua-duanya Danial dan Khairil saya rasa dia terkejut beruk... kawannya yang dah terkeluar masuk semula. Ini tidak adil....

12.00 t/hari.

Anonymous said...

assalamualaikum
saya mmg setuju dgn komen2 negatif yg diberikan oleh saudara saudari berkenaan program realiti mencari cinta. perkataan paling pendek yg boleh saya gambarkan terhadap rancangan ini adalah " super mengarut ". sebabnya, kita adalah org melayu yg beradat, berprinsip, lagi beragama. seharusnya kita harus lebih faham dan b'pengetahuan tentang isu isu yg melibatkan long life relationship ni. ini perkara yg sgt serius dan bkn dibuat main main. apatah lagi berkait rapat dgn soal agama. ikhlasnya, jika saya la terlampau terdesak nak kahwin, saya takkan sesekali guna cara mudah ni utk tentukan soal jodoh saya. bagi saya ini adalah terlampau peribadi . saya lebih rela mak ayah yg tentukan jodoh saya, tapi bukan dgn cara mempamerkan wajah dan kelakuan seharian saya di kaca tv. heii.. saya rasa semua org pun ada keistimewaan tersendiri dan saya rasa keistimewaan itu tidak perlulah di 'show off' kepada khalayak ramai, sebaliknya ia perlu dikenali, difahami dan dirasai oleh manusia. kita kenalah natural baru ada makna nak mendirikan rumah tangga.

Anonymous said...

saya tengok program ni utk suke2 dan sering kali mencari kualiti2 yg baik ada dlm program ni serta belajar erti sebenar disebalik idea program ni. setiap org ada hak utk komen tapi realitinya program ni ada kebaikan dan keburukannya.antara aktiviti yg saya rasakan sesuai, cthnya gotong-royong semasa kenduri kawin, berkunjung sesama keluarga dan bersiar-siar bersama keluarga. nilai2 yg baik ni patut diteladani oleh pasangan2 yg sedang bercinta. maksudnya bukan cinta sakan berdua-duan saja, keluarga pun harus dibawa bersama untuk menyesuaikan diri dalam proses perkenalan. maklumlah, dieorg mkn garam lebih dlu drpd kite yg muda mudi ni. tp yg kurang sesuai apabila keluarga pula yg perlu membuat pilihan atau keputusan utk penyingkiran bg pihak Elly.itu amat tidak logik kerana perasaan suka duka yg merasainya adalah Elly dan dia yang patut bertanggungjawab demi masa depan die. Oleh krn keputusan itu, dijadikan alasan utk membawa masuk balik semula seorg yg telah disingkirkan oleh pihak keluarga. Jadi, adakah itu adil? apa motif disebaliknya? memberi peluang pada yg telah terkeluar? seperti peribahasa "dah ludah, jilat balik". ni hanya komen2 secara rasional ttg program ni. mmg sesuai program ni utk tuntunan umum dan memberi gambaran bagaimana cara yg sesuai utk lelaki memikat wanit, cara lelaki memahami wanita dan bagaimana keluarga bertindak sebagai penasihat yg professional dalam pemilihan pasangan hidup tp sedikit sebanyak beberapa lelaki telahpun dikecewakan dan inilah pengorbanan lelaki2 tersebut demi MENCARI CINTA.

Anonymous said...

i tengok program ni pun utk suke2 je..ye la lepas tension..tp best juga tengok org lelaki 'berebut-rebut'. e..e..e, ye la bila lagi yek nak tunjuk skill...takkan nak tunjuk ego je memanjang..
tp ok juge rase2nye program ni..sebab bila tengok je yg terkluar tu, alamak kelakar abis..tp rasa kesian pun ada kadang2..tp apa nak buat biar la pompuan pulak yg pilih2 awak ..
jgn mare..

Anonymous said...

program mencari cinta--------->
lawak selawak2 nyer..

kalau sekadar hiburan, okaylah. kasihan juge pada elly but obviously she is (maybe) desperate jugalah.. lagi satu rasanya family dia dapat duit dari tv3 jugalah...

tak apa kalau nak tengok. lepas tengok boleh gela kuat2 sebab memang lawak rancangan ni.....

lawak bodoh!

Anonymous said...

amy pee dee
assallammuallaikum
Saya menyetujui apa yy saudara paparkan.Sememangnya tajuk "mencari cinta" ditukar 'mencari kecewa lelaki' Apakah lelaki-lelaki yang berkarisma ini xberkarisma lagi,di mana harga diri lelaki ini? Adakah mereka ni spt "Kerbau di cucuk hidungnya" hilang kredibeliti dan integriti diri lelaki-lelaki pencari cinta ini dg lain pktaan "Dimana maruah lelaki ini?"
Dan perempuan ini si Elly apakah sudah xade lelakike didunia ini lagi sampai sanggup menjual atau menaja maruah diri...sedih sungguh kita telah kembali kezaman jahilliyah.Apakah si Elly ni terlampau bagus sangatkah rasenya dia bukan ciri wanita Islam sejati ! Sungguh memalukan kaum .Apakah kerana kejar glamour dan sponsership dan si Elly ni pun kerja bukanya bagus sangat dan berkelulusan tinggi rase-rasenya belajar out kampus saje.Dimana harga diri mu Elly dan lelaki yang merebut cinta yang belum tentu tulusnya dan sejati .Dlam kes ini tiada "sampson & delila ,Laila & majnun nya?

Anonymous said...

Apa kehe niii......awat hampa buat lagu tu....loglaq betoi....biaq pi kat depa la....jodoh orang bukannya sama....ada orang yang jumpak jodoh dia kat atas kapal terbang...ada yang jumpa kat pasar malam....jadi...dalam kes ni....jodoh si Alley tu dalam TV3....Alhamdulillah...ketemu jua jodohnya....mudah mudahan...kekal bahagia hingga keanak cucu....dan kepada TV3....mudah mudahan usaha anda akan di berkati Allah......

Kepada saudara saudari yang telah memberi pandangan....itupun tak boleh nak kata apa....itu adalah pandangan peribadi....bagi aku....ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk mencari jodoh....lebih baik dari mencari jodoh di kebun bunga.....di lorong lorong.....di kelab kelab malam..yang lagi tak tahu ujung pangkai....itu korang tak komen pulak......

Pada aku....kita ni biaq la berfikiran terbuka sikit....lagipun depa bukannya buat kerja yang tak senonoh....korang boleh tengok kat kaca TV tu....itulah cara yang terbaik....secara jantan berjumpa dengan perempuan dan juga keluarga perempuan....lepas tu...luahkan isi hati....menunjukkan yang si teruna ni bersungguh sungguh untuk mendirikan rumah tangga....

Akir kata....mudah mudahan usaha TV3 untuk mendirikan masjid de berkati Allah dan jodoh Alley berkekalan hingga ke akhir hayat....AMIN.

Anonymous said...

SETUJU JE.....

Anonymous said...

apa kehe..apa kehe..
apa kene le korang ni...
klu kutuk org onnnn je..
tp aku tengok ok juge budak elly tu..tp aku berkenan sgt2 le kat budak daniel tu...
ensem je sepanjang scene..eh eh eh jgn mare..

Anonymous said...

yang mengutuk tu pasal tak dapat.....

Anonymous said...

Apa pon biarkan luncai terjun ngan labu labu nya..Dan kite tengok bagaimana cara luncai berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri..dan balik ke rumah..kan gituu