Tuesday, July 26, 2005

Rehat yang agak panjang..

start dari hari khamis last week (21.07.2005).. saya menghadiri kursus Mara di Genting. Kursus asas perniagaan, yang bertempat di Hotel Seri Malaysia. Satu kursus yang agak bagus dan praktikal untuk bakal ushawan. Kursus yang ditawarkan dengan harga RM100.00 untuk 3 hari 2 malam, memang agak berbaloi. Mara sponsor penginapan dan makanan.. so, what else do u want..

Pegawai mara yang terlibat En Salim, En NorZainee.. sememangnya mara seolah2 tidak cukup kakitangan untuk mengendalikan para peserta. Tapi, bagi kami, itu tidak begitu penting.. yang paling penting, ilmu yang ingin disampaikan sememangnya amat berguna kepada kami.. terima kasih mara..

Tuan Haji Yep Puteh.. merupakan seorang veteran yang layak untuk berbicara berkenaan dengan asas perniagaan ini. Beliau menyarakan kepada ushawan baru, supaya mendaftarkan nama syarikat dan membuka akaun untuk syarikat dahulu, walaupun masih tidak terfikir apakah jenis perniagaan yang akan dijalankan. Beliau memberikan logik disebaliknya, kenapa kita harus berbuat demikian. Beliau juga bercerita tentang CGC (Credit Guarantee Corporation).. i have to find out more on this. It was quite interesting. http://www.iguarantee.com.my

berkobar-kobar semangat nak berniaga lepas balik dari kursus tu.. i really want to do something .. start business and start a new life..

No comments: