Showing posts with label Hiburan semata. Show all posts
Showing posts with label Hiburan semata. Show all posts

Sunday, February 03, 2013

Tuesday, January 11, 2011

Biar Bulan Bicara

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa
Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu
Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Tuesday, April 21, 2009

Taken

Last Sunday i watched this movie.. Taken..
1st time nengok Liam Neeson berlakon
and he's not bad.. boleh la..

so, pada sesaper yang suka kan action movie, this is the one..
berkisah tentang sorang ayah yang sanggup melakukan
apa saja untuk menyelamatkan anaknya yang diculik untuk dijadikan pelacur..
dalam misi penyelamat tu, dia sanggup melakukan apa saja..
tak kasi chance nyer.. asalkan dia dapat info untuk menyelamat kan anak dia tu..
antaranya mendera seorang penjenayah tu untuk mendapatkan info dengan mengenakan electric shock (cara tradisional.. tikam kedua2 peha mamat tu ngan besi & alurkan arus letrik), dah dapat info.. dia biarkan je orang tu mati.. sadis kan..
satu lagi.. dia sanggup tembak isteri kawan dia yang tak bersalah.. walau pun tembakan tak aksi mati, tapi bagi aku terlampau sangat tu..
tapi ok la citer nie, apart from that.. not bad and my rating is 4 out of 5.
selamat menonton.. cheers!!!

Sunday, February 01, 2009

Budak Kelantan The Movie

aku baru je nengok filem nie.. dari CD yang aku beli kat Larkin.. CD ori ok :P..
.
sian aku dah 3 bulan filem nie tayang kat panggung.. baru last week aku dapat nengok.. aku suka banget citer nie, sib baik aku beli CD, at least buleh ulang2 nengok..


citer nie hampir 100% bercakap kelantan.. aku lak dah memang sebati dengan bahasa nie..
tapi tak pernah lak aku pakai perkataan nie "koya best".. hahahaha.. hahahaha.. gapo2 lah, ghano2 pong ambo memang respek pado pengaroh cito nie..
.
Aku rasa jalan citer dia lebih mengambarkan kehidupan sebenar.. bukan pasal perbuatan Jaha yag jahat tu.. tapi keadaan rumah orang bujang (tempat jaha tinggal), memang kebanyakkan rumah orang bujang simple dan dikongsi beramai2 sebijik macam citer tu.. ada gak orang bujang tinggal dirumah yang cukup lengkap perkakas rumah (macam tempat tinggal bucek), tapi tak banyak sangat lah orang bujang tinggal kat umah cantek macam nie..
.
watak jaha memang berkesan.. menjadi jahat dia, dan aku memang geram ngan jantan macam nie.. aku rasa memang ada orang macam nie di alam realiti.. tapi yang tak logiknya watak bucek yang sanggup bagi girlfriend pada kawan dia.. ishkkk part nie memang tak leh terima akai.. ada ke patut..
the rest aku rasa filem nie memang cukup lah.. aku boleh rasa lah.. nak2 di awal citer masa lagu anak tupai.. "ado seko anok tupa, atah jula mokte" dan cerita nie menggambarkan bucek dalam perjalanan ke KL.. jalan2 tu semua memang aku lalu.. aku rasa seolah2 aku yang dalam perjalanan dari kampung ke KL.. excited aku ngan citer nie.. Koya Best gitu.. heheheh.. hehehehe
pada sesaper yang belom nengok citer nie, aku ada pastekan sinopsis citer dia kat bawah nun.. aku bangga dengan filem nie..
.
tahniah pada pengarah & pelakon filem Budak Kelantan..
.
Penerbit, Pengarah, Penulis & Pelakon..
.
Penerbit: Puad Onah
Pengarah: Wan Azli (tak pernah aku dengar pengarah nie tapi aku rasa arahan dia Best..)
Penulis: Wan Azli (Lakon layar)
Pelakon:Danny (Buchek), Bienda (Che Nor), Mohd Asrulfaizal (Jaha) (lakonan pelakon lain jugak hebat tapi paling menyerlah lakonan Mohd Asrulfaiza.. wa caya sama lu bro..)
.
Sinopsis Filem Budak Kelantan..


Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.
.
Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.
.
pada sesaper yang nengok.. happy watching :D

Tuesday, January 27, 2009

Movies I watched during CNY holiday..

Selama 4 hari cuti CNY, aku melepak aje kat umah.. cuma hari ahad je aku keluar kejap ke JB.. carik newspaper & magazine.. aku beli CD Budak Kelantan (CD Ori tau).. aku dah lama nak nengok citer nie, tapi baru last sunday aku nampak CD nie kat Larkin..

Apa aku buat sepanjang cuti.. biasa le.. after subuh sambung tidor lagi (best wooo..), biasanya kerja aku during holiday masak je, pastu sambung lepak lagik.. & bila hubby aku on kan DVD, aku pun biasa le numpang nengok. biasanya aku malas nak layan movie yang dia nengok.. tapi disebabkan cuti panjang dan aku takde plan pun nak kemana2.. so, layan je le..

siap buat review tuh citer yang aku nengok.. hehehe.. hehehe.. nie pun kes banyak masa terluang.. Laki aku nie lak, kalau citer tu best, dia akan nengok ulang2 kali.. tu sebab apa2 citer yang dia on kan.. aku malas nak amik pot.. tak rasa rugi pun.. bebila nanti dia on kan lagi.. so, senang citer, aku tak kan miss lah citer2 yang dia nengok..


so, last saturday dia on kan movie nie, dah lama dah citer nie since 2003.. title Tears of the Sun.. lakonan Bruce Willis.. aku suka gak nengok kalau bruce willis berlakon dalam action movie, especially Die Hard.. tapi dalam bebanyak action movie, yang nie le sesatu lakonan dia pasal perang yang aku nengok..


Quite interesting lah the story.. fiksyen story pasal civil war kat West Afreika - Nigeria. Kenkununnya Bruce Willis nie jadi komandor dalam rescue mission yang dikerah oleh U.S. Navy SEAL untuk menyelamatkan berberapa orang warga US, termasuk lah minah nie sorang, heroin filem nie la.. lakonan si beauty Monica Belluci..


So, si Bruce Willis & the team (aku rasa ada lah dalam 10 - 15 orang gitu) berhempas pulas le dalam hutan afrika tu untuk menjayakan misi depa.. tapi biasa lah banyak tak logik le citer nie.. kalau in real life, dah lama team nie mati.. tapi biasa lah.. sebab nie filem fiksyen kan.. hero & ada le dua tiga kerat masih hidup.. ok la citer nie.. tapi banyak sangat ledakan bom & taburan peluru ke arah orang awam, buat aku naik ngeri.. nak2 skang nie di saat kekejaman israel laknat ke atas penduduk Palestine di Gaza, masih belum berakhir.. aku tak dapat nak imagine keadaan sebenar di Gaza.. tapi melalui gambar2 di akhbar.. aku rasa lebih teruk dari movie yang aku tonton nie.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas setiap warga Palestine yang gugur.. Aminn..




The next day, hari ahad, my hubby on kan Crash, citer nie pun dah lama main kat panggung, somewhere in 2005 gitu. Citer nie banyak plot & secara tak langsung plot2 tu berkait antara satu sama lain.. aku suka citer nie, watak semua pelakon hidup dan walau pun banyak plot, tapi semua tu tak mengkonfusekan aku..
Movie nie mengisahkan how other racial & ethnic struggles untuk hidup di Los Angeles.. susah gak nak menceritakan perihal citer nie sebab banyak sangat plot kan.. so, to make it short.. aku amik je kisah yang paling menyentuh hati.. kisah mexican locksmith (gambar kat bawah tu, yang dok pelok anak dia tu), nyaris mati kena tembak ngan Persian store owner (which he use blank bullet).. hermmmmm sedeh ahh part nie.. nak citer detail karang napa mende nie jadik sure jelak lak..
Selain dari kat atas tu banyak gak kisah lain yang menyentuh hati dalam cerita nie .. dan baru aku tahu susahnya kaum & etnik lain nak survive kat US.. terlalu banyak banyak diskriminasi, dan ini semua berlaku disebabkan kebanyakkan orang suka jugdge the book by it cover.. tu sebab manusia sering beperasangka antara satu sama lain.. so, aku cadang kan pada sesaper yang belom nengok citer nie.. carik le DVD citer nie.. it's worth watching it.. trust me.. :D
Antara pelakon citer nie yang aku kenal, Sandra Bullock, Brendan Fraser, Matt Dillon, Ryan Phillippe dan ramai lagi lah..


Takat nie je le review aku kali nie.. Aku dah nengok Budak Kelantan.. & it's the best malay movie so far yang pernah aku tonton.. aku akan buat review sikit masa lagi.. skang aku dah tak larat.. aku nak rest & play with my pet for awhile.. hehehe.. heheheh..
so, sampai ketemu lagiiiiiiii.
adios amigoss...


Friday, December 15, 2006

Laman Gossip..

Tetiba ada pulak orang emailkan gambar nie.. dengan tajuk Kantoiiii..
napa lak tajuk dia kantoiii.. entah le.. den takdo jawapan..

Wednesday, December 06, 2006

Dato Siti Nurhaliza

Dato Siti Nurhaliza.. natural beauty


Gaya seorang datin..



Dato Siti dengan busana Rizalman.. lain macam le tudung dia tu..

Tuesday, November 07, 2006

Review Filem Heart

Assalamualikum & Selamat hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir dan batin andai kata ada tersilap taip kat memana ruangan di alam siber nie..

lately acik memang sibuk gilerrr.. tapi hari ini ada kelapangan sikit.. tu yang teruja nak berblog. Tapi acik nak mintak maaf sesangat kat rerakan blogger sebab tak sempat nak jengok le blog kalian...

Hari raya hari tu acik ada tengok filem Heart. Takde le best sesangat sebab dalam cerita tu cuma 3 orang je berlakon.. pastu filem cintan cintun yang tahap dewa punya lah.. sesuai untuk teenager le kot.. sebab acik dah melepasi tahap tu, tak le rasa excited sangat.. cerita nie kalau bagi markah untuk 5 bintang .. acik cuma bagi 2 bintang aje..

walau macamana pun.. nie acik amik review dari saper tah pasal filem heart nie.. kalau berkenan nak nengok carik le CD..

Review Filem ni dari Anis Kurniawan, penganalisis filem Indonesia

Heart, sebuah film yang mengangkat tentang kebesaran cinta. Digambarkan bagaimana cinta membuat seseorang mampu mengabaikan dirinya demi kebahagiaan orang lain.

Rachel yang berteman sejak kecil dengan Farrel diam-diam mencintai Farrel tanpa mampu mengungkapkannya. Sementara Farrel tak pernah menyadari rasa cinta yang tersembunyi dalam benak Rachel begitu besar.

Ketika Farrel jatuh cinta pada Luna, Rachel justru mendukung Farrel untuk mengungkap perasaannya pada Luna. Luna menolak cinta Farrel karena ia merasa hidupnya tidak lama lagi gara-gara penyakit yang menggerogoti tubuhnya. Di sinilah kebesaran cinta yang bersemayam di dada Rachel dibuktikan dengan cara mendatangi Luna tanpa sepengetahuan Farel, dan mengungkapkan betapa besar cinta Farel pada Luna. Luna akhirnya luluh dan menerima cinta Farel.

Bahkan sejak itu Luna seperti menemukan semangat hidupnya yang nyaris padam. Ketika hubungan Farel dan Luna berjalan Rachel merasa bimbang dan kehilangan identitas. Namun ditengah pusaran perasaan itu, Rachel tetap percaya, sudah seharusnya cinta membuat seseorang merasa bahagia jika melihat orang yang dicintainya bahagia. Tema cinta dan cerita yang diangkat Heart memang sudah terlalu basi.

Suasana romantis yang hendak dibangun dengan mengambil setting perbukitan, hamparan kebun teh, danau yang jernih dan tenang, sepasang kura-kura, kedai bunga lengkap dengan kabut dan gerimis, pun tidak mampu menumbuhkan suasana romantis. Ditambah dengan jalinan plot yang sangat longgar, perkembangan karakter tokoh yang datar membuat film tampak dipaksakan. Dengarlah dialog-dialog yang terlampau klise dan membosankan. "Semoga kebersamaan mereka tetap abadi dan bahagia""Ya, seperti kebersamaan kita,".

Konflik psikologis yang dihadapi Rachel kurang tergarap dengan baik. Sehingga tokoh Rachel hadir bak malaikat tanpa cela. Sementara Luna menjadi gadis asyik dengan dirinya sendiri, tidak memberi respons psikologis terhadap Rachel. Selain plot yang longgar dan lambat, pilihan setting di pegunungan membuat banyak sekali pertanyaan. Misalnya, dari kultur manakah tokoh-tokohnya. Jelas bukan metropolitan (Jakarta?) namun gaya bicara dan sikap-sikap Rachel, Luna maupun Farrel mencerminkan remaja yang hidup di lingkungan metropolitan Jakarta.

Bandingkan dengan film genre sejenis semisal Tentang Dia, garapan Rudy Soedjarwo yang memiliki plot simpel dan kuat namun tetap komunikatif. Juga perkembangan karakter tokoh-tokohnya yang dinamik sehingga konflik psikologis yang muncul terasa wajar. Tentang Dia juga bercerita tentang cinta dan persahabatan, namun dengan sudut pandang kamera yang tidak biasa membuat. Tentang Dia lebih segar dan jauh dari kesan klise dan memaksakan romantisme. Jika ada yang menarik dari film garapan Hanny R Saputra ini tak lain penggarapan musik dan lagu-lagu yang menjadi soundtrack film ini. Musik dan lagu-lagu yang silih berganti menghiasi film inilah yang menghidupkan suasana romantis itu, terutama untuk para remaja yang sedang dimabuk cinta. Maklum ini film remaja yang dikemas dengan logika remaja. Remaja yang sedang jatuh cinta sering mengabaikan logika, bukan?

*Selamat menonton filem ni yg berada di pawagam 7 September 2006. Sememangnya bukan muzik Indonesia sahaja yg berada di depan tetapi movie2 Indonesia cuber memonopoli penonton Malaysia dan ternyata mendapat tempat juga seperti filem Ada Apa Dengan Cinta & Eiffel Im In Love. Nyata filem2 Indonesia yg bercorak romantik mendapat hati penonton di Malaysia.

*SOUNDTRACK:

Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia ku denganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah ku ukir
nama kita berdua
disini surga kita


bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin
tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin
tak akan pernah sayang ku akan hilang

Wednesday, May 24, 2006

Serasi Bersama

lagu yang paling aku suka dengar sejak dua menjak nie.. dengan melodi yang nice to hear & lirik yang memang best gilerr.. membuatkan everytime aku dengar lagu nie.. aku akan menghayatinya bebetul.. eh.. ehh tetiba bermelodramtik lak.. muahaha.. hahahampesss..

Serasi Bersama
Lyrics Artist: Nurul & Ajai

Semakin hari aku rasalah
Kita macam makin serasi
Kau rasa tak?
Semakin hari semakin serasi
Bagai pagi dengan sinar matahari
Bagai malam dengan kerdipan bintang yang berseri
Terlintas saja hati belum ku luahkan
Kau dah pun tahu bagai tiada lagi rahsia
Antara diri kita berdua
Semakin hari semakin serasi
Bagai gelora dan laut air dan tasik
Tak dicemari bagai puncak dan lembah lereng dan titi
Terguris saja hati belum ku tangis ku
Dah kau belai seperti sakit ku ini
Kau yang terasa jiwa kita serupa
Kita bagai satu permata
Terbelah bercantum semula
Hingga langsung tiada terlihat garisnya
Pemisah halus rambut dibelah halus
Kita bagai satu jiwa
Yang bercerai terpatri kembali
Hingga langsung tiada terlihat lainnya
Di dalam hanya ada kekasih hati
Kekasih hati ku

Monday, May 08, 2006

Fuyooo Exclusive Baby - Donald Trump Punya Anak Daa...

Exclusive! Baby Trump at Home See inside the world of the billion-dollar boy, 1-month-old Barron William Trump
Untung baby tu, kira macam lahir bukan atas duit lagi.. lahir atas emas, intan permata, berlian & yg sewaktu dengannya ler.. tapi apo nak dikato.. tak orang.. tak kite.. dok gitu.. hehehehe.. hehehehe


part nie tak leh tahan nengok... satu bilik diperbuat dari emas agaknya.. berkilauan & bergermelapan gitu..



Monday, March 20, 2006

Gerammmnya Tengok Baby Yang Comel-Comel Nie..

ishhkkk kot yer pun.. jatuhkan baby tu, saper yang susah..



alaa laa.. comelnya diaaa...


kecik2 lagi dah nampak muka nakal dia..


so sweet.....


alah ciann dia.. jeles pulak nengok abang dia kiss mama dia :))..


nie ada bakat jadik orang besar2 nih :)):))..


nie gelagat yang selalu kita lihat di kedai gunting :D..


kecik2 pun nampak comelll.. eeee geramnya



Tuesday, October 18, 2005

Akademi UMNOSIA By Isa Samad

BERHENTI BERHARAP
Penyanyi: Isa samad (Shushah...shushaH shajer)
Akademi UMNOsia ke 3 (2005)


Aku tak percaya lagi
Dengan janji yang kau beri
Kau terus kaya sendiri
Dengan kontrak juga AP
Aku tak percaya lagi
Walau pun Islam Hadhari
Yang kata mampu terangi
Malah tiada terbukti
Aku berhenti berharap (start keluarkan air mata macam Rafidah)
Semua harta kau nak lahap
Sampai nanti suatu saat
PAS perintah, kau kan dapat.
Putar belitkan cerita
Konon bahagia tercipta
Kau kata tangkap mereka
Kenapa aku sahaja...woooo (lenggok style Zahid)
(Korus)
Aku pulang....
dengan dendam....
Aku tahu penipuanmu
Engkau laknat....
Juga bangsat..
Kupastikan kekalahanmu..
Kau ajar mereka rasuah
Kau selamatkan pula Rafidah
Kau janjikan aku bahagia
Tapi kini aku derita
Rasuahku tak seberapa
Cuma beberapa juta saja......woooo (lenggok)
(Ulang Korus dan melutut)



Komen 1
Kudsia Kahar: bagus dan persembahan terbaik setakat ini, penuh perasaan
seperti anda betul-betul terlibat. Kemudian kalau boleh minggu ni, tabah
sikit jangan mudah menangis kerana politik diluar nanti, lagi hebat.
Harapan saya beri dia peluang untuk ke minggu hadapan supaya Isa boleh
buat rasuah yang lebih hebat, OK aznil terima kaseh.


Komen 2
Adlin: Nanti kalau aku puji kau, orang kata aku suka kau, tapi kau tak
macam sedih dan cara kau menangis macam bapok. Kalau boleh biar Pak Lah
berada bersama ketika menyanyi , supaya Isa boleh menyanyi penuh
perasaan. Terima kaseh.


Komen 3
Shafinaz: Nafas agak semput macam nak mati, sebutan tak sempurna macam
cuba sembunyikan kesalahan diri. Dan Isa tak payah pakai rambut panjang
palsu, sebab Isa memang tak handsome dan juga Isa kalau boleh buat cara
Isa, sebab ramai sangat peserta UMNOsia ni perangai serupa, ok. Good
luck

Monday, August 29, 2005

Tiada Lagi Tangisan - Aishah

Kini telah lama kita berpisah
Rintihan asmara kian berubah

Tiada lagi mengharap
Tiada lagi belaian manjamu
Semua telah berakhir

Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkan lah hati duka nan berduri
Aku mengenali siapakah diriku yang sebenarnya

Tiada lagi tangisan
Tiada lagi air mata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah hanya memori duka

Semua telah diduga pertemuan kali ini
Takkan berkekalan berakhirnya istana bahagia

Biarkan aku hidup keseorangan
Tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
Titisan air mata kini kekeringan
Tak perlu menabur kasihmu..

Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Aku mengenali siapakah diriku yang sebenarnya

Dan tertutup jendela harapan ini
Kau yang menanti kepangkuan ku
Semua takdir yang telah ku temui
Kan ku bina segala tanpamu

Tiada lagi tangisan
Tiada lagi air mata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah hanya memori duka


Saturday, August 13, 2005

Permulaan untuk Mawi

LAMA juga menatap komputer riba ini, cuba mencari kata-kata sesuai sebagai pemula. Dalam kepala hanya terpahat kisah Asmawi Ani (Mawi) yang pertama kali bersua dengannya. Lalu saya teringatkan program HO Live Ahad lalu apabila pengacaranya, Halim Othman bersiaran secara langsung bersama empat finalis yang ketika itu berada di banglo untuk jamuan BBQ.Apabila Halim tanyakan Mawi, apa keistimewaan yang ada pada Mawi sehingga menjadi kegilaan ramai. Jawab Mawi, dia tidak tahu. Bukan saja Halim, saya yang menonton juga tidak berapa puas hati dengan jawapan itu.Namun sebenarnya, itulah Mawi. Selepas bersua muka tengah hari Rabu lalu, sedikit sebanyak saya mula mengenali anak muda dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu.
Biarpun ketika kesempatan sembang-sembang itu agak kelam-kabut dengan kehadiran peminatnya, saya mendapat sesuatu daripadanya.Bukan ‘jugdemental’ tetapi saya dapat rasakan betapa dia masih terkejut dengan apa yang dilaluinya sekarang. Belum pun seminggu tamat graduasi, tekanan mula menyelinap. Bukan dirinya saja bahkan tempias populariti Mawi mula terpercik kepada keluarga, tunang dan keluarga tunangnya.Idola, ikon, jurucakap dan lain-lain yang sewaktu dengannya diberikan kepada Mawi. Kononnya Mawi turut menjadi topik perbualan golongan intelektual, maka ramailah cuba melekatkan label ikon itu kepadanya. Walhal ketika itu, dia belum tahu apa-apa, masih dikuarantinkan dalam AF3. Pastinya ini mengejutkan pucuk muda seperti Mawi. Malah ketika sidang media sebaik tamat konsert final minggu lalu, Mawi melahirkan kejutan itu.“Saya takut orang akan letakkan harapan tinggi. Saya hanya orang biasa,” katanya.Terlalu drastik gelaran itu diberikan kepadanya. Kalau setakat populariti ‘tsumawi’, pada saya masih dikira OK tetapi kalau ikon, perlu difikirkan semula. Kasihan kerana biarlah apa-apa gelaran besar itu mendapat persetujuannya terlebih dulu.Siti Nurhaliza juga popular dan mencetuskan fenomena tetapi sekurang-kurangnya Siti mendaki dari satu anak tangga ke anak tangga kemuncak. Berbeza dengan Mawi yang baru 10 minggu berdepan dengan pemerhati seni. Janganlah terlalu mengharapkan yang tinggi, saya bimbang lain pula jadinya.Pertemuan dengan saya Rabu lalu itu, meninggalkan kenangan manis kepada saya.
Air mata lelaki Mawi, tidak reti untuk berhenti. Terus-terusan mengalir. Bual bicaranya juga tersekat-sekat dalam sebak. Saya dan Aman Ali (Maestro) yang turut berada di situ, mula merah mata. Lalu air jernih tidak mampu ditahan lagi.“Kalau orang kata terharu, hanya sekadar sebut saja. Tetapi inilah yang ‘real’,” kata Aman sambil mengusap belakang Mawi.Mungkin belum sepenuhnya saya mengenali pemuda jujur dan lurus ini. Kadangkala apa yang dicakap, terpaksa saya simpan, bukan untuk dicatatkan di sini atau mana-mana tulisan saya. Bimbang ada pihak yang terguris tetapi itulah pengakuan jujurnya.Semua ini kerana saya sedar, tidak semua daripada kita boleh mendengar benda yang terlalu jujur. Kadang-kadang kejujuran itu menyakitkan dan disalahertikan.
Bagaimanapun anda semua boleh mengikuti temu bual eksklusif saya bersama Mawi dalam versi panjang dalam Metro Ahad esok.Biarpun kata Mawi, dia akan cuba memikul dan menggalas tanggungjawab sebagai ikon tetapi jauh di sudut hatinya, terbuku sesuatu mengenai ‘kerja barunya’ itu.“Saya tidak minta ini semua. Saya masuk AF3 hanya untuk membantu keluarga saya yang selama ini susah,” katanya sebak.Sebab itulah saya kata, bukan mudah menjadi Siti Nurhaliza dan inikan pula, Mawi yang terlalu mentah untuk mendayung ke tengah gelora lautan seni hiburan. Bagaimanapun dari jauh, saya mendoakan Mawi menemui apa yang dicari dalam perjuangannya. Insya-Allah!

Thursday, August 04, 2005

Astro - Transparent on Voting Process

KUALA LUMPUR : “There is no part of the voting process that is not transparent!” Astro programme director Zainir Aminullah told The Malay Mail today that the reason for the station in deciding not to reveal the real-time results of the public poll for the reality TV talent search was to allow heightened suspense to take over come the finale.
“We are not going to address speculation which have arisen over the decision, and we will offer a very straightforward response to questions raised. “There is no part of the voting process that is not transparent,” he insists . Zainir elaborated that their appointed auditors would ensure that. “Our auditors, Price Waterhouse-Coopers (PWC) are taking care of the entire process throughout, until the moment the results are out. “The rationale behind it is simply to make it more fun and more intriguing to participate in the finals with an element of suspense, not knowing what their standings are at any point in time before the results are officially announced at the end of it all.” He said that since the competition has now taken a twist with only four in the finals after a second round of double elimination last Saturday night’s concert, the secrecy over the standings was an added element of surprise to this season’s programme.
“The issue of transparency will not only not come into play as we will share the results. We will confirm the view of the masses of a foregone conclusion. And that’s part of the attraction. That’s what ensures the show at its best that always promises something fresh with the format every time around.” After the announcement by Akademi Fantasia host Aznil Nawawi during the post-concert programme, Imbasan Akademi Fantasia on Saturday, the public has lashed out with claims ranging from allegations of the wildest of conspiracy theories to accusations of Astro attempting to make more profits by inducing panic among fans to spend by not allowing them access to the vote standings. “We will not respond to speculation or allegations,” was Zainir’s curt comment. Meanwhile, on the new addition of the Anugerah Vokal Terbaik, he insisted that the award would be a result of a public poll in the spirit of Akademi Fantasia where viewers have their say. This, he said despite many disputing that the award should be for the most popular vocal, since it was a result of a public poll, and not best vocals since a professional jury did not have a say.“For Akademi Fantasia, the viewers, the fans are the best in deciding what they want, so we stand by the public polling.” On the venue of the final at the weekly home for Akademi Fantasia III in Stadium Malawati, Zainir said the location of the stage for the final had been set, “a long time ago.” He shrugged off complaints over the sold-out status of tickets, and claims that the seating capacity was insufficient compared to the finals last year which were held at Stadium Putra in Bukit Jalil. Tickets were snapped up within hours of release of sales, leaving many disappointed. “It was a question of planning and logistics. Besides, it’s not too small. The stadium offers a 6,000 seating capacity for the final, and we think that’s big enough.”

Wednesday, August 03, 2005

ASTRO diminta siarkan % undi pelajar AF3

Pengundi mahu ASTRO siarkan peratusan undian pelajar AF3Saudara Pengarang,TERPANGGIL saya untuk meluahkan ketidakpuasan hati di atas tindakan pihak ASTRO untuk tidak menyiarkan peratusan undian pelajar-pelajar AF sepanjang minggu ini.Pada pendapat saya pihak ASTRO tidak perlu membuat kejutan mengenai perkara ini. Cukuplah dengan kejutan yang akan dibuat pada malam persembahan kelak.Saya bukanlah fanatik Mawi cuma saya lebih mementingkan ketelusan pihak ASTRO dalam hal ini. Seperti yang telah diumumkan oleh Aznil pada malam konsert yang lepas, peratusan undian pelajar-pelajar tidak akan ditunjukkan sepanjang minggu ini.Ini jelas di @15 pun apabila kita menekan butang 'R' peratusan tidak dipaparkan. Bagaimanapun saya berasa musykil kerana peratusan undian tersebut dipaparkan di @15 pada 31 Julai 2005, lebih kurang jam 3.25 petang dengan peratusan undian seperti berikut: 39% Felix, 32% Mawi...Umum tahu bahawa pada akhir konsert 30 Julai 2005, peratusan Mawi ialah 31% dan Felix 22% sahaja. Bagaimana mungkin peratusan Felix boleh memintas peratusan awal Mawi dalam masa tidak sampai 24 jam pada 31 Julai 2005. Konspirasi apakah yang ingin dimainkan oleh pihak ASTRO?Dengan tidak memaparkan peratusan keputusan, ASTRO menimbulkan kekeliruan peminat-peminat Mawi ini. Adakah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan Mawi setelah mereka mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit. Pada pendapat saya, eloklah pihak ASTRO menyiarkan saja peratusan undian tersebut kerana itu adalah hak kami sebagai pengundi dan pelanggan ASTRO agar kepercayaan kami kepada ASTRO tidak tergugat.Konsep AF adalah sebarang keputusan kemenangan pelajar-pelajar adalah di tangan pengundi dan pihak ASTRO perlu telus dengan perkara ini. - ADEPAYAJARAS.* Forum dari Utusan M'sia

Tuesday, August 02, 2005

Komen saya di dalam blog Elkapitan

Hi El, nice analysis. Saya pun perasan vocal amylea tak sehebat mana, just that she know how to go about it. She really know how to use her voice (mesti la dah keje dia sebelum nie menyanyi) & how to feel the song (menyanyi dah sebati dalam diri amylea). Tone amylea juga tidak unik, maksudnya tone sebegini memang berlambak dipasaran. Saya secara peribadi tidak mengutuk amylea, cuma ingin berkongsi pendapat dan menyatakan serba sedikit sebab dan mengapa undi amylea tidak memberangsangkan.Mungkin bagi mereka yang fanatik dengan amylea (agak kecil bilangannya tapi agak berpengaruh)menyatakan amylea berhak untuk menjadi juara AF3 berdasarkan persembahan yang konsistant. Sayang, bagi saya persembahan yang konsistant tidak memberikan jaminan (contoh terbaik idayu), suara yang gemersik dan tone yang bagus & jarang2 didengar (unik) akan menjadi pilihan penonton/pengundi. Selain dari personaliti & attitude (penymbang terbesar kepada undian dari penonton).
Selain dari itu, saya juga lebih prefer kepada mereka yang tidak terdedah kepada all type of song coz kalau tahu semua genere music mereka dah tahu, ini memudahkan mereka untuk imitate & improvise kan lagu tersebut. Saya suka melihat lagu2 dibawa dengan gaya & suara tersendiri. Kelebihan ini ada pada mawi & marsha, sebab selain terpaksa membawa lagu sebegitu, mereka juga memiliki tone yang agak unik dan jarang didengar. Ini lah kelainan2 yang penonton ingin lihat. Pada saya, itu sebab undian mereka bertahan. Saya suka felix, bagi saya beliau mempunyai personaliti & suara yang bagus, tapi tidak unik (sama kes seperti amylea, just that she doesn't win my heart in term of personality).
Tapi ini hanyalah pendapat peribadi, yang agak panjang lebar.. saya akhiri dengan quote "Some people come into our lives and quickly go. Some stay for a while and leave footprints on our heart.."

Monday, August 01, 2005

Akademi Fantasia 3 - konsert ke -9

Setelah banyak ramalan dan teori2 konspirasi dibuat mengaitkan astro dan pelajar yang bakal mara ke peringkat akhir, terjawab sudah pada malam konsert ke-9 tempoh hari. Seperti yang diharapkan oleh para peramal dan kehendak penonton, 2 lelaki dan 2 perempuan berjaya mengharungi rintangan iaitu mawi, felix, marsha dan amelya.

Saya sebenarnya sejak dari AF2, merasakan astro telah memanipulasikan undian yang telah dibuat oleh penonton, terutamanya setelah penyingkiran Mas AF2, pelajar dari Tawau. Saya bukan peminat Mas, jauh sekali untuk mengundi beliau, tapi saya dapat merasakan yang mas telah mengumpulkan ramai peminat fanatik. Saya percaya bahawa peminat Mas tidak semua mengagumi bakat yang beliau miliki tetapi lebih kepada undi simpati dan kesian. Simpati dengan nasib seorang janda beranak dua yang tinggal jauh dipendalaman dan berusaha untuk menjadi anak seni. Kesihan dengan nasib beliau setelah diterima masuk ke akademi fantasia dan melihat layanan yang diterima oleh mas dari pihak akademi. Peminat fanatik ini akan mengundi dan terus mengundi tanpa menghiraukan bakat, tapi lebih kepada ingin menunjukkkan kepada pihak astro, mas juga ada hati dan perasaan. Tapi akhirnya mas telah disingkirkan pada konsert yang ke -9, dan juga sekaligus menyerap masuk Linda (anak murid kesayangan Ramli M.S). Dari situ saya mula terfikir akan adanya taktik kotor di dalam astro. Saya sampai sekarang merasakan undi peminat telah dimainkan. Astro tidak ikhlas, walau pun dikatakan mempunyai juruaudit dalaman, tapi boleh pakai ke?? Juruaudit tersebut dibayar oleh pihak astro, jadi mereka berhak untuk memutarkan apa yang sebaliknya menjadi apa yang diinginkan oleh astro. Saya tidak ingin mas menjadi juara, tapi saya dapat merasakan yang astro telah melakukan sesuatu terhadap undi mas dan membantutkan langkah mas untuk ke final. Dari segi kelayakan, mas tidak layak langsung untuk menjejak kaki ke akademi, tetapi setelah masuk, astro tidak berhak untuk campur tangan dengan apa yang telah dibuat oleh pengundi. Astro mesti sedar akan konsep program realiti yang telah dibuat ini bukan mencari seorang yang berbakat besar, tetapi seorang yang diundi dan disukai oleh rakyat malaysia (majoriti melayu).

Apakah nasib mawi akan menjadi seperti mas?? Tidak Mungkin. Pertamanya mawi boleh menyanyi dan mempunyai bakat yang setanding dengan undi yang diraih (banyak pihak cuba menidakkan ini, termasuk mereka yang merasakan diri mereka well educated). Fenomena mawi sesungguhnya amat terasa, semua orang merasakan mawi berhak untuk menjadi juara AF3. Tapi mungkinkah ini terjadi?? di dalam astro macam-macam ada.. trademark ini dipakai oleh astro pada musim AF2 hari tu. Saya tidak merasa pelik seandainya mawi tidak menjadi juara. Tapi saya akan mempertikaikan kewibawaan astro sebagai satu stesen TV yang agak melodramatik dan mempunyai agenda yang tersendiri.

Mawi semenjak dari konsert prelude telah menunjukkan aura yang tersendiri, tapi tidak dipilih oleh juri untuk ke peringkat akhir. Ada peserta yang terang2 menunjukkan suara yang sumbang berjaya melayakakn diri ke akademi. Peserta tersebut mungkin mempunyai wajah yang agak menarik, pandai berbahasa Inggeris dan berjaya memikat hati juri dengan joget lambak beliau. Aznil telah memperkenalkan mawi dengan menyatakan latar belakang mawi yang pernah beberapa kali memenangi Tilawah Al-Qur'an. Mungkin juri merasakan dengan gelaran yang disandang menjadikan susah bagi mawi untuk mengharungi hidup di dalam akademi. Tetapi, bagi pihak astro, mungkin terasa bahangnya apabila keuntungan yang diharapkan dari 12 pelajar yang ditampilkan tidak memberangsangkan. Astro dengan terang dan jelas menujukkan sikap tamak haloba dengan menyerap masuk mawi dan marsha tanpa menghiraukan kewibawaan diri. (diibaratkan seperti meludah dan menjilat balik-sungguh menggelikan). Tapi astro sudah diasah seperti itu, rela melakukan apa saja demi wang, hal menjilat balik ludah sendiri umpama benda remah yang tidak perlu dipertikaikan.

Kesan dari kemasukkan mawi, undian untuk pelajar lain terkebawah dan undi maawi melonjak naik, dari minggu pertama beliau diakademi sehingga minggu terakhir. Tetapi bagi juri yang pernah menidakkan bakat mawi, akan mempunyai satu persepsi yang telah diletakkan di dalam kepala mereka, mawi tidak akan ke mana. Setakat itu lah bakat mawi dan tidak usah diasah lagi, kerana mawi tidak akan membawa apa2 pembahruan dalam bidang seni ini. Mawi sendiri jika ditanya mungkin menjawab, dia redha dengan segala ketentuan Ilahi, tapi adakah mereka yang tidak berpuash hati dengan adanya mawi diakademi selepas tersingkir akan juga turut redha dengan apa yang terjadi?? mungkin tidak. Seboleh2 mungkin mereka cuba mempertikaikan bakat yang ada pada mawi.
Saya cuba untuk menyelami perasaan mereka yang merasakan mawi tidak layak untuk menjadi juara AF3. Mungkin pada mereka mawi mempunyai pegangan agama yang kukuh dan mungkin sukar untuk mawi bergaul di dalam akademi yang sememangnya bercampur antara lelaki dan perempuan. Termasukknya adengan tarian, mawi mungkin terpaksa berpegang tangan dengan pasangan perempuan dan mawi mungkin terpaksa melakukan sesuatu yang beliau tidak ingini. Mungkin mawi selepas majadi juara AF3 akan menumpukan kepada lagu2 nasyid kerana telah termaktub mawi sukar untuk memperjuangkan irama lagu yang lain, sememangnya minat mawi hanya kepada lagu2 nasyid dan irama padang pasir. Mawi juga dilihat sebagai seorang yang tidak pandai bergaul dan mungkin sukar untuk mengajak mawi ke tempat2 hiburan yang biasa dikunjungi oleh artis tempatan yang lain. Mawi tidak mungkin akan mewarnakan rambut beliau. Mawi juga dilihat sebagai tidak pandai berbahasa Inggeris dan ini agak memalukan seandainya beliau terpaksa berganding dengan peserta dari negara Asean yang lain. Walau pun zahid juga tidak berkomunikasi dengan peserta dari negara asean yang lain, tapi tidak mengapa, gaya hip hop zahid yang kebaratan tidak sesekali akan memalukan negara, walau pun tidak pandai berkomunikasi dengan baik dan ini boleh diabaikan (tapi kalau mawi tolong lah buat yang terbaik, ini bisa memalukan negara).

Mawi berjaya menjadi diri beliau yang sebenar dan itu yang melonjakkan % beliau, dan ini mungkin tidak dapat diterima akal oleh mereka yang merasakakan mawi tidak akan kemana setakat memilki suara yang besar. Seandainya astro menidakkkan hak pengundi, saya merasakan rancangan Akademi Fantasia ini cuma berhak untuk berhenti setakat ini sahaja dan tidak usah diteruskan lagi. Kerana ia bakal menjadi bahan tohmahan yang tidak habis2 dari pelanggan astro. Tidak ada maknanya rancangan realiti seandainya astro bermain taktik kotor dengan penonton. Tidak ada salahnya seandainya mawi menjadi juara, dan menjadi ikon kepada remaja di era ini. Tidak semestinya kita mesti mengikut penampilan kebaratan untuk memastikan kejayaan. Saya lebih mementingkan aspek keluhuran hati dan budi dan cuba untuk mempraktikkan kehidupan yang lebih balance untuk memperolehi keredhaan Allah di dunia dan di akhirat bersesuaian dengan Malaysia yang diistiharkan sebagai sebuah negara Islam. Cuba fikir-fikirkan.