Showing posts with label Himpunan Doa. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Doa. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Doa Taubat - Ilahi Lastu Lil Firdaus

Allahuakbar.. Ya Allah Ya Tuan ku sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgamu.. tetapi aku juga tidak sanggup untuk ke nerakamu.. ampunkan dosa2ku Ya Allah.. 






dunia ini hanya pinjaman..

Janganlah terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT,
kerana gelaran kita terakhir nanti adalah AL-MARHUM

Janganlah kita terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang CANTIK atau KACAK,
kerana rupa wajah kita terakhir nanti cuma TENGKORAK

Janganlah kita EGO dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana,
kerana rumah terakhir kita nanti adalah KUBUR

Janganlah teralu seronok dengan te
tmpat tidur yang EMPUK dan NYAMAN,
kerana tempat tidur terakhir kita nanti adalah LIANG LAHAD

Jangan bangga dan ACTION sangat dengan KENDERAAN mewah,
kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA

Jangan bangga sangat dengan pakaian CANTIK & MAHAL,
kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN

Thursday, August 09, 2012

Saturday, July 30, 2005

Doa untuk mereka yang baru beli kereta

CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN


Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-
1. Sediakan air dalam satu bekas.
2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.
3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-


· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.