Monday, October 17, 2005

Adab Memotong Kuku



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Wednesday, October 12, 2005

Berfikiran Positif Kunci Kejayaan

Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang.


Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu?

Bangkitkan Motivasi.
Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja.


Yakinlah Boleh.
Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. " Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh." Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.

Jangan Fatalistik.
Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa
" Saya pada dasarnya bodoh " misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.

Lihat Sisi Baik.
Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu
" kebodohan yang menimbulkan berbagai kecelakaan ", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai kebahagiaan.

Berdikari Selalu.
Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.

Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai perjalanan berfikiran positif anda.

Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran positif.
" Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa yang anda inginkan. "

Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.

Amalan Dalam Islam

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKANKESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah danberdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikuthukum Islam.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat darikapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidakterlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH
MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.


FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liurkita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalamair sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KEDALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya kedalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil danbuangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudahselamat digunakan.Ingat jangan membazir, orang yang membazir ituadalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADIPELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yangbercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yangdiperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan keranamendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnyasupaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUKBADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DIAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukankerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEHRASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikansembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaanberwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk danbersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelumterbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelahrusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetapkedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkenaseparuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuacayang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katilsetelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelumtidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangundari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak matadengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DANMEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYAPENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Tuesday, October 11, 2005

Diam Ada Lah Lebih Baik Dari Berkata-kata

Memang benar seandainya sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena atau tidak membabitkan kita, ada lah lebih baik kita berdiam diri dari berkata-kata. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita cakapkan adalah bagus, tapi itu anggapan kita sahaja, kita tidak tahu bagaimana anggapan orang lain. Mungkin mereka akan mentertawakan kita di belakang atau lebih teruk lagi kita akan di cerca... siapa tahu. Alangkan baiknya sekiranya kita berfikir dahulu sebelum melontarkan kata-kata yang bakal memakan diri.
Aku cuba belajar untuk tidak banyak bercakap, dan bercakap apabila perlu sahaja. Memang sukar untuk melakukannya kerana aku sememangnya suka bercakap merapu dan suka mencelah cakap orang. Aku juga telah belajar banyak dari kesilapan diriku sendiri, ini semua angkara bercakap tanpa berfikir. Akan aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ku ini, aku inginkan apayang terkeluar dari mulutku adalah dari buah pemikiran yang bernas dan boleh diterima pakai oleh semua orang.
Aku sering melihat mereka yang suka bercakap menjadi bahan ketawa dan dicerca orang. Aku tidak ingin hal ini terjadi kepada diriku dan semoga dijauhi dari terjadi kepada diriku. Bagi diriku akan ku cuba untuk berdiam diri dan tidak menyampuk selagi ia tidak mengganggu gugat hidupku. Aku ingin berpegang kepada prinsip "aku tak kacau hidup orang, dan tolong jangan kacau hidup aku". Dengan prinsip ini aku boleh hidup dengan tenteram dan aman bahagia.
Iya, itu mungkin prinsip yang bagus, tapi mulut kita boleh ditutup dan diamkan tapi bagaimana dengan mulut orang lain. Ketahuilah mulut orang lain kita tidak dapat diamkan dan tutup. Seandainya orang mengata dan menyakitkan hati kita cuba sedaya upaya untuk menerimanya secara positif. Memang susah untuk melakukannya. Tapi Insya'Allah dengan latihan yang berterusan terhadap akal, emosi dan jiwa, kita semakin boleh bersabar dan tabah untuk menghadapai kerenah manusia di sekeliling kita.
Petikan dari kata-kata pujangga:
Jika orang bodoh bercakap, jangan lah engkau menjawabnya sebab sebaik-baik jawapan baginya adalah diam seribu bahasa.

Berfikiran Negatif Tidak Menguntungkan

" No empowerment is so effective as self-empowerment. In this world, the optimists have it, not because they are always right, but because they are positive. Even when wrong, they are positive, and that is the way of achievement. "
David Landes - California

Tidak ada kekuatan yang paling efektif dibandingkan kekuatan dari dalam diri
sendiri. Di dunia ini, hanya orang-orang optimis yang mempunyai kekuatan besar. Bahkan ketika segalanya berjalan keliru, mereka tetap positif dan itulah jalan menuju prestasi.


Berdasarkan beberapa penelitian ilmiah disimpulkan bahawa berfikiran negatif memberikan pengaruh buruk yang lebih besar dibandingkan dengan impact positifnya. Salah satu pengaruh berfikiran negatif adalah melemahkan sistem kekebalan tubuh. Berfikiran negatif juga menyebabkan seseorang tertekan dan kehilangan banyak energy. Impact yang lebih buruk dari berfikiran negatif adalah mengakibatkan seseorang tidak mampu lagi berbuat sesuatu untuk menciptakan prestasi mahupun kebahagiaan.

Kisah asmara sepasang muda-mudi berikut ini menjelaskan bagaimana fikiran yang negatif menyebabkan kisah asmara itu terkandas begitu sahaja. Tragedi itu bermula ketika pemuda tersebut harus pergi berjuang ke medan perang. Pada saat menghadapi peperangan, kaki kanannya putus terkena bom. Dia merasa tidak lagi layak memiliki gadis pujaan hatinya kerana kakinya cacat.

Terpaksa dia meminta bantuan temannya agar memberitahu kekasihnya itu
bahawa dia sudah gugur di medan peperangan. Disebabkan kejadian itu, dia
justeru melalui hari-harinya dengan keputus-asaan, kerana dia masih sangat
mencintai wanita itu. Hingga pada suatu ketika dia mendengar bahawa mantan kekasihnya akan dinikahkan.

Pemuda tersebut merasa gembira bercampur sedih. Di satu sisi dia gembira
kekasih hatinya sudah dapat menemukan pengganti, tetapi dia sedih kerana
kekasihnya akan segera menjadi milik orang lain. Pemuda tersebut ingin melihat mantan kekasihnya tersenyum bahagia. Dia sengaja datang pada majlis pernikahannya dan terus memperhatikan wanita itu secara diam-diam.

Tetapi dia sangat terperanjat ketika melihat calon suami kekasihnya itu. Sebab
pemuda itu adalah teman seperjuangannya yang terputus kedua kakinya akibat
perang. Pemuda tersebut sangat menyesal mengapa dulu dia berfikiran negatif
dan terburu-buru memutuskan untuk mengundurkan diri hanya kerana kakinya terputus satu. Mengapa dia tidak menemui kekasihnya terlebih dahulu dan menanyakan secara peribadi. Tetapi semuanya sudah terlambat, pemikiran negatif hanya meninggalkan penyesalan.

Kisah tersebut sebenarnya menegaskan bahawa kita seharusnya memikirkan
kemungkinan terbaik terlebih dahulu, sebelum memikirkan kemungkinan terburuk. Sebab apa yang terjadi di depan nanti mungkin jauh lebih baik dari apa yang kita fikirkan. Semuga kita mempunyai satu kesamaan pendapat bahawa berfikiran positif itu jauh lebih menguntungkan.

Kerana itu budayakan berfikiran positif dalam hidup anda. Kemampuan berfpikiran positif terbentuk oleh kebiasaan-kebiasaan yang positif pula. Berikut ini merupakan tips membiasakan diri agar setiap saat berfikiran positif.

Tips yang pertama adalah mengurangi informasi negatif. Mungkin anda cenderung lebih sering mendengar berita tentang tragedi mahupun tindak kejahatan, penindasan, penyelewengan dan sebagainya. Tetapi tentang keharmonian, kepedulian, kejujuran dan cinta kasih seringkali luput dari perhatian. Maka mulai saat ini kurangkan informasi tentang hal-hal yang negatif. Pada saat yang sama, konsumsi berita-berita yang membangkitkan optimisme. Ada baiknya jika anda berusaha bergaul hanya dengan orang-orang yang secara pasti memberikan kemasukan positif terhadap cara berfikir.

Ada pendapat mengatakan, " Get around the right people. Associate with
positive, goal-oriented people who encourage and inspire you.
– Bergaulah dengan orang yang tepat. Bekerjasamalah dengan orang yang positif, yang berorientasi kepada hasil, mereka yang membangkitkan semangat dan menginspirasikan banyak perkara kepadamu."
Dengan demikian, lambat-laun cara berfikir anda akan lebih positif.

Tips yang kedua adalah memfokuskan diri hanya kepada perkara-perkara yang
positif. Dalam hal ini anda dituntut untuk lebih mensyukuri kurnia Allah SWT Yang Maha Esa. Daripada memikirkan tentang sesuatu yang hilang / kurang dalam hidup, akan lebih baik bila anda membuat daftar anugerah Allah SWT Yang Maha Esa yang membuat anda merasa lebih bersyukur.

Contohnya jika anda sedang kesal atas kemalangan yang menimpa, yang mungkin merupakan tayar yang pancit, kesesakan dijalanraya, pekerjaan belum siap, kehilangan dan sebagainya. Daripada terus memikirkan kemalangan itu, apakah tidak sebaiknya anda merenungkan betapa besar anugerah Allah SWT Yang Maha Esa, kerana keajaiban kerja jutaan sel dalam tubuh anda. Anugerah itu memungkinkan anda tetap bernafas, melihat, mendengar, dan sebagainya. Pada saat itulah, anda akan dapat merasakan bahawa kemalangan yang sedang anda alami tidaklah seberapa dibandingkan anugerah Allah SWT Yang Maha Esa. Sehingga anda dapat berfikiran positif lagi dan dapat menyelesaikan pekerjaan dengan baik.

Tips selanjutnya adalah menerima kejadian apa adanya dan menghilangkan kesan negatif atau trauma. Namun jika trauma itu benar-benar sukar dihilang kan, bukan bererti itu merupakan tanda-tanda kelemahan anda. Cubalah sekali lagi memikirkan penyelesaian konstruktif dan melakukan sesuatu yang memudahkan usaha anda melupakan segala trauma atau kesan negatif.

Sebaiknya praktikkan beberapa tips tersebut minimal dalam jangka masa satu
bulan. Pada saat itu anda dapat menilai bahawa cara berfikir akan menentukan apakah anda mampu memperolehi hasil negatif atau positif. Kata Zig Ziglar, seorang pakar motivasi; " It's not the situation, but whether we react
( negative ) or respond ( positive ) to the situation that's important.
– Bukan persoalan situasinya yang tidak tepat, yang terpenting adalah bagaimana kita bertindak-balas atau menyahut / menyambut situasi tersebut."

Pada saat yang sama anda akan dapat menilai apakah benar berfikiran positif
sangat memudahkan anda menjalani kehidupan ini? Setelah itu barulah anda boleh memutuskan samada ingin berfikiran negatif ataukah berfikiran positif sahaja. Saya yakin anda mengerti yang mana harus dipilih!

Jodoh Dan Kedewasaan Kita

Jodoh adalah problema yang serius, terutama bagi para muslimah. Kemanapun mereka melangkah, pertanyaan-pertanyaan ‘kreatif‘ tiada henti membayangi. Bila aku akan menikah? Aku rindu seorang pendamping, namun siapa? Aku iri melihat wanita muda menggendong bayi, bilakah giliranku dipanggil ibu? Aku jadi ragu, benarkah aku mempunya jodoh? Atau jangan-jangan Tuhan berlaku tidak adil?

Jodoh serasa mudah diucap, tapi rumit dalam realiti. Kebanyakan orang ketika
berbicara soal jodoh selalu bertolak dari sebuah gambaran ideal tentang kehidupan rumahtangga. Secara automatik dia lalu berfikir serius tentang kriteria calon idaman. Nah, di sinilah segala sedu-sedan pembicaraan soal jodoh itu berawal.

Pada mulanya, kriteria calon hanya menjadi 'sebahagian dari masalah', namun
kemudian justeru menjadi inti permasalahan itu sendiri.

Disini orang berlumba-lumba mengajukan ‘standardisasi’ calon: wajah rupawan, berpendidikan tinggi, wawasan luas, orang tua kaya, profesi mapan, latar belakang keluarga harmonis, dan tentu saja kualiti keshalihan.

Ketika ditanya, haruskah seideal itu?
Jawabnya mudah, "Apa salahnya? Ikhtiar tidak apa, kan?"
Memang, ada juga jawapan lain, " Saya tidak pernah menuntut. Yang penting bagi saya calon yang sholeh saja." Sayangnya, jawapan itu diucapkan ketika urat-urat keriput mulai menghiasi wajah. Dulu ketika masih fresh, sekadar senyum pun mahal.

Tidak ada satu pun dalih, bahawa peluang jodoh lebih cepat didapatkan oleh
mereka yang memiliki sifat superior ( serba unggul ). Memperhitungkan kriteria calon memang sesuai sunnah, namun kriteria tidak pernah menjadi penentu sukar atau mudahnya orang menikah. Pengalaman realiti yang dialami kerap kali menjungkirbalikkan prasangka-prasangka kita selama ini.

Jodoh, jika direnungkan, sebenarnya lebih bergantung pada kedewasaan kita.
Ramai orang merintih pilu, menghiba dalam doa, memohon kemurahan Allah,
sekaligus menuntut keadilanNya. Namun prestasi terbaik mereka hanya sebatas menuntut, tidak tampak bukti kesungguhan untuk menjemput kehidupan rumahtangga.

Mereka bayangkan kehidupan rumahtangga itu indah, bahkan lebih indah dari film- film ala bintang Hindi, Sahrukh Khan. Mereka tidak memandang bahawa kehidupan keluarga adalah arena perjuangan, penuh liku dan ujian, diperlukan nafas kesabaran panjang, kadang kegetiran mampir susul-menyusul. Mereka hanya siap menjadi raja atau ratu, tidak pernah menyiapkan diri untuk berletih-letih membina keluarga.

Kehidupan keluarga tidak berbeza dengan kehidupan individu, hanya dalam soal ujian dan beban jauh lebih berat. Jika seseorang masih single, lalu dibuai penyakit malas dan manja, kehidupan keluarga macam apa yang dia impikan?

Pendidikan, persekitaran, dan media membesarkan generasi muda kita menjadi manusia-manusia yang rapuh. Mereka sangat pakar dalam memahami sebuah gambar kehidupan yang ideal, namun lemah semangat ketika didesak untuk meraih keidealan itu dengan pengorbanan. Jika harus ideal, mereka menuntut orang lain yang menyediakannya. Adapun mereka hanya cukup dengan bergoyang kaki. Kesukaran itu pada akhirnya kita ciptakan sendiri, bukan dari siapa pun.

Bagaimana mungkin Allah akan memberi nikmat jodoh, jika kita tidak pernah siap untuk itu?
" Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sekadar sesuai kesanggupannya. "
Q.S Al-Baqarah : 286

Disebalik fenomena"lewat nikah" sebenarnya ada bukti-bukti kasih sayang Allah SWT.

Ketika sifat kedewasaan telah menjadi jiwa, jodoh itu akan datang tanpa harus
dirintihkan. Kala itu hati seseorang telah bulat utuh, siap menerima realiti
kehidupan rumahtangga, manis atau getirnya, dengan lapang dada. Jangan
pernah lagi bertanya, mana jodohku? Namun bertanyalah, sudah dewasakah aku?

Renungkan hadith ini : " Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan
isterinya dan begitu pula dengan isterinya, maka Allah memperhatikan mereka
dengan penuh rahmat, manakala suaminya menggenggam telapak tangan isterinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari sela jemarinya " Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi' dari Abu Sa'id Alkhudzri r.a.

Wallahua'lam Bisshawaab




Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

Wednesday, October 05, 2005

Di Pelamin

don't know what else can i say..

Tuesday, October 04, 2005

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 Xsebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapatmencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati jugamenenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malamsebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otakaku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Monday, October 03, 2005

I Was Here


i was here at the esplanade .. very nice place and beautiful view..

Esplanade Singapore - 8th September 2005



It's quite sometime i've not posted any news to this blog. For the whole of September, i was quite occupied with all sort of things.. my wedding, course and company trip. I have no rest at all, and i felt soooo tired. Anyhow.. i save a bit of energy to do a little posting.. On 06th September, 2005, i went to Singapore (my hubby's house) for one week. While i was there, my internet friend - Siti Mahanee a.k.a Nenek Gempak (she is very the Gempak one) showed me around, and we went to Esplanade. It was a very nice place... I enjoyed myself with taking a lot of picture. One of the picture we're not suppose to snap was the exhibition drawing.. and we called it forbidden picture..

Friday, September 16, 2005

Why I Take A Very Long Leave


Selamat Pengantin Baru..
Terima kasih kepada semua yang turut memeriahkan majlis kami.. we really appreciate it..
Lepas nie another long break.. i will update later ya..

Wednesday, September 14, 2005

Sleeping tips?!?

Received these tips from a good friend, and they make sense, don't they?

Subject: 5 DONT'S when you are sleeping

A man can go two weeks without eating. But if he doesn't rest at all, he
can only survive for one week. Sleeping provides us the time to rest our
internal organs, eyes and brains. Poor sleep quality can cause internal
damage to our internal organs and brains. Therefore, sleeping is very
important to us. If you wish to have a long life and stay healthy, please
take note of the advice below.

5 DON'TS when you are sleeping

DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you
wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on
your health.

DON'T SLEEP WITH BRA / UNDERWARE
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12
hours have a higher risk of getting breast cancer. Well the same goes down
there for guys..... imagine having a prostectic part. So go to bed without
it.

DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged.
Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone
as far as possible. Scientists have proved that electrical items including
mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves
can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put
your mobile phone near you, switch it off first.

DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run.
Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing
and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into
deep sleep.

DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE OR HUSBAND
You may never wake up again.

Kurnia Illahi Dalam Kehidupan Rumahtangga


Ketika melihat pasangan yang baru menikah, saya suka tersenyum. Bukan apa, saya hanya ikut merasakan kebahagiaan yang bersinar spontan dari wajah-wajah syahdu mereka. Tangan yang saling berkaitan ketika berjalan, tatapan-tatapan penuh makna, bahkan sirat keengganan saat hendak berpisah.

Seorang sahabat yang tadinya mahal tersenyum, setelah menikah senyumnya selalu sahaja mengembang. Ketika saya tanyakan mengapa, singkat dia berujar "Menikahlah! Nanti juga tahu sendiri". Aih...

Menikah itu sangat indah, kata Allahyarham ayah saya dan hanya dapat dirasakan oleh yang sudah menjalaninya. Ketika sudah menikah, semuanya menjadi begitu jelas, alur ibadah suami dan isteri. Beliau mengibaratkan ketika seseorang baru menikah dunia menjadi terang benderang, saat itu kicauan burung terdengar begitu merdu. Sepoi angin dimaknai begitu dalam, makanan yang terhidang selalu sahaja disantap lazat. Mendung di langit bukan masalah besar. Seolah dunia milik mereka saja, Mengapa? Kerana semuanya dinikmati berdua. Hidup seperti seolah baru dimulai, sejarah keluarga baru sahaja disusun.

Namun sayang tambahnya, semua itu lambat laun menguap ke angkasa membumbung atau ghaib ditelan dalamnya bumi. Entahlah saat itu cinta mereka berpindah ke mana. Seiring detik yang berloncatan, seolah cinta mereka juga. Banyak dari pasangan yang akhirnya tidak sampai ke tujuan, tak terhitung pasangan yang terburai kehilangan pegangan, selanjutnya perahu mereka karam sebelum sempat berlabuh di tepian.

Bercerai, sebuah amalan yang diperbolehkan tapi sangat dibenci Allah. Ketika Allah menjalinkan perasaan cinta diantara suami isteri, sungguh itu adalah anugerah bertubi yang harus disyukuri. Kerana cinta isteri kepada suami berbuah ketaatan untuk selalu menjaga kehormatan diri dan keluarga. Dan cinta suami kepada isteri menetaskan keinginan melindungi dan membimbingnya sepenuh hati. Lanjutnya kemudian.

Saya jadi ingat, saat itu seorang isteri memarahi suaminya habis-habisan, saya yang berada di sana merasa hiba melihat si suami yang terdiam. Padahal dia baru sahaja pulang dari pejabat, peluh masih membasah, kesegaran pada saat pergi sama sekali tidak nampak, kelelahan begitu lekat di wajah. Hanya kerana masalah kecil, emosi isteri meledak begitu hebat. Saya kira akan terjadi "perang" hingga bermaksud mengajak anak-anak main di belakang. Tapi ternyata di luar dugaan, suami malah mendaratkan sebuah kucupan saying penuh mesra di kening isteri. Isterinya yang sedang berapi-api pun padam, senyum malu; malunya mengembang kemudian dan merdu suaranya bertutur "Maafkan Mama ya Pa..". Gegas ia raih tangan suami dan mendekatkannya juga ke kening, sepertimana yang dilakukan setiap kali suaminya datang.

Jauh setelah kejadian itu, saya bertanya pada si suami kenapa dia berbuat demikian. "Saya mencintainya, kerana dia isteri yang dianugerahkan Allah, kerana dia ibu dari anak-anak saya. Ya kerana saya mencintainya" demikian jawabnya.

Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar, menyebutkan bahawa cinta mempunyai tanda-tanda.

Pertama, ketika mereka saling mencintai maka sekali saja mereka tidak akan pernah saling mengkhianati, Mereka akan saling setia senantiasa, memberikan semua komitmen mereka.

Kedua, ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal perlindungan dan nafkahnya. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan, tidak ada yang merasa superior.

Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka sedetikpun mereka tidak akan ingin berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun secara fisikal berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung.

Ada doa isterinya agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan. Ada tengadah jemari isteri kepada Allah supaya suami selalu dalam perlindunganNya, tidak tergelincir. Juga ada ingatan suami yang sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta, sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia.

Saudaraku, ketika segala sesuatunya berjalan begitu rumit dalam sebuah rumahtangga, saat-saat cinta tidak lagi menggunung dan menghilang seiring persoalan yang datang silih berganti. Perkenankan saya mengingatkan lagi sebuah hadith nabi. Ada baiknya para isteri dan suami menyelami bulir-bulir nasihat berharga dari Nabi Muhammad.

Salah satu wasiat Rasulullah yang diucapkannya pada saat-saat terakhir kehidupannya dalam peristiwa haji wada': "Barangsiapa - diantara para suami bersabar atas perilaku buruk dari isterinya, maka Allah akan memberinya pahala seperti yang Allah berikan kepada Ayyub atas kesabarannya menanggung penderitaan. Dan barangsiapa -diantara para isteri- bersabar atas perilaku buruk suaminya, maka Allah akan memberinya pahala seperti yang Allah berikan kepada Asiah, isteri fir'aun"
HR Nasa-iy dan Ibnu Majah.

Kepada saudaraku yang baru sahaja menggenapkan setengah dien, Tidak ada salahnya juga untuk saudaraku yang sudah lama merasakan asam garamnya pernikahan, patrikan firman Allah dalam ingatan : "...Mereka (para isteri) adalah pakaian bagi kalian (para suami) dan kalian adalah pakaian bagi mereka..."
QS. Al-Baqarah:187

Torehkan hadith ini dalam benak : "Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan isterinya dan begitu pula dengan isterinya, maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat, manakala suaminya merengkuh telapak tangan isterinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari sela jemarinya"

Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi' dari Abu Sa'id Alkhudzri r.a Kepada sahabat yang baru sahaja membingkai sebuah keluarga, Kepada mereka yang usia rumahtangganya tidak lagi seumur jagung, Ingatlah ketika suami mengharapkan isteri berperilaku seperti Khadijah isteri Nabi, maka suami juga harus meniru perilaku Nabi Muhammad kepada para isterinya. Begitu juga sebaliknya. Perempuan yang paling mempesona adalah isteri yang solehah, isteri yang ketika suami memandangnya pasti menyejukkan mata, ketika suaminya menuntunnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hati dia akan mentaatinya, jua tatkala suami pergi maka dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya. Isteri yang tidak silau dengan gemerlap dunia melainkan isteri yang selalu bergegas merengkuh setiap kemilau redha suami.

Lelaki yang berpredikat lelaki terbaik adalah suami yang memuliakan isterinya. Suami yang selalu dan selalu mengukirkan senyuman di wajah isterinya. Suami yang menjadi qawwam isterinya. Suami yang begitu teguh mencari nafkah halal untuk keluarga. Suami yang tak lelah berlemah lembut mengingatkan kesalahan isterinya. Suami yang menjadi seorang nahkoda kapal keluarga, mengharungi samudera agar selamat menuju tepian hakiki "Syurga". Dia memegang teguh firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..."
QS. At-Tahrim: 6

Akhirnya, semuanya menjadi mudah dan tetap berjalan dengan semestinya. Semua berlaku sama seperti permulaan. Tidak kurang, tidak juga berlebihan. Meski riak-riak gelombang mengumbang- ambing perahu yang sedang dikayuh, atau karang begitu gigih berdiri menghalangi biduk untuk sampai ketepian. Karakter suami isteri demikian, InsyaAllah dapat melaluinya dengan hasil yang baik. Sehingga setiap butir hari yang datang berganti akan tetap indah, fajar di ufuk selalu saja tampak merekah.

Keduanya menghiasi masa dengan kesyukuran, keduanya berbahtera dengan kekal cinta. Sama seperti syair yang digaungkan Gibran, Bangun di fajar subuh dengan hati seringan awan

Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan Istirehat di terik siang merenungkan puncak getaran cinta Pulang di kala senja dengan syukur penuh di rongga dada Kemudian terlena dengan doa bagi yang tercinta dalam sanubari Dan sebuah nyanyian kesyukuran tersungging di bibir senyuman Semoga Allah selalu menghimpunkan kalian (yang saling mencintai kerana Allah dalam ikatan halal pernikahan) dalam kebaikan.

Mudah-mudahan Allah yang Maha lembut melimpahkan kepada kalian bening saripati cinta, cinta yang menghangati nafas keluarga, cinta yang menyelamatkan. Semoga Allah memampukan kalian membingkai keluarga sakinah, mawaddah, warrahmah. Semoga Allah mematrikan helai keikhlasan di setiap gerak dalam keluarga. Jua Allah yang maha menetapkan, mengekalkan ikatan pernikahan tidak hanya di dunia yang serba fana tapi sampai ke sana, the real world "Akhirat". Mudah-mudahan kalian selamat mendayung sampai ke tepian. Allahumma Aamiin.

Barakallahu, untuk para pengantin muda. Mudah-mudahan ramai lagi yang mampu mengikuti tapak kalian yang begitu berani mengambil sebuah keputusan besar, yang begitu nyata menandakan ketaqwaan kepada Allah serta ketaatan kepada sunnah Rasul Pilihan. Mudah-mudahan jika tiba giliran anda, tak perlu lagi saya bertanya mengapa teman saya menjadi begitu murah sdengan senyuman. Kerana mungkin anda sudah mampu menemukan jawabannya sendiri.

Sedikit renungan dari saya, bila menasihati wanita dengan kekerasan, Ia akan patah dan bila menasihatinya dengan kelembutan, ia akan menurut.Para suami diharapkan dapat mengendalikan sikapnya jika menginginkan isterinya menjadi solehah. Sikap lembut seperti ini bukan bererti 'mentaati' isteri yang dilarang dalam Islam.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas Kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "


:: akal senipis rambut kuatkanlah dengan ilmu, hati serapuh kaca hiaskanlah dengan iman, iman selembut sutera hiasilah dengan akhlak ::


Kuliah Jin Dari Ustaz Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak
Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu
(sambil berseloroh).

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit
jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di
kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh
serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika
tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau
pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, September 13, 2005

Keberkatan yassin

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua - Hancur Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. (amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Yasin is the jantung of Al-Quran
Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
Child is sick
Feeling troubled.
Memudahkan urusan
Memudahkan perjalanan
As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each)
Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Wajaalna...."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, VERY effective)

Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan Dry method Sembahyang tahjud Sembahyang hajat Doa minta hajat Baca ayat 100 x dengan yakin Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan) Seperti di atas Bila baca ayat, tiup dalam air Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain o Doa sambil minum o Untuk 41 pagi


Wallahualam.

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.

***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua'lam...

Tangisan Nabi Adam

Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalirdi jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam,sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya :
Dalam sehari ada 24 jam?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?"

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil airsembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambilair sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka sepertimatahari. Mereka didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kalajengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.""

Awal kahwin VS Hujung Kahwin

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."
***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."
***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."
***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..
***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...
***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kamiberjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dg kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ketempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanyakanapa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum
tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, kuputuskan untuk menghadapinya dan menanyakansoal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....


BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!

Monday, September 12, 2005

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin

Lagi cabaran buat Rafidah

Isu AP kini sudah reda dan kehidupan telah kembali normal bagi Datuk Seri Rafidah Aziz. Tetapi persidangan di Parlimen pada September ini akan menjadi cabaran seterusnya ekoran ahli-ahli Parlimen bersedia untuk berbahas mengenai isu AP, tulis JOCELINE TANTUN.
Dr Mahathir telah mencapai usia 80 tahun pada Julai lalu tetapi sebulan selepas itu, dia masih meniup lilin di atas kek harijadi.Menjangkau usia 80 tahun merupakan peristiwa yang istimewa, maka banyak majlis harijadi telah diadakan buat bekas perdana menteri itu.Awal minggu ini, dia telah dipersembahkan dengan kek yang paling cantik setakat ini – sebuah kek tiga tingkat dengan lapan batang lilin besar yang memerlukan beberapa hembusan untuk dipadamkan apinya.Majlis terbaru telah diadakan oleh pengarah urusan Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin di kilang pemasangannya di Gurun, Kedah.Dr Mahathir memakai pakaian korporat rasmi syarikat tersebut – kemeja lengan pendek putih biru , cuma kemejanya dijahit khas menggunakan satin.Ketua Wanita Umno, Datuk Rosnah Majid, salah seorang daripada tetamu yang hadir, memujinya: “Tun, awak nampak bersinar!”Rosnah mungkin sedang bercakap tentang kulit Dr Mahathir yang cerah“Tuan punya harijadi” itu nampak tenang, gembira dan sihat. Pipinya merah dan dia nampak kacak.Dr Mahathir memang popular di kalangan wanita dalam Wanita Umno dan daya tarikannya seakan-akan tidak pernah luntur.Bekas perdana menteri dan tokoh industri automobil itu dilihat berborak-borak sepanjang makan tengah hari itu.Bahasa gerak geri antara mereka juga tampak bagus.
Pandangan Dr Mahathir tentang isu AP memang sudah diketahui umum tetapi kemarahannya terbukti bukanlah ditujukan kepada Kumpulan Naza.Kilang automotif Naza, yang memasang model Naza Ria dan Citra, adalah sebuah syarikat utama di Kedah.Nasimuddin dianggap sebagai seorang usahawan automotif yang serius dan Dr Mahathir menyentuh tentang perkara ini dalam ucapannya apabila dia berkata bahawa sesetengah orang membuka kedai untuk menjual AP tetapi Nasimuddin menggunakan sepenuhnya AP yang ada padanya untuk mengimport dan menjual kereta.Dia berseloroh, “Dia bukan sahaja perlu menjaga APnya tetapi dia juga terpaksa membeli AP daripada orang lain.”Itulah sahaja yang diperkatakan olehnya mengenai isu yang hampir menjatuhkan seorang menteri kabinet.Kemudian, ketika di kelilingi oleh wartawan, dia enggan bercakap langsung mengenai AP.
Kemelut tentang isu AP kini telah reda ekoran kabinet memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi mengkaji sistem AP serta dasar automotif negara.Mengeluarkan dua portfolio itu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga telah membantu melegakan situasi yang dihadapi oleh Datuk Seri Rafidah Aziz.Kehidupan hampir kembali seperti sediakala bagi menteri itu dan media telah berhenti daripada memburu setiap langkahnya. “Kamu tidak patut mengacaunya,” kata Rosnah, yang pernah menjadi seorang wartawan sebelum menceburi politik.Rosnah tidak segan silu untuk setia pada Dr Mahathir. Ia adalah rangkaian Kedah, kata mereka.Tetapi dia juga merupakan seorang penyokong kuat Rafidah.
Di kemuncak isu AP, simpatinya dikatakan terarah kepada Dr Mahathir tetapi seperti kebanyakan ahli Wanita Umno yang lain, dia tidak mengecohkan kem Wanita.Sayap wanita itu dilihat sangat stabil di sepanjang krisis yang dihadapi oleh ketua mereka.“Ia adalah budaya Wanita, kami tidak memberi masalah,” kata seorang ketua Wanita Umno bahagian.Nasib baik timbalannya, Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bersikap tamak dan terburu-buru untuk merampas kuasa. Shahrizat dilihat begitu sopan sepanjang krisis itu dan ini telah memberikan contoh bagi wanita lain.“Sebab lain mengapa mereka tidak panik adalah kerana telah ada orang yang berkemampuan untuk menggantinya,” kata penganalisa yang sama.Rafidah nampak begitu yakin dengan kedudukannya di kalangan wanita. Dia tidak pernah sekali pun membuat mesyuarat exco Wanita sejak krisis tersebut bermula.Mesyuarat exconya yang terakhir adalah pada hari sebelum perhimpunan Wanita, di mana dia telah menangis semasa sidang akhbar.Dia juga tidak meminta mana-mana pihak untuk menyatakan sokongan kepadanya. Hakikatnya, dia sangat tenang di sepanjang kemelut itu. Mungkin satu-satunya tanda yang menunjukkan dia tertekan adalah semasa perjalanan membeli-belahnya – atau ‘terapi membeli-belah’ seperti yang dikatakan oleh rakannya. Dia juga sudah pandai melaram. Dia telah menukar cara berpakaiannya yang gemar berbaju kurung dahulu kepada sut sarung.
Sehingga hari ini, ramai ahli Wanita yang bingung tentang bagaimana dia boleh kekal tenang dan ceria walaupun setelah dimalukan ketika perhimpunan agung Umno, diserang oleh ahli kabinet dan tumpuan yang diberikan oleh media. Kata Rosnah, “Saya simpati kerana dia terpaksa menghadapi semua ini tetapi dia sangat tabah. Tetapi apa yang berlaku kepadanya dalam kementeriannya tidak menjejaskan peranannya sebagai ketua Wanita Umno.
Sesetengah penyokongnya menjangkakan bahawa isu AP akan senyap apabila timbul isu baru dan lebih besar.“Wanita adalah lebih memahami dan pemaaf berbanding lelaki. Bukan semua orang menyokong Rafidah tetapi mereka tidak akan menentangnya secara terbuka,” kata seorang penganalisa.Seperti yang dapat dilihat oleh sesetengah pihak, walaupun perwakilan berdiam diri tentang isu AP pada perhimpunan Wanita bulan lepas, sebilangan daripada mereka telah menyertai kaum lelaki untuk mengganggu Rafidah ketika dia menyampaikan ucapan penutupnya pada perhimpunan agung tersebut. Dan ketika ketua Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Shahrir Samad berkata Rafidah harus meletakkan jawatannya, tiada siapa pun yang mempertahankan Rafidah mahu pun membidas ahli parlimen Johor Bahru itu. Hakikatnya, parlimen merupakan cabaran seterusnya buat Rafidah.
AP dan dasar automotif negara pasti akan menjadi bahan utama untuk dibahaskan semasa sesi bajet, yang akan bermula pada bulan hadapan. Shahrir dan pasukan ahli parlimennya sedang mengumpul maklumat mengenai industri auto negara serta AP. Mereka mahu memasukkan dasar automotif negara dalam konteks Rancangan Malaysia Kesembilan.“Topik itu akan dibangkitkan dan ia akan menjadi hangat,” kata ahli parlimen Ketereh, Alwi Che Ahmad.Kata ahli parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cik, “Ia adalah isu umum dan rakyat masih belum berpuashati dengan jawapannya.”Bagaimanapun, kata ahli parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, ahli-ahli parlimen tidak mungkin akan memintanya meletakkan jawatan.“Bapa saya pernah memintanya supaya meletakkan jawatan tetapi saya tidak fikir ahli parlimen akan pergi sejauh itu. Ia adalah prerogative perdana menteri,” kata Nur Jazlan, yang bapanya merupakan seorang bekas menteri dan juga setiausaha agung Umno.Katanya, Rafidah adalah masih kepunyaan Umno.“Menyakitinya adalah sama seperti menyakiti kakak kita sendiri,” kata Nur Jazlan.Tetapi adakah Rafidah masih mempunyai jawapan kepada isu tersebut walaupun ia bukan lagi berada di bawah portfolionya?
Ahli parlimen berpendapat bahawa dia masih bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang dasar AP sehingga ia dikeluarkan daripada kementeriannya.“Dia telah membuat penjelasan kepada kabinet. Kami tidak tahu apa yang dikatakannya tetapi penjelasannya pada perhimpunan agung Umno adalah tidak memuaskan,” kata Ahmad Shabery.Yang paling mustahak sekali, mereka mahu mendengar rasionalnya dalam pemberian AP yang begitu banyak kepada dua orang raja AP iaitu Datuk Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Haniff Abdul Aziz.
Sebilangan ahli parlimen berpendapat bahawa dia patut membuat suatu sesi dengan penyokong kerajaan dalam mesyuarat jawatankuasa, yang diadakan sebelum parlimen bersidang.Tetapi ahli parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri menegaskan, “Menteri itu patut datang ke parlimen untuk bersemuka dengan kami. Kami tidak mahu mendengar kepada timbalannya atau pun setiausaha parlimennya. Dia mesti datang sendiri.”Alwi menambah, “Kami tidak mahu menyeksanya. Tetapi dia perlu menjawab di parlimen.”Kontroversi AP masih belum berakhir bagi Rafidah.