Tuesday, October 21, 2008

Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat


Aku terlalu mengagumi tokoh seorang ini.. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.. 

aku selalu mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa.. dan Berita Harian hari ini (21.10.2008) melaporkan Tuan Guru Nik Aziz dimasukkan ke hospital.. aku amat berharap sangat agar beliau cepat sembuh.. Aminnnn..

aku telah membeli 4 buah buku berkenaan beliau dan juga buku yang dicetak berdasarkan ceramah/tazkirah yang diberikan oleh Tuan Guru.. antaranya:

1. Kemuncup dalam perjuangan (dah habis baca)
~buku ini berkisar mengenai parti PAS yang di dokong beliau.. 

2. Saat cinta bertasbih - tribute untuk Tuan Guru (dah habis baca)
~cerita tentang beliau yang ditulis oleh Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan   Abdul Latif dan Rossem

3. Bertemu janji Allah - menyingkap kisah Masyar yang menyayat hati (baru habis 2 bab)
~oleh Tuan Guru sendiri berkenaan alam akhirat - menginsafkan kita agar tidak
    telalu lalai dengan keduniaan semata..

4. Khusyuk dalam solat (belum baca lagi)
~siri tazkirah dari Tuan Guru - Apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang
    untuk hampir kepada Allah Swt




Tuan Guru di restoran Cheng Ho milik Amy Search



rumah Tuan Guru



rumah Tuan Guru dari jarak dekat

update 08.10.2012


KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.


Sedikit gambar Tuan guru dan aktiviti beliau selaku Menteri Besar Kelantan










Pemimpin lain ada nak gunting rambut kedai macam nie? takde kan..













 Tuan Guru Nik Aziz & Sultan Kelantan.. dedua nie amat disegani rakyat..



Thursday, October 16, 2008

2nd Appointment di KK Hospital


Waduhhhh.. nak pergi jumpa dokter Kang kat hospital terasa takut banget pagi tadi.. berdebar-debar je kat dalam dada aku nie.. Bismillah dengan tawakal aje aku turun pagi tadi.. appointment pukul 9.25, aku sangka kan kat hospital canggih mesti le tepat pada waktu.. tapi hampehh ahhh.. padahal KK tu kira hospital private tuh.. tapi masa menunggu tu buat aku panasss je..


aku sampai di hospital pukul 9 pg.. sangka kan kejap aje.. boleh le aku nak balik opis, kira amik time off la.. tapi tunggu punya tunggu.. dari time off terus jadik half day leave.. bengang jap aku.. tunggu dokter dtg dah satu hal.. kul 9.30 baru nampak dokter Kang terkejar2 masuk bilik no. 12.. dah tu aku pun get ready lah.. kan ke appointment aku kul 9.25.. mesti lah no aku dulu naik.. tetiba "tinggg".. laaaa haii.. no lain lak keluar.. cisssssss.. hangin kejap aku.. sabar.. sabar..


dah 9.45 baru le aku boleh jumpa dokter.. lepas dokter baca aku nyer report bagai.. dia bagitau kemungkinan besar aku masih tak mengandung2 lagi di sebab kan blockage kat falopian tube.. dah tu ditambah dengan cyst lagi.. so, kalau aku nak buat fertility treatment aku kena buat operation dulu... alamakkk sedih aku.. aku mintak laparoscopic.. at least healing time faster.. tapi dokter tak boleh bagi kepastian samada laparoscopic je dah cukup.. or kena buat major surgery.. time nie aku dah tak berdaya dah.. terpaksa lah aku dengar cakap dokter.. so, dia dah schedule kan aku nyer operation on 11.11.2008.. aku try mintak awal.. tapi semua operation theater dengan jadual dokter sendiri dah penuh.. alamakkk aii ramai betul lah orang sakit.. aku terpaksa tunggu que nak operate.. boleh gitu..



lepas jumpa dokter, aku kena register terus ke pre admission.. pelik pulak kat sini.. awal2 lagi dah kena register.. aku ikut je le.. dah abis register kita ke bahagian financial consultant.. sebab aku dah pernah kena operation dulu.. so, kali nie insurance co tak boleh pakai.. sedih aku.. aku dah berdebar2.. dokter kang dah la senior specialist.. mesti aku kena bayor mahal.. mana lak aku nak cekau duit.. dah discuss dengan financial consultant semua bagai.. dia bgtau semua cost dianggarkan dalam $5,900.. mungkin cost dia berkurangan atau lebih sket base on condition aku on that operation day.. so, dia bgtau lagi yang kita boleh pakai pakai medisave up to $2,700, so kena top up cash lagi $3,100. Pasal medisave aku tak risau.. aku boleh pakai medisave hero aku tu.. luv u so much laling erroooo.. hehehehe.. hehehehe.. & balance yang kena top up cash tu.. terpaksa le bayar ngan saving aku nie.. uhwaaaaaaaa.. nangis ko.. sebab aper.. lepas nie aku dah tak boleh shopping sakan lagikkk.. uhukk.. uhukk...



aku sedih 2 dalam 1.. pertamanya aku dah fobia dengan operation.. keduanya lagi sedeh sebab aku tak boleh berbelanja sesuka hati lagiiiiiiiii... uhwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sabor je la:((..


17.10.2008 - Latest Update

HR aku akan keluarkan guarentee letter untuk cover cost pembedahan tu.. tapi I'm not sure if this can be claim or not.. tapi memandangkan HR aku beria2 nak tolong.. she even mentioned, if I have to pay the hospital bill.. she'll help me to claim the bill.. alamakk terharu lah pulak aku.. wish she can help me out on this.. thanks Anna..

Tuesday, October 14, 2008

Last weekend - in KL

Wahhh dah berzaman rasanya aku tak balik KL.. last balik bulan Ogos ari tu (takde le berzaman sangat.. saja je buat citer).. tapi sekali sekala aku turun KL.. happening gak.. terubat rindu.. selain dari rindukan adik2 aku ngan anak2 buah aku tu.. rindu kat kengkawan pun terubat gak.. walau pun jumpa 3 kerat je kawan.. tapi best nya rasa.. sekali sekala jumpa.. kecohh tu..

Thanks kecu sebab tetiba ada kezutan lak.. dendiam jerk ada artis dengan melia the white.. adusss gempak gak jumpa dorang nie.. sambil borak & membedal mee goreng kecu.. ditemani dengan anak2 kecu.. riuh jugak rumah tu dibuatnya.. aku lak dengan selamber je mintak tolong kecu basuh kan baju.. (tumpang washing machine dia) coz kedai dobi beraya sakan.. sampai tutup 2 minggu ko.. sorry le sesangat.. menyusah kan kecu anak beranak.. teruk betul aku nie.. tapi kecu kata takpe.. sebab pakej berhari raya rumah dia memang macam gitu.. pakej beraya siap berdobi .. hehehe.. hehehe.. tak pernah dibuat orang.. tapi itu lah.. mana nak dapat kawan macam gini.. time terdesak & emergency boleh le tumpang sekali sekala.. tapi warning, kalau ada kawan yang tak kisah macam nie.. jangan lak ambil kesempatan ya.. sekali sekala boleh la.. kalau selalu sangat.. ada gak yang kena karate karang.. hahahaa.. hahahaha.. tapi kejap aje pagi tu aku beraya rumah kecu.. rasa macam tak puas lak..

Aku rasa macam nak jumpa lagi kenkawan aku tu.. tu sebab balik je dari umah adik aku kat Kinrara.. terus aku kol Kecu.. aku nak serbu umah artis & melia the white lak.. fuhh tak disangka-sangka makanan special beb.. tak pernah lagi aku rasa beraya rumah orang makan best cam gitu.. melia.. lain kali masak lagi ekk.. jgn lupa ayam panggang lada hitam ngan percik tu yekkk.. hehehehe.. hehehehe.. baru puas beraya rumah kenkawan cam gini.. makan kenyang dan melepak sampai tengah malam kat umah bujang tu.. seronok lah.. dah lama tak buat keje cam gini.. hehehe.. hehehe

p/s:- skang tengah demam facebook.. :D

Friday, October 10, 2008

aduhh mak sakit mak aduhh mak sakit part 2

Dah 2 malam aku tak dapat tidor lena... sebab nya gigi aku sakit.. sakit yang amat sangat.. berdenyut2 kepala dibuatnya.. 

hari selasa malam tu aku tak dapat tido, sakit gigi sampai ke kepala.. jadik semalam, hari rabu aku ke klinik gigi, Oral Dental Care.. apa le nasib aku semalam doktor Jack on course lak.. adusssss.. tapi aku dah sesiap buat appointment untuk hari nie pukul 7.15 ptg... appointment lepas keje senang.. takde le aku nak amik MC lagik.. 

gigi yang sakit amat tu gigi geraham bawah belah kiri.. aku kalau boleh tak nak cabut.. sayang kan.. sebenarnya bulan 5 ari tu gigi tu ada buat hal sakit.. tapi tak parah macam 2 ari lepas.. masa tu gusi aku bengkak aje.. so, bila aku jumpa dokter jack.. dia bagi antibiotik dengan painkiller & dia x-ray gigi tu nengok keadaan gigi.. dan suruh aku datang balik 2 ari kemudian... aku punya pandai.. 2 ari makan ubat terus ilang sakit gigi.. aku malas nak pergi lagi.. assistant dokter jack call, aku bgtau dia yg appointment tu cancel sbb gigi aku dah baik.. hehehe.. hehehehe.. pandai kan..

sejak dari aku makan ubat masa bulan 5 tu, gigi aku tak buat hal dan dah tak sakit lagi.. 

tup.. tup 2 hari lepas.. takde angin takde ribut tetiba.. gigi geraham aku sakit lagi.. dia punya sakit, mak aiii.. rasa nak pecah kepala.. dah banyak painkiller aku telan.. tapi sakit dia takmo lari... menangis aku huhuhu..

dah 2 ari aku tak tido lena.. semalam tahap kesakitan aku parah betul.. rasa macam nak hantuk2 je kepala kat dinding sebab tak tahan sangat sakit.. so, ari nie appointment aku dengan dr Jack aku dah x lari lagi.. kalau bulan 5 ari tu aku lari tak nak jumpa dia kan.. tadi aku merayu dia suh cabut gigi aku.. hahahaha.. hahahha aku dah tak tahan sakit.. aku tak nak la dia bagi alasan gusi aku bengkak & dia tak nak cabut... maka tadi selamat la gigi aku kena cabut.. thank you dr jack.. :D

sib baik dia cabut gigi aku tu.. dah cabut rasa legaaaaa sesangat sebab malam nie boleh le aku tido lena.. selena-lenanya.. hehehe.. hehehe.. aku nak tidur puas2 lepas nie..

ok lah .. cakap pasal tido, sekarang nie aku nak pi tido.. daaaaaa gudnite...

p/s: dr jack ada bagi gigi aku balik gigi yang dia cabut tu, dia suruh simpan.. tapi memandang kan aku nie penakut, nengok gigi aku tu pun dah naik seriau.. aku suruh dia je simpan.. hehehehe.. hehehehe..


Wednesday, October 08, 2008

Aduh mak sakit mak aduhh mak sakit makk...

Salam lebaran untuk semua.. di kesempatan ini saya nak memohon maaf seandainya ada hati yang terluka, tersinggung, terasa dan semua ter.. ter.. sesungguhnya kalau awal perkataan “ter” bermakna tidak sengaja.. so ampun dan maaf di pinta atas segala kesalahan, kesilapan yang saya lakukan samada sengaja atau tidak sengaja.. sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala kekilafan datang dari hambaNya yang lemah ini..

Sehari sahaja aku menyambut lebaran.. hari raya ke-2 dah start kerja.. dan hari raya ke-3 aku MC sebab pergi check up di hospital KK. Macamana aku tetiba nak buat check up??? Itu lagi panjang ceritanya.. so, kesudahan check up yakni scan & consultation aku didapati megalami ketumbuhan atau bahasa omputehnya dia panggil cyst. Sebenarnya aku tak tahu yang aku mengalami cyst di overi ku untuk kali ke-2.. sebelum ini aku pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cyst di hujung December 2005.. masa tu dokter bgtau yg cyst yang aku hidapi nie secara saintifiknya di panggil endrometrosis. So, dokor Kang Wee yang merawat aku sekarang nie pun bagi tau yang besar kemungkinan cyst tu disebabkan endro nie laa.. adussss sakit kepala aku dengar berita nie.. dah tu ukuran cyst tu dah 6 cm.. nie membuatkan fikiran aku tambah berserabut.. kalau dibiarkan makin membesar lah ghamaknya..

Next step.. 2nd appointment on 16hb nie, dokter Kang akan bg tau apa plan dia untuk aku.. besar kemungkinan aku kena operate.. halamak aku dah ngeri dah.. masa 1st time operation dulu tu sedar je dari operation, aku terasa sakit yang amat sangat ditempat pembedahan.. rasa macam perut disiat2 luar dan dalam.. tak sanggup aku mengenangkan betapa sakit nya aku waktu itu.. dan kini aku mungkin terpaksa menjalani pembedahan lagi.. uhwaaaaaaaaa.... belom apa2 aku dah sedih banget.. gi mana gitu loo..


Ok.. kita aku tak nak fikir banyak pasal operation aku nie.. sebab tarikhnya pun aku tak tau lagi.. so, jangan serabutkan fikiran dulu.. sekarang aku nak bercerita pasal hospital KK.. or KK Women’s and Children Hospital. Pada 3hb October 2008, 1st appointment dengan dokter Kang Wee, ini lah pertama kali aku menjejakkan kaki aku di hospital nie.. aku pergi check up di hospital nie pun sebab boss & HR aku yang suruh.. so, aku fikir punya fikir.. why not just give a try.. Alhamdullilah, aku rasa service dia untuk 1st appointment tidak mengecewakan.. tapi masa menunggu untuk berjumpa dokter tu, aku rasa macam lama sangat.. kalau yang nie dorang boleh improve aku boleh bagi full mark untuk service..



Dari car park ke Hospital KK, kita akan melalui taman dan ada kolam pulak.. cantek kolam tu dipenuhi dengan bunga teratai.. tapi air dia kelam lah sebab banyak pokok teratai so, aku rasa memang habitat dia macam gitu.. di dalam kolam pulak banyak kura2 dan ikan keli.. aku cuba-cuba campakkan fries (yg aku beli kat Mc D) sambil mata melilau jugak mana tau karang kena kejar dengan pak guard.. wahhhh banyak betul kura2 & ikan keli yang makan fries tu.. teruja aku nengok.. tak pernah kan bagi makan kat kura2 yang banyak sebegitu.. jakun tak aku hehehehe.. hehehehe.. aku bayangkan kalau bawak anak sedara aku, nak2 si Alia, sure dia happy sangat nengok turtle yang cute miut tu...

Panjang pulak coretan aku kali nie.. ok lah lain kali aku coret lagi... daaaaa


Friday, September 19, 2008

Ramadhan yang ke-19

Alhamdullilah, sedar tak sedar dah 19 hari umat Islam berpuasa. Tinggal lagi 2 minggu nak meraikan hari lebaran..

setakat nie aku dah buat 3 biskut.. coklet chip, sarang semut & cornflake.. biskut nie akan aku export ke kampung aku kat Besut.. raya tahun nie aku tak balik lagi.. sedeh ahh, tapi aku dah janji ngan mak aku ujung tahun nie aku akan balik kampung bercuti panjang.. 

tak sabar betul nak balik kampung..


Sunday, September 14, 2008

At last..

Alhamdullilah.. sekarang kat rumah dah ada internet.. aku dah boleh update blog.. 

dah lama aku tinggalkan blog nie.. last update February 2008.. lama tu.. 

hari nie aku dok rumah seharian.. keluar kejap petang carik makanan untuk berbuka.. pagi tadi aku buat biskut coklet cip... adunan dia menjadik tapi ntah napa tah ruper dia tu macam kembang setaman jerkk.. sedih aku.. cubaan kedua aku buat biskut dahlia lak.. lagi hancusss.. lepek je dahlia dia.. aku nie memang keras tangan lah nampak gayanya.. sedih ahh.. nak cuba lagi pun dah naik malas.. beli aje lah nampak gaya nyer.. tak sanggup aku nak hidang kat orang biskut aku yang macam tak seruper biskut tu hehehe.. heheheh

kalau lah aku rajin.. nak gak aku snap gambar biskut aku tu & letak kat sini.. untuk tatapan semua.. hehehe.. hehehehe

besok aku nak pi geylang serai :D.. jom jalan2..




Monday, February 18, 2008

Chinese New Year At Singapore

CNY baru nie abang & family datang singapore.. nak jalan2 katanya.. tapi kat singapore nie kalau CNY dorang memang raya sakan.. semua shopping complex & tempat makan yang best2 tutup.. mana nak pergi.. kalau setakat nak jalan2 tak kisah, sbb public transport still on..

aku ajak abang aku naik MRT ke Orchard.. aku tau tempat tu mesti lenggang. tapi since dorang cuma nak kenal2 tempat bukan nak shopping pun.. so bermula lah kita nyer little tour..

Kita naik MRT dari Tampines.. agak lengang MRT nie.. sofia boleh main lari2 lagi...


Orchard pun sama lenggang.. kalau idak.. ini le tempat yang paling sibuk.. best jugak jalan2 santai kat sini..



abang aku kalau tak singgah kat Hard Rock tak sah .. so tercapai lah jugak hajat dia nak beli T-Shirt sbb Hard Rock tak tutup pulak CNY ari tu..



"mana lak kita nak pi nie mama.." sofia.. "kita jalan2 aje lah kakak.. mama nak kenal2 tempat nie.." mama sofia.. sambil tersenyummmm..



sofia yang kepenatan tujuk perasaan, takmo menapak lagik.. hehehe.. hehehe.. tu baru sket je jalan.. cepat bangun.. banyak lagi kita nak nengok2 nih..



mana tak penat.. kita jalan2 sampai ke esplanade yang shape dia macam durian kaler silver.. ramainya orang kat sini.. sangka kan tempat nie pun lenggang.. rerupanya tidak..



sempat rehat & amik angin sekitar explanade.. ramai sungguh orang lepak kat sini.. bukan sikit orang nie..



next day.. kita pi jenjalan kat zoo..



laki aku tak sesabor nak nengok White Tigers..


aku lak ingatkan white tiger tu gimik aje.. bila nengok.. eh.. ehh betul lahrimau nie kaler dia puteh



aku bukan suka ngan mende2 ganas macam rimau tu.. aku suka nengok bunga & butterfly..



sofia tengah nak naik pony..



last sekali penutup acara petang tu.. kita singgah di Pasir Ris park.. sewa basikal.. aku pun seronok gak amik angin tepi pantai ngan besikal.. kita round2 sambil bunyikan loceng.. main kejar2 ngan sofia.. uihhhh best ahhhh.. aku dah berangan nak beli basikal.. heharap tercapai le hasrat aku nih.. dan heharat hasrat aku nie bukan hangat2 taik ayam jerkkk.. hehehe.. hehehe


posing dekat kuda puteh..

Kite Runner..

Dah lama aku tak menaip.. banyak bende yang berlaku sepanjang2 aku tak meng ‘update’ kan blog nie..

Yang paling gumbira.. aku dah dapat kerja baru.. thanks to my ex-colleague yang tolong aku forwardkan resume kat satu company tu… in two days dia dah call untuk interview and Alhamdullilah in one week time aku dah dapat letter offer.. aku signed letter offer on 01.02.2008.. hari yang sama aku tender akunyer resign letter.. it happened so fast.. macam tak caya lak…

Hari sabtu 02.02.2008.. aku kuar pi beli stationery untuk office.. pastu aku singgah kat Times.. belek2 buku.. terus aku tersangkut ngan buku citer “Kite Runner” karya Khaled Hosseini.. sekarang aku dah baca separuh dari buku tu.. interesting story… nanti aku baca sampai habis dulu baru boleh rumuskan buku nie best ke idak..


Buku yang aku beli sebelum nie.. my story, david pelzer tu dah habis aku baca.. tak menarik & tah hapa2 tah cerita dia.. true story pasal dia kena torture dengan mak dia.. teruk gila mak dia dera dia.. mental & fizikal.. tak bleh di terima akal betul aku baca bila ada seorang ibu boleh dera anak dia macam gitu sekali.. anyway.. aku tak recommend kan buku tu di baca.. buang masa je baca.. tah macamana aku boleh terbeli buku tu.. hermmm skang nie aku dah hati2 dalam memilih buku..
Tak sabar2 nak abiskan "Kite Runner"..

Tuesday, January 15, 2008

Minggu yang bz

last week aku bz sesangat...


tapi minggu nie lagiiiii bzzzzz... uhwaaaaaaaaaaaaaa... nangis aku..


minggu nie InsyaAllah aku akan ke Johor jumpa bonda tersayang.. pehtu amik balik latop ngan adinda aku tuh... baru le boleh update hari2.. hehehe.. hehehehe..

Thursday, January 03, 2008

My Story.. Ketam, Kila & IKan Sebelah..

Sebelum dapat gaji last month, aku ada lah pi window shopping kat tampines mall, sesambil beli stationery tuk opis kat popular book store.. jalan punya jalan, masuk le kat kedai buku Times.. aku nampak satu buku nie..
Aku selak sesket.. baca sebaris dua, masa nie hati dah berkenan nak beli.. tapi memandangkan aku tak bawak duit lebih.. aku pass aje buku tu..

Sejak dari ari tu.. aku dok teringat2 nak baca buku nie.. so.. petang tadi aku sempat singgah beli buku tu.. nasib baik aku cepat, stok pun dah dekat nak abis, tinggal lagi 3 buah.. tu pun bukan stok baru.. display item.. geram aku.. tapi sebab dah berkenan punya pasal, aku beli terus.. janji appy.. nanti dah abis baca aku try le review sesket ngan bagi rating.. chehhh macam bagus jerkk aku nie..
Sampai je umah, aku dikejutkan ngan kehadiran banyak ketam2.. menunggu aku utk di nyum.. nyum.. nie abang ipar aku tangkap kat laut.. ishkkkk kalah nelayan kat ganu dia tangkap ketam.. punya laa banyak.. ikan sisa nabi sulaiman pun ader gak 2 ekor.. ada orang panggil ikan sebelah.. dan yang tak pernah aku dengar, siput yang dorang panggil “kila”.. aku pernah le nengok siput nie, tapi tak pernah lah pulak makan.. hermmmm camana le rasanya..

nie laaa "kila" yang telah direbus dan dah dipotong.. aku tak sempat nengok.. aku makan sket.. boleh le.. rasa dia macam daging sesket, ada liat2 gitu..

ini lah peberet aku.. ketam.. manyakkk nyerrrrrr... best.. best.. daging dia manis banget, sebab ketam segar beb..


nie ketam ngan kila sebelom dimasak..



ikan sebelah ngan kila...




ikan sebelah ngan kila lagiiiii....



Wednesday, January 02, 2008

01.01.2008 (Selasa) - Dah Tahun Baru..

Aku sebenornya idok le sambut new year nih.. nengok aje dorang kat tv dok mengira detik.. tapi aku tak rasa apa2 pong (aku masih appy ngan covet aku tuh.. hehehehe.. hehehe)..

Pepagi lagi aku dah turun pi pasar.. banyak gak aku beli.. kira memacam jenis ikan lah.. selain ikan aku turut memborong sotong, udang, daging ngan paru… nie lauk untuk seminggu.

niat dihati nak masak ikan stim.. tapi aku tak jumpa lak resepi dalam majalah rasa tu.. hermmm aku malas lak nak selak lagi.. masak je le apa yang aku tau.. dengan berbekalkan pengalaman yang sejengkal nie.. maka terhasil lahh..

kerabu sotong

ngan ikan kerapu masak masam manis..


tadaaaaa... nie le dua lauk yang sempat aku buat..


next time aku masak lebih sikit lauk.. sebab ari nie aku penat sket. Heh..heh.heh.. Alhamdullilah.. dorang makan ngan berselera gitu.. hilang penat aku..


31.12.2007 (Isnin)-Covet

Kurang hasam betol lah bozz aku nih.. dedua ekor tu pi obersea, pehtu suh aku jaga opis sampai kul 6. Ada ke patut.. tak patut.. tak patut.. tapi sebab aku nie pekerja yang berdedikasi.. marah dalam ati je le.. aku tunggu gak kat opis sampai kul 6.. nasib baik odi datang amik.. dia datang bawak surpriseeee!!!!!! Opocottt…
dia belikan aku covet yang aku nak tu.. aku punya la happy.. thank you bang.. masih happy yabedabeduuuuu lagi nie… harum semerbak le aku peh nie.. gerek sehhh… khikhikhi..

nie le yang ada dalam paper bag tu.. best betol lah, siap ada roll on ngan miniature.. ada body lotion gak..

29.12.2007 (Sabtu) & 30.12.2007 (Ahad)-new baby born Mohd Nur Arif Hakimi

Tarikh lahir kak ida (kakak odi).. tapi bukan nak citer pasal kak ida.. tapi citer pasal aku pi Johor.. nengok mak ngan adik aku, si mek nur & her new baby born.. Mohamad Nur Arif Hakimi.. hi arif.. ala.. tomei.. tomei.. bucukk.. baa.. baa.. chakkkk..

welkam to the world arif.. mudah-mudahan aku pun cecepat melekat.. InsyaAllah..

23.12.2007 (Ahad)-weekend with Dija & Marina

Dija turun ke Singapore masa Hari Raya Haji ari tu, cousin dia kawin kat Serangoon. Aku pun sepatutnya hadir kat majlis tu, tapi disebabkan aku tak tau macamana nak pergi, aku pass aje. Ajak dija kuar ari ahad je.. ari lain aku sebok ngan keje.. marina pun ikut sekali..

dija ngan marina dok posing dalam tren..

kita bertiga merayap ke clarke quay.. nie marina nyer idea.. cakap kat situ banyak souvenir yang memurah dan menarik..

aku pun fist time sampai sini, marina cakap banyak jual memende murah, tapi aku nengok macam tempat pelancong lepak, suasana malam dia macam area bangsar yang banyak pub2 gitu.. tapi kat sini ada sikit kelebihan sebab dia tepi sungai.. jadik pemandangan dia cantek la..

mana nyer souvenir memurah yang ko cakap marina.. takde pong...

Monday, December 31, 2007

New Year Resolution..

Hari nie last day for Year 2007..

Besok dah tahun baru.. cepatnya.. rasanya baru semalam aku berenti kerja kat MEPS.. baru nak belajar menapak kat RICE.. dah nak sambut New Year..

Kemana aku malam nie.. either konsert kat Vivo City .. ader Taufik Batishah lah.. dah le ensem suara power gilaer lak tuh.. tak pi rugi wehh.. or pertunjukan bunga api kat Marina Bay.. semua nie pree.. tak pi rugiiiii... nanti aku pikir ngan waras sket.. aku nie tak suka berkepit ngan orang reramai, cepat rimas.. nanti muka aku masam sebab tension ngan kerenah orang sekeliling.. ada mulianya aku tak nyusahkan laki pi tempat orang ramai2 cam gitu.. hermmm aku dah ader jawapannya.. malam nie aku lepak kat umah je lah nengok konsert tu.. lagi heboh.. jiwa pun tak kacau khikhikhi..
Azam tahun baru.. sebelum nie aper azam aku ekk.. errr.. hermmm (menggaru kepala aku dok pikir).. sebenarnya bukan azam.. tapi aku list lah aper pencapaian aku dalam tahun 2007 lepas..
  1. Dah selamat berenti kerja.. nie memang aku nak sesangat, dari dolu lagik.. dari tahun ke tahun.. Alhamdullilah tercapai gak dalam tahun 2007.. Yahooooo...
  2. Dapat PR.. happy gak sesket sebab tak payah pakai white card lagi :D..
  3. Dapat keje kat Singapore.. sebelum nie aku selalu bayangkan yang dorang nie canggih nar.. pehtu semua ikut procedure.. tapi realiti tempat aku keje skang nie.. aku lak yang kena buat procedure & dorang pakai accounting system yang teramat le tak canggih.. sengal..
  4. Dah berpindah umah sendirik kat Singapore.. sebelom nie umah yg dah ader.. laki aku beli share ngan adik dia.. skang dia dah beli sendirik, pehtu nama aku lak jadik 2nd owner, tambah best lagi, aku takyah kuar duit nak bayar umah tu.. yabedabeduuuu...

setakat yang aku ingat tu aje pencapaian cemerlang aku.. kalu aku rasa ader lagi pencapaian aku yang outstanding aku akan updatekan lagik..

azam aku untuk tahun 2008 lak.. aku nak buat azam yang simple2 jer, contohnya seperti berikut..

  1. nak baca buku banyak2.. nak listkan aper buku yang bakal aku beli..
  2. takmo malas2 lagik.. skang aku dah rajin sket.. tak macam dulu malas sangat.. skang ada peningkatan sket.. nie akunyer penilaian sendirik jer.. takde data yang munasabah pun..
  3. nak beli perfume yang aku dah targetkan tu.. Cavet idamanku.. tapi semalam laki aku cakap dia nak belikan aku.. YAHOOOOOOoooo.. mesti kejap je tercapai azam aku yang nie.. hehehehe.. hehehehe
  4. alamakkk.. banyak lak muncul dalam kepala aku nie.. bagai2 lah pulak aku nak.. ishkkk takyah le aku senaraikan mende yang merepek2 tu, buang karan jerkk..

setakat nie itu je azam aku yang aku rasa sangat mudah untuk dicapai.. kecuali yang no.2.. sebab tu subjektif sikit.. nanti ketemu lagik di lain ruangan yekk.. adioss..