Sunday, March 29, 2009

Life is short..

Life is short..
.
Break the rules
.
forgive quickly
.
kiss passionately
.
love truly
.
laugh constantly
.
And
.
never stop smiling no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here,
we should smile and be grateful..
.
.

jarang2 sekali aku meng"update"kan blog nie.. biasa lah.. buat2 sebok dan menyebok.. hehehe.. hehehe.. weekdays memang aku dah takde masa nak layan tenet.. nak nengok AF7 pun ala2 takde masa.. OIAM lagi laa, selalu terlepas, hampess betol. Nak gak nengok Tomok nyanyi, masy siap vote tu.. peminat mati keras nampak masy.. khikhikhi.. caya lah..
.
Biasanya aku update kan blog weekend je, tapi almost every weekend aku tak lekat kat umah.. kalau tak pi JB, ada je plan yang aku nak buat.. kalau ada kat umah pun aku mem"bz" kan diri, pagi pi pasar.. dah tu mesti le sebok memasak atau tolong MIL aku tu masak.. last sekali napa aku tak update blog.. sebab penyakit M menguasai diri.. hahahahahaha.. ngaku pun.. Ya tuan2 & puan2.. itu le penyakit yang dari dulu lagi aku hidap sampai skang.. susah betol nak ubat..
.
sebenanya skang nie aku takde idea nak updatekan blog nie.. dan tajuk kat atas tu pun ala2 takde kena mengena ngan apa yang aku merapu kat atas tu.. tapi tajuk tu aku letak sebab last week aku mendapat khabar sedeh.. aku nyer ex officemate meninggal dunia di sebab penyakit kanser.. arwah masih muda lagi, diawal 30an.. dan seorang yang disenangi teman2.. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.. InsyaAllah..

Sunday, March 15, 2009

Life is hard and tough too..

What a life.. aku bz dengan kerja sejak dari keluar hospital last year 12.12.208 until now.. no rest.. aku dah terlalu penat dengar kerja.. kerja.. kerja.. aku bukannya career woman.. aku kerja bukan nak mengejar pangkat.. tapi aku kerja sebab aku dibayar untuk kerja tu.. i'm paid to do the job.. kalau setakat kerja aku jer aku tak kisah.. nie kerja boss aku pun aku kena buat.. sungguh cisss kan tu.. aku selalu terkena macam nie.. apo nak dikato ehhh.. nak berenti kojo, ekonomi tengah meleset.. laki aku lak suh bertahan.. nak bertahan.. camno nak bertahan ehh.. den raso macam dah nak angkat kaki dah nie..

nie aku nak citer pasal my current boss.. bagi aku la kan.. sesaper yang ada hati nak jadi boss tu.. ilmu mesti le penuh kat dada kan.. kalau setakat pandai cakap je pandai, renti kan le.. aku rasa le big boss pun bukan tau menilai, asal english power je boleh jadik boss.. padahal keje hampesss.. kalau cam gini le, tak lama le tu.. akunyer boss skang nie miss H, sebelum tu si jin.. mamat jin pun kelakar gak.. abis semua keje dia aku kena buat.. setiap kali ada meeting, abis satu finance staff dihangkut nyer, bukan apa, bila big boss suh buat apa2 senang, staff dah ada depan mata, boleh le si Jin tu point kat sesaper yang dia berkenan untuk buat keje.. kelakar kan tu.. si Jin nyer time, setiap kali meeting, dia akan mendiamkan diri, sebab dia tak tau apa2.. so, staff akan jawab.. last2 big boss sudah bengang.. dia kena sound le.. Finance dah macam takde head, iyer tak iyer gak tuh si Jin nie.. takkan le nak makan gaji bute je kan.. dah tu gaji besau lak tu.. almaklum le finance head.. so.. banyak kali gak le dia kena sound sebelum dia cabut.. dia pun tak larat nak dengar kot carutan boss.. padan muka..


selepas si Jin tu blah.. masuk lak miss H nie.. aku sangkakan panas sampai ke petang.. rupernyer bukan hujan di tengah hari lagi nie.. pepatah dah tukar.. "ku sangka hujan sampai kepetang, rerupanyer hujan lebat disertai ribut petir sebelum tengahhari..".. parah le miss H nie.. pandai cakap aje.. dan dia gak pandai menipu.. aku la kalau orang pandai cakap aku boleh la tahan.. kalau dah sampai tahap menipu, aku dah tak dapek nak nolong lagik.. keje dia nak mengipas boss & nak tunjukkan dia baguih.. boss bagi dateline tak logik pun dia akan angguk2.. lepas tu dia akan bagitau staff suh meet the dateline.. sebab dia tak tau langsung apa staff dia buat (dan dia memang tak nak amik tau langsung pun).. so, kita akan bgtau napa x dapat meet the dateline tu.. mula le dia tak tentu arah.. kelakar tau, di boleh siap amik mc, not feeling well lah, sakit kaki le.. itu lah.. ini lah.. kelakar kan.. dia ala2 tak nak face the realiti gitu.. kesian aku orang2 macam gini.. dah tu bila miss H nie amik cuti, mesti le big boss akan carik the next person.. which is, ME.. ciss sungguh.. aku dah tak larat tau, selalu macam gini.. dah tu, keje bukan sikit.. banyakkkk tu.. aku kena coordinate, kena organise, kena prepare, kena review.. apa nie.. memula tu, aku boleh le layan.. lelama aku dah naik fed up.. aku dibayar gaji executive, dah tu kena buat dari keje kuli pencacai sampai keje boss.. tak worth kan.. aku setakat sebulan dua boleh le,, nie aku rasa dah macam tanggung biawak hidup pulak.. memang biawak sungguh miss H tuh... malas aku nak membicarakan pasal biawak nie..

penat pulak aku menaip sesambil meluahkan rasa amarah aku tu pasal miss H.. aku nak rest lah.. sebab akunyer perasaan marah pun dah kureng sket.. legaaaa...

seblom aku berundur.. aku nak ulang sekali lagi.. moral of the story.. sesaper yang teringin nak jadik boss & mengejar gaji bulanan yang besau tuh.. belek2 le kat dada tu.. ilmu dah cukup ke blom.. kalau ilmu sejengkal aje.. renti kan le.. jangan le menyiksa diri & orang lain.. sungguh keji perbuatan tu...

Sunday, March 01, 2009

Happy Birthday Aiman..

Date: 14th February 2009

Location: Costa Sand Chalet, Down Town Pasir Ris

Event: Aiman's Birthday Celebration - 1st year

Aiman cucu sedara laki aku.. so, aku nie dah bergelar nenek sedara pada aiman.. ishkkk dah jadik nek andak lak aku nie..

aku dok terfikir2 hadiah apa nak bagi kat aiman nie.. laki aku suggest beli basikal.. memula aku x setuju la kan.. apa dibuat buat budak umur setahun yg x pandai jalan lagi dibelikan basikal.. tapi aku tak say it out loud la.. cuma dalam hati je.. aku pun bukan nya ada idea.. so, aku ikut je laki aku carik basikal..

dah nampak basikal nie, baru aku tau yang idea laki aku nie praktikal gak.. basikal nie untuk budak dai umur setahun ke umur 6 tahun gitu.. ok la kan.. ada handle dari belakang untuk control basikal nie.. so syiokkk.. ada tempat letak barang lagi. means boleh bawak basikal nie pi shopping sambil jalan2..

ok la tu..



hadiah aiman...



b'day boy aiman & his nek andak..


happy b'day aiman...



aiman nyer b'day cake.. very the BIG.. and nice tooo..
siap ader keteapi lagikk tu..




zila memotong kek.. wan dah siap tunggu nak ngapppp....




b'day boy asek melalak je malam tu.. jenuh zali mujuk tapi takde hasil..
rimas agaknya dia..
tu je le citer aku untuk kali nie.. tak banyak citer.. gambo lagi banyak dari citer.. so.. sampai ketemu lagi.. adiosss...







Tuesday, February 10, 2009

Bz yang sungguh membosankan..


aku bz sungguh skang nie.. bayangkan aku kerja 7 hari seminggu dan balik lewat malam hampir tiap2 hari sepanjang 2 minggu nie.. sungguh penat..
bz kan.. aku kena stayback tu pun sebab company aku nak tukar
accounting system..
aku rasa end of this week baru boleh migrate kot..
so, selagi tak abeh migration, selagi tu le aku kena stay back..
ooohhhhh noooo!!!!!!

dah abeh migrate, aku kena focus on audit pulakkk
aku nyer kerja ala2 takkan abeh2 lah..
sungguh penat & membosankan...

:((

Sunday, February 01, 2009

Budak Kelantan The Movie

aku baru je nengok filem nie.. dari CD yang aku beli kat Larkin.. CD ori ok :P..
.
sian aku dah 3 bulan filem nie tayang kat panggung.. baru last week aku dapat nengok.. aku suka banget citer nie, sib baik aku beli CD, at least buleh ulang2 nengok..


citer nie hampir 100% bercakap kelantan.. aku lak dah memang sebati dengan bahasa nie..
tapi tak pernah lak aku pakai perkataan nie "koya best".. hahahaha.. hahahaha.. gapo2 lah, ghano2 pong ambo memang respek pado pengaroh cito nie..
.
Aku rasa jalan citer dia lebih mengambarkan kehidupan sebenar.. bukan pasal perbuatan Jaha yag jahat tu.. tapi keadaan rumah orang bujang (tempat jaha tinggal), memang kebanyakkan rumah orang bujang simple dan dikongsi beramai2 sebijik macam citer tu.. ada gak orang bujang tinggal dirumah yang cukup lengkap perkakas rumah (macam tempat tinggal bucek), tapi tak banyak sangat lah orang bujang tinggal kat umah cantek macam nie..
.
watak jaha memang berkesan.. menjadi jahat dia, dan aku memang geram ngan jantan macam nie.. aku rasa memang ada orang macam nie di alam realiti.. tapi yang tak logiknya watak bucek yang sanggup bagi girlfriend pada kawan dia.. ishkkk part nie memang tak leh terima akai.. ada ke patut..
the rest aku rasa filem nie memang cukup lah.. aku boleh rasa lah.. nak2 di awal citer masa lagu anak tupai.. "ado seko anok tupa, atah jula mokte" dan cerita nie menggambarkan bucek dalam perjalanan ke KL.. jalan2 tu semua memang aku lalu.. aku rasa seolah2 aku yang dalam perjalanan dari kampung ke KL.. excited aku ngan citer nie.. Koya Best gitu.. heheheh.. hehehehe
pada sesaper yang belom nengok citer nie, aku ada pastekan sinopsis citer dia kat bawah nun.. aku bangga dengan filem nie..
.
tahniah pada pengarah & pelakon filem Budak Kelantan..
.
Penerbit, Pengarah, Penulis & Pelakon..
.
Penerbit: Puad Onah
Pengarah: Wan Azli (tak pernah aku dengar pengarah nie tapi aku rasa arahan dia Best..)
Penulis: Wan Azli (Lakon layar)
Pelakon:Danny (Buchek), Bienda (Che Nor), Mohd Asrulfaizal (Jaha) (lakonan pelakon lain jugak hebat tapi paling menyerlah lakonan Mohd Asrulfaiza.. wa caya sama lu bro..)
.
Sinopsis Filem Budak Kelantan..


Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.
.
Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.
.
pada sesaper yang nengok.. happy watching :D

Tuesday, January 27, 2009

Movies I watched during CNY holiday..

Selama 4 hari cuti CNY, aku melepak aje kat umah.. cuma hari ahad je aku keluar kejap ke JB.. carik newspaper & magazine.. aku beli CD Budak Kelantan (CD Ori tau).. aku dah lama nak nengok citer nie, tapi baru last sunday aku nampak CD nie kat Larkin..

Apa aku buat sepanjang cuti.. biasa le.. after subuh sambung tidor lagi (best wooo..), biasanya kerja aku during holiday masak je, pastu sambung lepak lagik.. & bila hubby aku on kan DVD, aku pun biasa le numpang nengok. biasanya aku malas nak layan movie yang dia nengok.. tapi disebabkan cuti panjang dan aku takde plan pun nak kemana2.. so, layan je le..

siap buat review tuh citer yang aku nengok.. hehehe.. hehehe.. nie pun kes banyak masa terluang.. Laki aku nie lak, kalau citer tu best, dia akan nengok ulang2 kali.. tu sebab apa2 citer yang dia on kan.. aku malas nak amik pot.. tak rasa rugi pun.. bebila nanti dia on kan lagi.. so, senang citer, aku tak kan miss lah citer2 yang dia nengok..


so, last saturday dia on kan movie nie, dah lama dah citer nie since 2003.. title Tears of the Sun.. lakonan Bruce Willis.. aku suka gak nengok kalau bruce willis berlakon dalam action movie, especially Die Hard.. tapi dalam bebanyak action movie, yang nie le sesatu lakonan dia pasal perang yang aku nengok..


Quite interesting lah the story.. fiksyen story pasal civil war kat West Afreika - Nigeria. Kenkununnya Bruce Willis nie jadi komandor dalam rescue mission yang dikerah oleh U.S. Navy SEAL untuk menyelamatkan berberapa orang warga US, termasuk lah minah nie sorang, heroin filem nie la.. lakonan si beauty Monica Belluci..


So, si Bruce Willis & the team (aku rasa ada lah dalam 10 - 15 orang gitu) berhempas pulas le dalam hutan afrika tu untuk menjayakan misi depa.. tapi biasa lah banyak tak logik le citer nie.. kalau in real life, dah lama team nie mati.. tapi biasa lah.. sebab nie filem fiksyen kan.. hero & ada le dua tiga kerat masih hidup.. ok la citer nie.. tapi banyak sangat ledakan bom & taburan peluru ke arah orang awam, buat aku naik ngeri.. nak2 skang nie di saat kekejaman israel laknat ke atas penduduk Palestine di Gaza, masih belum berakhir.. aku tak dapat nak imagine keadaan sebenar di Gaza.. tapi melalui gambar2 di akhbar.. aku rasa lebih teruk dari movie yang aku tonton nie.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas setiap warga Palestine yang gugur.. Aminn..




The next day, hari ahad, my hubby on kan Crash, citer nie pun dah lama main kat panggung, somewhere in 2005 gitu. Citer nie banyak plot & secara tak langsung plot2 tu berkait antara satu sama lain.. aku suka citer nie, watak semua pelakon hidup dan walau pun banyak plot, tapi semua tu tak mengkonfusekan aku..
Movie nie mengisahkan how other racial & ethnic struggles untuk hidup di Los Angeles.. susah gak nak menceritakan perihal citer nie sebab banyak sangat plot kan.. so, to make it short.. aku amik je kisah yang paling menyentuh hati.. kisah mexican locksmith (gambar kat bawah tu, yang dok pelok anak dia tu), nyaris mati kena tembak ngan Persian store owner (which he use blank bullet).. hermmmmm sedeh ahh part nie.. nak citer detail karang napa mende nie jadik sure jelak lak..
Selain dari kat atas tu banyak gak kisah lain yang menyentuh hati dalam cerita nie .. dan baru aku tahu susahnya kaum & etnik lain nak survive kat US.. terlalu banyak banyak diskriminasi, dan ini semua berlaku disebabkan kebanyakkan orang suka jugdge the book by it cover.. tu sebab manusia sering beperasangka antara satu sama lain.. so, aku cadang kan pada sesaper yang belom nengok citer nie.. carik le DVD citer nie.. it's worth watching it.. trust me.. :D
Antara pelakon citer nie yang aku kenal, Sandra Bullock, Brendan Fraser, Matt Dillon, Ryan Phillippe dan ramai lagi lah..


Takat nie je le review aku kali nie.. Aku dah nengok Budak Kelantan.. & it's the best malay movie so far yang pernah aku tonton.. aku akan buat review sikit masa lagi.. skang aku dah tak larat.. aku nak rest & play with my pet for awhile.. hehehe.. heheheh..
so, sampai ketemu lagiiiiiiii.
adios amigoss...


Gambar Editku yang pertama..

ini gambar editku yang sulung..
hasil kelas tutorial masy yang di buat online..
masyyyyyy.. lihatlah hasil kerja kusss ini..
thanks a lot dear..
kalau tidak kerana mu..
sampai sekarang pun akak mu ini tak kan pandai mengedit gambo..
hehehe.. heheheh


sebenarnya entry sebelum nie dah ditaip & dipostkan
tapi memikirkan isi kandungannya tak susweiii untuk tatapan umum..
maka ianya telah di save kan as draft..
it's not important pun.. cuma bebuat citer je tentang depa2 nie je
which at the end i decided not to post it to public :D..
sabor je ler ngan akuss nie.. :))

Sunday, January 18, 2009

My Finance Team

my team

takde masa lak nak bercerita pasal depa nie.. nanti ada masa aku story lah yek..

Friday, January 09, 2009

Tips For Better Life For 2009


Hari nie dah masuk hari ke-9 tahun baru, tapi tahun nie aku tak semat kan apa2 azam pun.. tahun lepas aku berazam bukan main.. tapi setakat azam je, tak pernah aku nak "recheck" azam aku tu dah tercapai ke belum over the time.. aku lupa pun sebenarnya.. so this year tak
yah berazam2 bagai.. yang paling penting aku sehat & happy always.. :D.. dok gitu..

aku baru baca email, member aku nie hantar email pasal tips for better life.. aku suka email nie & wanna share it here.. aku nak ikut lah tips nie.. part of your daily motivation.. InsyaAllah kalau ikut tips2 nie, dapat le kita mempertingkatkan diri ke arah hidup berkualiti...

Tips for Better Life for 2009:-

1.Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile. 
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for 7 hours.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2008..
7. Make time to pray. They provide us with daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don't waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime..
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Don't take yourself so seriously. No one else does.
21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
22. Make peace with your past so it won't spoil the present.
23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. Don't compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26. What other people think of you is none of your business.
27.. However good or bad a situation is, it will change.
28. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.
29. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
30. Envy is a waste of time. You already have all you need.
31. The best is yet to come.
32. No matter how you feel, get up, dress up and show up..
33. Do the right thing!
34. Call your family often.
35. Your inner most is always happy. So be happy.
36. Each day give something good to others.
37. Don't over do. Keep your limits.
38. Enjoy yourself up to the fullest - YES THIS WHAT I'M GONNA DO!!!



So.. belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut awal muharram & happy new 2009 year...

Thursday, December 25, 2008

I'm so obsess!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

apo kono ngan tajuk kat atas tu.. hahahhaha.. mana idak nya aku sejak dua menjak nie.. aku rasa lepas aku MC lama ari tu le kot.. suka banget main game kat facebook nie.. thank you to my friend nenek gempax.. she's the one who invite me for bowling buddies.. nie le game yg memula aku main... naik syok lak main game nie.. kalau boleh hari2 nak main bowling... lelama main aku dah naik buhsan lak.. so i stop for a while.. teringin nak main word challange lak..



game word challange nie memang mencabar betol lah.. nak buat sesatu word tu bukan sonang dol, huruf dia bagi so limited.. dah tu challange dia kena buat sebanyak mana perkataan within 60 sec, hermmmmm masa nie aku rasa geramm sangat kalau time's up & aku nengok punya le byk word yg sonang.. frust betol.. tu sbb obsess, kita akan cuba lagi & cuba lagi.. ya Tuhan.. tak hingat2 ko..


but then.. bila kita dah dpt average result je everytime, masa nie le kita carik game lain.. then, i saw this game.. who has the biggest brain.. dia ada 4 segment.. & masa dia pun limited gak.. adusss yag nie lagi parah sbb everytime aku main game nie.. aku rasa my brain going to blow up.. apa idaknya memacam soklan sampai kengkadang aku rasa tercabar betol lah.. tapi best aku dah siap capai level yang membanggakan... kah. kah.. kah.. tak obses ke namanya tu.. siap rasa bangga lagi sebab dapat beat the game.. hermmm how obsess..



bila kita main game serius.. once in a while kita nak game yang lite2 lak.. so.. aku main game pet society.. pet game.. so, skang aku tengah jaga pet aku.. anak kuceng yang aku namakan "aaa".. so funny.. masa aku create nama ari tu aku just tekan je keyboard nie.. skang baru nyesal sbb nama pet aku tak glamor hahahahah.. hahhaha.. tapi aku bebetol sayang la kat pet aku nie.. hari2 aku mesti memain & layan ngan dia.. waduhh.. kalau aku tak pegang laptop & bg makan pet aku, tak senang duduk aku di buek nyo.. heheheh.. heheheh..



last game aku main kat facebook is geo challange.. aku baru je main game dia dalam this week.. and i'm soooo obsess with this game.. mana kan idak.. tak senang duduk aku dibuatnya sbb nak beat others.. tu sebab aku jarang update blog ke apa ke.. sbb aku selalu main game tu.. game nie best betol.. so happy with the game.. :D


apasal le ada 5 games je kat facebook nie.. aku memang nak banyak2 game, tapi kalau dah 5 ketul game nie pun buat masa aku banyak terbuang & buat aku tido lewat pagi .. heheheh... heheheh.. aku tak dapat bayangkan kalau banyak game.. entah2 aku tak tido sepjg malam dok asek main game... apo nok jadik ngan aku nie aihhh... :D



Wednesday, December 17, 2008

Bz nyer aku lately.. *sigh*

Sejak dari raya aji ari tu, aku tak dok diam sampai skang nie.. almaklum le dah sihat wa'afiat le katakan.. lepas abis je MC, terus boss aku call, suh join team building kat sentosa island hari jemaat last week (12.12.208).. ini peluang baik.. dia paham, fizikal aktiviti aku tak leh join.. so, dia nak suh aku join untuk brain storming or lite aktiviti gitu.. aku aper lagi, happy ler.. pertamanya aku tak pernah pi lagi pulau sentosa tu, mesti la aku excitedkan.. lagi pulak, venue dia kat siloso beach resort.. lagi la aku nak pergi nengok.. bila lagi aku nak pi kann, kalau takde aktiviti cam gini, tak dapek le aku pi resort nie.. it just 1 day aktivity, so.. i just wanna have fun lah with my office mate..


aku muncul je, lepas sebulan menghilang.. semua org dok tanya aku ok ke tak.. mesti la aku ok & sehat wa'afiat.. dah tu asek makan tido.. makan tido.. mau tak tembam pipi aku nie.. yang best tu MD & GM pun siap tanya aku gak.. sib baik CEO tak tanya, sbb dia tak kenai aku le.. tapi aku pun tak kenai gak, tu le 1st time aku nengok CEO sepanjang 10 bulan aku kerje kat sini.. kelakar kan.. kah.. kah..kah.. tapi kan, tak leh salahkan aku, camana aku nak kenai.. aku kat subsidiary & dia lak kat head office.. berlainan tempat.. so, dia faham kalau ramai staff.. especially yang baru2 tak kenai dia.. dia pun ngaku yang dia tak datang jengok kita kat subsidiary.. so, kira nie sessi pengenalan diri le..

aku nyer CEO tu best lah.. dia tak kisah join our team.. dia kena buli masa aktiviti pun dia tak kisah.. aku respek lah dengan dia nie.. same goes to my MD and GM.. they're the best.. lepaking & enjoying ourself.. banyak aku amik gambar masa team building ari tu.. sayang nya aku tak boleh nak loadkan gambar2 tu kat blog aku nih.. aku tak tau apasal tapi memang sangkut everytime aku nak upload, mungkin saiz gambar tu besar kot.. hampehkann.. geram aku..

lepas dari team bulding.. aku rest sabtu & ahad.. sbb ari senin dah start keje balik.. after long & very the long leaves.. waduhhhhh.. banyak betol keje kat opis.. rasa macam nak resign & stay at home jerkk.. kebetulan my friend call.. she thought i'm still on MC.. so, dia nak ajak jalan2 or lepak2 kat JB either Tuesday or Wednesday.. aku apa lagi bergedik la nak ikut.. pantang orang ajak nih.. aku terus submit cuti ari senin (1st day aku start keje tu), aku amik ari rabu.. ekceli akunyer boss tak bagi amik cuti, memandang kan keje menimbun.. tapi aku sesaja buat muka sedey & cakap nak pi jumpa dokter, so dia ala2 kesian kan aku gitu... terus dia bagi aku amik leave.. lagi pun cuti aku masih banyak dol.. 14 ari tu..

so, ari nie aku cuti and pi jenjalan to JB with my friend.. pi umah my sister amik printer bagai.. syokkk ahh.. kita pi makan2 kat food court kat larkin plaza.. mee rebus, soto & kacang pool dia memang best giler.. kawan aku rekomen aku cendol.. tapi aku prefer teh tarik, which is very nice.. & aku rasa ais cendol dia.. wowwwww.. i tell u.. very the power.. aku rasa semua makanan kat food court larkin plaza tu best2... want to try anyone? trust me.. it's worth it.. ehh aku nie.. suka buat free advertisment tau.. hehehe.. hehehe

besok start balik keje *sigh*.. gatal kan.. dok umah terasa nak pi keje.. pi keje rasa nak berenti pulak.. sabar.. sabar..

it's the end of my story... till we met again.. daaaaaaaa

Thursday, November 27, 2008

Cerita ku ..



Selepas operation hari tu, aku dok memerap kat umah je.. dokter bagi MC sebulan tu.. rasa macam lama banget.. aku pun hairan napa dokter bagi aku MC lama sangat sbb selepas 2 minggu operation aku rasa dah fully recover.. mungkin dia nak suruh aku rest bebetoi kot, sebelum aku mula kerja..


boss aku semalam telefon aku bagitau one of the staff dah resign.. aku pun rasa bersalah, sebab dalam keadaan macam gitu aku tak dapek nak nolong dia.. aku tak nak masuk opis awal2 & pretend to be a good worker.. karang aku jatuh sakit lagi, sapa nak jawab.. so, baik le ikut nasihat dokter.. dok umah dendiam..


Sepanjang aku dok umah.. sebab aku dah sehat sket.. my MIL la pulak jatuh sakit.. demam & batuk.. so, aku le kena masak.. aku tak bangon awal pagi.. biasa la orang tak sehat bangon lambat kan.. begitu la aku.. aku akan bangon kul 6 & solat subuh.. pehtu sambung tido balik sampai kul 10 pagi..


pepagi aku akan minum nestum or whatever bijirin yg available.. at first my MIL aku masak kan bubur for herself.. tapi seems dia pun tak lalu nak makan bubur, dia ikut aku minum nestum.. sian dia.. aku tak tau camana nak nolong dia.. apa2 pun aku harap dia cepat sembuh..


aku pulak akan terus masak pepagi sebelum aku mandi.. & masa nie la aku rasa ala2 dah jadik full housewife.. make sure siapkan lauk untuk hubby balik.. lipat kain baju, kemas umah.. basuh pinggang mangkuk.. buat la apa2 yg patut.. tapi takde le teruk sangat jadik housewife nih.. mungkin sbb aku takde anak lagi kot.. so, lepas masak, mandi, solat zuhur.. aku ada banyak masa untuk nengok tv, baca paper, bertenet, solat asar etc..etc.. sampai kul 5.30 ke 6 ptg.. sebab masa nie le hubby dah balik.. siap2kan dia makan.. magrib.. nengok news.. or buat apa2 yg patut sementara tunggu isyak.. dah abis semua tu.. mesen baju.. jemur & sambung tengok tv sesambil bertenet.. go to sleep bila dah rasa kuyu2.. & seterusnya besok sama je rutin..


untuk sebulan boleh la aku buat.. lebih dari tu, aku agak otak aku akan tepu & carving for something else.. aku agak je la.. & skang nie aku bebetol respek pada sang isteri yang tidak bekerja.. jaga anak & buat kerja rumah.. aku selalu terfikir, tak boring ke dia.. mungkin atas individu, ada rasa boring.. ada yang rasa tanggungjawab melebihi segalanya & takkan rasa boring membuat semua tu.. besarnya pengorbanan sang isteri untuk keluarga.. dan aku lagi tabik spring pada sang isteri yang bekerja dan masih tidak mengabaikan kerja rumah..


kalau hari aku bekerja, tak semua kerja rumah aku buat.. sebab sampai umah dah lambat.. so, my hubby akan tolong apa2 yang patut.. jadik, aku balik je, makanan dah siap, my MIL yg masak.. tunggu makan aje.. lelain my hubby akan tolong buatkan.. thank u laling.. leb u so mac.. :D

Monday, November 24, 2008

Hamper & Murtabak dari Restoram Zam Zam

Aku sangkakan sepanjang aku bercuti, aku akan meng’update’kan blog aku nie almost everyday.. tapi sangkaan aku tu meleset sama sekali.. dah seminggu blog nie tak di update kan..

Entah apa aku buat aku pun tak tau.. tapi sekarang baru aku ada masa.. tapi for the past few days aku seronok sangat online, melihat2 webpage, blog & whatever that makes me happy.. terasa luas duniaku.. banyak pengetahuan yg aku perolehi sampai aku terlupa nak meng’update’kan blog sendirik.. hehehe.. hehehehe..

Sebelum aku terlupa lagi, aku nak pastekan gambar get well hamper yang company aku bagi.. terima kasih lah sebab sudi bagi aku hamper.. sampai dua lak tu.. satu dihantar ke hospital dan satu lagi ke rumah… terima kasih daun keladi yer.. lain kali bagi le lelebih lagik.. ihik..ihik.ihik..



1st hamper depa hantaq kat hospital.. sejuk sket mata nengok bunger canteks nih..

hamper yang 2nd nie depa hantaq kat umah.. mungkin sbb berat sket kot..

Aku agak bz sket last week sebab ada tetamu jauh datang bertandang ke umah.. so, tak dapek le aku nak beronggeng kat laptop nie berejam2.. hormat tetamu le katakan.. yang bestnya aku dapat makan murtabak dari restoran zam.. my hubby beli untuk tetamu.. tapi aku apa lagik.. ngap je le.. besttt…




nengok betapa menyelerokan murtabak nie.. saiz dia agak besar.. nampak macam roti canai telur pun ada kan..

murtabak nie antara yang terfemes kat singapore nih.. mungkin sbb isi ayam or daging dia terkeluar2 gitu.. tapi rasa macam murabak biasa je.. takde le meletop sangat. ok.. ok je..
kalau sesiapa yang berminat nak makan murtabak nie.. ada aku letak kan pic plastic bag dia.. apa makanan yang available kat restoran nie selain dari murtabak dia tu..
hahahah.. hahahaha.. aku nak mintak komisen lah dari restoran nie sbb mempromosikan restoran dia nie..

laptop aku nie slow giler.. nak mengupdatekan entry yg tak seberapa nie pun berjam2.. adussss... aku kena stop dulu.. esok2 sambung lagik.. daaaaaa

Monday, November 17, 2008

Alhamdullilah.. segala-galanya selesai..

11 Nov 2008, pepagi alam aku dah bangon.. almaklum le appointment kul 7 pagi.. awal betul appoitment nak masuk wad.. dalam hati aku was2 gak.. apo di buek ehh suh aku pi awal2 nie.. dan aku dok fikir, takkan le ada orang lain lagi awal appoitment dari aku nie...

aku sampai KK hospital dalam 7.05 gitu.. terus ke bahagian admission.. mak aiiii dah ada orang ko.. siap kena amik no lagi.. dan aku no. 7. Kelakar banget sehhh.. ada gak orang dtg lagi pagi dari aku. bersemangat betol nak masuk wad. khikhikhi...


aku terlewat 5 minit.. aku agak dalam masa 5 minit tu menjarak kan aku ngan pesakit2 lain.. aku hingat kan kejap je.. alih2 berjanggut gak ko nak kena tunggu no. aku di panggil.. aku dah risau & rimas.. keadaan aku pun ala2 orang bingung gitu.. semalaman tak cukup tidor.. awal2 pagi dah bangon.. adehhhh penat..

aku tak tau apa nak buat dalam masa menunggu tu.. sebab dada aku nie dok gedebak gedebuk.. dah la tak boleh makan & minum.. sian laki aku :(.. dia pun laporr sehh..



ada la gambor aku kat dalam wad tapi sensor lah.. tapi aku nak mengabdikan jugak gambar wad kat blog nie.. tempat aku bertapa selama 4 1/2 ari dari ari selasa ke hari sabtu t/ari...
gambar katil kat bawah nie, aku amik sebelum aku kuar spital.. so, depa x kemas bebetol.. nanti depa nak salin cadar lagik.. so.. gini le seadanya tempat tidor aku tu..

aku rasa macam dalam penjara.. lemas dan letih nak tunggu aku bebetol recover sebelum dokter discharge kan aku..


sib baik le ada pelawat aku yang comeiii cam aiman ngan centek cam zila nie.. at least boleh la jugak cuci mata.. hehhe.. heheheh

wan ngan aiman yang macho nak jaga mak andak dia nie.. hehehe.. hehehe

Alhamdullilah.. segala2nya telah selesai dan aku dapat MC for one month.. panjang giler rasanya. tapi dalam otak aku nie dah ada macam2 plan.. heharap aku sehat untuk balik kampung for Hari Raya Haji..

Monday, November 10, 2008

Few Days Before My 'Big Day'..

Besok pagi (Selasa - 11.11.2008) aku kena lapor diri di KK.. seawal jam 7 pagi.. malam nie (pukul 12 tengah malam) aku dah kena start puasa. Last time aku pi KK doktor dah sesiap bagi aku julap untuk clearkan perut aku nie.. aku panggil julap sebab ½ jam lepas minum mende alah tu, terus aku memerut.. ikut prescription aku kena minum, sehari sebelum my Big Day, so ari nie (Senin 10.11.2008) aku dah minum julap nie, tadi - pukul 4 ptg & 8 mlm.. julap nie rasa masin ya amat, ala2 minum air garam gitu lohhh.. waduhhhh nasib baik aku tak muntah.. earkkkkkhhh.

Ok lah stop citer pasal julap tu.. citer pasal lain lak..

Semalam (Ahad - 09.11.2008) aku ke JB, jumpa bonda yang tercinta.. bonda takde pasport nak datang jengok aku kat sini.. so, aku mesti mengadap dia sebelum tiba akunyer Big Day.. aku jugak kangen sama anak sedara aku tu.. si ariff encem..


my mom and ariff encem..

tomeiiinyer ariff... geram aku la..
aku pelok dia kekuat sebelum aku gomoii dia.. hehehe.. hehehe..



Nie citer lain lak.. Ari sabtu (08.11.2008) aritu aku ajak my hubby ke Ikea.. motif untuk preparation for my Big Day.. kenkununnya la.. aku dok fikir, selama aku direhatkan.. aku nak bebetul relek & enjoy myself.. so, dalam kepala otak aku nie dah berfikir, aku nak carik pelapik laptop aku nie.. senang aku nak bertenet kat memana pun ngan ada pelapik nie.. so.. ini lah dia.. taraaaaaa.. happy banget sehhh…


Laki aku selalu pening kalau aku ajak dia keluar..
Dia dah sesiap tanya: “nie nak pi Ikea, nak PD ke.. “
Aku: “ apanyer PD tu bang..??”
Dia: “Perabih Duit..”
Aku & Dia: “whakakakaka.. kakakaka..”

Aku ingat nak pau laki aku arm chair with stool, tapi teringat lawak dia yang buatkan kita ketawa.. aku pun bayar lah sendirik arm chair Poang nie.. aku rasa kerusi nie worth buying, lagi pun dia ada guarantee card untuk 25 tahun.. lamakan..



me.. i'm ready for my rest & relex..

Friday, November 07, 2008

Bus Conductor - Nice Puzzle with Logically Good Answer...!!!

This is a good one, you will never guess the answer. .. you may like to solve this…….

Once there was a bus conductor, who was very rude to his passengers.

One day a beautiful young girl, of around 18 years,tried to board the bus, but he didn't stop the bus. Unfortunately the beautiful young girl came under the bus and died on the spot. Angry passengers took the conductor to the police station, who in turn took him to the court. The judge was not at all impressed with him and gave him capital punishment.He was taken to the electrocution chamber. There was a single chair in the center of the room and a single banana peel at one corner of the room.

The conductor was strapped to the chair and high voltage current was given to him. But to everyone's amazement, he survived. The judge decided to set him free, and he returned to his profession.

After a few months, this time, a good looking middle aged woman tried to board the bus but the conductor didn't stop the bus.

Unfortunately, this time also, the good looking middle aged woman came under the bus and died on the spot. Again angry passengers took him to the police station, who in turn took him to the court. The judge took one look at the conductor and gave him capital punishment.

The Bus conductor was taken to the same electrocution chamber where there was a single chair in the center of the room and a single banana peel at one corner of the room.

He was strapped to the chair and high voltage current was given to him. This time also to everyone's amazement, he survived. The judge decided to set him free, and he returned to his profession.

A couple of months later, an elderly gentleman tried to board the bus. This time the Bus conductor, remembering his earlier experiences, stopped the bus. Unfortunately the elderly gentleman slipped and died due to his injuries. The conductor was taken to the police station and then to the court, to the same judge. Though he hadn't done anything wrong, but considering his past record the judge decided to set an example and gave him capital punishment.

The Bus conductor was again taken to the same electrocution chamber where there was a single chair in the center of the room and a single banana peel at one corner of the room.

He was strapped to the chair and high voltage current was given to him. This time he died instantly !!!!!!!!!!!

The question is why didn't he die on the first two occasions, but died instantly the third time?? Try to solve it yourselves. This is rather interesting and answer is perfectly logical. If necessary read the puzzle once again. Still if you can't, then look below.........think hard.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Answer:During the first two times, the conductor was a Bad Conductor, therefore electricity didn't pass through him. But during the third time, he was a good conductor, electricity passed through him freely and he died!!!!!!!!!!

Obviously you have to revise your science chapter on Electricity???

Cisss aku pun terkena gak.. jangan mare ekk.. ahaksss...

Thursday, November 06, 2008

Gambar raya yang baru dapat..

me and my hubby..


nie gambar diambil oleh nenex gempax dirumahnya, pada hari raya yg keberapa entah.. aku baru post sebab baru dapat email dari nenex..

FYI, tu bukan baju raya ya.. itu cuma baju yang disauk asal boleh, sebab beraya rumah nenex selepas kerja.. penat wehhh, dah takde energy nak gosok baju.. hehehe.. hehehe.. kita keluar beraya kul 9 malam, lewat sket as requested by nenex.. ngantuk banget sehhh waktu tu, tapi disebabkan aku hanya ada 3 ketul kawan je kat sini dan dia dah siap2 masak.. aku pun tak nak hampakan dia sebab dia kerja shift dan susah nak dapat offday on weekend.. :D

Wednesday, November 05, 2008

Mawi & Ekin nak kawennn

tah hapa2 tah aku nie..

dalam banyak2 citer.. aku amik Mawi lak jadik bahan topik aku kali nie..

skang kan mawi tengah berkursus kawen.. so, banyak le aku dapat email pasal depa dok tengah amik kursus siap ngan gambor lagik tuh..

dalam bebanyak gambo tu.. hanya gambo nie menarik perhatian aku..


hah ko.. nie nama dia gelak sakan.. sebab happy nak kawen .. kah.. kah.. kah..

mawi ngan ekin bukan main lagik gelak besor.. nie kalau nengok dorang dari depan sure nampak anak tekak nih.. muahahaha.. hahaha..

aper le yang mengeletek hati depa nih.. bakal pengantin lain aku nengok ayu je gelak.. hehehe.. hehehe..

gelak jangan tak gelak..

Friday, October 31, 2008

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.
Ya Allah Ya Rabbii.. ampuni lah segala dosa-dosa hambaMu ini Ya Allah.. Amin..Aminnn.. Ya Rabil'Alaminnnn...

Saturday, October 25, 2008

Kisah di pagi Jumaat

Sejak dua menjak nie hujan turun tak kira waktu.. pagi tadi sebelum berangkat ke tempat kerja hujan yang turun dari malam semalam masih lagi tak berehenti.. aku lak time hujan macam gini la timbul perasaan malas.. mata pun ala kuyu2 gitu.. naik feeder bas setakat 2 stop boleh tertido.. adussss...  masa naik train tu pun aku dah aim spot yang baek punya untuk melayan mata aku nie.. train tetiap pagi mesti pack.. tapi seperti biasa untuk mendapat tempat duduk yang baek punya.. aku akan naik train yg bertentangan arah dulu untuk ke last stop then patah balik (aku tinggal2nd last stop) .. so, apa yg aku buat tu kira praktikel le.. kalau idok terpaksa le aku bergayut kat dalam train tu selama 35-40 minit.. tak ke haru tu..

aku punya tido sepanjang perjalanan pagi tadi.. tak hingat2.. sib baik dah dedekat nak sampai aku tersedar.. ishkkk aku bayangkan kalau terlepas.. sure haru biru aku kejap.. dah turun dari train, kena ke bas stop pulak.. amik feeder bas lagi untuk ke opis aku.. tetiap pagi, ini lah rutin harian aku..

Tapi pagi nie lain sket.. masa tengah tunggu feeder bas.. ada kejadian pelik sikit berlaku.. ada satu minachi yang berdiri kat sebelah aku nie.. tetiba dia ala2 tenung muka aku.. pehtu soklan yang keluar dari mulut dia.. 

"ada ubat demam tak".. aku ingatkan aku salah dengau.. aku nengok dia dengan muka yg agak hairan.. dia tanya lagi.. 

"ada ubat demam tak" sambil jari dia dok tenyeh2 leher dia.. ala2 orang nak batuk gitu...

aku "huh.. ubat demam".. dengan keadaan terpinga2 aku nengok dia.. 

dalam ati aku.. mana lak aku nak cekau ubat demam nie.. aku teringat aku ada bawak pain killer.. tapi tangan aku terus stop dari meraba bag aku.. sebab nya dia nak ubat demam bukan ubat tahan sakit.. kat sebelah bas stop tu ada klinik dan 7-eleven.. so, aku tunjuk kan le kat kedai tu.. masa aku tengah tunjuk tu.. bas aku dah sampai.. 

"kat kedai 7-eleven tu ada jual ubat demam".. sambil kaki aku melangkah ke bas.. tapi mata aku masih melekat pada minah india nie..

sebelum aku naik bas aku dengar dia nyer respond..

"memang ada ubat demam kat situ.. tapi harga dia 85 sen sebijik.. mahal lah".. jawapan nie buat aku terkedu..

aku tak tau yang dia takde duit.. dan dia takde rupa orang yang daif sangat.. 

aku sebenarnya ini lah 1st time stranger mintak ubat demam.. so, ala2 terpinga2 kejap.. dan aku sepanjang dalam bas aku teringatkan jawapan dia tu.. sekarang nie pun aku masih ingatkan jawapan dia tu.. aku merasa ralat sebab aku tak buat apa2 untuk menolong dia..

kesian dia..