Isu AP kini sudah reda dan kehidupan telah kembali normal bagi Datuk Seri Rafidah Aziz. Tetapi persidangan di Parlimen pada September ini akan menjadi cabaran seterusnya ekoran ahli-ahli Parlimen bersedia untuk berbahas mengenai isu AP, tulis JOCELINE TANTUN.
Dr Mahathir telah mencapai usia 80 tahun pada Julai lalu tetapi sebulan selepas itu, dia masih meniup lilin di atas kek harijadi.Menjangkau usia 80 tahun merupakan peristiwa yang istimewa, maka banyak majlis harijadi telah diadakan buat bekas perdana menteri itu.Awal minggu ini, dia telah dipersembahkan dengan kek yang paling cantik setakat ini – sebuah kek tiga tingkat dengan lapan batang lilin besar yang memerlukan beberapa hembusan untuk dipadamkan apinya.Majlis terbaru telah diadakan oleh pengarah urusan Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin di kilang pemasangannya di Gurun, Kedah.Dr Mahathir memakai pakaian korporat rasmi syarikat tersebut – kemeja lengan pendek putih biru , cuma kemejanya dijahit khas menggunakan satin.Ketua Wanita Umno, Datuk Rosnah Majid, salah seorang daripada tetamu yang hadir, memujinya: “Tun, awak nampak bersinar!”Rosnah mungkin sedang bercakap tentang kulit Dr Mahathir yang cerah“Tuan punya harijadi” itu nampak tenang, gembira dan sihat. Pipinya merah dan dia nampak kacak.Dr Mahathir memang popular di kalangan wanita dalam Wanita Umno dan daya tarikannya seakan-akan tidak pernah luntur.Bekas perdana menteri dan tokoh industri automobil itu dilihat berborak-borak sepanjang makan tengah hari itu.Bahasa gerak geri antara mereka juga tampak bagus.
Pandangan Dr Mahathir tentang isu AP memang sudah diketahui umum tetapi kemarahannya terbukti bukanlah ditujukan kepada Kumpulan Naza.Kilang automotif Naza, yang memasang model Naza Ria dan Citra, adalah sebuah syarikat utama di Kedah.Nasimuddin dianggap sebagai seorang usahawan automotif yang serius dan Dr Mahathir menyentuh tentang perkara ini dalam ucapannya apabila dia berkata bahawa sesetengah orang membuka kedai untuk menjual AP tetapi Nasimuddin menggunakan sepenuhnya AP yang ada padanya untuk mengimport dan menjual kereta.Dia berseloroh, “Dia bukan sahaja perlu menjaga APnya tetapi dia juga terpaksa membeli AP daripada orang lain.”Itulah sahaja yang diperkatakan olehnya mengenai isu yang hampir menjatuhkan seorang menteri kabinet.Kemudian, ketika di kelilingi oleh wartawan, dia enggan bercakap langsung mengenai AP.
Kemelut tentang isu AP kini telah reda ekoran kabinet memutuskan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi mengkaji sistem AP serta dasar automotif negara.Mengeluarkan dua portfolio itu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga telah membantu melegakan situasi yang dihadapi oleh Datuk Seri Rafidah Aziz.Kehidupan hampir kembali seperti sediakala bagi menteri itu dan media telah berhenti daripada memburu setiap langkahnya. “Kamu tidak patut mengacaunya,” kata Rosnah, yang pernah menjadi seorang wartawan sebelum menceburi politik.Rosnah tidak segan silu untuk setia pada Dr Mahathir. Ia adalah rangkaian Kedah, kata mereka.Tetapi dia juga merupakan seorang penyokong kuat Rafidah.
Di kemuncak isu AP, simpatinya dikatakan terarah kepada Dr Mahathir tetapi seperti kebanyakan ahli Wanita Umno yang lain, dia tidak mengecohkan kem Wanita.Sayap wanita itu dilihat sangat stabil di sepanjang krisis yang dihadapi oleh ketua mereka.“Ia adalah budaya Wanita, kami tidak memberi masalah,” kata seorang ketua Wanita Umno bahagian.Nasib baik timbalannya, Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bersikap tamak dan terburu-buru untuk merampas kuasa. Shahrizat dilihat begitu sopan sepanjang krisis itu dan ini telah memberikan contoh bagi wanita lain.“Sebab lain mengapa mereka tidak panik adalah kerana telah ada orang yang berkemampuan untuk menggantinya,” kata penganalisa yang sama.Rafidah nampak begitu yakin dengan kedudukannya di kalangan wanita. Dia tidak pernah sekali pun membuat mesyuarat exco Wanita sejak krisis tersebut bermula.Mesyuarat exconya yang terakhir adalah pada hari sebelum perhimpunan Wanita, di mana dia telah menangis semasa sidang akhbar.Dia juga tidak meminta mana-mana pihak untuk menyatakan sokongan kepadanya. Hakikatnya, dia sangat tenang di sepanjang kemelut itu. Mungkin satu-satunya tanda yang menunjukkan dia tertekan adalah semasa perjalanan membeli-belahnya – atau ‘terapi membeli-belah’ seperti yang dikatakan oleh rakannya. Dia juga sudah pandai melaram. Dia telah menukar cara berpakaiannya yang gemar berbaju kurung dahulu kepada sut sarung.
Sehingga hari ini, ramai ahli Wanita yang bingung tentang bagaimana dia boleh kekal tenang dan ceria walaupun setelah dimalukan ketika perhimpunan agung Umno, diserang oleh ahli kabinet dan tumpuan yang diberikan oleh media. Kata Rosnah, “Saya simpati kerana dia terpaksa menghadapi semua ini tetapi dia sangat tabah. Tetapi apa yang berlaku kepadanya dalam kementeriannya tidak menjejaskan peranannya sebagai ketua Wanita Umno.
Sesetengah penyokongnya menjangkakan bahawa isu AP akan senyap apabila timbul isu baru dan lebih besar.“Wanita adalah lebih memahami dan pemaaf berbanding lelaki. Bukan semua orang menyokong Rafidah tetapi mereka tidak akan menentangnya secara terbuka,” kata seorang penganalisa.Seperti yang dapat dilihat oleh sesetengah pihak, walaupun perwakilan berdiam diri tentang isu AP pada perhimpunan Wanita bulan lepas, sebilangan daripada mereka telah menyertai kaum lelaki untuk mengganggu Rafidah ketika dia menyampaikan ucapan penutupnya pada perhimpunan agung tersebut. Dan ketika ketua Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Shahrir Samad berkata Rafidah harus meletakkan jawatannya, tiada siapa pun yang mempertahankan Rafidah mahu pun membidas ahli parlimen Johor Bahru itu. Hakikatnya, parlimen merupakan cabaran seterusnya buat Rafidah.
AP dan dasar automotif negara pasti akan menjadi bahan utama untuk dibahaskan semasa sesi bajet, yang akan bermula pada bulan hadapan. Shahrir dan pasukan ahli parlimennya sedang mengumpul maklumat mengenai industri auto negara serta AP. Mereka mahu memasukkan dasar automotif negara dalam konteks Rancangan Malaysia Kesembilan.“Topik itu akan dibangkitkan dan ia akan menjadi hangat,” kata ahli parlimen Ketereh, Alwi Che Ahmad.Kata ahli parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cik, “Ia adalah isu umum dan rakyat masih belum berpuashati dengan jawapannya.”Bagaimanapun, kata ahli parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, ahli-ahli parlimen tidak mungkin akan memintanya meletakkan jawatan.“Bapa saya pernah memintanya supaya meletakkan jawatan tetapi saya tidak fikir ahli parlimen akan pergi sejauh itu. Ia adalah prerogative perdana menteri,” kata Nur Jazlan, yang bapanya merupakan seorang bekas menteri dan juga setiausaha agung Umno.Katanya, Rafidah adalah masih kepunyaan Umno.“Menyakitinya adalah sama seperti menyakiti kakak kita sendiri,” kata Nur Jazlan.Tetapi adakah Rafidah masih mempunyai jawapan kepada isu tersebut walaupun ia bukan lagi berada di bawah portfolionya?
Ahli parlimen berpendapat bahawa dia masih bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang dasar AP sehingga ia dikeluarkan daripada kementeriannya.“Dia telah membuat penjelasan kepada kabinet. Kami tidak tahu apa yang dikatakannya tetapi penjelasannya pada perhimpunan agung Umno adalah tidak memuaskan,” kata Ahmad Shabery.Yang paling mustahak sekali, mereka mahu mendengar rasionalnya dalam pemberian AP yang begitu banyak kepada dua orang raja AP iaitu Datuk Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Haniff Abdul Aziz.
Sebilangan ahli parlimen berpendapat bahawa dia patut membuat suatu sesi dengan penyokong kerajaan dalam mesyuarat jawatankuasa, yang diadakan sebelum parlimen bersidang.Tetapi ahli parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri menegaskan, “Menteri itu patut datang ke parlimen untuk bersemuka dengan kami. Kami tidak mahu mendengar kepada timbalannya atau pun setiausaha parlimennya. Dia mesti datang sendiri.”Alwi menambah, “Kami tidak mahu menyeksanya. Tetapi dia perlu menjawab di parlimen.”Kontroversi AP masih belum berakhir bagi Rafidah.
1 comment:
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Digital concepts battery charger Sexual energy impotence Nutritional supplement affiliate programs with customizable Beach wedding shower invitations mercedes c36 amg Feet first dance studio bethesda md Discount buspirone order online Praise dance outfits fog humidifier motorcycle insurance 32 merchant account Elmo tshirt Propane heater fule use 1959 389 pontiac head for sale Wellbutrin and seizure Ricko alfa romeo 156 Westlake village internet service provider Cost of lamictal 200 mg V8 volvo xc90 Pioneer hi def dvd players
Post a Comment