Wasiat Isteri
Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca talkin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi. Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikain solid.
Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi seta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinklerdi atas tanah perkuburan tersebut.
Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab "Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"
Takde Otak
Pada suatu hari, seorang pelajar yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?". Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang tak ada otak, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".
Bapak Borek Anak Rintik
Kononnya terdapat seorang kaki cerita handalan di sebuah kampung yang sentiasa mendapat tumpuan ramai di mana saja dia berada. Suatu hari, ketika pulang ke kampung setelah urusan di bandar, dia amat terkejut melihat orang kampung sedang khusyuk memberi perhatian sambil mengerumuni seorang penceramah. Senario dan gelagat orang ramai yang mengelilingi orang berkenaan ternyata memberi gambaran yang tokoh itu bukan orang sembarangan. Setelah didekati, penceramah baru itu ialah anaknya sendiri. "Nampaknya anak aku dah lawan taukeh ni." bisik hatinya.
Suatu petang, penceramah ini mengajak anaknya bersiar-siar kerana agak sudah lama tidak keluar bersama. Apabila berada diatas jambatan, tiba-tiba penceramah itu terus terjun kedalam sungai dan hilang dari pandangan untuk tempoh yang agak lama. Anaknya mula cemas, Namu, kebimbangan ini hilang bila bapanya timbul semula. "Bapa pergi mana?" tanya anaknya segera. "Itulah Mat, kau tak ikut aku, tadi masa bapa terjun ke dalam sungai, rupa-rupanya ada warung teh tarik di dasar sungai. Itulah yang lama sikit dalam sungai tu." mengarut bapanya. Mendengar kata-kata bapanya, si anak pun terus terjun dan berada lebih lama lagi hinggakan si bapa pula resah. Ketika di dasar sungai, si anak telah mencapai seketul batu dan menggunakannya untuk melukakan kepalanya sedikit dengan sengaja. Apabila dia timbul semula, si bapa bertanya kenapa kepalanya berdarah. "Itulah bapa, tadi bapa minum teh tarik di warung sana tak bayar duit, bila mamak tu tau saya anak bapa, dia terus memukul saya."
Kursus Kahwin
Seorang pemuda yang hendak mendirikan rumahtangga telah berjumpa dengan tok kadi untuk diuji perkara-perkara asas mengenai agama. Tok kadi mula bertanya secara rambang.
Tok Kadi : Boleh awak membaca doa Qunut?
Pemuda : Boleh.
Tok Kadi : Boleh bacakan sekarang, ustaz nak dengar.
Pemuda : Tersangat boleh, ustaz nak dengar yang panjang atau yang pendek?
Tok Kadi : Ada dua jenis ke? Tapi tak mengapa, sila bacakan kedua-duanya sekali.
Pemuda : Kalau yang pendek, bacanya....Qunut! dan kalau yang panjang, bacanya....Qunuuuuuuuuuuuuuuuut!
Si Lurus
Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat "P" hendaklah digantung pada motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang dia telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.
Polis : "P" mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak berguran plak yea, "P" mana?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq . (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana "P"?
Pak Cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang hang pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi...pi lah.....
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa, saja cari pasai!!!!!
Si Gila
Suatu hari, seorang pesakit gila di Tanjung Rambutan diziarahi kaum keluarganya. Apabila keluarganya hendak balik, pesaki gila telah berkata kepada kawannya yang sama-sama gila.
Orang Gila 1 : Tengok tu, orang-orang gila tu dah nak balik.
Orang Gila 2 : Kenapa engkau kata mereka Gila?
Orang Gila 1 : Mereka tidak percaya yang aku nie Hang Tuah.
Orang Gila 2 : Tapi kau memang pun bukan Hang Tuah.
Orang Gila 1 : Apsal kau cakap aku bukan Hang Tuah?
Orang Gila 2 : Aku pernah bertarung dengan Hang Tuah di Istana Melaka, dia tidak sedikit pun seperti kau.
Orang Gila 1 : Kau siapa sebenarnya?
Orang Gila 2 : Hang Jebat.........
The Boss is Always Right
Seorang Bos ynag tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahanya telah menggantungkan peratuan untuk dijadikan panduan.
Rule No. 1 : The Boss is Always Right
Rule No. 2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No. 1.
Ponteng
Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya dan menelefon pihak sekolah.
Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.
Mind Your Language
Seorang guru sering menggunakan bahasa kasar ketika mengajar, berkata;
Cikgu : Siapa yang rasa dirinya bodoh dalam kelas ni sila berdiri!
Tiada siapa yang berdiri. Dan cikgunya bertanya soalan yang sama lagi, masih tiada yang berdiri. Namun, setelah beberapa ketika, seorang pelajar berdiri.
Cikgu : Bagus! Tahu pun diri awak bodoh, Sekarang beritahu saya kenapa awak rasa diri awak bodoh?
Pelajar : Sebenarnya saya tak rasa diri saya bodoh cikgu, tapi saya kesian tengok cikgu berdiri sorang jer

8 comments:
jgn ketawa jer baca citer tuh sumer.
semua ade massage tersirat tuh....
Acik nie buleh masuk Gelangang Raja Lawak ASTRO nie..he.he.he
lawak last skali tu mmg best ah..ahahahaha padan muker cekgu tu, huh!~
ketawa.. jangan tak ketawa :D
Acik ila buat kak lady berlambak ketawa...adoi...macam2 aje acik ila ni...
ade citer lawak lagi tak acik ila..
nak buat modal nih tuk berlawak...
gelak sensorang depan pc nih kahkahkah
kak lady, berlambak ketawa?? ingatkan kain baju je berlambak.. :)):))
lerr cikdinzz nie.. buat modal lak.. okies, kalau ada apa2 jenaka dalam koleksi.. akan disharekan bersama..
gelak meera jgn tak gelak.. :))
Post a Comment