Sunday, May 17, 2009

10 Hadiah Paling Best Untuk Insan Yang Kita Kasihi ..

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

 9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Sumber ~ Putratropika 

6 comments:

Masy said...

akak nk adiah ape? hehe

KECU said...

jom2 tgk Syurga Cinta.... heee..
"..kdg2 Allah sembunyikan Matahari, dia dtgkan petir & kilat. Kita tertnya2 kemana hilangnya matahari, rupa2nya Allah berikan kita pelangi.."

... said...

masy nak bagi hadiah utk akak ke :P:P:P.. mintak hadiah intan belian bleh :P:P:P.. no lah.. joke2 je.. doakan akak sehat sejahtera selalu ekk masy.. tu pun akak dah bersyukur, kalau masy sudi bagi :D..


kecu: best ke syurga cinta tu su?? ke saja hang nak promote sbb kawan hang yang ebrlakon :P:P:P.. x sure bila balik KL.. kalau x sempat nengok dvd pun jadik le :P:))

KECU said...

saya x hipo.. hehehe.. lakonan kawan saya tu mmg lee x tip top.. cost dia 1st time.. n dia sendiri ngaku..

tapi keseluruhan ceritanya bagi saya best. masa tgk trailer ramai yg kata mcm Kiamat Dah Dekat.. tapi lepas tgk full movie baru tau memang x sama ngan filem Kiamat tu.

Dak Haziq tu penyeri dlm cite nie.. coz ija n awal bawak watak berat.. pastu watak haziq tu buat org ketawa.. so xle berkerut2 sgt nak beriya2 pk psl filem nie..

kira watak Haziq tu utk balancekan.. hehehe...

ILA said...

Alhamdulilah..
memang kita sedang lakukan 'hadiah yg terhebat':D

... said...

kecu.. dah nengok ke citer tu? mesti amik seat 1st class kan.. kan.. kan.. hehehe.. hehehe.. nak gak support filem melayu nie cu.. tapi kan "kawe dok tau bilo nok kelik KL" :D

ila.. Alhamdullilah.. semoga hari2 yang kita lalui sentiasa diberkati Allah .. Aminnnn..