Lama sungguh tidak memblog (betul ke ayat nie.. whatever lah.. asalkan aku bahagia.. hehehe.. hehehe). posting yang last sekali dibuat sebelum Hari Raya Haji.. sebelum kalut nak balik kampong.. kesibokan diujung 2006 dan awal 2007 menyebabkan aku tidak membuat apa2 posting diblog nie..masuk je kerja untuk tahun baru 2007, jadual aku dipenuhi dengan meeting, briefing, discussion, training &.. bla.. bla.. bla.. sampai takde masa untuk diri sendiri..
Skang nie busy sebab dah le keje banyak.. terpaksa lak buat kerja di luar opis.. cisss.. geram aku.. nak jumpa customer pun orang business suh aku temankan gak.. eeeeeee geram betul aku..
Ok.. cukup le citer pasal kesibukan kerja aku yang tak abis2 tu.. buat den tension jerkkk..
Ok.. kat bawah nie ada satu artikel untuk orang2 pompan.. yang lelaki boleh gak baca untuk pengetahuan.. untuk aku interesting le sebab tengah berusaha kan.. khikhikhi.. apa2 pun happy reading..
Pengeluaran hormon haid
Kitaran haid mengambil masa 28 hari. Sewaktu tempoh ini berlakunya pelbagai aktiviti serentak yang mengekalkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi kesihatan wanita di antara yang terpenting kesuburan. Haid dikawal oleh otak dan juga sistem endokrin manusia. Sistem endokrin adalah seperti pengutus dari organ ke otak serta balik. Ia memberitahu organ dalam badan apa yang perlu ia lakukan.
Sistem informasi haid terbahagi kepada bahagian-bahagian berikut:
1. Hypothalamus (bahagian belakang otak)
2. Kilang pituitari
3. Kilang ovari
Mula-mula, segala-galanya bertolak dari bahagian belakang otak khususnya di bahagian Hypothalamus. Hypothalamus seperti komputer dan memproses segala data-data yang dihantar ke otak dan menguruskan keseluruhan sistem badan berdasarkan stimulus-stimulus yang diberi. Hypothalamus adalah bahagian bawah otak yang menyambung kepada sistem endokrin iaitu pituitari di dalam otak. Hormon yang penting dari Hypothalamus yang berguna untuk merangsang haid dipanggil Gonadotrophine releasing hormon (GnRH). Atas pengaruh faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran seperti pemakanan, ataupun stimulasi hormon endokrin yang lain di dalam badan, hormon GnRH akan bertindakbalas. Pada awal pusingan haid ia akan mengutuskan signal bahawa sudah sampai masanya untuk bersedia untuk pusingan haid seterusnya. Ia menghantar mesej ke kilang Pituitari.
Di bahagian otak sistem Pitituitari mengeluarkan hormon Lutienizing Hormone (LH) dan Follicle stimulating hormone(FSH). Ia terletak di otak di bahagian tengah bersambungan dengan bahagian hypothalamus dan sebesar sebiji kacang pea. Sepanjang 28 hari kedua-dua hormon ini akan berinteraksi dengan kilang ovari pula yang akan mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesteron iaitu hormon yang mengekalkan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain .
Perkembangan fasa-fasa endokrin
1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase)
2. Fasa penetasan (Ovulation)
3. Fasa Luteal (Luteal phase)

Pada hari pertama haid hormon GnRH dirembes oleh Hypothalamus serta merangsang hormon FSH untuk keluar. Apabila hormon FSH sampai ke tahap tertentu ia merangsang beberapa biji telur di kilang ovari. Pada satu tahap lain pula satu telur akan menjadi dominan dan membesar sebagai telur utama dan yang yang lain akan mengecut dan mati yakni mengalami atresia.
2. Fasa penetasan (Ovulation)
Pada hari subur yakni pada pertengahan bulan haid hormon luteinizing hormone atau LH akan memuncak dengan tinggi dan menyebabkan karung folikel yang memegang telur yang dominan itu yang masak menetaskan telur itu keluar dan ia akan ditangkap oleh fimbria iaitu tangan pada rahim.
3. Fasa Luteal (Luteal phase)
Karung telur yang tertinggal selepas telur menetas dipanggil corpus luteum. Ia mengeluarkan progestrone yang sangat kritikal untuk pembentukan dinding rahim sesuai untuk keadaan yang subur untuk kehamilan. Paras hormon progesteron dan estrogen yang tinggi menyebabkan hormon LH dan FSH akan ditekan daripada terus naik. Jika tiada kehamilan berlaku, bermakna paras hormon progestron dan estrogen dalam darah menurun dan corpus luteum itu mengecut dan hilang. Selepas 11-16 hari akibat paras hormon progesteron dan estrogen yang rendah hormon FSH dan LH akan naik semula untuk pusingan haid seterusnya.
II. Penetasan telur

Fasa Folikular
Sewaktu perkembangan hormon GnRH , LH serta FSH berlaku satu proses kritikal yang lain sedang berlaku iaitu telur sedang menyediakan diri untuk menetas. Telur adalah merupakan setengah dari kromosom anda dan tanpanya pembentukan janin tak akan berlaku jika ia gagal menetas. Sewaktu embryogenesis atau penetasan telur, pada permulaan haid Hormon FSH (hormon yang stimulasikan karung telur) akan keluar. Beberapa telur akan terpilih untuk membesar dan satu akan menjadi dominan. Telur ini akan mengeluarkan hormon estradiol iaitu sejenis hormon estrogen dan atas pengaruh hormon ini ia akan makin membesar.
Fasa Penetasan
Bila tiba hari subur yakni sewaktu hormon LH memuncak pada hari ke -14 karung telur itu akan pecah dan menetaskan telur.
Fasa Luteal
Sel-sel karung telur yang tertinggal akan membentuk menjadi corpus luteum. Karung corpus lutuem ini seterusnya akan merembeskan hormon progestron, yang merangsang dinding rahim untuk menebal untuk kehamilan yang boleh berlaku. Jika tiada janin terjadi, corpus lutuem ini mengecut melalui proses atresia kerana paras estradiol dan progesteron makin berkurangan dan meresap serta hilang dalam darah.
III. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid
Darah haid terdiri daripada darah segar dan yang beku serta tisu-tisu dinding rahim. Haid berlaku untuk membuang sel-sel dan tisu dari dinding rahim supaya setiap bulan bahagian dalam rahim wanita subur untuk satu kehamilan. Jika ia tidak berlaku sel-sel dinding rahim pasti luruh kecuali ada penyakit atau gangguan hormon. Dinding rahim dikenali sebagai lapisan endometrium.
Fasa Proliferatif (Proliferative phase)
Sewaktu fasa pertama yang juga dikenali fasa folikel ia bermula selepas haid habis sehingga tarikh telur menetas lapisan endometrium mengalami stimulasi oleh rangsangan estradiol yang dirembes oleh telur yang sedang matang. Tisu-tisu dan kelenjar-kelenjar endometrium makin menebal.
Fasa Sekreteri (Secretory phase)
Fasa ini juga dikenali fasa luteal. Ia bermula selepas telur menetas sehinggalah haid seterusnya. Pada peringkat ini karung telur yang merembeskan progestrone mengekalkan tahap penebalan endometrium serta kelenjar akan merembeskan mucus dan glycogen. Jika tiada kehamilan berlaku corpus luteum akan mati dan hilang serta paras estradiol dan progesteron pun turun.
Fasa Haid
Akhirnya dinding rahim luruh kerana tiada progesteron untuk mengekalkan kesuburannya. Dinding rahim terdiri yang daripada darah dari arteri serta urat , tisu-tisu kelenjar dan tisu endometirum, sel pembuluh darah merah, leukocytes akan keluar melalui cervix (pintu rahim) sebagai darah haid.
3 comments:
Acik selamat menyambut tahun baru 1428H....
Thanks meera.. selamat menyambut maal hijrah juge untuk meera & semua rakan2 yang lain..
salam maal hijrah.........
Post a Comment