Jangan Terlalu Yakin
Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan,
dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada
di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah,
semuanya sudah berlalu..."
"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di
sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka
meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus
menjalani pembedahan sekali lagi....!"
Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya
menyela :
"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang
kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di
dalam perutku.."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan
berseru :
"Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"
*****************************************************
Juruterbang Bodoh
Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di
udara. "May day,may day,may day...!!",terdengar
juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.
"Pesanan anda didengar jelas,"kata petugas dek menara
pengawas,"Harap beritahukan tinggi dan posisi anda
segera..!!"
"Ya,baik,"jawab juruterbang itu,"Saya tinggi 1.8 cm
dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"
****************************************************
Angka 13
Ketukan di pintu mengejutkan sepasang kekasih yang
sedang berkasih-kasihan dengan asyiknya.. "Cepat, itu
suamiku," kata si wanita yang diserang ketakutan.
"Loncatlah dari jendela!"
"Tunggu dulu. Kita kan sedang di tingkat 13!" bantah
si lelaki.
"Cepat loncat!" teriak si wanita dengan paniknya.
"Keadaan sudah gawat begini, kamu masih percaya tahyul
dan soal angka sial!"
****************************************************
Mahu Berbisik
Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada
ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.
"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing."
Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,
"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk
kencing maka katakanlah,
'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"
"Baik mama.." kata si anak.
Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa
hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya
lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.
"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil
menggoncang-goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan
mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata ,
"Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu
berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana...
*******************************************************
Dua Ekor Anjing
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan
ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke
seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A
training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba
masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B
sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi.
Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata,
"Rileks la, aku ni kan anjing laut."
********************************************************
Panggilan Sayang
Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan
rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang...
Manis... Cintaku... Sayangku...
Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan
berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun
menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata
itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya,
aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."
********************************************************
Dua Pesakit Jiwa
Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa
sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka
merancang untuk menggunakan tangga yang akan
diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu
telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan
diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat
situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang
gila kedua.
Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal"
Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"
gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga"
gila 2 : "Jadi mengapa ?'
gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan
meletakkan tangganya ?"
*****************************************************
Tangguh Lagi
Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat
menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh
suatu pekerjaan. Robet memberikan sebuah solusi dengan
menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA
TIDAK MENUNDA LAGI". Alex mengambil buku itu lalu
berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."
******************************************************
Teman Baik
Seorang ibu sedang bercakap dengan temannya.
"Kamu tahu tak...diantara 99 teman baikmu ada yang
main gila sama suamimu. Oleh itu kamu mesti
berhati-hati. Aku mengatakan hal ini bukan kerana
apa-apa, tapi kerana aku adalah teman baikmu'
********************************************************
Yang Paling Berharga
Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan
mencuri motor milik seorang gadis remaja.
"Saya sama sekali tidak mencurinya,Yang Arif " kata si
pemuda itu membela diri.
"Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu
dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar
memboncengkannya dengan motornya. Saya pun
boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak
belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju
dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil
miliknya yang paling berharga. Yang Arif, lalu saya
berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju
wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga
terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh
buat terpaksa saya mengambil motornya. "
******************************************************
Keadaan Suami
Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan
kesihatan. Selesai pemeriksaan,doktor memanggil isteri
tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua
saja.
"Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang
di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan
ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat2 yang
saya berikan," kata doktor.
"Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami
dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan
menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan
malam yang istimewa. Jaga perasaannya, jangan bebani
dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh
kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan
kehilangan suami," tambahnya.
Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada
isterinya, "Apa kata doktor tentang penyakitku?"
"Kamu akan meninggal..."
*******************************************************
Janji
Pengakuan seorang suami: "Setelah mendengar ceramah
perkahwinan tiga hari yang lalu, saya dan isteri
sepakat memegang janji untuk tidak akan pergi tidur
kalau masih marah. Tapi mungkin kami harus membatalkan
perjanjian itu kerana sudah tiga hari tiga malam kami
tidak tidur....."
******************************************************
Mr Brown
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr.
Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!
*******************************************************
Markah Matematik
Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira
setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian
matematik.
Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian
matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat
10 markah!"
Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah
berapa"??
Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".
Erti Sebuah Nama
Seorang anak bertanya pada ayahnya.
Anak : Ayah..kenapa nama kita selalu dikaitkan dengan
sesuatu kejadian yang berlaku?
Ayah: Iya..seperti kakakmu si mawar merah, ibumu
sebelum melahirkan kakakmu meminta bunga mawar yang
berwarna merah. Abangmu juga si kambing putih..Ibumu
minta daging kambing yang berbulu
putih. Mengertikah kamu kondom bocor?
********************************************************
Berhenti Merokok
"Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?" tanya John
pada George.
"Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu
kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan!
Kamu kan sekarang berpenyakit?" kata George.
"Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan
sekarang saya sedang dalam tahap pertama."
"Apa tahap pertama itu?"
"Berhenti membeli rokok!"
********************************************************
Khidmat Negara
"Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara ! "
kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus
wajib Khidmat Negara.
"Mengapa tidak? " tanya Rekrut yang mendaftarnya.
"Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada
kaki yang lain. "
"Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya
juga tidak rata. "
******************************************************
Pesakit Jiwa Yang Resah
Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri
mengenai teman sebiliknya.
"Saya sudah tidak tahan lagi, doktor"
"Kenapa?", tanya doktor dengan ramah.
"Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya
adalah seekor anjing"
"Oh ya? Adakah dia menyalak?"
"Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya
adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar
dikencinginya"
****************************************************
Pekerjaan Yang Menguntungkan
"Jadi, Udin, kamu pasti ingin menjadi doktor mata
seperti ayahmu bukan?"
"Tidak guru, saya ingin menjadi doktor gigi"
"Doktor gigi? Kenapa? Bukankah doktor mata
pekerjaan yang bagus?"
"Tentu saja. Tapi setiap manusia hanya memiliki 2 mata
sedangkan 32 gigi"
******************************************************
Cemas
Seorang lelaki mengalami patah tangan ketika jatuh
motor. Isterinya sangat prihatin dan sangat risau lalu
bertanya kepada doktor:
'Tolong doktor, katakanlah sejujurnya. Adakah suami
saya nanti masih dapat mengemop lantai dan mencuci
pinggan?'
*******************************************************
Pelancong Dan Lalat
Seorang pelancong Eropah sedang makan di sebuah kedai
makan. Dia bertanya kepada pemilik kedai tersebut,
"Buat apa menyalakan lilin di siang hari begini?"
"Untuk lalat, tuan" "Wah hebat!! Bangsa anda memang
benar-benar baik hati. Bukan cuma manusia, lalat pun
diberi cahaya sendiri."
******************************************************
Pasti Dan Mungkin
Seorang anak bertanya kepada ayahnya.
Anak : Ayah, apakah orang cerdas selalu menjawab
dengan kata 'mungkin' sedangkan orang bodoh selalu
menjawab dengan kata 'pasti'?
Ayah : Pasti nak! Eh..mungkin.
*****************************************************
Badak Merah
A: Kenapa badak kukunya berwarna merah?
B: Mmm...apa ya..tak tau...
A: Supaya dapat sembunyi di sebalik pohon epal
B: Ah bohong... mana ada badak boleh sembunyi di balik
pohon epal?
A: Tak pernah lihat,kan? Bererti badak itu berjaya
bersembunyi laa...
********************************************************
Doktor Oh Doktor
Suatu hari seorang wanita mengunjungi seorang doktor.
Doktor : "Emm..anda sebelum ini dirawat doktor
lain,kan?"
Pesakit : "Iya Doktor."
Doktor : "Sungguh doktor yang bodoh,dia tak mampu
menyembuhkan penyakitmu, keputusan bodoh apa yang ia
katakan kepadamu?"
Pesakit : "Menemui Anda."
*******************************************************
Bermain Muzik
Pesakit: "Doktor, berapa lama tulang saya yang retak
ini akan sembuh ?"
Doktor: "Paling cepat enam minggu lagi "
Pesakit: "Bila saya telah sembuh, adakah saya akan
mampu bermain muzik ? "
Doktor: "Oh .... tentu saja ! "
Pesakit: "Hebat! Padahal sebelum ini saya belum pernah
bermain muzik. "
*****************************************************
Buang Air
Si kecil Bobby didekati oleh penjaga kolam renang di
sebuah kolam renang awam dan berkata, "Kamu tidak
boleh buang air kecil di kolam renang ini! Kalau kamu
masih berbuat demikian, aku akan melaporkan
perbuatanmu ini kepada ayah dan ibumu!"
"Tapi banyak orang yang membuang air kecil di kolam
renang,"
"Mungkin saja iya," kata si penjaga kolam, "tapi tidak
dari papan loncat."
No comments:
Post a Comment