Wednesday, June 07, 2006

Pasal Mimpi..

Pernah mimpi tak?? Tak kira lah semalam ke.. minggu lepas ke.. bila-bila lah. Aku pun pernah gak mimpi, tapi mimpi setakat gitu2 aje.. takde mende yang mengesankan sangat.. lagi satu, aku nie kurang percaya pada mimpi.. aku rasa kalau orang tu tak pernah mimpi, mesti dia tak normal.. hehehe.. hehehe.. kena cek dokter tuh.. entah2 salah satu urat kat otak putus kot.. muhahaha.. hahaha.. ehh tak baik aku nie gelakkan orang.. entah2 ader betul orang tak pernah mimpi, tak ke kecik ati kawan tu.. aku gegurau aje tadi.. jangan marah aaaa..

Aku bukak topic pasal mimpi bukan aper.. aku dapat email pasal mimpi, ader gak yang mengelikan hati dan buat aku senyum2 depan pc nie.. so, aku nak share le ngan kenkawan yang lain.. takkan le aku sorang je senyum.. perkara baik nie kalau aku boleh buat orang senyum.. almaklum le .. senyum tu kan ke sedekah.. so, happy reading ya my beloved friends..


Setiap daripada kita pasti pernah bermimpi tetapi tahukah kita rahsia di sebalik mimpi kita itu. Sama-samalah kita lihat rahsia beberapa contoh mimpi:
*mimpi dipatuk ular*
jika anda bermimpi seperti ini
maka ia menandakan rumah anda berselerak
dan kemungkinan ada ular dalam rumah anda
*mimpi jumpa harta karun*
jika anda bermimpi jumpa harta karun
maka jangan sesekali mengambil harta karun tersebut
kerana harta karun tersebut Ahmad Albab yang punya
*mimpi berkelah di pantai*
mimpi ini sangat bahaya
kerana kemungkinan besar kawasan rumah anda
akan menghadapi masalah gangguan air dalam masa 2 tiga hari lagi.
*mimpi membela kambing*
jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan
besar anda tidak mandi sebelum tidur.
Maka bau bau kambing terbawak bawak sehingga dalam mimpi anda.
*mimpi Seorang Perempuan Cantik*
jika bermimpi seperti ini
maka kemungkinan mimpi ini adalah mimpi laila.
Seperti lagu yang dinyayikan oleh yasin.

Sekian le sahaja lawak mimpi untuk kali ini.. sehingga bertemu di lain siaran ya.. adioss

3 comments:

NBK466 said...

Menarik jugak tafsiran mimpi alaf millenium nie....Mimpi berkelah tuh bahaya gak.. sesilap ada yg terkenc**ing semasa tido..he..he..he...

tee said...

kalau mimpi yang 'exotic' tu agak2 apa maksudnya ye? :)

... said...

nbk.. muhahaha.. hahaha.. nie buleh jadik.. terutama kalau bebudak yg mimpi berkelah, mandi kolam & sewaktu dengannya.. mesti dorang dah terkucil tu.. aikss macam berpengalaman aje.. muahahah.. hahaha.. mungkin le masa kecik2 dulu le, waktu belum sekolah ader kot..

tee.. nie satu lagi yg buat rasa nak tergelak besar.. tu berkemungkinan dia pergi ke tempat2 percutian yg exotic.. atau baru lepas makan buah2an exotic tak.. muhahaha.. hahaha.. gelak sungguh..