Saturday, June 24, 2006

Sekadar Nukilan Rasa

Saja aku paparkan luahan hati aku sebulan dua yang lepas, aku tak ingat bila aku telah menaip rasa hati aku nie..


Apa Dah Jadi Dengan Aku Nie????

Aku dah bosan sangat kerja kat sini, mungkin aku memerlukan “fresh air”, aku bebetul rasa lemas dan takde mood untuk buat kerja. Kengkadang aku sendiri keliru, kenapa aku jadi macam nie, mungkin aku merasa bosan dengan tugas rutin yang aku lalui. Sepatutnya tugas tersebut akan menjadikan aku lebih cekap dan tangkas dalam membuat kerja. Sememangnya segala tugas yang diberikan aku dapat menyempurnakannya dalam masa yang ditetapkan, jadi apa masalahnya???

Aku rasa yang bermasalah bukan boss aku, bukan staff aku, bukan kawan sekerja aku, tapi aku sendiri. Buat apa aku nak salahkan orang lain kalau aku sendiri pun ada kekurangannya. Aku benci situasi ini, tapi disebabkan ingin mencari rezeki, setiap hari aku terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Aku dapat merasakan saban hari prestasi kerja aku semakin merosot. Motivasi kerja aku hampir ke tahap sifar, apa dah jadi pada aku nie?????

Memang sekarang aku aktif mencari kerja, tapi aku tidak yakin akan adanya syarikat lain yang mampu memberikan banyak menafaat kepada pekerjanya, sepertimana yang aku perolehi sekarang. Aku dah letih, aku memerlukan motivasi yang kuat, untuk melawan rasa malas yang ada pada diriku. Banyak buku motivasi telah aku baca, tapi itu lah, setakat baca aje lah. Untuk mempraktikkannya, alahaii.. sedih aku. Kebingungan sendiri aku akhirnya.

Aku ingin berfikiran positif, dan tidak mengikut kata hati, aku ingin menjadi seorang pekerja yang berdedikasi. Dengan berfikiran begitu, aku redha, seandainya aku masih disini, aku harus berubah. Aku ingin prestasi kerja yang ada padaku kembali seperti dahulu kala, lebih komited dan menghasilkan kerja yang bermutu, InsyaAllah.

Fuhhhh.. lega sket fikiran aku nie lepas dapat meluahkan segala yang terpendam..

6 comments:

darkz05 said...

mgkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku. Fikirkan yg positif saja...

Insyallah pasti ada jln yg terbaik.. :d

Masy said...

positiff...!
(^_^)v

Anonymous said...

aku rasa kamu kena cari motif utk teruskan apa yg kamu kerjakan.
kerja tanpa sebarang tujuan buat kita teraba-raba.

-ris-

acik ila said...

thanks darkz & masy.. betul tu mungkin ada hikmah disebaliknya.. fikirkan positif..

Ris, cari motif untuk kerja kat sini.. mungkin betul, tapi yang paling penting kena cari kenapa mutu kerja dah semakin menurun.. sebab kerja kita tahukan what to expect.. the outcome/result tu yg menentukan what is our performance.. maybe i miss my ex boss so much.. she was transferred to subsidiary (she got promotion, now she's GM).

NBK466 said...

Emmm..luahan sebulan dua yg lepas nie means dah lama gak ler berperasaan begini yek? So skg camner? Boss baru tak okey ker?

acik ila said...

skang dah ok sket.. tak le tension tahap cipan lagik.. nak kena adapt ngan kerenah bozz baru.. so far, selepas dia balik dari umrah last week.. rasa tak sesak nafas macam biasa.. rasa tenang sket.. mungkin dia pun mendoakan keberkatan untuk semua staff dia kot..

so far so good.. heharap terus la berkeadaan tenang macam nie selalu.. InsyaAllah.. :D