Thursday, June 08, 2006

Penawar di Kala Kepenatan

Ade sesiapa yg rase capek? Capek tu penat le, perkataan dari Indonesia.

Perkataan capek nie mengingatkan aku satu peristiwa lucu yang diceritakan oleh sahabat baik aku, Lin. Kakak lin ada mengambil pembantu tumah dari indon, dan biasa lah orang indon, cakap pun indon lah (nasib baik bukan cakap jawa, kalau tidak, lagi haru le jawabnya..). Kakak Lin ada 2 orang anak perempuan, yang kelakarnya anak2 kakak dia tu memang cakap bahasa malaysia, tapi ada satu dua perkataan dia akan terselit cakap indon. Kalau anak sedara dia penat lari2 (almaklum le budak umur 2-3 tahun nie memang ligat), bila nak duduk je anak sedara dia akan cakap.. “aduhhhh capekkk..”.. aku dengar gelak sakan.. itu le amik maid indon, udahnya anak2 pun bercakap indon le.. hahaha.. hahahaha

Berbalik pada topik yg aku nak paparkan nie berkenaan penat, aku pun penat gak skang nie, almaklum le, baru je menghabiskan report. Dateline dia besok. Nasib baik dah settle, boleh le aku tidur lena malam nie.. dan heharap aku mimpi yang indah2.. hehehe.. hehehe


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

2 comments:

NBK466 said...

Tak buleh nak bayangkan kanak2 itu cakap Indon......lucu sih...he.he..he..

... said...

itu le.. kalau bebudak dah besar takpe le kita tau dorang dah boleh ajuk cakap orang indon.. nie, cuba bayangkan budak umur 2-3 tahun cakap macam gitu.. kelakar banget sehhh.. muahahaha.. hahaha