Wednesday, October 26, 2005

Mood Raya.. :)

Gonna have a long leave again.. sebenarnya aku ambik cuti 3 hari je.. tapi Alhamdullilah, selepas di campur cuti Deepavali, cuti Hari raya dan public holiday.. dan ia menjadi 11 hari.. wowww.. ini yang ku tunggu2..

Besok akan berangkat ke Singapore dan pada 2hb November 2005, kita akan bertolak ke Terengganu.

Balik Kampung.. hey.. heeeyyy balik kampung.. hati riang.. lagu sudirman tu..

Selamat Hari Raya untuk semua, maaf zahir dan batin..

Monday, October 24, 2005

Ada Je Alasan

Baru je ada cita2 nak menulis dalam blog nie, ada je halangan.. hermmm alasan je semua tu.. well.. semalam selepas menghatar my hubby naik bas at 5.15, aku pergi Mydin sat mencari bekas plastik recycle.. senang nak isi makanan. Nie, asek2 aku kekurangan bekas tu kat rumah..
Mydin Sinar Kota, di petang Ahad tu seperti biasa le ramai orang. Tapi muat le badan aku menghipit masuk.. actually orang takde le ramai sampai melimpah ruah, tapi biasa camtu2 je.. masih ada ruang dan tak rasa sesak nafas pun.. Alhamdullilah..
Dah jumpa akunyer bekas plastik tu, handpon lak berdering2.. nama abang aku tertera.. tapi yang bercakap anak sulung dia, si sufia tu.. comel je suara tanya auntie dia nie kat mana.. rindu kat aku ghamaknya budak tu.. aku pun rindu gak kat dia, almaklum le dah berzaman rasanya tak jumpa, sebulan lebih tu.. ingatkan raya nie jumpa le dia kat kampung, tapi hampa sungguh sebab abang aku hanya akan balik dari KL pada raya ke tiga, aku lak pepagi raya ketiga tu bertolak balik ke KL. Tak dapat la kami berjumpa nampak gayanya.. frust gak..
Aku bukan nak lelama kat dalam Mydin tu, dah beli bekas plastik tu, aku terus keluar, sebab janji ngan Dija, pukul 6 ambik dia kat LRT Pasar Seni. Masa aku keluar dari Mydin tu, jam dah pukul 5.30, my hubby called, cakap bas dia dah jalan, aku keluar Mydin, nampak bas Transnasional tu lalu.. sah bas yang dia naik tu..
Aku pi amik Dija kat taxi stand Pasar Seni.. ada ke minah tu tak tau mana tempat yang aku cakap tu.. dia boleh pergi menghala ke bus stand Klang.. adusss.. ade le dalam 10 minit aku dok tunggu dia.. nasib baik dia jumpa aku..
Aku menghalakan ke Nara Restaurant kat Pantai Dalam.. sampai di Pantai Dalam, kereta punya le banyak.. nak parking punye le susah.. last2 aku amik keputusan untuk mencuci kereta aku.. menapak le sket ke Nara tu.. sangkakan pukul 6.30 petang masih awal lagi, aku & Dija, suka ati masuk restaurant dan terus duduk.. tak tau laa pulak kena booking dulu.. pelayan dorang mintak aku beralih tempat sebab tempat tu telah dibook.. siutt betol.. aku dok tercorot tepi dinding berdekatan ngan pintu masuk.. yang paling terkejut, ayam golek pun dah abis.. aper ke mende nie.. awal lagi dah habis.. aku pertikaikan jugak, aku cakap kalau dah abis apersal dorang masih beratur.. dorang punya alasan, yang beratur masih ada lagi, tapi kalau nak makan kat situ, dorang dah tak amik.. adoiii.. memacam le.. aku nekad beratur sama ngan dorang .. nasib baik aku dapat ayam golek tu.. kalau tak ada gak ala2 bengang.. sebabnya si Dija order sup tulang tak sampai2.. makan le kita nasi puteh, ayam golek ngan kerabu sotong (memang kerabu sotong dia powerr..)..
dah abis makan, amik kete... pi hantar Dija kat Vista Angkasa.. sampai sana pukul 8 malam, si Dija nie pulak excited dok bercerita, dia tak perasan ghamaknya mata aku dah kuyu2.. aku menguap banyak kali.. ngantuk le.. tapi dia masih meneruskan cerita dia tu sampai ke pukul 9.45.. just imagine aku punye ngantuk tu.. rerasa aku boleh tertidor kat stereng kereta tu.. hahhahaha.. tapi aku pertahankan mataku supaya terbukak dan mendengar certa ceriti dari dia nie..
Aku agak dalam pukul 10.15 kot aku sampai rumah.. & tidur kat pukul 11 malam.. sebab aku kena basuh pinggan le & memana yang patut.. aku tak nak pagi besok aku kena buat menda2 tu semua.. punye le ngantuk..
Terjaga dalam pukul 1.30 sebab sms masuk.. my hubby buat testing henpon dia.. adusss.. takpe ngan mata yang amat sukar nak bukak aku cakap testing dia diterima pastu aku dah tido & akan sambung tidorrr.....ZZzZZZzzzzzzz.....

Friday, October 21, 2005

Bila Nak Mula Menulis Nie???!!!!!


Huh.. bila nak mula menulis???!!!..

Iyer lah selama2 nie, memang menceduk dari orang lain punya tulisan kan.. bila nak start menulis sendiri.. entah lahh..

tajuk sekadar nukilan rasa.. tapi macam cakap tak serupa bikin je.. hahaha.. hahahaha.. nama blog yang sungguh mengelirukan.. tapi takpe start sikit2 pun takpe.. kata orang sikit2 lama2 jadi bukit.. iyor lah tu..

tengah berkira2 apa yang nak ditaipkan tetiba ada pulak email berkenaan dengan kembar Anak Pak Arab nie, yang ada tulisan Allah dekat dahi masing2. Tak tahu le samada tanda nie memang semula jadi ada, atau memang ditulis di dahi bayi tersebut. Wallahu alam, hanya Allah jua yang maha mengetahui..

Thursday, October 20, 2005

News Flash-PM's Wife Datin Seri Endon Mahmood passed away this morning @ 7.50 am

For your information and to all Muslims staff, let us pray AL-FATIHAH for ALLAHYARHAMAH.
ISTERI PM DATIN SERI ENDON MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia di kediaman
rasminya Seri Perdana di Putrajaya jam 7.55 pagi ini setelah beberapa tahun
bertarung

Gerhana Matahari Cincin dan Rukyah

BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM

WAHYU DAN AKAL - IMAN DAN ILMU 698. Gerhana Matahari Cincin dan Rukyah

Kita saksikan pada bola langit matahari dan bulan ibarat dua orang atlet berlomba lari. Dalam perlombaan itu matahari lebih cepat sedikit dari bulan. Pada waktu atlet matahari sedang berpapasan dengan bulan dalam ilmu falak disebut dalam keadaan ijtima' atau conjuction. Atlet matahari bergeser ke utara dan selatan, sehingga jarak titik terbenam bulan dengan titik terbenam matahari bervariasi. Kalau titik terbenam matahari berimpit dengan titik terbenam bulan pada waktu terjadi ijtima' maka bulan menutup matahari, terjadilah gerhana matahari penuh. Inilah yang terjadi pada hari Senin 3 Oktober 2005 dan dapat disaksikan gerhana berbentuk cincin yang lama. Mengapa berbentuk cincin?, karena pada waktu itu bulan sedang pada jarak yang cukup jauh dari bumi (orbit bulan agak lomjong), sehingga bulan tampak menjadi kekecilan, tidak dapat seluruhnya menutup matahari. Namun bagi penduduk di Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) belumlah sempat kelihatan bentuk cicin itu, karena kedua benda langit tersebut keburu tenggelam, sehingga hanya sebagian piringan matahari bagian bawah yang ditutup oleh buian atas piringan bulan. Maka bagi penduduk di NAD bulan lebih dahulu terbenam dari matahari, sehingga tatkala bulan terbenam seluruhnya, matahari masih ada sebahagian di atas ufuk, itu berarti belum wujud bulan baru (hilal) di NAD. Pada malam Selasa itu di NAD masih bulan Sya'ban. Inilah yang unik. Di NAD orang dapat meru'yah bulan, namun hilal belumlah wujud. Malam Rabu barulah masuk 1 Ramadhan. Makin ke barat atlet matahari makin mempunyai kesempatan mendahului atlet bulan terbenam. Maka di Makkah atlet matahari sudah meninggalkan atlet bulan di belakangnya. Atlet matahari lebih dahulu terbenam, meninggalkan atlet bulan di atas ufuk, maka wujudlah hilal di Makkah. Malam Selasa masuklah 1 Ramadhan. Maka demikianlah di Makkah orang lebih dahulu satu hari berpuasa.

Adapun di sebelah timur NAD, termasuk di Makassar ini atlet matahari belumlah menyusul atlet bulan, artinya atlet matahari masih ada di belakang, sehingga atlet bulan lebih dahulu terbenam, hilal belumlah wujud, malam Selasa masih bulan Sya'ban, maka malam Rabu barulah masuk 1 Ramadhan. Kita yakin betul para pakar dalam Lembaga rukyah dan hisab di Makassar ini, sangat faham betul bahwa pada malam Selasa itu di Makassar ini hilal belum wujud, karena gerhana matahari itu sudah dipublikasikan secara luas oleh media grafika, di NAD orang sudah merukyah bulan, namun hilal belumlah wujud, seperti dipaparkan di atas.

***

Sabda RasuluLlahi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: Man Shaama Ramadhaana Iymanan waHtisaaban Ghufiralahu Maa Taqaddama min Dzanbihi. Barang siapa berpuasa Ramadhan dengan iman dan introspeksi diampuni dosanya yang telah lalu.

Maka introspeksi itu antara lain, buat apa kita di Makassar ini pergi merukyah bulan, pergi makan-makan dan membagi-bagi emplop, bukankah anggaran untuk merukyah itu lebih patut dialihkan oleh Panitia menjadi "subsidi rukyah" mengikuti jejak kebijakan "subsidi BBM" bagi fakir muskin? Dalam konteks melacak fakir miskin yang berhak memperolah "subsidi BBN" ini, saya menyatakan protes kepada yang bertugas melacak daerah sebelah belakang (timur) STM jalan Sunu. Mengapa saya protes, karena saya tahu berul seorang hamba Allah yang malang bernama Bacok Bassek, yang rumahnya antara STN dengan Masjid Syura, ia miskin, buta kedua matanya, kaki kanannya telah buntung bekas amputasi, kaki kirinya sudah hampir lumpuh seluruhnya, bukan pensiunan, tidak memperoleh kesempatan untuk mendapatkan rezeki dari "subsidi BBM". Oleh sebab itu wahai para petugas yang melacak fakir miskin dalam konteks "subsidi BBM", perlulah introspeksi, hindarkanlah diri dari YKDzB BALDYN, dibaca yukadzdzibu biddi-n, artinya mendustakan agama, karena salah satu kriteria mendustakan agama adalah:-- WLA YhDh ALY Rh'AAM ALMSKYN (S. ALMA'AWN, 107:3), dibaca: wala- yahudhdhu 'ala- tha'a-mil miski-n (s. alma-'u-n), artinya: Dan tiada menyuruh memberi makan orang-orang miskin. "Tiada menyuruh", artinya membiarkan fakir miskin yang berhak mendapatkan rezeki dari "subsidi BBM", tidak terlacak. WaLlahu a'lamu bisshawab. *** Makassar, 16 Okrober 2005
[H.Muh.Nur Abdurrahman]

Wednesday, October 19, 2005

Kepupusan Sifat kelelakian : tanda akhir zaman...

Lelaki pelindung wanita makin kurang
Oleh Mohd Fazri A Murad
DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Antara tanda hari kiamat ialah
ilmu semakin sedikit
dan kejahilan semakin banyak,
zina akan berleluasa,
wanita semakin ramai
dan lelaki [qowwamun] semakin kurang
sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki”.
(Bukhari dan Muslim)Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan
dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini
nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi
mahupun tanggungjawab. Mengapakah fenomena
ini terjadi, apakah puncanya, dan bagaimanakah
langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai
yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya
bilangan ‘lelaki lembut’ yang meniru gaya hidup wanita,
seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan
suatu masa dahulu, atau semakin kurangnya bilangan
lelaki di dunia pada masa ini.Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya
lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki
seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu
lelaki sebagai ‘qowwamun’ (pelindung) kepada wanita.
Allah berfirman di dalam

surah an Nisa’ ayat 34:

Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi
kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian
mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita)
dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
daripada harta mereka.Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita
dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar
mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya
dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4
orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah
lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak
perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin
perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak
pula sama kedudukannya.Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia,
bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin
yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka
itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya
dan begitulah seterusnya.Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan
bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang
daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan
perkataan ‘qowwamun’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita
dan baginda tidak menggunakan perkataan ‘ar-rijal’ yang membawa
makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki
yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita,
sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka
sebagai alat melepaskan nafsu. Lihatlah laporan yang selalu dipaparkan di media cetak dan
elektronik mengenai moral atau akhlak masyarakat kita,
khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat.Peningkatan kes rogol, sumbang mahram, bunuh,
samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan
pembantu rumah, jelas menunjukkan
betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini.
Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian
kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan
tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada
wanita, seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis nabi.Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia
akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan
perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari,
tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama
barang mainan. Pendek kata jika masyarakat
mempunyai ramai lelaki pelindung,
kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan
lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah
dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang
setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau
mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak menengking,
tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut
kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak
akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit
manapun masalah yang dihadapinya. Sayangnya lelaki pelindung
semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini.Namun, wanita juga turut menyumbang
kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan
lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin
menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka
juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap
tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama,
semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi
oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material
semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan
(GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah
dalam masyarakat.Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk
melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian
ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak
dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika
lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari
mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau diperalatkan
untuk kepentingan duniawi.Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan
kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki
Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah
dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita
dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia
wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah
Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki
menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung
terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah
menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita,
terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi
wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat
Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan
sentiasa menjadi pelindung kepada wanita.

Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :
Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia
pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah!
Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab,
jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan,
jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian,
kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan
dia buruk. (Abu Daud)

-------------------------------------------
Arkib Harian Metro!
Tiada yang lebih tinggi dan indah dari Islam...

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia,
Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan,
Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat,
Mengapa Kini Terkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih,
Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar,
Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia,
Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan".
Ketika MayatDiusung....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Dishalatkan....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....
terdengar Suara Memekik Dari Langit,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa,
Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,
Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata,
Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....
Allah Berkata Kepadanya,
"Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,
"Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Anda Ingin Beramal Shaleh...?
Tolong Kirimkan Kepada Rekan-Rekan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!!Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaranbagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.

Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau kapan kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita kapan kematian akan menjemput kita???

Peringatan Dari Mufti

Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.
"Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat."Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan," katanya.
Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam. "Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusia mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas," katanya.
Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan kitab itu.
"Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu.
"Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun Gempar 2005' itu yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana berpasangan pada Oktober. Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan.
Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun ini. Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk. Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu. "Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah.
"Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan," katanya. Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana berpasangan. Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah. Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya. Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada Ramadan. "Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan. "Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di Lautan India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh dilihat," katanya. Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri kepada Allah. "Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat, puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang dikehendaki," katanya.
abuya wrote:PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN IMAM MAHADI AKAN MUNCUL. DAJJAL TERLALU HAMPIR NABI ISA AKAN TURUN Assalamualaikum wbt Saudaraku kaum muslimin. Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan " Betul ke? ".Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata " Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?" Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya " Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka" Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya "
Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?" Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji'un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah. Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka.
Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan (Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional. Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhanamatahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini. Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula berlaku Ma'ma'ah (huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006. Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al- Masih (Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan? Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau. Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.
Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al- Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai'at berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir. Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak. Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir. Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel. Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya- tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan " masuk jawi" dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?
Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin. Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah. Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah. Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu. Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.
Lawatilah laman web zionis – " Temple institute". Di sana kita akan >lihat>betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk>menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama >sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.
Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat>persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat >dekat.>Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi.>Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga >penuh>hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan>amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum >keluarga>meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda>gelombang demi gelombang.
Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar>jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw >sejak>1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada >umatnya>untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa >tersebut>kepada para sahabat begitu teliti seperti>mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih >jauh dari>era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya.>Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita>ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap >sambil>lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini >langsung tidak>tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.
Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau >mati.>Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir,>Na'uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman>Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang >fitnah>Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang >peristiwa paling>dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa >yang>saya lampirkan ini.
Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin >jika ada>salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya>memberi peringatan.
Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.
Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal.
Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.
Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi
HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN
BULAN & TAHUN BULAN & TAHUN PERISTIWA
Ogos2005 Rejab 1426 Kematian Raja Fadh
Oktober 2005 Ramadhan 1426
1. Gerhana di awal bulan
2. Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*
3. Gerhana di ditengah bulan(siang)
4. Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.
November 2005 Syawal 1426 Peperangan dan huru hara
Disember 2005 Zulkaedah 1426 Konflik antara Negara Islam/suku kaum
Januari 2006 Zulhijjah 1426 Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
Februari 2006 Muharam 1427 ( Hari Asyura) Imam Mahadi di bai'at
*Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun *
HANYA ALLAH S.W.T. YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA

Tuesday, October 18, 2005

Akademi UMNOSIA By Isa Samad

BERHENTI BERHARAP
Penyanyi: Isa samad (Shushah...shushaH shajer)
Akademi UMNOsia ke 3 (2005)


Aku tak percaya lagi
Dengan janji yang kau beri
Kau terus kaya sendiri
Dengan kontrak juga AP
Aku tak percaya lagi
Walau pun Islam Hadhari
Yang kata mampu terangi
Malah tiada terbukti
Aku berhenti berharap (start keluarkan air mata macam Rafidah)
Semua harta kau nak lahap
Sampai nanti suatu saat
PAS perintah, kau kan dapat.
Putar belitkan cerita
Konon bahagia tercipta
Kau kata tangkap mereka
Kenapa aku sahaja...woooo (lenggok style Zahid)
(Korus)
Aku pulang....
dengan dendam....
Aku tahu penipuanmu
Engkau laknat....
Juga bangsat..
Kupastikan kekalahanmu..
Kau ajar mereka rasuah
Kau selamatkan pula Rafidah
Kau janjikan aku bahagia
Tapi kini aku derita
Rasuahku tak seberapa
Cuma beberapa juta saja......woooo (lenggok)
(Ulang Korus dan melutut)



Komen 1
Kudsia Kahar: bagus dan persembahan terbaik setakat ini, penuh perasaan
seperti anda betul-betul terlibat. Kemudian kalau boleh minggu ni, tabah
sikit jangan mudah menangis kerana politik diluar nanti, lagi hebat.
Harapan saya beri dia peluang untuk ke minggu hadapan supaya Isa boleh
buat rasuah yang lebih hebat, OK aznil terima kaseh.


Komen 2
Adlin: Nanti kalau aku puji kau, orang kata aku suka kau, tapi kau tak
macam sedih dan cara kau menangis macam bapok. Kalau boleh biar Pak Lah
berada bersama ketika menyanyi , supaya Isa boleh menyanyi penuh
perasaan. Terima kaseh.


Komen 3
Shafinaz: Nafas agak semput macam nak mati, sebutan tak sempurna macam
cuba sembunyikan kesalahan diri. Dan Isa tak payah pakai rambut panjang
palsu, sebab Isa memang tak handsome dan juga Isa kalau boleh buat cara
Isa, sebab ramai sangat peserta UMNOsia ni perangai serupa, ok. Good
luck

Monday, October 17, 2005

Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Yang Terakhir..

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikirtentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktusholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalusetiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmanimenanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-RahmanDuhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir
buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kamimenyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahisemoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nantiNamun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itu hanyalahberusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Khasiat Surah Al Quran

Petikan Ceramah oleh Dr. Fatma El Zahra di RTM 1

1)Surah Al Waaqiah / Ayat 19
Khasiat : Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit
Mereka tidak merasa pening kepala
dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
Wherefrom they will get neither any aching of the head, nor any intoxication.
N/B: Seluruh Surah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur. Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.

2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :
Baca dalam apa jua musibah bukan hanya untuk kematian
Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.
Who, when afflicted with calamity, say: "Truly! To Allâh we belong and truly, to Him we shall return."
N/B: Seluruh Surah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.

3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :
Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar
[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. WahaiTuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
"O my Lord! Make me one who performs As-Salât (Iqâmat-as-Salât), and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.

4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3
Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.
Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Then when they are about to fulfil their term appointed, either take them back in a good manner or part with them in a good manner. And take for witness two just persons from among you (Muslims). And establish the witness for Allâh. That will be an admonition given to him who believes in Allâh and the Last Day. And whosoever fears Allâh and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty).
[3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allâh, then He will suffice him. Verily, Allâh will accomplish his purpose. Indeed Allâh has set a measure for all things.

5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :
Baca sebelum tidur, untuk kukuhkan iman
[3] Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
He is the First (nothing is before Him) and the Last (nothing is after Him), the Most High (nothing is above Him) and the Most Near (nothing is nearer than Him). And He is the All-Knower of every thing.

6) Surah Tâ­Hâ. / Ayat 25 - 27
Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok di ajar kepada anak.
[25] Nabi Musa berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
Mûsa (Moses)] said: "O my Lord! Open for me my chest (grant me self-confidence, contentment, and boldness).
[26] Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
"And ease my task for me;
[27] Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku
"And make loose the knot (the defect) from my tongue, (i.e. remove the incorrectness from my speech) [That occurred as a result of a brand of fire which Mûsa (Moses) put in his mouth when he was an infant]. [Tafsir At-Tabarî, Vol. 16, Page 159].

7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15
Doa untuk jauhkan seksa kubur.
Untuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.
Untuk Mohon murah rezeki
[14] Tidakkah Allah yang menciptakan
sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Should not He Who has created know? And He is the Most Kind and Courteous (to His slaves) All-Aware (of everything).
[15] Dialah yang menjadikan bumi bagi
kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah
di merata-rata ceruk rantaunya, serta
makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah;
dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat
kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula; (maka hargailah nikmatNya dan
takutilah kemurkaanNya).
He it is, Who has made the earth subservient to you (i.e. easy for you to walk, to live and to do agriculture on it, etc.), so walk in the path thereof and eat of His provision, and to Him will be the Resurrection.

8) Surah Al Qadr
Doa untuk orang yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan
(Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Verily! We have sent it (this Qur'ân) down in the night of Al-Qadr (Decree)[]
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
And what will make you know what the night of Al-Qadr (Decree) is?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping Allâh in that night is better than worshipping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
; Therein descend the angels and the Rûh [Jibrael (Gabriel)] by Allâh's Permission with all Decrees,
5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Peace! (All that night, there is Peace and Goodness from Allâh to His believing slaves) until the appearance of dawn.

9) Surah Al-Anbiyâ' / Ayat 83 :
Doa Nabi Ayob – sakit menderita selama 18 tahun,ditinggalkan sendirian.
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepadaTuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.
And (remember) Ayûb (Job), when he cried to his Lord: [83] "Verily, distress has seized me, and You are the Most Merciful of all those who show mercy."

10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :
Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman.
15] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh
mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
And We have enjoined on man to be dutiful and kind to his parents. His mother bears him with hardship and she brings him forth with hardship, and the bearing of him, and the weaning of him is thirty (30) months, till when he attains full strength and reaches forty years, he says: "My Lord! Grant me the power and ability that I may be grateful for Your Favour which You have bestowed upon me and upon my parents, and that I may do righteous good deeds, such as please You, and make my off-spring good. Truly, I have turned to You in repentance, and truly, I am one of the Muslims (submitting to Your Will)."

11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74
Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).
[74] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan
hati melihatnya dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
And those who say: "Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring who will be the comfort of our eyes, and make us leaders for the Muttaqûn" (pious - see V.2:2 and the footnote of V.3:164)."

12) Surah Al-Imran / Ayat 200
Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.
[200] Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan)
you who believe! Endure and be more patient (than your enemy), and guard your territory by stationing army units permanently at the places from where the enemy can attack you, and fear Allâh, so that you may be successful.

13) Surah Ash-Sharh
Dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati.
Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang.
40X selepas solat fardhu.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan
bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta
mengisinya dengan iman dan hidayat
petunjuk)?
Have We not opened your breast for you (O Muhammad (Peace be upon him))?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
And removed from you your burden,
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan
memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)?
Which weighed down your back?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu:
Sebutan namamu (dengan mengurniakan
pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
And raised high your fame?
5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
So verily, with the hardship, there is relief
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Verily, with the hardship, there is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs).
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
So, when you have finished (from your occupation), then stand up for Allâh's worship (i.e. stand up for prayer).
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan
ingini).
And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations.

14) Surah Al-Anbiyâ' / Ayat 87
Dibaca oleh Nabi Yunus untuk menghapus dosa.
[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan;(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
And (remember) Dhan-Nûn (Jonah), when he went off in anger, and imagined that We shall not punish him (i.e. the calamites which had befallen him)! But he cried through the darkness (saying): Lâ ilâha illa Anta [none has the right to be worshipped but You (O Allâh)], Glorified (and Exalted) are You [above all that (evil) they associate with You]. Truly, I have been of the wrong-doers."

15) Surah Al-Anbiyâ' / Ayat 89
Dibaca oleh Nabi Zakaria untuk mendapat zuriat
[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya denganberkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
And (remember) Zakariya (Zachariah), when he cried to his Lord: "O My Lord! Leave me not single (childless), though You are the Best of the inheritors."
Lepas baca doa sambung dengan menyebut nama Allah - Ya-Bariq, Ya-Khaliq, Ya-Musawar, Ya-Razak, Ya Qarim, Ya-Wahab, Ya-Allah.

16) Surah Ad-Duha
Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7X selepas subuh dan 7X selepas maghrib.
Murahkan rezeki- hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7 X dan sambung dengan Ya- Ghani.
Untuk terang hati baca 40X sehari selama 41 hari.
[1] Demi waktu Dhuha;
By the forenoon (after sun-rise);[]
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi;
And by the night when it is still (or darkens);
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad)
tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci
(kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh
kaum musyrik).
Your Lord (O Muhammad (Peace be upon him)) has neither forsaken you nor hated you.
[4] Dan sesungguhnya kesudahan
keaadaanmu adalah lebih baik bagimu
daripada permulaannya.
And indeed the Hereafter is better for you than the present (life of this world).
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan
memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan
di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
And verily, your Lord will give you (all i.e. good) so that you shall be well-pleased
[6] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
Did He not find you (O Muhammad (Peace be upon him)) an orphan and gave you a refuge?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
And He found you unaware (of the Qur'ân, its legal laws, and Prophethood, etc.) and guided you?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
And He found you poor, and made you rich (selfsufficient with selfcontentment, etc
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Therefore, treat not the orphan with oppression,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
And repulse not the beggar;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
And proclaim the Grace of your Lord (i.e. the Prophethood and all other Graces).

17 ) Surah Al_ Kaafiruun
Khasiat : Mati dalam iman amalkan 1 X sebelum tidur.
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
Say (O Muhammad (Peace be upon him)to these Mushrikûn and Kâfirûn): "O Al-Kâfirûn (disbelievers in Allâh, in His Oneness, in His Angels, in His Books, in His Messengers, in the Day of Resurrection, and in Al-Qadar, etc.)!
[2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"I worship not that which you worship,
[3] Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah
"Nor will you worship that which I worship
[4] Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
"And I shall not worship that which you are worshipping.
[5] Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Nor will you worship that which I worship.
[6] Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku
"To you be your religion, and to me my religion (Islâmic Monotheism)."

10 Steps To Better Decision Making

1. Making a difficult choice can seem harrowing when you feel you're working alone. Involve others in your decision making by asking for criticism and seeking advice from those who can approach the choice from a fresh perspective. Listen to opinions that fall on both sides of the topic at hand. You may also want to consult an expert.

2. Learn from your mistakes as well as your triumphs. Examine decisions you have made in the past as they will teach you more than you will learn from most other sources. Though some decisions will not seem important, all decisions shape our lives and should be regarded as educational. Apply that knowledge to your current dilemma.

3. A good decision acted upon in a timely matter is always better than a great one acted upon too late. It is important to recognize that you will never know enough to make the perfect decision. Don't become paralyzed by your need to foresee all possible outcomes to every possible choice.

4. Involve your head and your heart. Ask both practical questions and personal questions about the problem at hand. Considering the facts as well as your feelings (and the feelings of others) when examining your options will ensure that you make a balanced decision.

5. Before anything else, focus on the most basic, necessary results. Often, a decision maker will get bogged down thinking about the non-essential elements of a decision. Avoid considering extraneous factors and far-fetched perfect outcomes. Ask yourself, "What needs to be done?"

6. Consider the entire range of possibilities, no matter how unlikely. When faced with a complex decision, brainstorm by yourself or with others to find as many of the vital elements as possible. Evaluate those elements as they relate to the choice you must make.

7. It was a wise person who noted that, "you can't please all of the people all of the time." Almost all decisions will involve some dissatisfaction or conflict. Some decisions may even create new problems. Once you have made a decision, stand by it. Keep in mind that you have used your best judgment and it was the best choice at the time.

8. Don't waste time on poor choices. Reject poor choices, even if you've begun to implement them, and stop doing the things that aren't working, so you can focus on the solutions that have strong potential.

9. Consult with the people who will be directly affected by your decision. People appreciate being heard and enjoy when their opinions are seen as valuable. Even making a simple choice can have a profound impact on those around you.

10. It is easy to dismiss your intuition, but in doing so, you may be disregarding valuable insight and even solutions. Ask yourself what choices you would make if you weren't afraid and then see what your subconscious offers as an answer. Try to ignore the fear of error when consulting your "gut."

Adab Memotong Kuku



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Wednesday, October 12, 2005

Berfikiran Positif Kunci Kejayaan

Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang.


Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu?

Bangkitkan Motivasi.
Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja.


Yakinlah Boleh.
Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. " Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh." Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.

Jangan Fatalistik.
Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa
" Saya pada dasarnya bodoh " misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan. Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.

Lihat Sisi Baik.
Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu
" kebodohan yang menimbulkan berbagai kecelakaan ", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai kebahagiaan.

Berdikari Selalu.
Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.

Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai perjalanan berfikiran positif anda.

Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran positif.
" Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa yang anda inginkan. "

Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.

Amalan Dalam Islam

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKANKESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah danberdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikuthukum Islam.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat darikapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidakterlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH
MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.


FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liurkita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalamair sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KEDALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya kedalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil danbuangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudahselamat digunakan.Ingat jangan membazir, orang yang membazir ituadalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADIPELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yangbercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yangdiperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan keranamendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnyasupaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUKBADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DIAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukankerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEHRASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikansembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaanberwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk danbersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelumterbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelahrusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetapkedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkenaseparuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuacayang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.


CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katilsetelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelumtidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangundari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak matadengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DANMEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYAPENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Tuesday, October 11, 2005

Diam Ada Lah Lebih Baik Dari Berkata-kata

Memang benar seandainya sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena atau tidak membabitkan kita, ada lah lebih baik kita berdiam diri dari berkata-kata. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita cakapkan adalah bagus, tapi itu anggapan kita sahaja, kita tidak tahu bagaimana anggapan orang lain. Mungkin mereka akan mentertawakan kita di belakang atau lebih teruk lagi kita akan di cerca... siapa tahu. Alangkan baiknya sekiranya kita berfikir dahulu sebelum melontarkan kata-kata yang bakal memakan diri.
Aku cuba belajar untuk tidak banyak bercakap, dan bercakap apabila perlu sahaja. Memang sukar untuk melakukannya kerana aku sememangnya suka bercakap merapu dan suka mencelah cakap orang. Aku juga telah belajar banyak dari kesilapan diriku sendiri, ini semua angkara bercakap tanpa berfikir. Akan aku cuba untuk memperbaiki kelemahan ku ini, aku inginkan apayang terkeluar dari mulutku adalah dari buah pemikiran yang bernas dan boleh diterima pakai oleh semua orang.
Aku sering melihat mereka yang suka bercakap menjadi bahan ketawa dan dicerca orang. Aku tidak ingin hal ini terjadi kepada diriku dan semoga dijauhi dari terjadi kepada diriku. Bagi diriku akan ku cuba untuk berdiam diri dan tidak menyampuk selagi ia tidak mengganggu gugat hidupku. Aku ingin berpegang kepada prinsip "aku tak kacau hidup orang, dan tolong jangan kacau hidup aku". Dengan prinsip ini aku boleh hidup dengan tenteram dan aman bahagia.
Iya, itu mungkin prinsip yang bagus, tapi mulut kita boleh ditutup dan diamkan tapi bagaimana dengan mulut orang lain. Ketahuilah mulut orang lain kita tidak dapat diamkan dan tutup. Seandainya orang mengata dan menyakitkan hati kita cuba sedaya upaya untuk menerimanya secara positif. Memang susah untuk melakukannya. Tapi Insya'Allah dengan latihan yang berterusan terhadap akal, emosi dan jiwa, kita semakin boleh bersabar dan tabah untuk menghadapai kerenah manusia di sekeliling kita.
Petikan dari kata-kata pujangga:
Jika orang bodoh bercakap, jangan lah engkau menjawabnya sebab sebaik-baik jawapan baginya adalah diam seribu bahasa.

Berfikiran Negatif Tidak Menguntungkan

" No empowerment is so effective as self-empowerment. In this world, the optimists have it, not because they are always right, but because they are positive. Even when wrong, they are positive, and that is the way of achievement. "
David Landes - California

Tidak ada kekuatan yang paling efektif dibandingkan kekuatan dari dalam diri
sendiri. Di dunia ini, hanya orang-orang optimis yang mempunyai kekuatan besar. Bahkan ketika segalanya berjalan keliru, mereka tetap positif dan itulah jalan menuju prestasi.


Berdasarkan beberapa penelitian ilmiah disimpulkan bahawa berfikiran negatif memberikan pengaruh buruk yang lebih besar dibandingkan dengan impact positifnya. Salah satu pengaruh berfikiran negatif adalah melemahkan sistem kekebalan tubuh. Berfikiran negatif juga menyebabkan seseorang tertekan dan kehilangan banyak energy. Impact yang lebih buruk dari berfikiran negatif adalah mengakibatkan seseorang tidak mampu lagi berbuat sesuatu untuk menciptakan prestasi mahupun kebahagiaan.

Kisah asmara sepasang muda-mudi berikut ini menjelaskan bagaimana fikiran yang negatif menyebabkan kisah asmara itu terkandas begitu sahaja. Tragedi itu bermula ketika pemuda tersebut harus pergi berjuang ke medan perang. Pada saat menghadapi peperangan, kaki kanannya putus terkena bom. Dia merasa tidak lagi layak memiliki gadis pujaan hatinya kerana kakinya cacat.

Terpaksa dia meminta bantuan temannya agar memberitahu kekasihnya itu
bahawa dia sudah gugur di medan peperangan. Disebabkan kejadian itu, dia
justeru melalui hari-harinya dengan keputus-asaan, kerana dia masih sangat
mencintai wanita itu. Hingga pada suatu ketika dia mendengar bahawa mantan kekasihnya akan dinikahkan.

Pemuda tersebut merasa gembira bercampur sedih. Di satu sisi dia gembira
kekasih hatinya sudah dapat menemukan pengganti, tetapi dia sedih kerana
kekasihnya akan segera menjadi milik orang lain. Pemuda tersebut ingin melihat mantan kekasihnya tersenyum bahagia. Dia sengaja datang pada majlis pernikahannya dan terus memperhatikan wanita itu secara diam-diam.

Tetapi dia sangat terperanjat ketika melihat calon suami kekasihnya itu. Sebab
pemuda itu adalah teman seperjuangannya yang terputus kedua kakinya akibat
perang. Pemuda tersebut sangat menyesal mengapa dulu dia berfikiran negatif
dan terburu-buru memutuskan untuk mengundurkan diri hanya kerana kakinya terputus satu. Mengapa dia tidak menemui kekasihnya terlebih dahulu dan menanyakan secara peribadi. Tetapi semuanya sudah terlambat, pemikiran negatif hanya meninggalkan penyesalan.

Kisah tersebut sebenarnya menegaskan bahawa kita seharusnya memikirkan
kemungkinan terbaik terlebih dahulu, sebelum memikirkan kemungkinan terburuk. Sebab apa yang terjadi di depan nanti mungkin jauh lebih baik dari apa yang kita fikirkan. Semuga kita mempunyai satu kesamaan pendapat bahawa berfikiran positif itu jauh lebih menguntungkan.

Kerana itu budayakan berfikiran positif dalam hidup anda. Kemampuan berfpikiran positif terbentuk oleh kebiasaan-kebiasaan yang positif pula. Berikut ini merupakan tips membiasakan diri agar setiap saat berfikiran positif.

Tips yang pertama adalah mengurangi informasi negatif. Mungkin anda cenderung lebih sering mendengar berita tentang tragedi mahupun tindak kejahatan, penindasan, penyelewengan dan sebagainya. Tetapi tentang keharmonian, kepedulian, kejujuran dan cinta kasih seringkali luput dari perhatian. Maka mulai saat ini kurangkan informasi tentang hal-hal yang negatif. Pada saat yang sama, konsumsi berita-berita yang membangkitkan optimisme. Ada baiknya jika anda berusaha bergaul hanya dengan orang-orang yang secara pasti memberikan kemasukan positif terhadap cara berfikir.

Ada pendapat mengatakan, " Get around the right people. Associate with
positive, goal-oriented people who encourage and inspire you.
– Bergaulah dengan orang yang tepat. Bekerjasamalah dengan orang yang positif, yang berorientasi kepada hasil, mereka yang membangkitkan semangat dan menginspirasikan banyak perkara kepadamu."
Dengan demikian, lambat-laun cara berfikir anda akan lebih positif.

Tips yang kedua adalah memfokuskan diri hanya kepada perkara-perkara yang
positif. Dalam hal ini anda dituntut untuk lebih mensyukuri kurnia Allah SWT Yang Maha Esa. Daripada memikirkan tentang sesuatu yang hilang / kurang dalam hidup, akan lebih baik bila anda membuat daftar anugerah Allah SWT Yang Maha Esa yang membuat anda merasa lebih bersyukur.

Contohnya jika anda sedang kesal atas kemalangan yang menimpa, yang mungkin merupakan tayar yang pancit, kesesakan dijalanraya, pekerjaan belum siap, kehilangan dan sebagainya. Daripada terus memikirkan kemalangan itu, apakah tidak sebaiknya anda merenungkan betapa besar anugerah Allah SWT Yang Maha Esa, kerana keajaiban kerja jutaan sel dalam tubuh anda. Anugerah itu memungkinkan anda tetap bernafas, melihat, mendengar, dan sebagainya. Pada saat itulah, anda akan dapat merasakan bahawa kemalangan yang sedang anda alami tidaklah seberapa dibandingkan anugerah Allah SWT Yang Maha Esa. Sehingga anda dapat berfikiran positif lagi dan dapat menyelesaikan pekerjaan dengan baik.

Tips selanjutnya adalah menerima kejadian apa adanya dan menghilangkan kesan negatif atau trauma. Namun jika trauma itu benar-benar sukar dihilang kan, bukan bererti itu merupakan tanda-tanda kelemahan anda. Cubalah sekali lagi memikirkan penyelesaian konstruktif dan melakukan sesuatu yang memudahkan usaha anda melupakan segala trauma atau kesan negatif.

Sebaiknya praktikkan beberapa tips tersebut minimal dalam jangka masa satu
bulan. Pada saat itu anda dapat menilai bahawa cara berfikir akan menentukan apakah anda mampu memperolehi hasil negatif atau positif. Kata Zig Ziglar, seorang pakar motivasi; " It's not the situation, but whether we react
( negative ) or respond ( positive ) to the situation that's important.
– Bukan persoalan situasinya yang tidak tepat, yang terpenting adalah bagaimana kita bertindak-balas atau menyahut / menyambut situasi tersebut."

Pada saat yang sama anda akan dapat menilai apakah benar berfikiran positif
sangat memudahkan anda menjalani kehidupan ini? Setelah itu barulah anda boleh memutuskan samada ingin berfikiran negatif ataukah berfikiran positif sahaja. Saya yakin anda mengerti yang mana harus dipilih!

Jodoh Dan Kedewasaan Kita

Jodoh adalah problema yang serius, terutama bagi para muslimah. Kemanapun mereka melangkah, pertanyaan-pertanyaan ‘kreatif‘ tiada henti membayangi. Bila aku akan menikah? Aku rindu seorang pendamping, namun siapa? Aku iri melihat wanita muda menggendong bayi, bilakah giliranku dipanggil ibu? Aku jadi ragu, benarkah aku mempunya jodoh? Atau jangan-jangan Tuhan berlaku tidak adil?

Jodoh serasa mudah diucap, tapi rumit dalam realiti. Kebanyakan orang ketika
berbicara soal jodoh selalu bertolak dari sebuah gambaran ideal tentang kehidupan rumahtangga. Secara automatik dia lalu berfikir serius tentang kriteria calon idaman. Nah, di sinilah segala sedu-sedan pembicaraan soal jodoh itu berawal.

Pada mulanya, kriteria calon hanya menjadi 'sebahagian dari masalah', namun
kemudian justeru menjadi inti permasalahan itu sendiri.

Disini orang berlumba-lumba mengajukan ‘standardisasi’ calon: wajah rupawan, berpendidikan tinggi, wawasan luas, orang tua kaya, profesi mapan, latar belakang keluarga harmonis, dan tentu saja kualiti keshalihan.

Ketika ditanya, haruskah seideal itu?
Jawabnya mudah, "Apa salahnya? Ikhtiar tidak apa, kan?"
Memang, ada juga jawapan lain, " Saya tidak pernah menuntut. Yang penting bagi saya calon yang sholeh saja." Sayangnya, jawapan itu diucapkan ketika urat-urat keriput mulai menghiasi wajah. Dulu ketika masih fresh, sekadar senyum pun mahal.

Tidak ada satu pun dalih, bahawa peluang jodoh lebih cepat didapatkan oleh
mereka yang memiliki sifat superior ( serba unggul ). Memperhitungkan kriteria calon memang sesuai sunnah, namun kriteria tidak pernah menjadi penentu sukar atau mudahnya orang menikah. Pengalaman realiti yang dialami kerap kali menjungkirbalikkan prasangka-prasangka kita selama ini.

Jodoh, jika direnungkan, sebenarnya lebih bergantung pada kedewasaan kita.
Ramai orang merintih pilu, menghiba dalam doa, memohon kemurahan Allah,
sekaligus menuntut keadilanNya. Namun prestasi terbaik mereka hanya sebatas menuntut, tidak tampak bukti kesungguhan untuk menjemput kehidupan rumahtangga.

Mereka bayangkan kehidupan rumahtangga itu indah, bahkan lebih indah dari film- film ala bintang Hindi, Sahrukh Khan. Mereka tidak memandang bahawa kehidupan keluarga adalah arena perjuangan, penuh liku dan ujian, diperlukan nafas kesabaran panjang, kadang kegetiran mampir susul-menyusul. Mereka hanya siap menjadi raja atau ratu, tidak pernah menyiapkan diri untuk berletih-letih membina keluarga.

Kehidupan keluarga tidak berbeza dengan kehidupan individu, hanya dalam soal ujian dan beban jauh lebih berat. Jika seseorang masih single, lalu dibuai penyakit malas dan manja, kehidupan keluarga macam apa yang dia impikan?

Pendidikan, persekitaran, dan media membesarkan generasi muda kita menjadi manusia-manusia yang rapuh. Mereka sangat pakar dalam memahami sebuah gambar kehidupan yang ideal, namun lemah semangat ketika didesak untuk meraih keidealan itu dengan pengorbanan. Jika harus ideal, mereka menuntut orang lain yang menyediakannya. Adapun mereka hanya cukup dengan bergoyang kaki. Kesukaran itu pada akhirnya kita ciptakan sendiri, bukan dari siapa pun.

Bagaimana mungkin Allah akan memberi nikmat jodoh, jika kita tidak pernah siap untuk itu?
" Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sekadar sesuai kesanggupannya. "
Q.S Al-Baqarah : 286

Disebalik fenomena"lewat nikah" sebenarnya ada bukti-bukti kasih sayang Allah SWT.

Ketika sifat kedewasaan telah menjadi jiwa, jodoh itu akan datang tanpa harus
dirintihkan. Kala itu hati seseorang telah bulat utuh, siap menerima realiti
kehidupan rumahtangga, manis atau getirnya, dengan lapang dada. Jangan
pernah lagi bertanya, mana jodohku? Namun bertanyalah, sudah dewasakah aku?

Renungkan hadith ini : " Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan
isterinya dan begitu pula dengan isterinya, maka Allah memperhatikan mereka
dengan penuh rahmat, manakala suaminya menggenggam telapak tangan isterinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari sela jemarinya " Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi' dari Abu Sa'id Alkhudzri r.a.

Wallahua'lam Bisshawaab




Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

Wednesday, October 05, 2005

Di Pelamin

don't know what else can i say..

Tuesday, October 04, 2005

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 Xsebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapatmencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati jugamenenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malamsebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otakaku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Monday, October 03, 2005

I Was Here


i was here at the esplanade .. very nice place and beautiful view..

Esplanade Singapore - 8th September 2005



It's quite sometime i've not posted any news to this blog. For the whole of September, i was quite occupied with all sort of things.. my wedding, course and company trip. I have no rest at all, and i felt soooo tired. Anyhow.. i save a bit of energy to do a little posting.. On 06th September, 2005, i went to Singapore (my hubby's house) for one week. While i was there, my internet friend - Siti Mahanee a.k.a Nenek Gempak (she is very the Gempak one) showed me around, and we went to Esplanade. It was a very nice place... I enjoyed myself with taking a lot of picture. One of the picture we're not suppose to snap was the exhibition drawing.. and we called it forbidden picture..