Baru je ada cita2 nak menulis dalam blog nie, ada je halangan.. hermmm alasan je semua tu.. well.. semalam selepas menghatar my hubby naik bas at 5.15, aku pergi Mydin sat mencari bekas plastik recycle.. senang nak isi makanan. Nie, asek2 aku kekurangan bekas tu kat rumah..
Mydin Sinar Kota, di petang Ahad tu seperti biasa le ramai orang. Tapi muat le badan aku menghipit masuk.. actually orang takde le ramai sampai melimpah ruah, tapi biasa camtu2 je.. masih ada ruang dan tak rasa sesak nafas pun.. Alhamdullilah..
Dah jumpa akunyer bekas plastik tu, handpon lak berdering2.. nama abang aku tertera.. tapi yang bercakap anak sulung dia, si sufia tu.. comel je suara tanya auntie dia nie kat mana.. rindu kat aku ghamaknya budak tu.. aku pun rindu gak kat dia, almaklum le dah berzaman rasanya tak jumpa, sebulan lebih tu.. ingatkan raya nie jumpa le dia kat kampung, tapi hampa sungguh sebab abang aku hanya akan balik dari KL pada raya ke tiga, aku lak pepagi raya ketiga tu bertolak balik ke KL. Tak dapat la kami berjumpa nampak gayanya.. frust gak..
Aku bukan nak lelama kat dalam Mydin tu, dah beli bekas plastik tu, aku terus keluar, sebab janji ngan Dija, pukul 6 ambik dia kat LRT Pasar Seni. Masa aku keluar dari Mydin tu, jam dah pukul 5.30, my hubby called, cakap bas dia dah jalan, aku keluar Mydin, nampak bas Transnasional tu lalu.. sah bas yang dia naik tu..
Aku pi amik Dija kat taxi stand Pasar Seni.. ada ke minah tu tak tau mana tempat yang aku cakap tu.. dia boleh pergi menghala ke bus stand Klang.. adusss.. ade le dalam 10 minit aku dok tunggu dia.. nasib baik dia jumpa aku..
Aku menghalakan ke Nara Restaurant kat Pantai Dalam.. sampai di Pantai Dalam, kereta punya le banyak.. nak parking punye le susah.. last2 aku amik keputusan untuk mencuci kereta aku.. menapak le sket ke Nara tu.. sangkakan pukul 6.30 petang masih awal lagi, aku & Dija, suka ati masuk restaurant dan terus duduk.. tak tau laa pulak kena booking dulu.. pelayan dorang mintak aku beralih tempat sebab tempat tu telah dibook.. siutt betol.. aku dok tercorot tepi dinding berdekatan ngan pintu masuk.. yang paling terkejut, ayam golek pun dah abis.. aper ke mende nie.. awal lagi dah habis.. aku pertikaikan jugak, aku cakap kalau dah abis apersal dorang masih beratur.. dorang punya alasan, yang beratur masih ada lagi, tapi kalau nak makan kat situ, dorang dah tak amik.. adoiii.. memacam le.. aku nekad beratur sama ngan dorang .. nasib baik aku dapat ayam golek tu.. kalau tak ada gak ala2 bengang.. sebabnya si Dija order sup tulang tak sampai2.. makan le kita nasi puteh, ayam golek ngan kerabu sotong (memang kerabu sotong dia powerr..)..
dah abis makan, amik kete... pi hantar Dija kat Vista Angkasa.. sampai sana pukul 8 malam, si Dija nie pulak excited dok bercerita, dia tak perasan ghamaknya mata aku dah kuyu2.. aku menguap banyak kali.. ngantuk le.. tapi dia masih meneruskan cerita dia tu sampai ke pukul 9.45.. just imagine aku punye ngantuk tu.. rerasa aku boleh tertidor kat stereng kereta tu.. hahhahaha.. tapi aku pertahankan mataku supaya terbukak dan mendengar certa ceriti dari dia nie..
Aku agak dalam pukul 10.15 kot aku sampai rumah.. & tidur kat pukul 11 malam.. sebab aku kena basuh pinggan le & memana yang patut.. aku tak nak pagi besok aku kena buat menda2 tu semua.. punye le ngantuk..
Terjaga dalam pukul 1.30 sebab sms masuk.. my hubby buat testing henpon dia.. adusss.. takpe ngan mata yang amat sukar nak bukak aku cakap testing dia diterima pastu aku dah tido & akan sambung tidorrr.....ZZzZZZzzzzzzz.....
1 comment:
Excellent, love it! minivan van pricing Oxycodone percodan percocet roxicodone oxycontin Humidifiers perth Alltel prepaid cellphone plans phones Omega 3 fioricet Lipitor effets secondaires blackberry shut down Cky t-shirts butalbital volume of distribution History of the mazda miata radar detector comparison Free calling card - cheap phone card international Duragesic patch oxycontin oxycontin class action suit Oxycontin no prescripstion subscription http://www.body-building-supplement.info/What-does-a-lamborghini-diablo-look-like.html Faux cabinet panel
Post a Comment