Friday, October 31, 2008

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.
Ya Allah Ya Rabbii.. ampuni lah segala dosa-dosa hambaMu ini Ya Allah.. Amin..Aminnn.. Ya Rabil'Alaminnnn...

Saturday, October 25, 2008

Kisah di pagi Jumaat

Sejak dua menjak nie hujan turun tak kira waktu.. pagi tadi sebelum berangkat ke tempat kerja hujan yang turun dari malam semalam masih lagi tak berehenti.. aku lak time hujan macam gini la timbul perasaan malas.. mata pun ala kuyu2 gitu.. naik feeder bas setakat 2 stop boleh tertido.. adussss...  masa naik train tu pun aku dah aim spot yang baek punya untuk melayan mata aku nie.. train tetiap pagi mesti pack.. tapi seperti biasa untuk mendapat tempat duduk yang baek punya.. aku akan naik train yg bertentangan arah dulu untuk ke last stop then patah balik (aku tinggal2nd last stop) .. so, apa yg aku buat tu kira praktikel le.. kalau idok terpaksa le aku bergayut kat dalam train tu selama 35-40 minit.. tak ke haru tu..

aku punya tido sepanjang perjalanan pagi tadi.. tak hingat2.. sib baik dah dedekat nak sampai aku tersedar.. ishkkk aku bayangkan kalau terlepas.. sure haru biru aku kejap.. dah turun dari train, kena ke bas stop pulak.. amik feeder bas lagi untuk ke opis aku.. tetiap pagi, ini lah rutin harian aku..

Tapi pagi nie lain sket.. masa tengah tunggu feeder bas.. ada kejadian pelik sikit berlaku.. ada satu minachi yang berdiri kat sebelah aku nie.. tetiba dia ala2 tenung muka aku.. pehtu soklan yang keluar dari mulut dia.. 

"ada ubat demam tak".. aku ingatkan aku salah dengau.. aku nengok dia dengan muka yg agak hairan.. dia tanya lagi.. 

"ada ubat demam tak" sambil jari dia dok tenyeh2 leher dia.. ala2 orang nak batuk gitu...

aku "huh.. ubat demam".. dengan keadaan terpinga2 aku nengok dia.. 

dalam ati aku.. mana lak aku nak cekau ubat demam nie.. aku teringat aku ada bawak pain killer.. tapi tangan aku terus stop dari meraba bag aku.. sebab nya dia nak ubat demam bukan ubat tahan sakit.. kat sebelah bas stop tu ada klinik dan 7-eleven.. so, aku tunjuk kan le kat kedai tu.. masa aku tengah tunjuk tu.. bas aku dah sampai.. 

"kat kedai 7-eleven tu ada jual ubat demam".. sambil kaki aku melangkah ke bas.. tapi mata aku masih melekat pada minah india nie..

sebelum aku naik bas aku dengar dia nyer respond..

"memang ada ubat demam kat situ.. tapi harga dia 85 sen sebijik.. mahal lah".. jawapan nie buat aku terkedu..

aku tak tau yang dia takde duit.. dan dia takde rupa orang yang daif sangat.. 

aku sebenarnya ini lah 1st time stranger mintak ubat demam.. so, ala2 terpinga2 kejap.. dan aku sepanjang dalam bas aku teringatkan jawapan dia tu.. sekarang nie pun aku masih ingatkan jawapan dia tu.. aku merasa ralat sebab aku tak buat apa2 untuk menolong dia..

kesian dia..

Tuesday, October 21, 2008

Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat


Aku terlalu mengagumi tokoh seorang ini.. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.. 

aku selalu mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa.. dan Berita Harian hari ini (21.10.2008) melaporkan Tuan Guru Nik Aziz dimasukkan ke hospital.. aku amat berharap sangat agar beliau cepat sembuh.. Aminnnn..

aku telah membeli 4 buah buku berkenaan beliau dan juga buku yang dicetak berdasarkan ceramah/tazkirah yang diberikan oleh Tuan Guru.. antaranya:

1. Kemuncup dalam perjuangan (dah habis baca)
~buku ini berkisar mengenai parti PAS yang di dokong beliau.. 

2. Saat cinta bertasbih - tribute untuk Tuan Guru (dah habis baca)
~cerita tentang beliau yang ditulis oleh Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan   Abdul Latif dan Rossem

3. Bertemu janji Allah - menyingkap kisah Masyar yang menyayat hati (baru habis 2 bab)
~oleh Tuan Guru sendiri berkenaan alam akhirat - menginsafkan kita agar tidak
    telalu lalai dengan keduniaan semata..

4. Khusyuk dalam solat (belum baca lagi)
~siri tazkirah dari Tuan Guru - Apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang
    untuk hampir kepada Allah Swt




Tuan Guru di restoran Cheng Ho milik Amy Search



rumah Tuan Guru



rumah Tuan Guru dari jarak dekat

update 08.10.2012


KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.


Sedikit gambar Tuan guru dan aktiviti beliau selaku Menteri Besar Kelantan










Pemimpin lain ada nak gunting rambut kedai macam nie? takde kan..













 Tuan Guru Nik Aziz & Sultan Kelantan.. dedua nie amat disegani rakyat..



Thursday, October 16, 2008

2nd Appointment di KK Hospital


Waduhhhh.. nak pergi jumpa dokter Kang kat hospital terasa takut banget pagi tadi.. berdebar-debar je kat dalam dada aku nie.. Bismillah dengan tawakal aje aku turun pagi tadi.. appointment pukul 9.25, aku sangka kan kat hospital canggih mesti le tepat pada waktu.. tapi hampehh ahhh.. padahal KK tu kira hospital private tuh.. tapi masa menunggu tu buat aku panasss je..


aku sampai di hospital pukul 9 pg.. sangka kan kejap aje.. boleh le aku nak balik opis, kira amik time off la.. tapi tunggu punya tunggu.. dari time off terus jadik half day leave.. bengang jap aku.. tunggu dokter dtg dah satu hal.. kul 9.30 baru nampak dokter Kang terkejar2 masuk bilik no. 12.. dah tu aku pun get ready lah.. kan ke appointment aku kul 9.25.. mesti lah no aku dulu naik.. tetiba "tinggg".. laaaa haii.. no lain lak keluar.. cisssssss.. hangin kejap aku.. sabar.. sabar..


dah 9.45 baru le aku boleh jumpa dokter.. lepas dokter baca aku nyer report bagai.. dia bagitau kemungkinan besar aku masih tak mengandung2 lagi di sebab kan blockage kat falopian tube.. dah tu ditambah dengan cyst lagi.. so, kalau aku nak buat fertility treatment aku kena buat operation dulu... alamakkk sedih aku.. aku mintak laparoscopic.. at least healing time faster.. tapi dokter tak boleh bagi kepastian samada laparoscopic je dah cukup.. or kena buat major surgery.. time nie aku dah tak berdaya dah.. terpaksa lah aku dengar cakap dokter.. so, dia dah schedule kan aku nyer operation on 11.11.2008.. aku try mintak awal.. tapi semua operation theater dengan jadual dokter sendiri dah penuh.. alamakkk aii ramai betul lah orang sakit.. aku terpaksa tunggu que nak operate.. boleh gitu..



lepas jumpa dokter, aku kena register terus ke pre admission.. pelik pulak kat sini.. awal2 lagi dah kena register.. aku ikut je le.. dah abis register kita ke bahagian financial consultant.. sebab aku dah pernah kena operation dulu.. so, kali nie insurance co tak boleh pakai.. sedih aku.. aku dah berdebar2.. dokter kang dah la senior specialist.. mesti aku kena bayor mahal.. mana lak aku nak cekau duit.. dah discuss dengan financial consultant semua bagai.. dia bgtau semua cost dianggarkan dalam $5,900.. mungkin cost dia berkurangan atau lebih sket base on condition aku on that operation day.. so, dia bgtau lagi yang kita boleh pakai pakai medisave up to $2,700, so kena top up cash lagi $3,100. Pasal medisave aku tak risau.. aku boleh pakai medisave hero aku tu.. luv u so much laling erroooo.. hehehehe.. hehehehe.. & balance yang kena top up cash tu.. terpaksa le bayar ngan saving aku nie.. uhwaaaaaaaa.. nangis ko.. sebab aper.. lepas nie aku dah tak boleh shopping sakan lagikkk.. uhukk.. uhukk...



aku sedih 2 dalam 1.. pertamanya aku dah fobia dengan operation.. keduanya lagi sedeh sebab aku tak boleh berbelanja sesuka hati lagiiiiiiiii... uhwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sabor je la:((..


17.10.2008 - Latest Update

HR aku akan keluarkan guarentee letter untuk cover cost pembedahan tu.. tapi I'm not sure if this can be claim or not.. tapi memandangkan HR aku beria2 nak tolong.. she even mentioned, if I have to pay the hospital bill.. she'll help me to claim the bill.. alamakk terharu lah pulak aku.. wish she can help me out on this.. thanks Anna..

Tuesday, October 14, 2008

Last weekend - in KL

Wahhh dah berzaman rasanya aku tak balik KL.. last balik bulan Ogos ari tu (takde le berzaman sangat.. saja je buat citer).. tapi sekali sekala aku turun KL.. happening gak.. terubat rindu.. selain dari rindukan adik2 aku ngan anak2 buah aku tu.. rindu kat kengkawan pun terubat gak.. walau pun jumpa 3 kerat je kawan.. tapi best nya rasa.. sekali sekala jumpa.. kecohh tu..

Thanks kecu sebab tetiba ada kezutan lak.. dendiam jerk ada artis dengan melia the white.. adusss gempak gak jumpa dorang nie.. sambil borak & membedal mee goreng kecu.. ditemani dengan anak2 kecu.. riuh jugak rumah tu dibuatnya.. aku lak dengan selamber je mintak tolong kecu basuh kan baju.. (tumpang washing machine dia) coz kedai dobi beraya sakan.. sampai tutup 2 minggu ko.. sorry le sesangat.. menyusah kan kecu anak beranak.. teruk betul aku nie.. tapi kecu kata takpe.. sebab pakej berhari raya rumah dia memang macam gitu.. pakej beraya siap berdobi .. hehehe.. hehehe.. tak pernah dibuat orang.. tapi itu lah.. mana nak dapat kawan macam gini.. time terdesak & emergency boleh le tumpang sekali sekala.. tapi warning, kalau ada kawan yang tak kisah macam nie.. jangan lak ambil kesempatan ya.. sekali sekala boleh la.. kalau selalu sangat.. ada gak yang kena karate karang.. hahahaa.. hahahaha.. tapi kejap aje pagi tu aku beraya rumah kecu.. rasa macam tak puas lak..

Aku rasa macam nak jumpa lagi kenkawan aku tu.. tu sebab balik je dari umah adik aku kat Kinrara.. terus aku kol Kecu.. aku nak serbu umah artis & melia the white lak.. fuhh tak disangka-sangka makanan special beb.. tak pernah lagi aku rasa beraya rumah orang makan best cam gitu.. melia.. lain kali masak lagi ekk.. jgn lupa ayam panggang lada hitam ngan percik tu yekkk.. hehehehe.. hehehehe.. baru puas beraya rumah kenkawan cam gini.. makan kenyang dan melepak sampai tengah malam kat umah bujang tu.. seronok lah.. dah lama tak buat keje cam gini.. hehehe.. hehehe

p/s:- skang tengah demam facebook.. :D

Friday, October 10, 2008

aduhh mak sakit mak aduhh mak sakit part 2

Dah 2 malam aku tak dapat tidor lena... sebab nya gigi aku sakit.. sakit yang amat sangat.. berdenyut2 kepala dibuatnya.. 

hari selasa malam tu aku tak dapat tido, sakit gigi sampai ke kepala.. jadik semalam, hari rabu aku ke klinik gigi, Oral Dental Care.. apa le nasib aku semalam doktor Jack on course lak.. adusssss.. tapi aku dah sesiap buat appointment untuk hari nie pukul 7.15 ptg... appointment lepas keje senang.. takde le aku nak amik MC lagik.. 

gigi yang sakit amat tu gigi geraham bawah belah kiri.. aku kalau boleh tak nak cabut.. sayang kan.. sebenarnya bulan 5 ari tu gigi tu ada buat hal sakit.. tapi tak parah macam 2 ari lepas.. masa tu gusi aku bengkak aje.. so, bila aku jumpa dokter jack.. dia bagi antibiotik dengan painkiller & dia x-ray gigi tu nengok keadaan gigi.. dan suruh aku datang balik 2 ari kemudian... aku punya pandai.. 2 ari makan ubat terus ilang sakit gigi.. aku malas nak pergi lagi.. assistant dokter jack call, aku bgtau dia yg appointment tu cancel sbb gigi aku dah baik.. hehehe.. hehehehe.. pandai kan..

sejak dari aku makan ubat masa bulan 5 tu, gigi aku tak buat hal dan dah tak sakit lagi.. 

tup.. tup 2 hari lepas.. takde angin takde ribut tetiba.. gigi geraham aku sakit lagi.. dia punya sakit, mak aiii.. rasa nak pecah kepala.. dah banyak painkiller aku telan.. tapi sakit dia takmo lari... menangis aku huhuhu..

dah 2 ari aku tak tido lena.. semalam tahap kesakitan aku parah betul.. rasa macam nak hantuk2 je kepala kat dinding sebab tak tahan sangat sakit.. so, ari nie appointment aku dengan dr Jack aku dah x lari lagi.. kalau bulan 5 ari tu aku lari tak nak jumpa dia kan.. tadi aku merayu dia suh cabut gigi aku.. hahahaha.. hahahha aku dah tak tahan sakit.. aku tak nak la dia bagi alasan gusi aku bengkak & dia tak nak cabut... maka tadi selamat la gigi aku kena cabut.. thank you dr jack.. :D

sib baik dia cabut gigi aku tu.. dah cabut rasa legaaaaa sesangat sebab malam nie boleh le aku tido lena.. selena-lenanya.. hehehe.. hehehe.. aku nak tidur puas2 lepas nie..

ok lah .. cakap pasal tido, sekarang nie aku nak pi tido.. daaaaaa gudnite...

p/s: dr jack ada bagi gigi aku balik gigi yang dia cabut tu, dia suruh simpan.. tapi memandang kan aku nie penakut, nengok gigi aku tu pun dah naik seriau.. aku suruh dia je simpan.. hehehehe.. hehehehe..


Wednesday, October 08, 2008

Aduh mak sakit mak aduhh mak sakit makk...

Salam lebaran untuk semua.. di kesempatan ini saya nak memohon maaf seandainya ada hati yang terluka, tersinggung, terasa dan semua ter.. ter.. sesungguhnya kalau awal perkataan “ter” bermakna tidak sengaja.. so ampun dan maaf di pinta atas segala kesalahan, kesilapan yang saya lakukan samada sengaja atau tidak sengaja.. sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala kekilafan datang dari hambaNya yang lemah ini..

Sehari sahaja aku menyambut lebaran.. hari raya ke-2 dah start kerja.. dan hari raya ke-3 aku MC sebab pergi check up di hospital KK. Macamana aku tetiba nak buat check up??? Itu lagi panjang ceritanya.. so, kesudahan check up yakni scan & consultation aku didapati megalami ketumbuhan atau bahasa omputehnya dia panggil cyst. Sebenarnya aku tak tahu yang aku mengalami cyst di overi ku untuk kali ke-2.. sebelum ini aku pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cyst di hujung December 2005.. masa tu dokter bgtau yg cyst yang aku hidapi nie secara saintifiknya di panggil endrometrosis. So, dokor Kang Wee yang merawat aku sekarang nie pun bagi tau yang besar kemungkinan cyst tu disebabkan endro nie laa.. adussss sakit kepala aku dengar berita nie.. dah tu ukuran cyst tu dah 6 cm.. nie membuatkan fikiran aku tambah berserabut.. kalau dibiarkan makin membesar lah ghamaknya..

Next step.. 2nd appointment on 16hb nie, dokter Kang akan bg tau apa plan dia untuk aku.. besar kemungkinan aku kena operate.. halamak aku dah ngeri dah.. masa 1st time operation dulu tu sedar je dari operation, aku terasa sakit yang amat sangat ditempat pembedahan.. rasa macam perut disiat2 luar dan dalam.. tak sanggup aku mengenangkan betapa sakit nya aku waktu itu.. dan kini aku mungkin terpaksa menjalani pembedahan lagi.. uhwaaaaaaaaa.... belom apa2 aku dah sedih banget.. gi mana gitu loo..


Ok.. kita aku tak nak fikir banyak pasal operation aku nie.. sebab tarikhnya pun aku tak tau lagi.. so, jangan serabutkan fikiran dulu.. sekarang aku nak bercerita pasal hospital KK.. or KK Women’s and Children Hospital. Pada 3hb October 2008, 1st appointment dengan dokter Kang Wee, ini lah pertama kali aku menjejakkan kaki aku di hospital nie.. aku pergi check up di hospital nie pun sebab boss & HR aku yang suruh.. so, aku fikir punya fikir.. why not just give a try.. Alhamdullilah, aku rasa service dia untuk 1st appointment tidak mengecewakan.. tapi masa menunggu untuk berjumpa dokter tu, aku rasa macam lama sangat.. kalau yang nie dorang boleh improve aku boleh bagi full mark untuk service..



Dari car park ke Hospital KK, kita akan melalui taman dan ada kolam pulak.. cantek kolam tu dipenuhi dengan bunga teratai.. tapi air dia kelam lah sebab banyak pokok teratai so, aku rasa memang habitat dia macam gitu.. di dalam kolam pulak banyak kura2 dan ikan keli.. aku cuba-cuba campakkan fries (yg aku beli kat Mc D) sambil mata melilau jugak mana tau karang kena kejar dengan pak guard.. wahhhh banyak betul kura2 & ikan keli yang makan fries tu.. teruja aku nengok.. tak pernah kan bagi makan kat kura2 yang banyak sebegitu.. jakun tak aku hehehehe.. hehehehe.. aku bayangkan kalau bawak anak sedara aku, nak2 si Alia, sure dia happy sangat nengok turtle yang cute miut tu...

Panjang pulak coretan aku kali nie.. ok lah lain kali aku coret lagi... daaaaa