Tuesday, October 21, 2008

Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat


Aku terlalu mengagumi tokoh seorang ini.. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.. 

aku selalu mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa.. dan Berita Harian hari ini (21.10.2008) melaporkan Tuan Guru Nik Aziz dimasukkan ke hospital.. aku amat berharap sangat agar beliau cepat sembuh.. Aminnnn..

aku telah membeli 4 buah buku berkenaan beliau dan juga buku yang dicetak berdasarkan ceramah/tazkirah yang diberikan oleh Tuan Guru.. antaranya:

1. Kemuncup dalam perjuangan (dah habis baca)
~buku ini berkisar mengenai parti PAS yang di dokong beliau.. 

2. Saat cinta bertasbih - tribute untuk Tuan Guru (dah habis baca)
~cerita tentang beliau yang ditulis oleh Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan   Abdul Latif dan Rossem

3. Bertemu janji Allah - menyingkap kisah Masyar yang menyayat hati (baru habis 2 bab)
~oleh Tuan Guru sendiri berkenaan alam akhirat - menginsafkan kita agar tidak
    telalu lalai dengan keduniaan semata..

4. Khusyuk dalam solat (belum baca lagi)
~siri tazkirah dari Tuan Guru - Apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang
    untuk hampir kepada Allah Swt




Tuan Guru di restoran Cheng Ho milik Amy Search



rumah Tuan Guru



rumah Tuan Guru dari jarak dekat

update 08.10.2012


KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.


Sedikit gambar Tuan guru dan aktiviti beliau selaku Menteri Besar Kelantan










Pemimpin lain ada nak gunting rambut kedai macam nie? takde kan..













 Tuan Guru Nik Aziz & Sultan Kelantan.. dedua nie amat disegani rakyat..



4 comments:

Anonymous said...

woits.. aku tatau hang mengagumi Tuk Guru nih...hihihi..impresso aku
btw.. operation x lama lagi.. insya'allah segalanya berjalan lancar dan ko akan cepat sembuh dan pas tu impian ko tu tercapai - MeliaTheWhite

... said...

meliaaaa... thanks sebab sudi singgah kat blog aku nih.. tah hapa2 aku karang.. nie semua aku nyer nukilan rasa je.. heheheh.. hehehehe..

thanks gak sebab doakan aku cepat sembuh.. sekarang nie dok tengah menghitung hari.. :(..

ILA said...

Salam Acik ila..
dah dpt email dari ila belum??
ada org tengah rajin niii..so secara sukacitanya..nak mnolong;)

Secara jujur sya katakan..sekiranya kita yg jadi pemimpin ,tak mudah utk kita ikut cara khidupan Tok guru ini.
Sementelah bila dah di klabui khidupan material ....Nauzubillah..

... said...

salam ila.. dah dapat email tu.. dah siap reply dah (dgn x malu nyer) hehehe.. hehehehe

pasal Tok Guru nie.. itu le yang buat saya kagum sangan dengan Tok Guru nie.. bukan calang orang lah.. :)