Wednesday, October 08, 2008

Aduh mak sakit mak aduhh mak sakit makk...

Salam lebaran untuk semua.. di kesempatan ini saya nak memohon maaf seandainya ada hati yang terluka, tersinggung, terasa dan semua ter.. ter.. sesungguhnya kalau awal perkataan “ter” bermakna tidak sengaja.. so ampun dan maaf di pinta atas segala kesalahan, kesilapan yang saya lakukan samada sengaja atau tidak sengaja.. sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala kekilafan datang dari hambaNya yang lemah ini..

Sehari sahaja aku menyambut lebaran.. hari raya ke-2 dah start kerja.. dan hari raya ke-3 aku MC sebab pergi check up di hospital KK. Macamana aku tetiba nak buat check up??? Itu lagi panjang ceritanya.. so, kesudahan check up yakni scan & consultation aku didapati megalami ketumbuhan atau bahasa omputehnya dia panggil cyst. Sebenarnya aku tak tahu yang aku mengalami cyst di overi ku untuk kali ke-2.. sebelum ini aku pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cyst di hujung December 2005.. masa tu dokter bgtau yg cyst yang aku hidapi nie secara saintifiknya di panggil endrometrosis. So, dokor Kang Wee yang merawat aku sekarang nie pun bagi tau yang besar kemungkinan cyst tu disebabkan endro nie laa.. adussss sakit kepala aku dengar berita nie.. dah tu ukuran cyst tu dah 6 cm.. nie membuatkan fikiran aku tambah berserabut.. kalau dibiarkan makin membesar lah ghamaknya..

Next step.. 2nd appointment on 16hb nie, dokter Kang akan bg tau apa plan dia untuk aku.. besar kemungkinan aku kena operate.. halamak aku dah ngeri dah.. masa 1st time operation dulu tu sedar je dari operation, aku terasa sakit yang amat sangat ditempat pembedahan.. rasa macam perut disiat2 luar dan dalam.. tak sanggup aku mengenangkan betapa sakit nya aku waktu itu.. dan kini aku mungkin terpaksa menjalani pembedahan lagi.. uhwaaaaaaaaa.... belom apa2 aku dah sedih banget.. gi mana gitu loo..


Ok.. kita aku tak nak fikir banyak pasal operation aku nie.. sebab tarikhnya pun aku tak tau lagi.. so, jangan serabutkan fikiran dulu.. sekarang aku nak bercerita pasal hospital KK.. or KK Women’s and Children Hospital. Pada 3hb October 2008, 1st appointment dengan dokter Kang Wee, ini lah pertama kali aku menjejakkan kaki aku di hospital nie.. aku pergi check up di hospital nie pun sebab boss & HR aku yang suruh.. so, aku fikir punya fikir.. why not just give a try.. Alhamdullilah, aku rasa service dia untuk 1st appointment tidak mengecewakan.. tapi masa menunggu untuk berjumpa dokter tu, aku rasa macam lama sangat.. kalau yang nie dorang boleh improve aku boleh bagi full mark untuk service..



Dari car park ke Hospital KK, kita akan melalui taman dan ada kolam pulak.. cantek kolam tu dipenuhi dengan bunga teratai.. tapi air dia kelam lah sebab banyak pokok teratai so, aku rasa memang habitat dia macam gitu.. di dalam kolam pulak banyak kura2 dan ikan keli.. aku cuba-cuba campakkan fries (yg aku beli kat Mc D) sambil mata melilau jugak mana tau karang kena kejar dengan pak guard.. wahhhh banyak betul kura2 & ikan keli yang makan fries tu.. teruja aku nengok.. tak pernah kan bagi makan kat kura2 yang banyak sebegitu.. jakun tak aku hehehehe.. hehehehe.. aku bayangkan kalau bawak anak sedara aku, nak2 si Alia, sure dia happy sangat nengok turtle yang cute miut tu...

Panjang pulak coretan aku kali nie.. ok lah lain kali aku coret lagi... daaaaa


No comments: