Friday, July 29, 2005

Kezutan dari Astro

Setelah 3 musim saya mengikuti Akademi Fantasia (AF), saya merasakan AF3 yang paling banyak mengundang kontoversi. AF1 semua pihak yang terlibat masih lagi blurr dan agak kabur dengan konsep AF.. ini termasuk para tenaga pelajar, pelajar dan penonton. AF1 merupakan pioneer kepada hiburan bercorak realiti di Malaysia, dan para peminat AF merasakan amat teruja. Ini termasuk saya yang saban hari tidak lepas dari menonton diari dan saban minggu takkan ketinggalan untuk meononton konsert. Semua telatah pelajar akan diperhatikan dan diamati. Pada mulanya saya agak terpinga2 kerana AF tidak mempunyai publisiti sebelum ini dan saya tidak tahu bila ujibakat telah dijalankan untuk memilih kesemua 12 pelajar tersebut. Yang saya tahu, kesemua pelajar telah dipilih dan mereka telah bersiap sedia untuk menempuhi kehidupan selama 3 bulan di dalam banglow dan mereka juga akan dipenjarakan. Juara AF1, Vince, amat membanggakan Malaysia, kerana telah memenangi Award Artis Harapan di APM baru2 ini. Sesungguhnya Vince memang berbakat dan layak untuk mendapat gelaran juara.
Pada musim ke-2 AF, astro telah lebih bersedia dan banyak mengutip komen2 dan feedback dari AF1 untuk dijadikkan panduan dan teladan. Ujibakat telah dijalankan di seluruh Malaysia temasuk Sabah dan Serawak dan hadiah juga telah dipertingkatkan. Tapi sayang, untuk juara AF2, kejuaran Zahid tidak terserlah. Mungkin beliau tidak pandai membawa diri dan merasakan beliau sudah cukup bagus. Pencapaian Zahid tidak membanggakan, walau pun sudah keluar album hip hop berjudul Woo!!!.. tapi beliau tidak dapat menandingi populariti Adam - naib Juara AF2 (album Ha.. Haa Tak Tahu) dan Farah - tempat ke-4 & memenangi anugerah artis baru (albumnya Farah). Zahid sepatutnya tidak cepat lupa diri dan seharunya membuktikan kemampuan diri sebelum menonjolkan sifat "kekwat" di dalam diri. Sekarang Zahid mungkin agak terkapai2 cuba untuk menonjolkan diri dikalangan kawan dan cuba meraih kembali simpati dikalangan peminat beliau, sungguh menyedihkan. Maestro seharusnya tahu bagaimana untuk mencorakkan perkembangan artis2 dibawah naungannya. Seandainya semua pihak tidak sensitif tidak peka dan tidak ambil kisah, maka, saya merasakan mungkin karier Zahid tidak akan ke mana. Begitu juga si Linda (tempat ke-3 AF2), yang tidak mengeluarkan apa2 album dan makin malap sinarannya.
Pihak astro seharusnya tahu untuk mengekalkan kilauan bintang yang telah mereka gilap. Tapi sayangnya astro seolah2 seperti tidak mengambil berat akan hal ini, mungkin kerana merasakan tugas untuk mencukil dan menonjolkan bakat telah dijalankan. Seharusnya astro lebih arif dan mengwujudkan satu team untuk memperjuangkan nasib anak2 muda yang bernaung dibawah maestro talen. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh oleh astro, kerana mereka telah di"grill" dan diasuh oleh astro dan tidak adil dirasakan untk pelajar2 AF, sekiranya kerjaya mereka tidak berjaya. Setiap musim 12 pelajar dikeluarkan oleh astro seandainya kerjaya mereka tidak diambil berat oleh astro, kemungkinan nasib mereka ini tidak terbela. Saya merasa sangat sedeh sekiranya at the end of the day mereka hanya menjadi orang biasa sahaja yang seolah2 tidak melalui keperitan hidup selama 3 bulan di penjara banglow. Dengan itu, seharusnya setiap pelajar yang masih dibawah astro tahu kemana hala tuju karier masing2 dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan mereka.
Harapan saya, janganlah astro hanya mementingkan keuntungan semata2 sehingga sanggup menggadaikan masa depan pelajar2 yang dibawah organisasi mereka, asalkan poket mereka kembung. Ini adalah tidak adil kepada rakyat. Seharusnya apa yang dilaburkan oleh para pengundi sepatutnya diberikan hak yang adil. Dengan itu, saya amat berharap agar pihak astro janganlah berimankan duit untuk memajukan organisasi, sesungguhnya itu tidak akan kekal lama. Apa yang kekal adalah usaha yang berterusan dan ikhlas, seandainya usaha murni untuk menonjolkan bakat baru dan mendidik anak bangsa tidak banyak mendatangkan keuntungan kepada pihak astro, tetapi ianya akan lebih dikenang masyarakat, dan kehidupan akan bertambah berkat, berbanding dengan keuntungan yang diperolehi dari cercaan, hinaan, makian dan setiap penjuru dipertikaikan kewibawaannya.. dan saya tidak terkejut seandainya astro tidak lagi se"gah" mana pada masa akan datang..
sebelum beransur, ini adalah contoh astro bertuhankan duit semata dan mengadakan satu lagi undian untuk vokal dengan diberi nama AFvokal. sungguh mengecewakan dan so pathetic.
Akademi Fantasia 3: Empat pelajar akan ke peringkat akhir Kuala Lumpur, 28 Julai 2005:
Astro, sebagai penerbit dan penyiar program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia 3 (AF3), semalam mengumumkan keputusan untuk memberi peluang kepada empat pelajar untuk mara ke peringkat akhir. Pengumuman dibuat oleh pengetua AF3, M. Nasir di hadapan enam pelajar yang masih kekal di Akademi, menerusi program Diari Akademi Fantasia 3 yang disiarkan pada 27 Julai, 8.30 malam di saluran Astro Ria dan Astro @15. Ini bermakna pada konsert minggu kesembilan Sabtu ini, dua pelajar akan disingkirkan berdasarkan peratusan undian paling rendah Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengundi. Ketua Program Melayu Astro, Rozina Aziz berkata keputusan atau kejutan ini adalah untuk memberi kelainan format kepada program Akademi Fantasia. Beliau merujuk kepada AF musim pertama yang membawa lima pelajar ke peringkat akhir manakala AF musim kedua menampilkan 6 pelajar. “Dengan hanya 4 pelajar di peringkat akhir, tenaga pengajar akan memberi lebih fokus kepada pelajar-pelajar itu dalam setiap aspek persembahan dan diharap mereka dapat membawa persembahan paling bertenaga di konsert akhir nanti,” terang Rozina. Bagaimanapun, dari dua pelajar tersingkir, pelajar yang mendapat undian lebih tinggi akan dikira menduduki tempat kelima. Beliau layak menerima hadiah berupa Pakej Percutian ke Bali tajaan Pearl of The Orient (POTO Travel) dengan kerjasama Aida Travel dan Gulf Air, sebuah Kerusi Urut tajaan Gintell, sebuah Beg Pakaian jenama Samsonite, Wang Tunai RM3000 sumbangan Hotlink dan Trofi Akademi Fantasia tajaan Astro. Astro juga mengumumkan pengenalan satu Anugerah Khas yang bakal diberi kepada salah seorang daripada 14 pelajar AF3 iaitu Anugerah Vokal Terbaik. Anugerah ini adalah untuk pelajar yang mempunyai kekuatan vokal terbaik, dan dipilih melalui undian SMS penonton. Untuk memilih calon vokal terbaik, taip AFVOKAL dan hantar ke 32999. Talian SMS bagi Anugerah Vokal Terbaik akan dibuka mulai 8.30 malam pada Jumaat, 29 Julai 2005. Setiap SMS akan dikenakan caj premium RM0.50 tidak termasuk kadar SMS biasa yang dikenakan oleh TELCO. Pemenang anugerah tersebut akan diumumkan pada Konsert Akhir Akademi Fantasia yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 6 Ogos ini. Pelajar yang memenangi Anugerah Vokal Terbaik bakal menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM3000. Tiket bagi Konsert Akhir Akademi Fantasia akan mula dijual oleh TicketCharge mulai Isnin, 1 Ogos pada harga RM20 dan RM40. Bagi mereka yang membeli tiket pada hari Isnin, 1 Ogos dari pukul 9 pagi hingga 6 petang akan menikmati harga istimewa “Early Bird Offer” pada kadar RM10 dan RM25. Tawaran “Early Bird Offer” ini adalah hanya pada hari Isnin sahaja. TicketCharge boleh dihubungi di talian 03-77262002. Selain wang tunai, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit. Talian TicketCharge dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi hingga 6 petang dan hari Sabtu, mulai jam 12 tengahari hingga 6 petang. Tiket-tiket juga boleh didapati dari tiga cawangan TicketCharge di Mid-Valley Boulevard, The Mall dan Lot 10, Kuala Lumpur. I say : Why call it Anugerah Vokal Terbaik kalau bukan judged by professionals. If its based on public votes - then its Anugerah Vokal Popular. The masses cannot be expected to deliver a result that is equivalent to that of people knowledgeable in the business. The best tu kena laa orang yang paham apa tu vocals and techniques involved mah!