Monday, August 01, 2005

Akademi Fantasia 3 - konsert ke -9

Setelah banyak ramalan dan teori2 konspirasi dibuat mengaitkan astro dan pelajar yang bakal mara ke peringkat akhir, terjawab sudah pada malam konsert ke-9 tempoh hari. Seperti yang diharapkan oleh para peramal dan kehendak penonton, 2 lelaki dan 2 perempuan berjaya mengharungi rintangan iaitu mawi, felix, marsha dan amelya.

Saya sebenarnya sejak dari AF2, merasakan astro telah memanipulasikan undian yang telah dibuat oleh penonton, terutamanya setelah penyingkiran Mas AF2, pelajar dari Tawau. Saya bukan peminat Mas, jauh sekali untuk mengundi beliau, tapi saya dapat merasakan yang mas telah mengumpulkan ramai peminat fanatik. Saya percaya bahawa peminat Mas tidak semua mengagumi bakat yang beliau miliki tetapi lebih kepada undi simpati dan kesian. Simpati dengan nasib seorang janda beranak dua yang tinggal jauh dipendalaman dan berusaha untuk menjadi anak seni. Kesihan dengan nasib beliau setelah diterima masuk ke akademi fantasia dan melihat layanan yang diterima oleh mas dari pihak akademi. Peminat fanatik ini akan mengundi dan terus mengundi tanpa menghiraukan bakat, tapi lebih kepada ingin menunjukkkan kepada pihak astro, mas juga ada hati dan perasaan. Tapi akhirnya mas telah disingkirkan pada konsert yang ke -9, dan juga sekaligus menyerap masuk Linda (anak murid kesayangan Ramli M.S). Dari situ saya mula terfikir akan adanya taktik kotor di dalam astro. Saya sampai sekarang merasakan undi peminat telah dimainkan. Astro tidak ikhlas, walau pun dikatakan mempunyai juruaudit dalaman, tapi boleh pakai ke?? Juruaudit tersebut dibayar oleh pihak astro, jadi mereka berhak untuk memutarkan apa yang sebaliknya menjadi apa yang diinginkan oleh astro. Saya tidak ingin mas menjadi juara, tapi saya dapat merasakan yang astro telah melakukan sesuatu terhadap undi mas dan membantutkan langkah mas untuk ke final. Dari segi kelayakan, mas tidak layak langsung untuk menjejak kaki ke akademi, tetapi setelah masuk, astro tidak berhak untuk campur tangan dengan apa yang telah dibuat oleh pengundi. Astro mesti sedar akan konsep program realiti yang telah dibuat ini bukan mencari seorang yang berbakat besar, tetapi seorang yang diundi dan disukai oleh rakyat malaysia (majoriti melayu).

Apakah nasib mawi akan menjadi seperti mas?? Tidak Mungkin. Pertamanya mawi boleh menyanyi dan mempunyai bakat yang setanding dengan undi yang diraih (banyak pihak cuba menidakkan ini, termasuk mereka yang merasakan diri mereka well educated). Fenomena mawi sesungguhnya amat terasa, semua orang merasakan mawi berhak untuk menjadi juara AF3. Tapi mungkinkah ini terjadi?? di dalam astro macam-macam ada.. trademark ini dipakai oleh astro pada musim AF2 hari tu. Saya tidak merasa pelik seandainya mawi tidak menjadi juara. Tapi saya akan mempertikaikan kewibawaan astro sebagai satu stesen TV yang agak melodramatik dan mempunyai agenda yang tersendiri.

Mawi semenjak dari konsert prelude telah menunjukkan aura yang tersendiri, tapi tidak dipilih oleh juri untuk ke peringkat akhir. Ada peserta yang terang2 menunjukkan suara yang sumbang berjaya melayakakn diri ke akademi. Peserta tersebut mungkin mempunyai wajah yang agak menarik, pandai berbahasa Inggeris dan berjaya memikat hati juri dengan joget lambak beliau. Aznil telah memperkenalkan mawi dengan menyatakan latar belakang mawi yang pernah beberapa kali memenangi Tilawah Al-Qur'an. Mungkin juri merasakan dengan gelaran yang disandang menjadikan susah bagi mawi untuk mengharungi hidup di dalam akademi. Tetapi, bagi pihak astro, mungkin terasa bahangnya apabila keuntungan yang diharapkan dari 12 pelajar yang ditampilkan tidak memberangsangkan. Astro dengan terang dan jelas menujukkan sikap tamak haloba dengan menyerap masuk mawi dan marsha tanpa menghiraukan kewibawaan diri. (diibaratkan seperti meludah dan menjilat balik-sungguh menggelikan). Tapi astro sudah diasah seperti itu, rela melakukan apa saja demi wang, hal menjilat balik ludah sendiri umpama benda remah yang tidak perlu dipertikaikan.

Kesan dari kemasukkan mawi, undian untuk pelajar lain terkebawah dan undi maawi melonjak naik, dari minggu pertama beliau diakademi sehingga minggu terakhir. Tetapi bagi juri yang pernah menidakkan bakat mawi, akan mempunyai satu persepsi yang telah diletakkan di dalam kepala mereka, mawi tidak akan ke mana. Setakat itu lah bakat mawi dan tidak usah diasah lagi, kerana mawi tidak akan membawa apa2 pembahruan dalam bidang seni ini. Mawi sendiri jika ditanya mungkin menjawab, dia redha dengan segala ketentuan Ilahi, tapi adakah mereka yang tidak berpuash hati dengan adanya mawi diakademi selepas tersingkir akan juga turut redha dengan apa yang terjadi?? mungkin tidak. Seboleh2 mungkin mereka cuba mempertikaikan bakat yang ada pada mawi.
Saya cuba untuk menyelami perasaan mereka yang merasakan mawi tidak layak untuk menjadi juara AF3. Mungkin pada mereka mawi mempunyai pegangan agama yang kukuh dan mungkin sukar untuk mawi bergaul di dalam akademi yang sememangnya bercampur antara lelaki dan perempuan. Termasukknya adengan tarian, mawi mungkin terpaksa berpegang tangan dengan pasangan perempuan dan mawi mungkin terpaksa melakukan sesuatu yang beliau tidak ingini. Mungkin mawi selepas majadi juara AF3 akan menumpukan kepada lagu2 nasyid kerana telah termaktub mawi sukar untuk memperjuangkan irama lagu yang lain, sememangnya minat mawi hanya kepada lagu2 nasyid dan irama padang pasir. Mawi juga dilihat sebagai seorang yang tidak pandai bergaul dan mungkin sukar untuk mengajak mawi ke tempat2 hiburan yang biasa dikunjungi oleh artis tempatan yang lain. Mawi tidak mungkin akan mewarnakan rambut beliau. Mawi juga dilihat sebagai tidak pandai berbahasa Inggeris dan ini agak memalukan seandainya beliau terpaksa berganding dengan peserta dari negara Asean yang lain. Walau pun zahid juga tidak berkomunikasi dengan peserta dari negara asean yang lain, tapi tidak mengapa, gaya hip hop zahid yang kebaratan tidak sesekali akan memalukan negara, walau pun tidak pandai berkomunikasi dengan baik dan ini boleh diabaikan (tapi kalau mawi tolong lah buat yang terbaik, ini bisa memalukan negara).

Mawi berjaya menjadi diri beliau yang sebenar dan itu yang melonjakkan % beliau, dan ini mungkin tidak dapat diterima akal oleh mereka yang merasakakan mawi tidak akan kemana setakat memilki suara yang besar. Seandainya astro menidakkkan hak pengundi, saya merasakan rancangan Akademi Fantasia ini cuma berhak untuk berhenti setakat ini sahaja dan tidak usah diteruskan lagi. Kerana ia bakal menjadi bahan tohmahan yang tidak habis2 dari pelanggan astro. Tidak ada maknanya rancangan realiti seandainya astro bermain taktik kotor dengan penonton. Tidak ada salahnya seandainya mawi menjadi juara, dan menjadi ikon kepada remaja di era ini. Tidak semestinya kita mesti mengikut penampilan kebaratan untuk memastikan kejayaan. Saya lebih mementingkan aspek keluhuran hati dan budi dan cuba untuk mempraktikkan kehidupan yang lebih balance untuk memperolehi keredhaan Allah di dunia dan di akhirat bersesuaian dengan Malaysia yang diistiharkan sebagai sebuah negara Islam. Cuba fikir-fikirkan.

No comments: