Saturday, August 13, 2005

JEREBU DAN ANDA

Apakah itu jerebu ??

Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3­, PM10, SOx dan NOx.

Apa kaitan jerebu dengan manusia ??

Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Apa yang menyumbang kepada jerebu ??
Pembakaran secara terbuka
Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
Pelbagai semburan atau aerosol
Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
Mungkin juga pembakaran rokok !!!

Alam sekitar adalah merupakan salah satu 'amanah' yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia untuk diurus tadbir dengan jujur dan baik. Alam sekitar tidak boleh dibiarkan saja, apalagi dicemari kerana ini bukan saja menodai `amanah' yang diberikan, tetapi akan menyebabkan berbagai kesulitan kepada kehidupan seharian serta semua makhluk.
Golongan yang berisiko tinggi-menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998) :
· Kanak-kanak dan bayi
· Orang tua
· Golongan berpenyakit seperti:
+ Asma
+ Bronkitis
+ Radang paru-paru
+ Penyakit paru-paru yang kronik
+ Penyakit jantung
+ Alahan
· Perokok
· Mereka yang sentiasa berkerja di luar rumah
Apakah kesan kesihatan kepada manusia
1 Gangguan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma atau lelah, sesak nafas dan radang paru-paru
2 Mata terasa pedih-pedih,berair dan rengsa serta menyebabkan konjuntivitis
3 Kepala berasa berat dan sakit
4 Dada ketat dan terasa sesak
5 Letih yang berlebihan dari biasa
6 Ketidak stabilan emosi
7 Gangguan kepada hormone terutama wanita
8 Kesan kepada ibu yang mengandung dan juga kepada janin
9 Mungkin menyebabkan maut jika gangguan pernafasan menyebabkan serangan asma atau bronchitis yang teruk

partikel terampai ini boleh menyebabkan kesan kepada:
· Kematian bayi dalam kandungan
· Masalah pernafasan
· Asma yang kritikel
· Bronkitis yang kronik
· Kerosakan paru-paru
Apa yang perlu anda lakukan
menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
Pengharaman pembakaran secara terbuka
Kawalan lebih ketat kepada industri.
Mengurangkan waktu persekolahan .
Mengurangkan masa bekerja
Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara

Disediakan oleh
Dr.Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat
docpearl@doctor.com, docpearl@hotmail.com

No comments: