Selangor: Rakyat sengsara wakil rakyat naik gaji ROSLAN SMS
Baru masuk dua hari harga petrol naik lagi ke 10 sen, dan dalam keadaan rakyat menderita dalam jangkaan harga barangan lain turut akan naik hasil dari kenaikan bahan utama ini, tiba-tiba naik lagi satu perkara.\
Bukan harga barangan, bukan harga rumah ataupun harga air, letrik atau lain-lain, tetapi kali ini yang naik adalah sesuatu yang sedap dan menyenangkan hati mereka yang menerimannya. Cumanya tidak seperti kenaikan harga petrol yang membebankan hampir seluruh rakyat jelata, kenaikan ini cuma melibatkan sekitar 56 orang sahaja, itupun di Selangor sahaja.
Kenaikan yang dimaksudkan adalah kenaikan elaun Menteri Besar, ahli-ahli EXCO dan ADUN Selangor yang diluluskan oleh dewan undangan negeri Selangor semalam.Kenaikan 10 peratus itu pula dikebelakangkan penguatkuasaannya iaitu bermula tahun 2004! Bermakna tunggakan elaun untuk MB sahaja selama 19 bulan mencecah RM25,000. Boleh beli sebuah rumah kos murah!Bermakna berkuatkuasa serta merta elaun Menteri Besar adalah RM14,175.15, Timbalan MB RM7,440.29, EXCO RM6,109.29 dan ADUN RM4,112.79.Kakitangan kerajaan dibebankan dengan kenaikan harga petrol dan kesan sampingan yang dijangka terhadap barangan-barangan lain, sedangkan gaji mereka terus berada aditakuk lama. Demikian juga halnya mereka yang bekerja di kilang, kakitangan biasa di sektor swasta dan para buruh. Bagaimana pula dengan para petani dan nelayan? Tiba-tiba wakil-wakil rakyat yang sepatutnya membela rakyat tersenyum simpul, mengangkat tangan setinggi langit, mengundi dan meluluskan sendiri kenaikan gaji masing-masing.Sementara itu MB Selangor Khir Toyo turut membayangkan kemungkinan peruntukkan tambahan diberikan kepada para ADUN (BN sahaja, pembangkang tak masuk senarai) untuk memudahkan mereka memberikan hadiah ketika menghadiri jemputan kenduri ataupun apa sahaja majlis persendirian.Mengapa MB Selangor yang kononnya seorang MB disatu-satunya Negeri Maju beranggapan jawatan wakil rakyat ini laksana Santa Claus, yang kerjanya tidak ada lain selain mengagih dan memberikan hadiah semata-mata! Wakil rakyat ini sepatutnya menjadi pengantara diantara rakyat dan pihak atasan, bukannya Santa Claus.Wakil rakyat sepatutnya satu institusi yang menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya.
Masalah rakyat, cadangan rakyat, sikap rakyat, pendirian rakyat akan ia suarakan melalui sidang dewan. Itulah sepatutnya tugas dan tanggungjawab wakil rakyat sebagaimana yang terdapat di negeri-negeri maju yang Khir ghairah mahu contohi itu.Ini tidak, kalau rakyat nak kahwin, ada kenduri-kendara dan berbagai lagi maka wakil rakyatlah dituju untuk mendapatkan wang dan pampasan! Trend ini sebenarnya telah direka sendiri oleh BN dan dulunya Perikatan. Lalu kini Khir kononnya bersikap proaktif memerah khazanah negeri bagi tujuan kerja-kerja Santa Claus ini.Jadilah rakyat umpama peminta sedekah, dan jadilah wakil rakyat laksana Raja di kawasannya.Memang tidak dapat dinafikan dalam satu-satu kawasan itu pasti ada mereka yang miskin dan kurang berada khususnya di kawasan-kawasan luar bandar. Dalam hal ini wakil rakyat sepatutnya menjadi pegawai yang membantu mereka yang seumpama ini untuk memperolehi bantuan kerajaan samada melalui jabatan kebajikan, pusat zakat atau seumpamanya. Bukan wakil rakyat yang sendiri keluar duit. Kalau ini mahu dibenarkan, tidakkah ianya kelak akan membuka kepada poltik wang dan salah guna kuasa yang sememangnya amat sinonim dengan Umno itu?Berbalik kepada kenaikan elaun MB, EXCO dan ADUN Selangor ini, dalam keadaan kegawatan kenaikan harga barangan yang menjejaskan kehidupan rakyat ini, maka sedarlah kita dimana letaknya kepentingan mereka yang berkuasa. Mengapa perlu diluluskan kenaikan ini dalam keadaan yang gawat ini, kakitangan kerajaan disuruh menjimatkan pengunaan alat hawa dingin kerana kononnya kerajaan perlu berjimat, tetapi wang rakyat diguna untuk menampung elaun wakil rakyat, tidak mengapa!OK sungguhlah nampaknya Khir OK ini. http://us.f326.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=roslan_s@yahoo.com
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com/
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment