Wednesday, August 03, 2005

ASTRO diminta siarkan % undi pelajar AF3

Pengundi mahu ASTRO siarkan peratusan undian pelajar AF3Saudara Pengarang,TERPANGGIL saya untuk meluahkan ketidakpuasan hati di atas tindakan pihak ASTRO untuk tidak menyiarkan peratusan undian pelajar-pelajar AF sepanjang minggu ini.Pada pendapat saya pihak ASTRO tidak perlu membuat kejutan mengenai perkara ini. Cukuplah dengan kejutan yang akan dibuat pada malam persembahan kelak.Saya bukanlah fanatik Mawi cuma saya lebih mementingkan ketelusan pihak ASTRO dalam hal ini. Seperti yang telah diumumkan oleh Aznil pada malam konsert yang lepas, peratusan undian pelajar-pelajar tidak akan ditunjukkan sepanjang minggu ini.Ini jelas di @15 pun apabila kita menekan butang 'R' peratusan tidak dipaparkan. Bagaimanapun saya berasa musykil kerana peratusan undian tersebut dipaparkan di @15 pada 31 Julai 2005, lebih kurang jam 3.25 petang dengan peratusan undian seperti berikut: 39% Felix, 32% Mawi...Umum tahu bahawa pada akhir konsert 30 Julai 2005, peratusan Mawi ialah 31% dan Felix 22% sahaja. Bagaimana mungkin peratusan Felix boleh memintas peratusan awal Mawi dalam masa tidak sampai 24 jam pada 31 Julai 2005. Konspirasi apakah yang ingin dimainkan oleh pihak ASTRO?Dengan tidak memaparkan peratusan keputusan, ASTRO menimbulkan kekeliruan peminat-peminat Mawi ini. Adakah ini satu konspirasi untuk menjatuhkan Mawi setelah mereka mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit. Pada pendapat saya, eloklah pihak ASTRO menyiarkan saja peratusan undian tersebut kerana itu adalah hak kami sebagai pengundi dan pelanggan ASTRO agar kepercayaan kami kepada ASTRO tidak tergugat.Konsep AF adalah sebarang keputusan kemenangan pelajar-pelajar adalah di tangan pengundi dan pihak ASTRO perlu telus dengan perkara ini. - ADEPAYAJARAS.* Forum dari Utusan M'sia