Saturday, August 13, 2005

Petrol naik, barang naik lagi, apa yang harus kita lakukan ?

Mengeluh lagi kita tahun ini. Entah berapa kalimengeluh sudah tahun ini, saya pun tak pasti. Petrolnaik lagi, yang pasti ianya akan mengakibatkanrantaian kenaikan harga barangan. Tarif elektrik sudahdiberi perkhabaran akan naik.Mungkin bagi kami sekeluarga bolehlah menyahut seruanPak Menteri agak bijak berbelanja. Jika dahulu mungkinsebulan sekali bawa keluarga makan di restoran,mungkin sekarang setahun sekali makan di restoran.Jika dahulu pergi surau naik kereta mungkin sekarangpergi surau naik basikal atau jalan kaki, badanpunakan sihat. Itu bagi kami sekeluarga, yangAlhamdulillah, walaupun tidak mewah tapi masih bolehbijak berbelanja. Kalau dahulu dihantar anak ketuisyen , mungkin sekarang mengajar anak sendiri dirumah pada waktu malam. Tapi bagaimana ungkapan bijak berbelanja ini hendaksaya terangkan pada teman-teman saya, orang-orangbawahan saya yang gajinya kurang RM 700 sebulanmempunyai isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masamenjaga 6 orang anaknya. Bagaimana formula yang harussaya berikan pada rakan saya ini dengan gaji RM 700sebulan belum ditolak dengan KWSP dan SOCSO supayabijak berbelanja dalam menggunakan air yang sentiasadicatu di Seremban ini, bijak berbelanja supaya tidakmenggunakan motosikal buruknya ke tempat kerja, bijakberbelanja supaya dapat membayar yuran persekolahan,buku-buku dan pakaian sekolah anaknya apabila masuksesi baru 2006 nanti yang mencecah ribuan ringgit.Kalau dahulu bolehlah disuruh anak-anak bijakberbelanja dengan menurunkan buku-buku teks yangbertahun-tahun digunakan kakak dan abang kepadaadik-adiknya. Tapi sekarang bagaimana hendak bijakberbelanja jika setiap tahun walaupun rakan saya yanggaji RM 700 tadi dapat bantuan buku teks tapi bukulatihan dan praktikalnya begitu banyak dan perludibeli setiap tahun. Bagaimana dia harus bijakberbelanja sedangkan nak bayar bil air dan bilelektrik pada kadar lama pun masih berhutang kelilingpinggang ?Setiap minggu kedengaran sahaja keluhan kesusahanrakan atau jiran. Ada jiran yang daif baru kematiantempat bergantung, telah memohon bantuan JabatanKebajikan Masyarakat, namun masih belum ada jawapan,barangkali sekarang terlalu banyak permohonan untukdiproses sejak akhir-akhir ini. Begitu juga ada yangmemohon bantuan Baitul Mal, ada yang sudah dapat adayang sedang dalam proses. Ada yang dibantu oleh jiransekeliling dan orang ramai. Namun jumlah yang memintabantuan ini makin lama makin ramai apabila hargapetrol dan barangan terus naik. Nak disalahkan PegawaiKebajikan Masyarakat, mereka sudah memberi khidmatsekadar termampu. Nak disalahkan Pegawai Baitul Mal,mereka juga dihujani timbunan permohonan saban hari.Nak disalahkan jiran-jiran, mereka juga hanya dapatmembantu sekadar yang boleh, kerana mereka semuasekarang sedang bijak berbelanja.Terfikir juga sekiranya ini berterusan akan berlakukegawatan sosial yang begitu serius di Malaysia ini.Apakah mungkin kadar rasuah di jalanan dan di tempatawam akan bertambah dalam menyahut seruan bijakberbelanja ini , kerana majikan juga bijak berbelanjadengan mengurangkan kadar elaun dan menghentikan kerjalebih masa ? Apakah mungkin makin ramai anak-anaktidak akan ke sekolah kerana mereka harus bijakberbelanja, daripada menghabiskan wang membelibuku-buku sekolah , lebih baik mereka bijak berbelanjamembeli beras yang amat diperlukan untuk meneruskankehidupan mereka ? Apakah mungkin selepas inikadar-kadar jenayah akan bertambah kerana mereka yangtidak menamatkan pelajaran ini tidak mempunyaikelayakan untuk mendapat tawaran kerja setarafsiswazah menganggur ? Apakah mungkin lebih banyakkabel-kabel elektrik akan dicuri untuk dijual sebagaibesi buruk, dan akibatnya kos kerugian kabel-kabelelektrik ini akan melebihi daripada kos kadar tarifelektrik yang akan dinaikkan ?Mungkin bagi kami sekeluarga kami boleh lagi bijakberbelanja, tetapi sejauh mana dapat bertahan apabilaramai disekeliling kita yang datang mengadu setiaphari. Sekiranya semua rakyat Malaysia ini bijakberbelanja dengan tidak lagi mengunjungirestoran-restoran mewah, restoran makanan segera,mungkin mereka dapat mengurangkan kos perbelanjaanbulanan mereka tapi dalam masa yang sama akanmenyebabkan semua pengusaha hotel, pengusaha restoranakan gulung tikar.Jadi apakah jalan penyelesaian yang dapat diberikandalam kita menangani kenaikan harga petrol dan hargabarangan ini selain daripada menyuruh rakyat bijakberbelanja ? Bijak berbelanja dengan menghentikan ataumengurangkan penajaan program yang tidak membawafaedah kepada rakyat ? Bijak berbelanja denganmenghentikan atau mengurangkan pembelian persenjataancanggih ? Bijak berbelanja dengan menghentikan ataumengurangkan kursus-kursus pegawai kerajaan dihotel-hotel ? Bijak berbelanja dengan menghentikanatau mengurangkan perbelanjaan sambutan HariKemerdekaan, sambutan Idil Fitri, sambutan RumahTerbuka Malaysia ? Bijak berbelanja denganmenghentikan atau mengurangkan rumah-rumah terbukasempena perayaan ? Mengecualikan cukai pintu, cukaitanah, insuran kenderaan kepada mereka yangberpendapatan kurang RM 100O dan mengikut ratiobilangan anak ? Mengecualikan yuran sekolah untukmereka yang berpendapatan kurang RM 1000 dalammempastikan tidak seorangpun anak di Malaysia initanpa mengira bangsa dan agama keciciran daripadapelajaran ?Semoga amalan bijak berbelanja ini dapat diamalkanoleh semua pihak serta dikecualikan kepada mereka yangtidak mampu untuk bijak berbelanja untuk mempastikankeseimbangan sosio ekonomi masyarakat Malaysia yangboleh membawa kepada pelbagai gejala sosial danjenayah.Layari http://rozmal.blogspot.com

No comments: