Wednesday, December 07, 2005

Cetusan Suara Subuh

Aku nak sangat menaip kisah hidup aku nie.. kalau boleh cerita semua mende yang aku nengok, dengar, jumpa, rasa dan pelbagai lah.. kalau boleh apa yang aku impikan pun aku nak cerita, tapi disebabkan masa tidak mengizinkan.. maka kebanyakkan yang dipostkan kat sini cuma forward email..

Memang banyak le forward email yang aku terima, tapi tak semua aku postkan kat sini. Selalunya aku postkan email yang menyentuh hati ku (happy, sayu, mendekatkan diri padaNya etc lah).. email yang berinformatif .. dan jugak email yang panjang berjela yang aku sendiri tak sempat baca, aku akan postkan kat sini.. kelakarkan.. tapi itu lah aku.. nak clearkan mail box.. akunyer blog lak jadik mangsa khikhikhi..

Tapi pagi nie, bila aku baca email nie.. tersentuh sungguh hati ini.. aku tak tau saper penulis dia.. kalau ada nama penulis tu, nak gak aku berikan kredit, tapi sememangnya forward email sebegini tidak dinyatakan siapa penulisnya.. frust gak aku kengkadang.. aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada penulis cerita cetusan suara subuh nie sebab sedikit sebanyak dapat menyedarkan aku akan suara2 yang tidak didengari ditelinga ini..

Untuk renungan bersama..

Cetusan Suara Subuh

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang.

Ku tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?"
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.
Aku fahami maksud Subuh. "Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuh! ya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.

Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. "Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku?
Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,
"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,
"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita sendiri.

"sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak baik itu adalah kelemahan diri kita sendiri.."

"Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di seluruh Permasalahan" (Riwayat Bukhari & Muslim)

6 comments:

Meera Melati said...

huwaaaa... acik syahdula citer tu...

... said...

ermmm memang syahdu citer nie.. pagi tadi masa baca.. acik rasa sayu sangat, rasa sebak macam nak nangis pun ada.. tak tau le napa.. tersentuh hati nie.. :)

aNIe said...

erm...tersentuh hati kaklady baca cerita ni...terasa ntah berapa ratus kali dah kak lady mengecewakan Subuh....boleh e-mailkan pada kak lady tak : ladyjeanz@yahoo.com...terima kasih acik ila

Anonymous said...

sedeynyaaa.........sedey aaa acik.. rasa berdesyumm kene kat muka... arghhhhhhhh sedey sgt!

hikMah said...

assalamualaikum..

em beslah cite ni acik ila.memberi pengajaran dlm cara yg sungguh lembut dan berhikmah..menyentuh perasaan dan terasa pula diri ini..

... said...

itu le daie.. pandai ekk dia susun ayat.. tapi daie pun apa kurangnya pandai gak mengarang.. acik suka baca daienyer cara penulisan.. tu sebab selalu ke sana :D