Thursday, December 01, 2005

Hanya PadaMu Ku Berserah..

Thanks to my cyber friend.. Born2bda'ie
, di atas komen beliau terhadap citer yang aku paparkan di awal minggu lalu.. padahal takde isu pun, tapi masa tu fikiran tengah terganggu le katakana semua mende nak diluahkan dekat blog nie.. lepas tulis apa yang aku rasa, baru le lega sikit.. tapi kalau difikir2kan balik sebenarnya tak berbaloi pun aku nangis dan risaukan mende2 yang remeh temeh macam tu, ada banyak lagi perkara yang lebih afdal, yang harus aku fikir.. tapi komen Born2bda’ie ada juga kebenarannya.. aku baca berkali2 gak le komen dia nie, lepas tu aku amik keputusan nak pastekan kat sini untuk tatapan semua..

Kembali kepada Allah adalah jalan penyelesaian bg segala2nya. tiap2 hari insyaAllah kita baca al-fatihah paling kurang 17 kali.ayat ke 5 bermaksud "hanya Engkaulah yang kami sembah dan meminta pertolongan".. melalui ayat tu,kita sendiri dah ngaku yg kita hanya sembah Allah dan meminta pertolongan padaNya. Namun, sejauh mana kita laksanakan apa yg kita perkatakan tu? kalau hanya Allah yg kita sembah, semua suruhanNya kita buat. semua laranganNya kita tinggalakan. Allah melarang kita dari menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim. nah tgk sendiri apabila larangan ini kita buat. kebahagiaan rumah tangga terjejas. namun takdir jua yg menentukan segalanya,jgn dikesalkan apa yg sudah tertulis di lauh mahfuz.mungkin ia merupakan titik tolak untuk kita lebih dekat padaNya. bersabarlah dalam menghadapi segala dugaan hidup kerana hidup ini sesungguhnya hanya sementara. taatlah pada Allah dan rasul dan kemudian suami selagimana suami taat kepada Allah dan rasul. semoga Allah memberi hidayah..wallahualam..

Memang betul pun apa yang dinyatakan tu.. setiap apa jua masalah mesti ada jalan penyelesaian dan kita sebagai hambaNya, perlulah berusaha, berdoa dan akhir sekali baru lah berserah segalanya kepada Allah..

Hanya padaMu ku berserah.. (ehh macam tajuk lagu lah pulak..)