Thursday, February 09, 2006

Rawatan Susulan

Pagi tadi aku ke Klinik Dr idris untuk rawatan susulan. Doktor masih lagi membekalkan aku ubat “danazol” seperti bulan sebelumnya. Tapi aku telah dimaklumkan dari awal yang aku terpaksa mengambil ubat tersebut selama 3 bulan, aku dah dapat agak dah yang doktor akan terus membekalkan ubat tersebut pada aku. Aku bernasib baik kerana segala kos perubatan dan rawatan susulan di cover oleh pihak insuran syarikat. Kalau lah bayar sendiri, aku agak pergi setakat GH je lah, takde le aku nak pergi Hospital Pantai. Kos rawatan susulan aje hampir RM300 setiap kali rawatan.

Kesan dari ubat “danazol” yang aku makan, menyebabkan berat badan aku naik dengan mendadak. Bayangkan sebelum pembedahan, berat badan aku Cuma 55kg, selepas pembedahan menurun kepada 53kg. Dan tadi selepas timbangan terkejut badak aku, dah naik 59kg. Bukan aku aje, doktor pun macam suspend gak. Doktor menasihati aku agak menjaga pemakanan aku dengan teratur dan banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Aku ada bagitau doktor yang perut aku sentiasa lapar aje sejak dua menjak nie, itu sebab aku asyik makan aje. Tapi memandangkan aku terpaksa mengambil ubat ini dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi, aku terpaksa mengamalkan diet yang ketat. Kalau tidak mau badan aku naik macam belon.

Mengikut kata doktor, ubat yang aku ambil akan mengurangkan estrogen level dan menaikkan paras androgen. Ini akan mebuatkan badan seolah-olah telah mengalami menopause, darah haid dihentikan untuk seketika untuk merawat endrometriosis. Tapi aku ada baca gak yang ubat ini juga akan menyebabkan aku akan mengalami ciri2 lelaki, nie yang aku seram nie. Tapi harap-harap, aku tidak akan sampai ke tahap itu. Aku tak nak suara aku bertukar menjadi garau, lepas tu tumbuh janggut dan misai. Ya ampun..

4 comments:

Masy said...

salam acik..

harap2 taklah smpi tumbuh janggut segala,insyaallah..hehe..
oo..jadik cepat lapau ek?side effect ubat tu ye..maknanya klu lapau pasni,acik kene mkn buah2an je la..x pon mkn quaker oat..ok gak tu..

take care ok! ;)

... said...

memang masy.. lapau gilerrr ahh acik skang nie.. semua orang cakap pipi dah tembam.. tu yag doktor risau..

dia punya lapau lain macam le masy.. acik try gak nak control makan, tapi buat masa skang nie tak dapek le.. dia rasa macam lapar kebuluq gitu.. boleh?? hahahah.. hahaha.. abis lah acik.. nak kena makan 2 bulan lagi ubat nie, ntah camana le ghuper acik for the next 3 months.. eeee tak dapek nak imagine ahh..

Unknown said...

Orang tua-tua kata... kalau nak hilangkan senggugut, kahwin cepat!!! Walau bagaimanapun mudah-mudahan awak cepat sembuh insyaallah... :)

Anonymous said...

This is very interesting site... http://www.supplements-calcium.info/foo-fighter-ppc.html http://www.scrabble-help.info/wevistaraloxifene.html http://www.bontril-4.info/Didrex_c_o_d.html evdo ppc Backpacking filter pur water Chrom gurthalteschlaufen polo 6n faceliftgtilupo18t face lift without surgery