Friday, February 24, 2006

Tahukah Anda - Edisi Pengetahuan Am

Tahukah Anda, manusia dikenali melalui nombor pengenalannya walaupun mempunyai nama panggilan tetapi penggunaannya terhad atau tidak unik. Manakala bagi objek astronomi di langit ia diwakili dengan nombor pengenalan dan koordinat lokasi. Terdapat juga yang menggunakan nama panggilan cthnya ialah nama planet, galaksi Andromeda, komet Halley, asteroid Eros dan sebagainya. Ia berdasarkan mitos, sejarah atau agama pada masa itu. Selalunya dahulu kala, nama komet diberi daripada nama ahli astronomi yang menemuinya. Sekiranya ahli astronomi itu telah mengabadikan nama beliau pada asteroid yang pernah ditemuinya, maka untuk asteroid yang ditemui seterusnya, beliau boleh menggunakan nama keluarga, saudara atau rakannya sendiri dengan syarat nama ini belum pernah digunakan lagi.

Taukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. Orang jugak.. yang ini memang fakta yang termaktub..

Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah Anda Sistem Gear sememangnya sinonim dengan bangsa Greek. Artifak, barang purba berbentuk seperti jam berusia 2000 tahun ini terdiri dari permukaan yang boleh didail, gear, roda dan piring yang diukir didapati suatu Mekanisme yang membuat pengiraan pergerakan bintang dan planet. Sememangnya tidak ada alat yang sedemikian rupa sehingga kini dapat dibandingkan dengan penciptaannya.

Tahukah Anda bahwa semua jenis kucing yang ada berasal dari satu nenek moyang?? Apakah kucing itu mengeong atau mengaum, dia tetap saja turunan dari spesies Felis silvestris, yang dapat dikategorikan sebagai kucing liar Afrika, kucing liar Eropa dan kucing liar Steppe. Jenis yang paling kecil adalah kucing berbulu bintik-bintik yang ditemukan di Sri Lanka. Ukurannya setengah ukuran kucing kampung. Sedangkan kucing yang terbesar adalah seekor harimau. Harimau jantan Siberia atau harimau Amur mempunyai panjang badan keseluruhan lebih dari 3m (10 ft) dan berat badan hingga 300kg (660 lb).

Singa adalah rajanya para kucing. Berbeda dari jenis kucing lainnya, tidak hanya dalam penampilannya saja, tetapi juga dari sifat hidupnya yang berkelompok. Seekor singa jantan berat badannya mencapai 225kg (500 lb) dan panjang badannya dapat mencapai hingga 3m (10 ft). Kucing yang tercepat, cheetah, juga merupakan binatang daratan yang paling cepat larinya. Dapat mencapai kecepatan 95 km/jam (60 mph) dalam waktu singkat. Tidak seperti kucing lainnya, dia tidak mengaum melainkan bersuara melengking. Dan seperti kucing rumahan, dia juga mendengkur. Meong! Kucing kampong mendengkur setiap 26 kali per detik, sama dengan frekwensi mesin disel dalam keadaan idle. Kucing kampung dapat mendengar frekswensi suara hingga 65 kHz, sedangkan manusia hingga 20 kHz. Kemampuan indera penciumannya 14 kali lebih kuat daripada penciuman manusia.

Tahu ke atau sekarang baru tau?

hehehe

2 comments:

Meera Melati said...

baru tau acik....

wakakakakakaka.... *gelak guling2*

... said...

kelakar lah meera nie.. tahukah anda.. tau takpe.. tak tau bacer le.. muahahah.. hahahaha..