Thursday, April 27, 2006

Attitude 1

Ajaib Tapi Benar


Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam erhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.


Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali

HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali

DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

So Cute..

Wednesday, April 26, 2006

Hairan Dan Pelik - Senarai Fakta Pelik Untuk Dibaca - baca waktu lapang


Hairan sungguh..........

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nakmengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.:badigol:

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.:jiwang:

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.:3some:

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak? yang nie sebab pemandu teksi terpaksa korbankan masa tido untuk membantu orang, sebab tu dia kena caj 50% lebih.. so, tak salah rasanya :D

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri? make sense :D

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer. muahahaha.. hahaha.. ada betulnya gak tuh..

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab mamat@yahoo.com.

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok "chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam "Guestbook" sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam "chat room".

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

50. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.

51. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni demam.

52. Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

53. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

54. Bilamana ada orang dapat menawarkan layanan seks dalam ruangan berkenalan sesuatu laman web.

55. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

56. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

57. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

58. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang.

59. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

60. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

61. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.

62. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum.

63. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

64. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje.

65. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.

66. Bilamana setiap kali rancangan WWF disiarkan, lebih ramai orang perempuan yang menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang lelaki yang sentiasa tertidur.

67. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

68. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat.

69. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu putis sekali.

70. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada.

71. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

72. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama.

73. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin
meningkat.
74. Bilamana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji maseh ditakuk lama.

75. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

76. Bilamana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi maseh mampu nak berlagak sombong.

77. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi maseh sedap dan enak didengar berbanding lagu sekarang.

78. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tak pernah siap tepat pada masa.

79. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

80. Bilamana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
81. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.

82. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

83. Bilamana pokok nangka sudah bleh tumbuh diatas pokok pisang -kesahihan perlu dikaji.

84. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).tigershow:

85. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

86. Bilamana ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA. ( :-?

Tuesday, April 25, 2006

Cantikkan Burung Merak Nie..

fulamakkk cantekkk betoi laa burung merak nie..




Food For Thought - Maya Angelo


p/s: Maya Angelou is a writer and Oprah's mentor
*******************
In April, Maya Angelou was interviewed by Oprah (on her show) for Dr.Angelou's 74th birthday. Oprah asked her what she thought of growing older. And, there on television, she said it was Regarding body changes, she said there were many, occurring every day... like her breasts. They seem to be in a race to see which will reach her waist first, she said. The audience laughed so hard they cried.

Dr. Angelou also said "I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow.

I've learned that you can tell a lot about a person by the way he/she handles these three things: a rainy day, lost luggage, and tangled Christmas tree lights.

I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life.

I've learned that making a living is not the same thing as making a life.

I've learned that life sometimes gives you a second chance.

I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw something back.

I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision.

I've learned that even when I have pains, I don't have to be one.

I've learned that every day you should reach out and touch someone.

People love a warm hug, or just a friendly pat on the back.

I've learned that I still have a lot to learn.

Monday, April 24, 2006

Pepatah melayu

pepatah melayu yang telah ditukar (saper yang tukar ntah.. pepandai dia jerkk).. tapi nie di pastekan untuk tatapan semua..


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Ladder Of Success

Friday, April 21, 2006

Petua dari Dr Fadzilah Kamsah

ini petua baguih diamalkan untuk membina keluarga bahagia..

Sumber didapati dari pengalaman rakan-rakan )

Petua Dr. Fadzilah Kamsah

Story Regarding Didik Anak

Assalammualaikum......masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu .... dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ....


so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok .. jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik


...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat .... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling-paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya .... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".


Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah Terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!


So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's lastsermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.

Wallahualam.

Wednesday, April 19, 2006

Kurang Hajau Punya Orang

Sungguh sadis dan sakit hati bila aku membaca kisah dari seberang tambak nie. Aku ada membaca suratkhabar hari Sabtu (Berita Harian Singapura), berkenaan dengan satu makhluk nie yang melakukan perkara tak senonoh pada anak-anak dia. Aku tak boleh bayangkan, lelaki nie ada 10 bini dan 66 orang anak. Dan mengaku dirinya ustaz.. Ya Rabbii.. ini aku bentangkkan kisah dia..
Mungkin petikan dari Harian Metro, aku tak berapa pasti.. Kurang ajar betul jantan tu, dengan bini2 dia puan &*^%** geram aku laa.. kesian dengan budak2 yang tak berdosa tu.. hubby cakap lelaki tu kena hukum penjara 35 tahun & sebatan (tak pasti berapa sebatan). Aku rasa hukuman lebih berat lagi patut dikenakan pada dia nie..

LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK
Oleh Khalid Khamis

SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil. Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.

Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan. Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya. Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.
Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan. Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan kepadanya. Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Mukminin untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya hingga dibolehkan mengadakan seks'.

Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu kepada seorang kenalannya. Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki. 'Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,' katanya.

Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan budak perempuan. Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah menukar namanya sebelum ini. Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas perbicaraan.
Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang kes tersebut. Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu, berkata: 'Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.'

Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara.
ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH. Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka. Tanpa segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan saja, sakit sekejap saja.' Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.

Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12 dengan 15 tahun. Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak perempuannya.

Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki. Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya. Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar.

Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua keluarga dan 'guru agama' mereka. Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama mereka. Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka. Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya sendiri. Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan kandangannya.
Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan kandungannya. Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada seorang kawannya. Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari kemudian.

Fakta kes

Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri (empat isteri sah dan enam melalui nikah muta'ah) dan 66 anak (33 lelaki dan 33 perempuan).

Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan. Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di sebuah flat jumbo.

Keputusan: Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak perempuannya yang berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005, sehari selepas dirogol.
Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan 23 Jun 2005.
Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan Mac 2004.
Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.
Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan Jun 2005.
Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan Mei 2005

ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH

ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka. Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana 'pengorbanan' itu.

Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya. Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka.

Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan dilakukan. Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir menangis.

Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati. Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya. Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.

Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini, menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya. Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.

Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah tangga dan 'guru agama' mereka, si isteri menuruti perintahnya. Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka.

Tuesday, April 18, 2006

Excellent JigSaw

A blonde calls her boyfriend and says, "Please come over here and help me. I have a killer jigsaw puzzle, and I can't figure out how to get started."

Her boyfriend asks, "What is it supposed to be when it's finished?"

The blonde says, "According to the picture on the box, it's a rooster."

Her boyfriend decides to go over and help with the puzzle.


She lets him in and shows him where she has the puzzle spread all over the table. He studies the pieces for a moment, then looks at the box, then turns to her and says, "First of all, no matter what we do, we're not going to be able to assemble these pieces into anything resembling a rooster".

He then takes her hand and says patiently, "Secondly, I want you to relax. Let's have a nice cup of tea, and then... he said with a deep sigh ...

"Let's put all these Corn Flakes back in the box."
ader ke dumb blonde skang nie??? kalau ada lah sungguh menyedihkan.. tapi so far.. tak jumpa lagi yang really dumb macam citer kat atas tu.. hehehe.. hehehe

Monday, April 17, 2006

Insruction Label On Clothings

Tak pernah pulak tengok label macam nie bila beli baju.. tapi nie mungkin kat US je kot.. dorang nie macam2 idea ada.. kelakar pun ada..
orang putih nie kadang2 terlampau vocal.. tak hingat2.. hahaha.. hahaha.. berani cuba :D

Thursday, April 13, 2006

Joke - Life Is Tough

Joke before i go on leave. Selamat berhujung minggu untuk semua..


Recently, when I went to McDonald's I saw on the menu that you could have an order of 6, 9 or 12 Chicken McNuggets. I asked for a half dozen nuggets.
We don't have half dozen nuggets," said the teenager at the counter.
"You don't?" I replied. "We only have six, nine, or twelve,"was the reply.
"So I can't order a half dozen nuggets, but I can order six?"
"That's right."
So I shook my head and ordered six McNuggets.
.............................................................................

I was checking out at the local Wal-Mart with just a few items and the lady behind me put her things on the belt close to mine. I picked up one of those "dividers" that they keep by the cash register and placed it between our things so they wouldn't get mixed.
After the girl had scanned all of my items, she picked up the "divider", looking it all over for the bar code so she could scan it.
Not finding the bar code she said to me, "Do you know how much this is?"
I said to her "I've changed my mind, I don't think I'll buy that today."
She said "OK," and I paid her for the things and left.
She had no clue to what had just happened.
.............................................................................
I recently saw a distraught young lady weeping beside her car.
"Do you need some help?" I asked.
She replied, "I knew I should have replaced the battery to this remote door unlocked. Now I can't get into my car. Do you think they (pointing to a distant convenience store) would have a battery to fit this?" "Hmmm, I dunno. Do you have an alarm, too?" I asked. "No, just this remote thingy," she answered, handing it and the car keys to me. As I took the key and manually unlocked the door, I replied, "Why don't you drive over there and check about the batteries. It's a long walk."
.............................................................................

Several years ago, we had an Intern who was none too swift. One day she was typing and turned to a secretary and said, "I'm almost out of typing paper. What do I do?" "Just use copier machine paper," the secretary told her.
With that, the intern took her last remaining blank piece of paper, put it on the photocopier and proceeded to make five "blank" copies.
..............................................................................

Police in Radnor, Pa., interrogated a suspect by placing a metal colander on his head and connecting it with wires to a photocopy machine. The message "He's lying" was placed in the copier, and police pressed the copy button each time they thought the suspect wasn't telling the
truth. Believing the "lie detector" was working, the suspect confessed.
..............................................................................

A mother calls 911 very worried asking the dispatcher if she needs to take her kid to the emergency room, the kid was eating ants. The dispatcher tells her to give the kid some Benadryl and should be fine, the mother says, I just gave him some ant killer.....
Dispatcher: Rush him in to emergency!
..............................................................................

Moral of the Story : "Life is tough. It's tougher if you're stupid."

Wednesday, April 12, 2006

Cerita Lawak Di Petang Ari

Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis.
Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

******************************
B.I
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

******************************
Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

******************************
Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

*******************************
Tiru
Cikgu:Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa:Apa bukti awak?
Cikgu:Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

*******************************
Makan
cA:dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB:kau makan ape?
cA:makan angin...............................

Kesian Dia Tunggu Bonus

kesian dia sampai jadik tengkorak dok tunggu bonus..
nasib baik le company aku bagi bonus kat pekerja.. tapi aku dengar-dengar, ada gak yang dapat sikit, yang tak dapat langsung pun ada gak.. tu pun kesian gak..
apa-apa pun yang penting buat kerja dengan ikhlas, pasti ada ganjarannya, InsyaAllah..

Corrective Action

Sekadar citer lawak sahaja.. email lama yang diforwardkan kembali.. tapi masih boleh buat orang gelak..

Subject: citer pasai kentut...

alkisahnya...satu citer... ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin, si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidor mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia mengegarkan bilik tidor dan baunya yarabbi tak leh cerita nanti penulis muntah pulak.

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tu dan banyak kali termuntah sebab tak tahan, tapi silaki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semula jadi yang baik untuk kesihatan. satu hari si bini yg dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar, semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka", silaki cuma sengih jer. buat buat bodoh...

Hari raya korban pun tiba, keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak banyak bungkusan tu ada perut lembu, hati, paru-paru.. maka timbul lah idea si bini nak pekena laki dia.

Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokkan perut lembu yang berjela jela betul betul kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya.

Dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dasyat bunyi nya dan maha belantung baunya, si bini tunggu dengan penuh kusyuk, dari dlm bilik tido terdengor suara laki dia menjerit sakan, histeria gitu, si bini tertongeng tongeng dan guling guling ketawa. 20 minit pastu si laki pun kedapor untuk sarapan, si bini pun buat buat donno dan kontrol macho.

"masin betul lah mulut awak, habis tali perut saya terkeluor macam yang awak cakap aritu. kata laki dia bersungguh-sungguh. "habis tu abang buat macam mana" tanya sibini sambil kontrol suara dan perut yg nak pecah sebab nak ketawa.

" nasib baik abang tak panik, abang terus ke bilik air, dan sekarang semua dah settle". "hah dah settle! abang buat macam mana" tanya sibini, agak suspen.

"dengan menggunakan jari sahaja abng berjaya memasukkan balik semua isi perut abng tadi... tak payah susah susah pegi hospital untuk operasion" Si bini diam kaku...

moral: perut lembu tak boleh di salahgunakan ...

Rahsia 5 Jari


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang dating menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Wednesday, April 05, 2006

A Prayer For The Boss

ada sesuatu berlaku di ofis yang menyebabkan kepala ku berdenyut sakit.. fikiran ku tak tenteram.
Organisation restructuring yang menyebabkan boss kesayangan aku di naikkan pangkat dan terpaksa menjaga subsidiari company.
Abih tu aku kat sini, saper lak nak jaga wehhhh.. takkan le aku nak report kat mokcik yang buat kerja tah hapa2 tu..
sedih betul aku..
Aku bukan tak boleh buat kerja dengan immediate boss a.k.a mokcik tu.. tapi kerja aku nanti saper nak review.. mokcik tu cuma tau tengok kertas je.. review hermmmm hampessss.. nampak gayanya aku yang prepare, aku jugak yang review..
bosannyaaa.. naper jadik macam gini..
aku tak suka orang pangkat besar, gaji besar tapi takmo buat kerja..
tapi yang aku pelik bin ajaib nya, boleh pulak mokcik tu survive.. heran.. heran
apa ilmu yang dia pakai entah le..
Wallahualambisawab..


MySpace Layouts

MySpace Layouts

Freshkan Otak Di Kala Mengantuk..


Kalau mengantok bacalah teka teki ni....
> >Dalam Banyak2 air,air apa yg paling >berani?Ha.Ha.Ape bende tu?! > > > >Kalau nak tahu,
jawapannya ialah air kopi..eh.eh >takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani >terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

> >Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...nak tau cari >sendiri... > > >takdok eh..jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD..saja buat >lawak..tak paham jugak. ala kepala le..
> >Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk >kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg >brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln >terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

> >Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam >la niiii.....ha jwp2.... > > >nak tau jwpnye... > > >siput babilaaaaa.....ye la siput >bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.....
> >Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai >apa yang paling berat? > >Jawapaaaaaaannya ialah > > > >Sungai Besi...Ha...ha...ha...lawak >tak... alahhhh, lawaklah ye..
> >Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah.saya bagi 2 saat. >oklah > > >jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...MUAHAHAHA.... >WASSALAM
> >Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati? > > >aku tak sanggup dah tengok >hampa teriak. jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.
> >Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...keh >keh keh..jawab jgn tak jawab.. > > > >nak tau apa.huruf TA dan YA laa...kan jadi >TAYAR tu..HEHEHE
> >Nih aku nak teka ni...kasut apa yang paling keras??haa..pikiaq2..apa? >kasut batu..salah maa.. > > > >kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka????
> >Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar >seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti? > > >jawapannya ialah meter bas tu lah..
> >Antara huruf A hingga Z, banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh >kahwin ...ahhh sape dapat jawab???? senang jer...tahu tak jawapannya? > > >aahh >jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara pasangan >bercinta lerrr .hehehehe
> >Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa? > > >orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!
> >Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di bagi >pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti >lemah IQ kan.. > > >jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau >tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji..
> >Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun dah? >kui.kui..kui > > >jwpn dia umuq >la.ish...ish...ishhampa ni ...
> >Murid1:Cikgu, Sungai seget di mana?. Cikgu:.....(Diam jer). > >Murid2:Ha kau alik rumah nanti kau pergi tanya mak kau. Ajak pergi >bercuti sekali kat sana. Bila dirumah. > >Murid1:Emak! Sungai seget kat mana? Jom kita >gi bercuti!. > > >Emak:Pala hotak ko! Sape yang nak cuti kat tepi parit tu! (Sungai seget tu >kat JB. Sape yang dok JB tau la kat mana sungai seget tu).
> >KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR > HADAPAN? ANDA DIBERI SATU SAAT UNTUK MENJAWAB. > > >TRETT!!!MASA SUDAH TAMAT. SEBABNYA >IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN.
> >Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina? > > >jawapannye betina ler.. >pasal dia pakai pad.hehehe..
> >Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu >ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, >titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah........ > > >Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!
> >Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari, (any >nswer?) > > > >...............................................lembu yang hilang lah >ngok. > >kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.
> >Hidupan apa didalam laut paling tua. > > >jawapannya udang sebab dia sudah >bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha--
> >Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring >dia berdiri.......? Jawab2 jangan tak jawab. > > >Ape? tak tahu jawapannye la >senang >je jawapannye tapak kaki la......
> >Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu... > > >jawapan nyer :ikan sardin. >sebab nyer dier duduk dlm tin..
> >ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU >ANDA PERLU TUTUP DAHULU?JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAH LA.. > > >TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..
> >APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG? > > >HA JAWAPANYA MESTILAH >KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK >TAK SESUAI TAU. > > > > > > > > > > > > > > >
sorry le.. nie forward2 email je.. saja lawak bodoh di petang ari.. jangan marah aaa :D..

Tuesday, April 04, 2006

Hi .. I'm Bekkkkkkkkk..

Lama betul aku tak jengok blog aku nie.. ada sesket habuk tapi aku bernasib baik sebab tak bersawang lagi.. hehehe.. hehehehe..

Sorry la mild bukan tak nak cakap kena attend course.. tapi last week kelam kabut sket.. biasanya kerja ngadap computer aje.. tapi sejak dua menjak nie asek2 kena masuk meeting.. leceh betul lah.. kadang2 kita punya part, sikit aje nak kena discuss, kira macam cenonet gitu, dalam 5 minit je boleh resolve.. tapi terpaksa melangguk kat dalam meeting room tu sampai 2 jam.. sebab terpaksa dengar dorang berdiskusi tah hapa2 kat dalam tu (biasanya part yang tak paham pasal programming lah).. boleh macam gitu??.. ermmm kalau keluar dari meeting macam gitu aje.. nanti dorang cakap kita tak fully support lah.. takde commitment lah.. ehh alamakk.. dah jadik kes membebel nih.. ok stop lah part meeting yang tah hapa2 tu..

Course yang kat singapore tu memang boring (jadik tak payah le nak bercerita pasal course tu) walau pun trainer tu very excellent.. tapi sebab terlampau comprehensive.. otak pun boleh jadik cramp, dah tak boleh nak cope lagik.. stress sungguh.. part yang aku paling suka kalau ada 15 minit break.. masa tu boleh le teguk green tea & makan kuih dorang.. buah2an yang dorang hidang pun segar bugar gitu.. masih terkonang2 buah strawberry, jambu air ngan kiwi dorang.. halamak tertelan air liur dibuatnya..

First time berdeal dengan orang singapore nie.. walau pun kawin dengan orang singapore, tapi tak pernah lagi berurusan pasal kerja dengan dorang nie. So, for me, dorang nie memang professional, tabik lah dengan dorang nie. Kita pun mungkin boleh jadi macam dorang nie, tapi ambik masa sket lah.. sebab banyak proses yang kita kena lalui untuk menjadi sebaik & sebagus dorang tu. Apa yang aku perasan, orang Singapore memang pentingkan kualiti, takde lah cakap orang Malaysia tak pentingkan kualiti, tapi cara kita banyak yang asal boleh aje.. so, kalau kita aje yang nak kualiti tapi orang lain buat kerja asal boleh aje, takkan menjadik jugak.. Banyak gak nak bercerita pasal dorang, tapi masa lah pulak tak mengizinkan.. jadi ada baiknya stop aje kat sini.. nanti lain kali kita bercerita lagi.