Sungguh sadis dan sakit hati bila aku membaca kisah dari seberang tambak nie. Aku ada membaca suratkhabar hari Sabtu (Berita Harian Singapura), berkenaan dengan satu makhluk nie yang melakukan perkara tak senonoh pada anak-anak dia. Aku tak boleh bayangkan, lelaki nie ada 10 bini dan 66 orang anak. Dan mengaku dirinya ustaz.. Ya Rabbii.. ini aku bentangkkan kisah dia..
Mungkin petikan dari Harian Metro, aku tak berapa pasti.. Kurang ajar betul jantan tu, dengan bini2 dia puan &*^%** geram aku laa.. kesian dengan budak2 yang tak berdosa tu.. hubby cakap lelaki tu kena hukum penjara 35 tahun & sebatan (tak pasti berapa sebatan). Aku rasa hukuman lebih berat lagi patut dikenakan pada dia nie..
LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK
Oleh Khalid Khamis
SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil. Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.
Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan. Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya. Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.
Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan. Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan kepadanya. Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Mukminin untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya hingga dibolehkan mengadakan seks'.
Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu kepada seorang kenalannya. Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki. 'Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,' katanya.
Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan budak perempuan. Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah menukar namanya sebelum ini. Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas perbicaraan.
Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang kes tersebut. Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu, berkata: 'Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.'
Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara.
ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH. Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka. Tanpa segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan saja, sakit sekejap saja.' Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.
Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12 dengan 15 tahun. Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak perempuannya.
Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki. Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya. Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar.
Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua keluarga dan 'guru agama' mereka. Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama mereka. Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka. Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya sendiri. Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan kandangannya.
Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan kandungannya. Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada seorang kawannya. Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari kemudian.
Fakta kes
Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri (empat isteri sah dan enam melalui nikah muta'ah) dan 66 anak (33 lelaki dan 33 perempuan).
Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan. Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di sebuah flat jumbo.
Keputusan: Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak perempuannya yang berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.
Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005, sehari selepas dirogol.
Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan 23 Jun 2005.
Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan Mac 2004.
Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.
Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan Jun 2005.
Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan Mei 2005
ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka. Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana 'pengorbanan' itu.
Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya. Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka.
Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan dilakukan. Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir menangis.
Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati. Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya. Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.
Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini, menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya. Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.
Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah tangga dan 'guru agama' mereka, si isteri menuruti perintahnya. Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka.
7 comments:
Iisykkk...geram plak akak baca cerita ni....yang si mak tu pun satu mengikut suruhan membabi buta...sian kat bebudak tu...semua masih awal belasan tahun...entah aper le punya bapak...macam binatang....
Astagfirullah..halazim
Apa dah nak jadi dengan manusia2 di akhir zaman ni ye....
ya Allah.... geramnyaaaaaaaaaaaaa
Astafir'llah.... Sedinya baca ada wujud insan2 begini... Seorang yg kaya dgn ilmu Islam tetapi melanggar every one of it....
itu la kak lady, ayu, nbk.. geramkan.. macam s**l je mak ngan bapak bebudak tu.. eeeeeeee geram tak tau nak cakap macamana.. macamana la mak budak tu tergamak buat kerja bodoh macam tu.. kesian sungguh..
memang jantan puaka. bini2 dia pon bodoh mcm x penah blajau agama. x kan bodoh sgt, smpi x tahu hukum hakam, x tahu sumbang mahram tu haram.
yg ketuanya bodoh, 'pengikut'nya pon sama bebal. yg jadik mangsa, anak2.
patut kerat anunya terus.
masy.. tu jenis lebih bebal dari dumb blonde.. tak tau nak cakap macamana.. bila baca rasa sakit hati sangat2..
dorang tak fikirkan macamana masa depan bebudak tuh.. ishkk masih sakit ati lagi nie..
itu da masuk ajaran sesat ni... orang macam ni patutnya tak dibiarkan idup, sula aje. tak pun potong aje anu nye tu...
Post a Comment