Sedih ahh warkah dari ayah nie.. nangis baca :(.. Al Fatehah..
Al~Fatihah... akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta-nyaA'kum w.b.t...Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanyadapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan(hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulangbelakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permatahatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini.Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah danselebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhirkehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor danjururawat yang merawatnya.Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami.Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya.
Pada pukul 4.40 pagi,Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya.Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospitalmemberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kamibertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkankalimah tauhid di telinganya.
Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang.Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlahpada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang".Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu.Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yangpaling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanyamengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Makasempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelahtidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha.
Pagi itu,jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazahAlesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidaktertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Aleshadan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakanbertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!
Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendirimengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untukmembaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untukmembaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shafhadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yangtidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masaitu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasanamendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga.
Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkandan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dariAllah untuk bayi yang tidak berdosa itu.Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Akusendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatankain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saatku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum.
Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik danberseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.Satu lagi peristiwa yang kurasakan agak istimewa berlaku.
Tika kuburanselesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkintidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran ditelingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedangmenunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaranseolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesaipengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidakmendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah,walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketikamengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmatyang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untukmengulanginya.
Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)
8 comments:
Al-fatihah buat Alesha...sebenarnya Allah lebih menyayangi Alesha....dan mengambilnya sebelum dia tau erti derita....
betul kata kak lady tu.. tapi sedih gak baca warkah dari ayah alesha nie :(
Sedihnya...Moga dia tenang disana...!!
itu le maniq.. sedih ahh baca.. tu kita yang baca.. orang yg melaluinya lagi la sedih..
Al-fatehah buat alesha. sedihnya baca. apatah lagi kedua orang tua dia.. Allah lebih menyanyanginya.
itu lah dia tee.. sedih kan :(
Seriusly...hampir2 den menangis baca....sob ..sob....whuuaaa... Al-Fatihah..
niekan warkah dari seorang bapa.. mesti le nbk paham perasaan dia camana kan ..
Post a Comment