Saturday, July 11, 2009

Let Us Complaint Less And Give More..


If you think you are unhappy or going under, just look at their situation


If you think your salary is low, how about her?


If you think you don't have many friends just look around.


When you feel like giving up, think of this man


If you think you suffer in life, and the burdens you bear are too heavy, just think of this man's load?


If you complain about your transport system, would you prefer to swap with these people?


If your society is unfair to you, and no one seems willing to lend a hand, how about this dear soul?


Enjoy life how it is and as it comes without complaining.


Things are worse for others and are a lot better for us





There are many things in your life that will catch your eye
but only a few will catch your heart...pursue those...and be content.













"Though miles may lie between us, we're never far apart, for friendship doesn't count the miles, it's measured by the heart."

Saturday, May 23, 2009

Motivational Story




There was a rich merchant who had 4 wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much. He's very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.

He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant's confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.

Now, the merchant's 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, "Now I have 4 wives with me. But when I die, I'll be alone. How lonely I'll be!"

Thus, he asked the 4th wife, "I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word.
The answer cut like a sharp knife right into the merchant's heart. The sad merchant then asked the 3rd wife, "I have loved you so much for all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No!" replied the 3rd wife. "Life is so good over here! I'm going to remarry when you die!" The merchant's heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, "I always turned to you for help and you've always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?" "I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave." The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out : "I'll leave with you. I'll follow you no matter where you go." The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the merchant said, "I should have taken much better care of you while I could have !"


Actually, we all have 4 wives in our lives

a. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.

b. Our 3rd wife ? Our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.

c. The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we're alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.

d. The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material, wealth and sensual pleasure.

Guess what? It is actually the only thing that follows us wherever we go. Perhaps it's a good idea to cultivate and strengthen it now rather than to wait until we're on our deathbed to lament

Sunday, May 17, 2009

10 Hadiah Paling Best Untuk Insan Yang Kita Kasihi ..

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

 9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Sumber ~ Putratropika 

Wednesday, April 29, 2009

Visit Tampines 1

tadi aku tak keje.. amik annual leaves 2 days, ari rabu ngan khamis, sambung terus ngan cuti ari buruh..
.
walau pun cuti, tapi aku tak lekat kat umah.. asek merayappp jerkkk... hehehe.. hehehe..
tadi aku ke Tampines central, dekat je ngan umah.. kalau jalan kaki ader le kot 15-20 minit.. tapi aku kan ke rajin naik bas (2 bus stop je) kurang 5 minit dah sampai.. aku sesaje je nak berjalan kat shopping complex yang baru bukak.. nama dia Tampines 1 - open on 9 April 2009.
.
aku bukan nak shopping pon, masuk nie dah kali ke 3 aku jengok shopping mall nie.. 1st time pi masa dia bebaru bukak.. masa tu manusia punya le ghamai.. naik rimas aku.. kali kedua aku masuk kejap je sbb tak plan nak pi pun..
.
so, tadi aku pi awal sket & dah plan nak amik gambar.. sebab bagi aku kedai2 kat dalam tu mmg unik & tersendiri.. i likeeee....
.
dari luar aku dah nampak kedai makan Say Cheeze nie.. tapi sayang takde tanda halal lah.. tak dapek le den nak meraso ehh.. takpe tak dapat makan, dapat amik gambo pun jadik le...
nie le Say Cheeze, nampak cam best kan..
.
yang nie lak kedai baju Gilvan .. biasa je kedai nie, nama je unik..
kat corridor ada kedai makan Tea Dot.. nice rite the layout..


yang nie lak kedai gift More Than Words..

inside kedai More Than Words eye catching... see the light.. so creative kan..
nie lak kedai Mickey Unlimited.. cantek & cuteeee sangat layout dia.. ishkkkk aku rasa nie semua men"spoilt" kan kids lah.. aku sendiri tak leh tahan nengok semua memende cute kat dalam tu..
cantek kan.. meh nengok belah sini lak.. nie baru sket.. sbb aku amik gambar dari luar.. kat dalam buleh mabuk le sesaper yang fanatik mickey nie..
aku perasan banyak gak kedai for kids, antara yang sempat aku amik kedai United Kids.
dan tah hapa tah nama kedai nie.. aku just snap.. snap.. aku nampak cam elephant le.. but not sure ejaan dia yg betul..

aku bebetul suka game bejewelled & ade le pulak kedai nama Eye Bejewelled.. cool kan.. aku rasakan owner kedai nie pun mesti suka main game tu..

kedai nie simple je.. tapi nama kedai nie menarik.. Couple Lab.. what's that??? pelik kan.. tapi lepas aku tenung & telek2.. ooohhh nie kedai jual cincin ghupernyer.. tapi bila dia bagi nama kedai couple.. aku tak rasa orang single teringin nak menyebok kat kadai tu..

aku ingatkan kedai couple lab tu pelik dah.. tapi kedai bottles & bottles nie lagiiii pelik.. aper ke hal nyer jual botol.. boleh dpt untung kaaa??? funny rite.. entah le.. tak tercapai akal aku nie ape ke maksud kedai2 sebegini.. aku tak pi dekat sbb nampak cam botol arak je kat tetepi tu..
Kedai KueKue.. takde tanda halal.. nie kedai cina & got a lot of kuih tradisional.. kuih melayu.. macam onde2, abu2 & banyak lagi le.. ada biskut rayer gak..
this is my fav shop.. Urban Write ..best giler.. sib baik aku bukan student..
kalau idak, mesti aku beli semua stationery dlm kedai nie aku borong.. everything yang kat dalam kedai nie soooo cute & harga pun berpatutan gak..
.
masa 2nd trip aku ke mall nie aku dah beli note book, very cute and cost me only $4.50.. Kedai nie subsi for Kedai Buku Popular, so.. sesaper ada kad popular boleh dapat diskaun dari kedai nie..

itu je le sesi merayap aku untuk kali nie..
cool kan semua kedai2 kat mall nie..
so.. sampai ketemu lagi..
adios amigos..

Saturday, April 25, 2009

Mat Sentul.. Mat Yoyo.. Mat Tenggek..

last week my mom's b'day.. so, sementara dia masih kat JB.. aku pun pi la jumpak dia.. almost everyweek aku tak lekat kat umah.. asek berjalan jerkkk.. sib baik laki ngan my MIL ok.. kalau idok dah lama kena bambu.. hehehehe.. hehehehe..
.
.
aku pi tido JB last week and my sis pi beli kek for my mum..
sempat amik gambar sebelom kek tu dingap oleh kami..



aku pi JB ari sabtu.. so, pagi ahad sebelum berangkat balik, kita makan2 kat plaza larkin.. aku suka banget makan kat situ.. semua kedai makan kat situ very the Best.. pemandangan pun cantek.. sedap mata memandang..



kita makan murtabak.. very the big and nice murtabak dia.. 1 murtabak tu boleh makan 3 org.. worth kan harga pun ok gak.. murtabak daging $5.50.. murtabak ayam, mahal sket $7.00.. lupa lak aku nak amik gambar kedai makan tu..



dah kenyang makan bagai.. aku pi bayar air & terpandang pak cik nie.. memula aku tak perasan sangat.. tapi lepas bayar air, aku dalam hati tertanya2, aku macam pernah nampak pakcik nie, tapi dimana yaaahh???.. tetiba.. tup it's tiggered to my brain.. and tet.. teet.. teeeeeeetttttt... my brain worked, quite fast gak lah.. terus aku dah tau yang dia mat sentul.. ehh tapi sebelum tu, i've to asked my mom lah.. karang instinct aku salah lak.. so, aku confirmkan with my mom yang pakcik nie mat sentul sebelum aku pi balik kat pakcik nie sebab nak amik gambar dia.. hehehehe.. hehehehe
.
.

nie lah 1st time aku pi mintak kebenaran seseorang nak amik gambar.. aku takde le peminat fanatik pakcik nie.. hahahaha.. hahahaha.. tapi saje je nak memenuhi masa lapang aku yang suka amik2 gambar nih.. aku sahihkan yang pakcik nie mmg mat sentul dengan bertanyakan quick question pasal tempat tinggal lama dia kat singapore, coz my hubby last time ada kawan ngan anak dia, so, dia ada bgtau sesket katner mat sentul nie tinggal kat singapore and kat mana anak dia sekolah akt singapore.. ok kan tu.. and jawapan dia bg rite on spot..
.
.

so, aku jadik wartawan cabuk jap ngan tanya perkembangan terkini pakcik nie... dia bgtau yg skang nie dia x de le aktif berlakon macam dulu.. skang nie dia masih buat iklan.. which it again triggered to my mind.. tora.. toraaa.. yg nie paling femes lah.. hehehe.. heheheh
.


and mat sentul with my mum..


masa memuda dulu pakcik nie bebetol aktif berlakon.. memacam citer dia berlakon.. kebanyakkan citer dia berlakon, citer komidi lah, tapi aku tak follow sangat, sebab for me lawak dia tu terlampau sangat le.. tapi kalau dia jadik pelakon pembantu ok la..means he can act.. tadi baru jap TV3 tayang citer Tajul Arrifin, Nordin Ahmad hero and this Mat Sentul jadik pelakon pembantu.. best gak citer tu.. and citer macam nie aku boleh follow sampai abis.. :D


that's all folk.. jumpa lagiiiiiii.. adios amigos...



Tuesday, April 21, 2009

Taken

Last Sunday i watched this movie.. Taken..
1st time nengok Liam Neeson berlakon
and he's not bad.. boleh la..

so, pada sesaper yang suka kan action movie, this is the one..
berkisah tentang sorang ayah yang sanggup melakukan
apa saja untuk menyelamatkan anaknya yang diculik untuk dijadikan pelacur..
dalam misi penyelamat tu, dia sanggup melakukan apa saja..
tak kasi chance nyer.. asalkan dia dapat info untuk menyelamat kan anak dia tu..
antaranya mendera seorang penjenayah tu untuk mendapatkan info dengan mengenakan electric shock (cara tradisional.. tikam kedua2 peha mamat tu ngan besi & alurkan arus letrik), dah dapat info.. dia biarkan je orang tu mati.. sadis kan..
satu lagi.. dia sanggup tembak isteri kawan dia yang tak bersalah.. walau pun tembakan tak aksi mati, tapi bagi aku terlampau sangat tu..
tapi ok la citer nie, apart from that.. not bad and my rating is 4 out of 5.
selamat menonton.. cheers!!!

Sunday, March 29, 2009

Life is short..

Life is short..
.
Break the rules
.
forgive quickly
.
kiss passionately
.
love truly
.
laugh constantly
.
And
.
never stop smiling no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here,
we should smile and be grateful..
.
.

jarang2 sekali aku meng"update"kan blog nie.. biasa lah.. buat2 sebok dan menyebok.. hehehe.. hehehe.. weekdays memang aku dah takde masa nak layan tenet.. nak nengok AF7 pun ala2 takde masa.. OIAM lagi laa, selalu terlepas, hampess betol. Nak gak nengok Tomok nyanyi, masy siap vote tu.. peminat mati keras nampak masy.. khikhikhi.. caya lah..
.
Biasanya aku update kan blog weekend je, tapi almost every weekend aku tak lekat kat umah.. kalau tak pi JB, ada je plan yang aku nak buat.. kalau ada kat umah pun aku mem"bz" kan diri, pagi pi pasar.. dah tu mesti le sebok memasak atau tolong MIL aku tu masak.. last sekali napa aku tak update blog.. sebab penyakit M menguasai diri.. hahahahahaha.. ngaku pun.. Ya tuan2 & puan2.. itu le penyakit yang dari dulu lagi aku hidap sampai skang.. susah betol nak ubat..
.
sebenanya skang nie aku takde idea nak updatekan blog nie.. dan tajuk kat atas tu pun ala2 takde kena mengena ngan apa yang aku merapu kat atas tu.. tapi tajuk tu aku letak sebab last week aku mendapat khabar sedeh.. aku nyer ex officemate meninggal dunia di sebab penyakit kanser.. arwah masih muda lagi, diawal 30an.. dan seorang yang disenangi teman2.. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.. InsyaAllah..

Sunday, March 15, 2009

Life is hard and tough too..

What a life.. aku bz dengan kerja sejak dari keluar hospital last year 12.12.208 until now.. no rest.. aku dah terlalu penat dengar kerja.. kerja.. kerja.. aku bukannya career woman.. aku kerja bukan nak mengejar pangkat.. tapi aku kerja sebab aku dibayar untuk kerja tu.. i'm paid to do the job.. kalau setakat kerja aku jer aku tak kisah.. nie kerja boss aku pun aku kena buat.. sungguh cisss kan tu.. aku selalu terkena macam nie.. apo nak dikato ehhh.. nak berenti kojo, ekonomi tengah meleset.. laki aku lak suh bertahan.. nak bertahan.. camno nak bertahan ehh.. den raso macam dah nak angkat kaki dah nie..

nie aku nak citer pasal my current boss.. bagi aku la kan.. sesaper yang ada hati nak jadi boss tu.. ilmu mesti le penuh kat dada kan.. kalau setakat pandai cakap je pandai, renti kan le.. aku rasa le big boss pun bukan tau menilai, asal english power je boleh jadik boss.. padahal keje hampesss.. kalau cam gini le, tak lama le tu.. akunyer boss skang nie miss H, sebelum tu si jin.. mamat jin pun kelakar gak.. abis semua keje dia aku kena buat.. setiap kali ada meeting, abis satu finance staff dihangkut nyer, bukan apa, bila big boss suh buat apa2 senang, staff dah ada depan mata, boleh le si Jin tu point kat sesaper yang dia berkenan untuk buat keje.. kelakar kan tu.. si Jin nyer time, setiap kali meeting, dia akan mendiamkan diri, sebab dia tak tau apa2.. so, staff akan jawab.. last2 big boss sudah bengang.. dia kena sound le.. Finance dah macam takde head, iyer tak iyer gak tuh si Jin nie.. takkan le nak makan gaji bute je kan.. dah tu gaji besau lak tu.. almaklum le finance head.. so.. banyak kali gak le dia kena sound sebelum dia cabut.. dia pun tak larat nak dengar kot carutan boss.. padan muka..


selepas si Jin tu blah.. masuk lak miss H nie.. aku sangkakan panas sampai ke petang.. rupernyer bukan hujan di tengah hari lagi nie.. pepatah dah tukar.. "ku sangka hujan sampai kepetang, rerupanyer hujan lebat disertai ribut petir sebelum tengahhari..".. parah le miss H nie.. pandai cakap aje.. dan dia gak pandai menipu.. aku la kalau orang pandai cakap aku boleh la tahan.. kalau dah sampai tahap menipu, aku dah tak dapek nak nolong lagik.. keje dia nak mengipas boss & nak tunjukkan dia baguih.. boss bagi dateline tak logik pun dia akan angguk2.. lepas tu dia akan bagitau staff suh meet the dateline.. sebab dia tak tau langsung apa staff dia buat (dan dia memang tak nak amik tau langsung pun).. so, kita akan bgtau napa x dapat meet the dateline tu.. mula le dia tak tentu arah.. kelakar tau, di boleh siap amik mc, not feeling well lah, sakit kaki le.. itu lah.. ini lah.. kelakar kan.. dia ala2 tak nak face the realiti gitu.. kesian aku orang2 macam gini.. dah tu bila miss H nie amik cuti, mesti le big boss akan carik the next person.. which is, ME.. ciss sungguh.. aku dah tak larat tau, selalu macam gini.. dah tu, keje bukan sikit.. banyakkkk tu.. aku kena coordinate, kena organise, kena prepare, kena review.. apa nie.. memula tu, aku boleh le layan.. lelama aku dah naik fed up.. aku dibayar gaji executive, dah tu kena buat dari keje kuli pencacai sampai keje boss.. tak worth kan.. aku setakat sebulan dua boleh le,, nie aku rasa dah macam tanggung biawak hidup pulak.. memang biawak sungguh miss H tuh... malas aku nak membicarakan pasal biawak nie..

penat pulak aku menaip sesambil meluahkan rasa amarah aku tu pasal miss H.. aku nak rest lah.. sebab akunyer perasaan marah pun dah kureng sket.. legaaaa...

seblom aku berundur.. aku nak ulang sekali lagi.. moral of the story.. sesaper yang teringin nak jadik boss & mengejar gaji bulanan yang besau tuh.. belek2 le kat dada tu.. ilmu dah cukup ke blom.. kalau ilmu sejengkal aje.. renti kan le.. jangan le menyiksa diri & orang lain.. sungguh keji perbuatan tu...

Sunday, March 01, 2009

Happy Birthday Aiman..

Date: 14th February 2009

Location: Costa Sand Chalet, Down Town Pasir Ris

Event: Aiman's Birthday Celebration - 1st year

Aiman cucu sedara laki aku.. so, aku nie dah bergelar nenek sedara pada aiman.. ishkkk dah jadik nek andak lak aku nie..

aku dok terfikir2 hadiah apa nak bagi kat aiman nie.. laki aku suggest beli basikal.. memula aku x setuju la kan.. apa dibuat buat budak umur setahun yg x pandai jalan lagi dibelikan basikal.. tapi aku tak say it out loud la.. cuma dalam hati je.. aku pun bukan nya ada idea.. so, aku ikut je laki aku carik basikal..

dah nampak basikal nie, baru aku tau yang idea laki aku nie praktikal gak.. basikal nie untuk budak dai umur setahun ke umur 6 tahun gitu.. ok la kan.. ada handle dari belakang untuk control basikal nie.. so syiokkk.. ada tempat letak barang lagi. means boleh bawak basikal nie pi shopping sambil jalan2..

ok la tu..



hadiah aiman...



b'day boy aiman & his nek andak..


happy b'day aiman...



aiman nyer b'day cake.. very the BIG.. and nice tooo..
siap ader keteapi lagikk tu..




zila memotong kek.. wan dah siap tunggu nak ngapppp....




b'day boy asek melalak je malam tu.. jenuh zali mujuk tapi takde hasil..
rimas agaknya dia..
tu je le citer aku untuk kali nie.. tak banyak citer.. gambo lagi banyak dari citer.. so.. sampai ketemu lagi.. adiosss...







Tuesday, February 10, 2009

Bz yang sungguh membosankan..


aku bz sungguh skang nie.. bayangkan aku kerja 7 hari seminggu dan balik lewat malam hampir tiap2 hari sepanjang 2 minggu nie.. sungguh penat..
bz kan.. aku kena stayback tu pun sebab company aku nak tukar
accounting system..
aku rasa end of this week baru boleh migrate kot..
so, selagi tak abeh migration, selagi tu le aku kena stay back..
ooohhhhh noooo!!!!!!

dah abeh migrate, aku kena focus on audit pulakkk
aku nyer kerja ala2 takkan abeh2 lah..
sungguh penat & membosankan...

:((

Sunday, February 01, 2009

Budak Kelantan The Movie

aku baru je nengok filem nie.. dari CD yang aku beli kat Larkin.. CD ori ok :P..
.
sian aku dah 3 bulan filem nie tayang kat panggung.. baru last week aku dapat nengok.. aku suka banget citer nie, sib baik aku beli CD, at least buleh ulang2 nengok..


citer nie hampir 100% bercakap kelantan.. aku lak dah memang sebati dengan bahasa nie..
tapi tak pernah lak aku pakai perkataan nie "koya best".. hahahaha.. hahahaha.. gapo2 lah, ghano2 pong ambo memang respek pado pengaroh cito nie..
.
Aku rasa jalan citer dia lebih mengambarkan kehidupan sebenar.. bukan pasal perbuatan Jaha yag jahat tu.. tapi keadaan rumah orang bujang (tempat jaha tinggal), memang kebanyakkan rumah orang bujang simple dan dikongsi beramai2 sebijik macam citer tu.. ada gak orang bujang tinggal dirumah yang cukup lengkap perkakas rumah (macam tempat tinggal bucek), tapi tak banyak sangat lah orang bujang tinggal kat umah cantek macam nie..
.
watak jaha memang berkesan.. menjadi jahat dia, dan aku memang geram ngan jantan macam nie.. aku rasa memang ada orang macam nie di alam realiti.. tapi yang tak logiknya watak bucek yang sanggup bagi girlfriend pada kawan dia.. ishkkk part nie memang tak leh terima akai.. ada ke patut..
the rest aku rasa filem nie memang cukup lah.. aku boleh rasa lah.. nak2 di awal citer masa lagu anak tupai.. "ado seko anok tupa, atah jula mokte" dan cerita nie menggambarkan bucek dalam perjalanan ke KL.. jalan2 tu semua memang aku lalu.. aku rasa seolah2 aku yang dalam perjalanan dari kampung ke KL.. excited aku ngan citer nie.. Koya Best gitu.. heheheh.. hehehehe
pada sesaper yang belom nengok citer nie, aku ada pastekan sinopsis citer dia kat bawah nun.. aku bangga dengan filem nie..
.
tahniah pada pengarah & pelakon filem Budak Kelantan..
.
Penerbit, Pengarah, Penulis & Pelakon..
.
Penerbit: Puad Onah
Pengarah: Wan Azli (tak pernah aku dengar pengarah nie tapi aku rasa arahan dia Best..)
Penulis: Wan Azli (Lakon layar)
Pelakon:Danny (Buchek), Bienda (Che Nor), Mohd Asrulfaizal (Jaha) (lakonan pelakon lain jugak hebat tapi paling menyerlah lakonan Mohd Asrulfaiza.. wa caya sama lu bro..)
.
Sinopsis Filem Budak Kelantan..


Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.
.
Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.
.
pada sesaper yang nengok.. happy watching :D

Tuesday, January 27, 2009

Movies I watched during CNY holiday..

Selama 4 hari cuti CNY, aku melepak aje kat umah.. cuma hari ahad je aku keluar kejap ke JB.. carik newspaper & magazine.. aku beli CD Budak Kelantan (CD Ori tau).. aku dah lama nak nengok citer nie, tapi baru last sunday aku nampak CD nie kat Larkin..

Apa aku buat sepanjang cuti.. biasa le.. after subuh sambung tidor lagi (best wooo..), biasanya kerja aku during holiday masak je, pastu sambung lepak lagik.. & bila hubby aku on kan DVD, aku pun biasa le numpang nengok. biasanya aku malas nak layan movie yang dia nengok.. tapi disebabkan cuti panjang dan aku takde plan pun nak kemana2.. so, layan je le..

siap buat review tuh citer yang aku nengok.. hehehe.. hehehe.. nie pun kes banyak masa terluang.. Laki aku nie lak, kalau citer tu best, dia akan nengok ulang2 kali.. tu sebab apa2 citer yang dia on kan.. aku malas nak amik pot.. tak rasa rugi pun.. bebila nanti dia on kan lagi.. so, senang citer, aku tak kan miss lah citer2 yang dia nengok..


so, last saturday dia on kan movie nie, dah lama dah citer nie since 2003.. title Tears of the Sun.. lakonan Bruce Willis.. aku suka gak nengok kalau bruce willis berlakon dalam action movie, especially Die Hard.. tapi dalam bebanyak action movie, yang nie le sesatu lakonan dia pasal perang yang aku nengok..


Quite interesting lah the story.. fiksyen story pasal civil war kat West Afreika - Nigeria. Kenkununnya Bruce Willis nie jadi komandor dalam rescue mission yang dikerah oleh U.S. Navy SEAL untuk menyelamatkan berberapa orang warga US, termasuk lah minah nie sorang, heroin filem nie la.. lakonan si beauty Monica Belluci..


So, si Bruce Willis & the team (aku rasa ada lah dalam 10 - 15 orang gitu) berhempas pulas le dalam hutan afrika tu untuk menjayakan misi depa.. tapi biasa lah banyak tak logik le citer nie.. kalau in real life, dah lama team nie mati.. tapi biasa lah.. sebab nie filem fiksyen kan.. hero & ada le dua tiga kerat masih hidup.. ok la citer nie.. tapi banyak sangat ledakan bom & taburan peluru ke arah orang awam, buat aku naik ngeri.. nak2 skang nie di saat kekejaman israel laknat ke atas penduduk Palestine di Gaza, masih belum berakhir.. aku tak dapat nak imagine keadaan sebenar di Gaza.. tapi melalui gambar2 di akhbar.. aku rasa lebih teruk dari movie yang aku tonton nie.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas setiap warga Palestine yang gugur.. Aminn..




The next day, hari ahad, my hubby on kan Crash, citer nie pun dah lama main kat panggung, somewhere in 2005 gitu. Citer nie banyak plot & secara tak langsung plot2 tu berkait antara satu sama lain.. aku suka citer nie, watak semua pelakon hidup dan walau pun banyak plot, tapi semua tu tak mengkonfusekan aku..
Movie nie mengisahkan how other racial & ethnic struggles untuk hidup di Los Angeles.. susah gak nak menceritakan perihal citer nie sebab banyak sangat plot kan.. so, to make it short.. aku amik je kisah yang paling menyentuh hati.. kisah mexican locksmith (gambar kat bawah tu, yang dok pelok anak dia tu), nyaris mati kena tembak ngan Persian store owner (which he use blank bullet).. hermmmmm sedeh ahh part nie.. nak citer detail karang napa mende nie jadik sure jelak lak..
Selain dari kat atas tu banyak gak kisah lain yang menyentuh hati dalam cerita nie .. dan baru aku tahu susahnya kaum & etnik lain nak survive kat US.. terlalu banyak banyak diskriminasi, dan ini semua berlaku disebabkan kebanyakkan orang suka jugdge the book by it cover.. tu sebab manusia sering beperasangka antara satu sama lain.. so, aku cadang kan pada sesaper yang belom nengok citer nie.. carik le DVD citer nie.. it's worth watching it.. trust me.. :D
Antara pelakon citer nie yang aku kenal, Sandra Bullock, Brendan Fraser, Matt Dillon, Ryan Phillippe dan ramai lagi lah..


Takat nie je le review aku kali nie.. Aku dah nengok Budak Kelantan.. & it's the best malay movie so far yang pernah aku tonton.. aku akan buat review sikit masa lagi.. skang aku dah tak larat.. aku nak rest & play with my pet for awhile.. hehehe.. heheheh..
so, sampai ketemu lagiiiiiiii.
adios amigoss...